L . huruf permulaan bagi perkataan LELAKI . apakah makna nya?
LAGAK . Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya . mudahnya , lelaki suka menonjolkan diri nya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalu nya lebih low profile . kalau takcaye . tengok kawan laki sekeliling kita . lelaki sejati sememang nya action lebih :p
huraian : haha . betul lah tu . bahasa formal : LAGAK . bahasa pasar : BAJET . BELANJAWAN . haha . just saying -.-
next ...
E . huruf kedua lepas huruf L dalam perkataan LELAKI . LOL tu pown nak cakap ke? -.-'' . ertinya?
EGO : lelaki merupakan kaum yang EGO . dah puas dengan LAGAK yang kat atas tu . kita cerita pulak dengan bab yang memang taksilap lagi milik lelaki . keegoan yang tinggi datang dalam jiwa lelaki kerana tu memang dah sifat dia . semula jadi dah macam tu kerana dia ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza . yang perempuan takyah marah kalau lelaki ego kerana realitinya . tu lah lelaki sebenarnya ;)
huraian : haha . bukan laki nama nya kalau takde EGO ni . EGO dan LELAKI . tu lah sahabat sejati dia . hewww . lia teringat soalan cikgu BI lia . cikgu Hikam . soalan dia : benda apa yang orang lelaki ada . sangat tinggi . nama dia macam motor . pemes ni . haha . kita orang satu kelas pk . mende lah jawapan soalan cikgu Hikam ni . haha . malas nak fikir . cikgu Hikam bagi jawapan : EGO lahhh . haah lah . EGO . haha . boleh takterfikir tu jawapan dia kan? -.-'' . macam mana nak rendah kan sikit EGO orang laki ? haha . kasi potong EGO nya biar rendah? wak luuu -.-'' . hee . tak jumpa lagi jawapan tu . wkwkwk :3 .
huruf seterusnya ^^
L untuk LEMAH . erk? kenapa lemah? sila sambung baca ^^
Lelaki nampak macam hebat tapi LEMAH pada kaum Hawa . ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan . sebab tu lah insan yang berrrrr pasangan memang risau bila si laki mula rambang mata dengan si jelita yang ada kat sekeliling . ATTENTION PLEASE . kaum HAWA bukan setakat mampu memporak perandakan dunia lelaki . tetapi lelaki pown boleh diperhambakan kaum Hawa jika keadaan memaksa ^^
komen lia : hahaha . LEMAH jugak kan orang LELAKI ni . see? betapa KUAT nya orang PEREMPUAN hingga mampu buat lelaki menjadi LEMAH . untung kayy jadi perempuan *angkat kening dua dia* . so? kesimpulan nya takde lah KUAT mana orang lelaki ni :p . wkwkwkwk *statement minta penampar :3
selanjutnya
A for AZAM . azam? haha . azam nama orang tu ke? LOL . main main ea kauu lia :3 .
Lelaki adalah kaum yang penuh dengan AZAM dalam kehidupan . takkisah dari segi apa tapi laki memang penuh dengan keazaman . tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan azam dan impian . boleh dikatakan semua laki mempunyai impian menginginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai . sifat ini wujud kerana lelaki dah memang mempunyai LAGAK dan EGO yang tinggi . takmain lah dapat awek yang kurengggg dari yang lain .
kata lia : lia amik sudut positif . haha . statement A for AZAM ni lia setuju . sebab? 1 . laki je ada nama AZAM . perempuan takde . wkwkwk . *lawakk nya aku rasa T_T . 2 . yang lia perasan la . lelaki kalau nak satu benda tu . dia usaha gila gila . usaha betul betul . sungguh sungguh semua sampai apa yang dia nak tu tercapai . selagi tak dapat . selagi tu dia usaha . ni yang bagus . tak mudah putus asa orang kata . haha . tabik hormat kejap kat kaum LELAKI ^^
selain itu ...
K untuk KASAR . penerangan?
Lelaki secara asas . basic nya adalah seorang yang KASAR . memang betul pun . kalau dah nama nya lelaki . mesti lah lagi kasar dari perempuan . sebab tu bila ada orang perempuan yang lebih kasar dari laki . laki rasa geli geleman . dia orang dah set kat kepala otak dia orang . perempuan mesti lah sopan . santun . ayu semua . ni kalau dah perempuan over kasar dari laki . erk . ngeri beb . takde kelas dapat awek yang kaki gangster . kak yong sana . kak yong sini . yang berotot kental semua tu . buat salah je . naya seyh . so pada dia orang KASAR ni hanya sesuai untuk laki je . ^^
pendapat lia : erk . TAK GENTLE lah kalau lelaki ni lembut . yang jenis stok kiokkkkk semua tu . minat pink semua tu . haha . suka pink takpe . ni kalau dah obses dengan pink . bilik pown warna pink . cadar katil . almari semua warna merah jambu . apa kata p tukar ic sana . ganti jantina kat IC tu . saya PEREMPUAN . tak sesuai beb laki ni lembut . TAK ROCK lahh . hilang MACHO . so? SORRY SORRY *lagu sorry sorry by super junior . banganggg nya kau ni lia T_T
akhir sekali
I huruf akhir dalam perkataan LELAKI . membawa makna : ILTIZAM . descriptions?
Lelaki adalah kaum yang punyai ILTIZAM dalam kehidupan . erk? takpaham? lia pown takpaham . tapi lia cuba paham kan korang walaupun lia sendiri takpaham apa maksud iltizam ni . haha . seng sengal . maksudnya lelaki ada tekad yang hebat dalam mencapai impian . ini sedikit berbeza dan berlainan dengan AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi . ramai lelaki mencorakkan kehidupan mereka dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaian yang mampu digapai berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri . takpercaya? korang duduk sorang sorang . lihat sekeliling dan mula berfikir . then korang akan paham dengan sendiri maksud nya :D
akhir kata lia untuk akhir perkataan ini : yayaya . setuju much much dengan huraian I untuk ILTIZAM ni . bukti korang sendiri boleh nampak . boleh fikir . amik contoh mudah lah . laki nak usha sorang perempuan ni . mesti lah dia ada melakukan TINDAKAN untuk buat perempuan tu terrrrr jatuh hati kat dia . dia usaha dan melakukan tindakan . dan akhir nya? dia berjaya memiliki perempuan tersebut . contoh senang kan? ^^
dan akhir nya . TAMAT . yayaya . LELAKI . satu perkataan . ada 3 suku kata . kan? takcaye? cuba sebut . le . la . ki . kan 3 tu? haha :3 . ada 6huruf . tapi setiap huruf tu di belakang nya ada makna . maksud dan erti yang tersendiri . ^^ caya lahhh beb . salute kaum LELAKI *hormat kanann . hormat ^^
tujuan lia karang entry ni bukan nak memperkecil kan orang laki . kondem korang ke . apa apa ke . saje lia share ilmu apa yang lia dapat dari aktiviti selongkar menyelongkar tadi . unik apa kan ilmu apa yang lia share ni? hee . so? sorry sorry blablabla . tak habis dengan kpop . eyuuuu . lia bukan AYUNI kayyy . sakaii much . hahaha . kay serius laa . memain je kau ni lia :3 . so? hee . SORRY kalau ada huraian lia kat atas tuu buat korang terasa . tersentap . ampun maaf dipinta . itu hanya lah pendapat lia semata mata okayy . heyy . kita duduk Malaysia . bukan planet MATOKI . so semua orang ada hak nak bebaskan pendapat masing masing . kan kita mengamalkan sistem BERDEMOKRASI . *belajar sivik :3 . again . sorry kat korang TERUTAMA korang yang BERJANTINA LELAKI membaca entry ni :D . diulangi . itu hanya lah pendapat semata mata . :D
hipotesis : LELAKI PERLU PEREMPUAN . DAN PEREMPUAN PERLU LELAKI .
hipotesis diterima . LULUS!
korang rasa entry lia berfaedah? LIKE yang kat bawah ni . tak berfaedah . ahhh . LIKE jugakk . hewww . suka hati korang lah . semoga ilmu yang lia kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua . yeayyy!!
last
IZHAM . ILAPYOU . PLEASE MOPP ME BACK . hahahaha . memang memang dan memang terejal . tettttt . talian terputus :3
sumber rujukan diperolehi : Majalah Yezz keluaran Julai 2009
No comments
Post a Comment