selesai solat, Ilham Hambali melipat sejadah yang digunakan untuk solat tadi. Usai itu, dia duduk sebentar di atas katilnya. tangannya mula menyeluk bawah bantal yang sering dia gunakan tiap malam untuk tidur. dicapainya sekeping surat kiriman arwah isterinya dari bumi Anbia. surat terakhir dari isterinya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di bumi bertuah itu. perlahan lahan dia mula membuka sampul surat itu lalu dikeluarkan surat hasil tulisan tangan arwah isterinya itu. halus sungguh tulisan tangan arwah. surat bertarikh 1 Disember 2012 itu ditatapnya dalam-dalam.
Kehadapan Imam ku Buat Kekasih Terakhir dan Bakal Bidadara ku di Syurga Sebelum tulisan saya menjadi lebih panjang . Izinkan saya memanggil awak . ABANG . sebab saya tau . sepanjang saya ada bersama awak . saya tak berpeluang langsung nak memanggil awak dengan gelaran tersebut . maka . izinkan saya memanggil awak dengan gelaran abang dalam surat ini . saya harap abang tak kisah mengenai nya duhai Imam ku , disaat abang baca surat ni . mungkin saya tak lagi bersama abang . dan mungkin juga . saya taklagi ada dalam dunia ni . mesti abang terkejut bila terima call dari pihak Lembaga Tabung Haji pagi tadi . berita mengenai saya . saya taktahu abang menangis atau tak saat menerima berita itu . mungkin abang menangis air mata kegembiraan . mungkin jugak menangis mengeluarkan air mata penyesalan . saya taktahu . yang tahu abang dengan yang SATU tu Abang , kita berkawan lama . berteman lama . bersahabat lama . dan berhubungan juga lama . saya cukup risau jikalau abang enggan mengakhiri hubungan ini dengan pernikahan . Alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar . DIA mendengar doa saya . akhir nya . terlafaz juga janji ikatan sah untuk kita berdua . Syukur rasa nya abang . Impian saya untuk memiliki lelaki seperti abang menjadi nakhoda impian saya tercapai juga akhirnya . Tapi sayang . Saya sangka kan panas hingga ke petang , tapi hujan di tengah hari . Kebahagiaan tu cuma saya memiliki taksampai dalam masa seminggu . Semua nya berubah tatkala saya mula melangkah masuk ke Sangkar Cinta kita . Perjalanan nakhoda impian saya awal nya berlayar dengan sempurna . Semua nya sempurna . Layanan abang . Semua A+ abang . Hingga lah suatu hari , tatkala saya mendengar permintaan pertama abang . "Rumah ni banyak bilik . Awak boleh pilih bilik mana yang awak nak . Saya nak tidur sorang sorang je ." Agak tergamam saya mendengar nya . Tapi saya fikir positif . Mungkin abang taknak ganggu saya ketika tidur . Itu yang abang minta saya pindah ke bilik lain . Sebab sayang . Hormat abang . Saya pindah ke bilik bawah . Dekat dengan dapur . Senang nak keluar minum malam malam . Abang jangan risau . Saya bersangka baik dengan abang . Saya taksimpan dalam hati dengan perbuatan abang tu . Kalau tersimpan pun . Saya dah lama maaf kan abang Abang , Ingat lagi tak masa kita berhubungan dulu . Saya pernah bagitahu abang impian saya untuk sentiasa bersolat jemaah dengan suami kalau berkesempatan . Masa awal perkahwinan dulu . Saya sentiasa menunggu abang untuk bersolat bersama-sama . Terutama waktu maghrib . Tapi bila abang pulang lewat . Impian nak berjemaah bersama-sama abang terkubur begitu sahaja . Sekarang , saya dah makin tahu . Impian saya tu memang takkan tercapai . Lagi-lagi sekarang kita dah tidur berlainan bilik . Saya risau abang lupa nak tunaikan kewajipan kepadaNya . Tapi untuk menjadi seorang isteri yang solehah . Saya takboleh berburuk sangka dengan suami . Oleh itu . Saya sentiasa berharap dan berdoa agar abang sentiasa sempat dan ada masa untuk menunaikan kewajipan abang sebagai seorang hamba kepadaNya walau sesibuk mana . Abang , Sepanjang kita berkahwin ni . Belum pernah lagi kita ber'honeymoon' atau bercuti mahupun melancong ke mana-mana . Saya teringin hendak melancong berdua dengan abang . Dek kerana kepingin sangat . Saya mula bertanya kepada abang mengenainya . Saya ingat lagi jawapan abang . " Abang sibuk . Tak ada masa nak bercuti berhoneymoon bagai . Banyak hal kena urus . Awak nak bercuti . Awak pergi sendiri . Saya izinkan ." Saya tersenyum mendengar jawapan abang itu . Sudah dijangkakan itu yang bakal keluar dari mulut abang . Tak apa abang . Saya tak kisah tak dapat berjalan semua . Asal saya ada dengan abang . Bukan berhoneymoon namanya kalau pergi seorang sendiri . Dalam rumah pun boleh honeymoon . Saya hanya mampu tersenyum masa tu . Saya bersangka baik dalam hati . "Abang sibuk kerja . Nak kumpul duit banyak . Akhir tahun nanti , barulah abang bawa makan angin semua." Abang , Minggu lepas , genap sebulan kita berumah tangga . Saya teruja sangat nak sambut dengan abang . Lepas abang pergi kerja pagi tu . Saya pergi pasar . Beli apa yang abang suka . Saya nak masak sedap-sedap untuk abang dinner nanti . Saya beli bahan nak buat kek . Saya buat sendiri kek tu . Abang suka kek coklat . Saya hias sendiri kek tu . Lepas maghrib . Saya mula hidang makanan atas meja . Saya keluarkan kek dari peti . Saya bancuh air kegemaran abang . Saya nyalan lilin . Nak wujudkan suasana romantik untuk abang . Kemudian , Saya mula berkemas untuk diri . Tepat jam 9 malam . Saya dah tunggu abang di meja makan . Sebelah saya terletak hadiah istimewa untuk abang . Macam-macam lauk ada atas meja untuk abang . Semua nya makanan yang abang suka saya masak . Saya setia menanti di meja makan . Lilin saya dah nyalakan . Cuma lampu je saya belum matikan . Saya masih lagi setia menunggu abang . Jam terus bergerak .Sudah pukul 1 pagi . Abang masih belum balik . Saya terus sabar menunggu abang balik . Saya terjaga bila terdengar suara azan Subuh . Terpinga-pinga sebentar dibuatnya . Saya tersedar dan terus berlari ke tingkap depan .Melihat kereta abang . Alhamdulillah . Abang dah balik . Tapi . Kenapa abang tak kejut saya? Kenapa abang biarkan saya tidur di meja makan? Kenapa abang tak kejut saya nak makan sama-sama apa yang saya masak? Saya lihat lauk pauk masih lagi belum terusik . Kek yang saya buat pun masih lagi sama seperti yang saya buat . Sampai hati abang . Tak ingin nak menjamah apa yang saya masak untuk abang . Saya teringin hendak menangis . Terasa usaha saya semalam . Memang sia-sia . Langsung takdihargai . Paling terkilan , abang langsung tak mengejut saya untuk tidur di dalam bilik . Atau pun , angkat saja lah saya ke dalam bilik . Letakkan di katil . Air mata saya mula menitis . Tapi saya mula terfikir , bersangka baik kepada abang . " Mungkin abang penat sangat kerja . Dah ngantuk sangat agaknya . Tu yang abang tak perasan saya di meja makan . Takkan lah abang nak biar kan isteri kesayangan abang ni tidur di dapur . Kan? " . Dan , saya tersenyum balik . Abang . Kak long abang baru saja melahirkan sepasang baby kembar . Comel sungguh mereka . Geram bila menyentuh pipi gebu mereka . Tiba-tiba , hati terdetik . " Bila saya boleh peroleh peluang begini? Teringin rasa nya merasai nikmat mengandung , morning sickness tiap pagi , pergi medical check up tiap bulan , melihat pergerakan baby bila discan . Bila agaknya peluang tersebut akan datang kepada saya? " . Saya terkesan dengan kata-kata ibu abang . " Kau bila lagi nak timang anak sendiri? Keluarga kita tak ada yang mandul tau." Saya baru hendak bersuara . Abang menjawab " Saya subur mak . Dia ni huh . Tah kenapa agaknya . Susah nak lekat . Pelik saya" . Abang , jatuh maruah saya dihadapan ibu abang . Saya tahu abang tak cakap direct . Tapi saya tau apa yang abang maksudkan . MANDUL . Ya . Itu yang abang maksud kan . Saya tahu abang . " Abang , bagaimana mahu lekat kalau abang sendiri takpernah sentuh saya? Kita takpernah bersentuhan kecuali semasa hari pernikahan kita . Semasa upacara batal air sembahyang . Itu yang pertama dan terakhir abang menyentuh saya . Lepas itu . Tidak ada abang . Hati saya hancur bila abang mengatakan saya sebegitu rupa . Impian saya nak mempunyai zuriat sendiri saya tahu tak akan pernah tercapai . Sama dengan impian hendak bersolat jemaah bersama-sama . Abang jangan khuatir . Saya takmarah abang . Marah itu ada . Tapi cuma sekejap . Saya dah lama maafkan abang . Abang , Maafkan saya kerana tak berterus terang dengan abang . Kepemergian saya ke Mekah bukan sekadar mahu menunaikan Umrah . Tapi ada agenda lain . Abang pasti hairan dengan saya . 6bulan sekali mesti saya akan ke Mekah menunaikan Umrah seorang diri . Abang tak pernah larang . Ya saya hargai itu . Terima kasih abang . Sebenarnya , saya penghidap kanser paru-paru . Sekarang berada di tahap empat . Maafkan saya kerana tak memberitahu abang . Saya bimbang abang risau akan keadaan saya . Saya taknak itu . Doktor menjangkakan hayat saya , tak kurang 3 tahun abang . Sejak disahkan saya penghidap barah tersebut . Saya mula berubah . Saya tahu abang perasan dengan perubahan saya . Tapi abang sengaja diamkan diri . Saya mula berpurdah dan berjubah bila keluar . Mula bersarung kaki bila keluar rumah dan lengkap juga bersarung tangan . Semuanya serba hitam . Abang perasaan perubahan saya itu . Tapi , abang langsung takbertanyakan kepada saya apa yang menyebabkan saya berubah sedemikian rupa . Saya juga mengambil keputusan untuk turut berdiam diri jugak . Hanya seorang saja yang tau akan penyakit saya ini , iaitu orang yang memberi abang akan surat ini . Maafkan saya kerana telah membelakangkan abang . Ampunkan dosa saya abang . Impian saya hendak bersemadi di bumi Mekah Tanah Haram akhirnya menjadi kenyataan . Saya bersyukur sangat terpilih sebagai tetamu di tanah ini . Abang , Saya bahagia hidup dengan abang . Walau hanya dua tahun setengah kita bersama . Terima kasih untuk segala nya abang . Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai isteri abang . Itu hadiah ternilai buat saya . Memiliki abang sebagai nakhoda kapal impian saya . Abang , kita mungkin terpisah sekarang . In Sha Allah , di sana nanti kita bersama . Saya tunggu abang di Syurga ALLAH . Sesungguhnya keredaan ALLAH terletak ke atas reda suaminya . Saya berharap saya memperoleh reda seorang suami dari abang . Sampai sini saja . Salam peluk cium buat Imam tersayang , Kekasih terakhir dan bakal bidadara syurga . Assalamualaikum . Saya tunggu abang di sana . - Isteri yang mengharap reda mu -
No comments
Post a Comment