Apa ek nak cakap pasal mereka ni?
21 Julai yang lepas, satu mini ride telah diadakan. Meet point ; Tambak Laut, Pontian
Bila doh nak sampai Pontian ni -.-
Set JB dah sampai Tambak Laut!
Guess what, aku memang salute Kak Siti ni. Dia dari SG bhai. Sorang. & berani!
Lepas Isyak, dah tenang sikit hilangkan gigil kat tangan. Kucak (Takleh lah panggil dia Kucak, nama dia Hazli. Tapi dia tak puas hati aku panggil dia Cik Li! Hahahah!) tengok tengok sikit motor. Hahahah ramai ramai pelik apehal fork aku rendah.
Habang semua, saya ni tak beso mana. Kaki pun pendek hhahahaha
Settle tu, ayuh ke Mandella!
Itu Iman, lepas tu sebelah tu Mr Seng.
Ok. Aku ingat semua yang dalam ni kecuali dua depan ni. Zul dengan apa ek? Hahahahaaa
Dari depan ; Lia. Kak Siti, Kechik, Iman, Hazli, Irfan, Iwan (kot), Man Piang, Zaf yang selalu seme seme hahahaha, Mr Seng dan dua orang itu serius lupa nama.
Mandella was nice. Potion makanan puas hati. Banyak dan sedap! Tapi, kau perlu sabar! Dia punya lama, kami sempat ke Kukup kejap! Dah balik pun yang diorder masih belum sampai! Hahahaa! Iman sampai bangkit tuju dapur kau tau! Punya mental hadap situasi ni. Lapar lagi. Lama pulak tu
Disebabkan Lia sorang dari Batu Pahat, maka lepas makan mereka yang lain berbesar hati tolong hantar sampai Senggarang dan mereka ke Minyak Beku, BP lepas tu baru gerak balik JB!
Ia adalah masa luaskan bulatan diri
Cari kehendak diri
Apa yang dicintai
Selain tambah ilmu dalam diri
Sebab Nursyazani sangat sifar mengenail ilmu motor. Maka dia perlu berkawan dengan mereka yang seperti ini supaya kalau lah tiba tiba Nelly mati tepi jalan dia pilih untuk cari punca masalah dan settlekan masalah motor tu instead of nangis tepi jalan dan baru fikir apa benda masalah motor ini.
Boleh nampak yang mereka dlm RJ sangat tak lokek kongsi tips apa benda kena buat kalau motor da masalah. Roger kat mana jual tayar murah tapi kualiti baik selain kadang kadang ada tazkirah pagi dan peringatan dari Tuan Presient. Hei Mr President TNT 135 bukan calang calang orang ok?
Untuk mereka yang tahu mereka kroni RJ/TNT 135 M ;
Terima kasih banyak banyak. Sebab korang menerima sangat si Ilya ni dengan tangan terbuka, Yang wanita even belum ada jumpa lagi tapi peramahnya sangat ok. Yang lelaki apetah lagi. Dapat point membahan phewwww -.-
Benda yang salah satu memang takkan nyesal buat ;
Beli motor dan kenal korang semua!
Entri ini ditaip dengan perasaan rindu yang tebal terhadap Red Nelly sebab dah kali kedua masuk centre! Apa benda lah kerja nak rosak je. Tukar lain kang?!
Adiosa!
No comments
Post a Comment