Wednesday 27 March 2013

Epilog : Buat Imamku


selesai solat, Ilham Hambali melipat sejadah yang digunakan untuk solat tadi. Usai itu, dia duduk sebentar di atas katilnya. tangannya mula menyeluk bawah bantal yang sering dia gunakan tiap malam untuk tidur. dicapainya sekeping surat kiriman arwah isterinya dari bumi Anbia. surat terakhir dari isterinya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di bumi bertuah itu. perlahan lahan dia mula membuka sampul surat itu lalu  dikeluarkan surat hasil tulisan tangan arwah isterinya itu. halus sungguh tulisan tangan arwah. surat bertarikh 1 Disember 2012 itu ditatapnya dalam-dalam.

Kehadapan Imam ku 
Buat Kekasih Terakhir 
dan Bakal Bidadara ku di Syurga

Sebelum tulisan saya menjadi lebih panjang . Izinkan saya memanggil awak . ABANG . sebab saya tau . sepanjang saya ada bersama awak . saya tak berpeluang langsung nak memanggil awak dengan gelaran tersebut . maka . izinkan saya memanggil awak dengan gelaran abang dalam surat ini . saya harap abang tak kisah mengenai nya

duhai Imam ku ,
disaat abang baca surat ni . mungkin saya tak lagi bersama abang . dan mungkin juga . saya taklagi ada dalam dunia ni . mesti abang terkejut bila terima call dari pihak Lembaga Tabung Haji pagi tadi . berita mengenai saya . saya taktahu abang menangis atau tak saat menerima berita itu . mungkin abang menangis air mata kegembiraan . mungkin jugak menangis mengeluarkan air mata penyesalan . saya taktahu . yang tahu abang dengan yang SATU tu

Abang ,
kita berkawan lama . berteman lama . bersahabat lama . dan berhubungan juga lama . saya cukup risau jikalau abang enggan mengakhiri hubungan ini dengan pernikahan . Alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar  . DIA mendengar doa saya . akhir nya . terlafaz juga janji ikatan sah untuk kita berdua . Syukur rasa nya abang . Impian saya untuk memiliki lelaki seperti abang menjadi nakhoda impian saya tercapai juga akhirnya . Tapi sayang . Saya sangka kan panas hingga ke petang , tapi hujan di tengah hari . Kebahagiaan tu cuma saya memiliki taksampai dalam masa seminggu . Semua nya berubah tatkala saya mula melangkah masuk ke Sangkar Cinta kita .

Perjalanan nakhoda impian saya awal nya berlayar dengan sempurna . Semua nya sempurna . Layanan abang . Semua A+ abang . Hingga lah suatu hari , tatkala saya mendengar permintaan pertama abang .  
"Rumah ni banyak bilik . Awak boleh pilih bilik mana yang awak nak . Saya nak tidur sorang sorang je ." Agak tergamam saya mendengar nya . Tapi saya fikir positif . Mungkin abang taknak ganggu saya ketika tidur . Itu yang abang minta saya pindah ke bilik lain . Sebab sayang . Hormat abang . Saya pindah ke bilik bawah . Dekat dengan dapur . Senang nak keluar minum malam malam . Abang jangan risau . Saya bersangka baik dengan abang . Saya taksimpan dalam hati dengan perbuatan abang tu . Kalau tersimpan pun . Saya dah lama maaf kan abang 

Abang ,
Ingat lagi tak masa kita berhubungan dulu . Saya pernah bagitahu abang impian saya untuk sentiasa bersolat jemaah dengan suami kalau berkesempatan . Masa awal perkahwinan dulu . Saya sentiasa menunggu abang untuk bersolat bersama-sama . Terutama waktu maghrib . Tapi bila abang pulang lewat . Impian nak berjemaah bersama-sama abang terkubur begitu sahaja . Sekarang , saya dah makin tahu . Impian saya tu memang takkan tercapai . Lagi-lagi sekarang kita dah tidur berlainan bilik . Saya risau abang lupa nak tunaikan kewajipan kepadaNya . Tapi untuk menjadi seorang isteri yang solehah . Saya takboleh berburuk sangka dengan suami . Oleh itu . Saya sentiasa berharap dan berdoa agar abang sentiasa sempat dan ada masa untuk menunaikan kewajipan abang sebagai seorang hamba kepadaNya walau sesibuk mana . 

Abang ,
Sepanjang kita berkahwin ni . Belum pernah lagi kita ber'honeymoon' atau bercuti mahupun melancong ke mana-mana . Saya teringin hendak melancong berdua dengan abang . Dek kerana kepingin sangat . Saya mula bertanya kepada abang mengenainya . Saya ingat lagi jawapan abang . " Abang sibuk . Tak ada masa nak bercuti berhoneymoon bagai . Banyak hal kena urus . Awak nak bercuti . Awak pergi sendiri . Saya izinkan ." Saya tersenyum mendengar jawapan abang itu . Sudah dijangkakan itu yang bakal keluar dari mulut abang . Tak apa abang . Saya tak kisah tak dapat berjalan semua . Asal saya ada dengan abang . Bukan berhoneymoon namanya kalau pergi seorang sendiri . Dalam rumah pun boleh honeymoon . Saya hanya mampu tersenyum masa tu . Saya bersangka baik dalam hati . "Abang sibuk kerja . Nak kumpul duit banyak . Akhir tahun nanti , barulah abang bawa makan angin semua."

Abang ,
Minggu lepas , genap sebulan kita berumah tangga . Saya teruja sangat nak sambut dengan abang . Lepas abang pergi kerja pagi tu . Saya pergi pasar . Beli apa yang abang suka . Saya nak masak sedap-sedap untuk abang dinner nanti . Saya beli bahan nak buat kek . Saya buat sendiri kek tu . Abang suka kek coklat . Saya hias sendiri kek tu . Lepas maghrib . Saya mula hidang makanan atas meja . Saya keluarkan kek dari peti . Saya bancuh air kegemaran abang . Saya nyalan lilin . Nak wujudkan suasana romantik untuk abang . Kemudian , Saya mula berkemas untuk diri . Tepat jam 9 malam . Saya dah tunggu abang di meja makan . Sebelah saya terletak hadiah istimewa untuk abang . Macam-macam lauk ada atas meja untuk abang . Semua nya makanan yang abang suka saya masak . Saya setia menanti di meja makan . Lilin saya dah nyalakan . Cuma lampu je saya belum matikan . Saya masih lagi setia menunggu abang . Jam terus bergerak .Sudah pukul 1 pagi . Abang masih belum balik . Saya terus sabar menunggu abang balik . Saya terjaga bila terdengar suara azan Subuh . Terpinga-pinga sebentar dibuatnya . Saya tersedar dan terus berlari ke tingkap depan .Melihat kereta abang . Alhamdulillah . Abang dah balik . Tapi . Kenapa abang tak kejut saya? Kenapa abang biarkan saya tidur di meja makan? Kenapa abang tak kejut saya nak makan sama-sama apa yang saya masak? Saya lihat lauk pauk masih lagi belum terusik . Kek yang saya buat pun masih lagi sama seperti yang saya buat . Sampai hati abang . Tak ingin nak menjamah apa yang saya masak untuk abang . Saya teringin hendak menangis . Terasa usaha saya semalam . Memang sia-sia . Langsung takdihargai . Paling terkilan , abang langsung tak mengejut saya untuk tidur di dalam bilik . Atau pun , angkat saja lah saya ke dalam bilik . Letakkan di katil . Air mata saya mula menitis . Tapi saya mula terfikir , bersangka baik kepada abang .  " Mungkin abang penat sangat kerja . Dah ngantuk sangat agaknya . Tu yang abang tak perasan saya di meja makan . Takkan lah abang nak biar kan isteri kesayangan abang ni tidur di dapur . Kan? " . Dan , saya tersenyum balik .

Abang .
Kak long abang baru saja melahirkan sepasang baby kembar . Comel sungguh mereka . Geram bila menyentuh pipi gebu mereka . Tiba-tiba , hati terdetik . " Bila saya boleh peroleh peluang begini? Teringin rasa nya merasai nikmat mengandung , morning sickness tiap pagi , pergi medical check up tiap bulan , melihat pergerakan baby bila discan . Bila agaknya peluang tersebut akan datang kepada saya? " . Saya terkesan dengan kata-kata ibu abang . " Kau bila lagi nak timang anak sendiri? Keluarga kita tak ada yang mandul tau." Saya baru hendak bersuara . Abang menjawab " Saya subur mak . Dia ni huh . Tah kenapa agaknya . Susah nak lekat . Pelik saya" . Abang , jatuh maruah saya dihadapan ibu abang . Saya tahu abang tak cakap direct . Tapi saya tau apa yang abang maksudkan . MANDUL . Ya . Itu yang abang maksud kan . Saya tahu abang . " Abang , bagaimana mahu lekat kalau abang sendiri takpernah sentuh saya? Kita takpernah bersentuhan kecuali semasa hari pernikahan kita . Semasa upacara batal air sembahyang . Itu yang pertama dan terakhir abang menyentuh saya . Lepas itu . Tidak ada abang . Hati saya hancur bila abang mengatakan saya sebegitu rupa . Impian saya nak mempunyai zuriat sendiri saya tahu tak akan pernah tercapai . Sama dengan impian hendak bersolat jemaah bersama-sama . Abang jangan khuatir . Saya takmarah abang . Marah itu ada . Tapi cuma sekejap . Saya dah lama maafkan abang .

Abang ,
Maafkan saya kerana tak berterus terang dengan abang . Kepemergian saya ke Mekah bukan sekadar mahu menunaikan Umrah . Tapi ada agenda lain . Abang pasti hairan dengan saya . 6bulan sekali mesti saya akan ke Mekah menunaikan Umrah seorang diri . Abang tak pernah larang . Ya saya hargai itu . Terima kasih abang . Sebenarnya , saya penghidap kanser paru-paru . Sekarang berada di tahap empat . Maafkan saya kerana tak memberitahu abang . Saya bimbang abang risau akan keadaan saya . Saya taknak itu . Doktor menjangkakan hayat saya , tak kurang 3 tahun abang . Sejak disahkan saya penghidap barah tersebut . Saya mula berubah . Saya tahu abang perasan dengan perubahan saya . Tapi abang sengaja diamkan diri . Saya mula berpurdah dan berjubah bila keluar  . Mula bersarung kaki bila keluar rumah dan lengkap juga bersarung tangan . Semuanya serba hitam . Abang perasaan perubahan saya itu . Tapi , abang langsung takbertanyakan kepada saya apa yang menyebabkan saya berubah sedemikian rupa . Saya juga mengambil keputusan untuk turut berdiam diri jugak . Hanya seorang saja yang tau akan penyakit saya ini , iaitu orang yang memberi abang akan surat ini . Maafkan saya kerana telah membelakangkan abang . Ampunkan dosa saya abang . Impian saya hendak bersemadi di bumi Mekah Tanah Haram akhirnya menjadi kenyataan . Saya bersyukur sangat terpilih sebagai tetamu di tanah ini .

Abang ,
Saya bahagia hidup dengan abang . Walau hanya dua tahun setengah kita bersama . Terima kasih untuk segala nya abang . Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai isteri abang . Itu hadiah ternilai buat saya . Memiliki abang sebagai nakhoda kapal impian saya . Abang , kita mungkin terpisah sekarang . In Sha Allah , di sana nanti kita bersama . Saya tunggu abang di Syurga ALLAH . Sesungguhnya keredaan ALLAH terletak ke atas reda suaminya . Saya berharap saya memperoleh reda seorang suami dari abang .

Sampai sini saja . Salam peluk cium buat Imam tersayang , Kekasih terakhir dan bakal bidadara syurga . 
Assalamualaikum . Saya tunggu abang di sana .
 - Isteri yang mengharap reda mu -

untuk yang ke berapa kali Ilham Hambali menitiskan air matanya tatkala selesai sahaja menghabiskan bacaan surat dari arwah isterinya itu. setiap kali selesai baca, tiap kali itulah juga dia akan merembeskan air mata jantannya. kalau selama ini dia ego, bongkak dengan dirinya, malam itu, entah kenapa perasaan rindu nya yang membuak buak terhadap arwah isterinya tiba-tiba muncul. rasa bersalah yang teramat sangat mula terbit dalam dirinya dari saat dia menerima berita kematian isterinya di bumi Anbia. sudahlah banyak melakukan penganiayaan zahir dan batin terhadap isterinya, hingga saat nafas terakhir isterinya pun dia tidak berkesempatan meminta maaf atas segala dosa dan salah yang telah dia lakukan. hidupnya kini diselubungi dosa yang teramat besar. kelak di Akhirat dia pasti akan ditanya saat sedang dihisab di Padang Mashsyar. 

Ilham Hambali terus melayan perasaannya hingga lah tiba azan Isyak berkumandang. tamat sahaja azan Isyak, dia lantas bangun menuju ke bilik air untuk berwuduk. selesai berwuduk dia pantas mengerjakan ibadah wajibnya itu. selesai solat, Ilham berdoa. doanya panjang hari ni. begitu banyak yang dipohonkan kepada yang Satu itu. selesai berdoa, Ilham Hambali mengambil al-Quran kesayangan arwah isterinya itu lantas memulakan bacaan yang sudah sekian lama dia tinggalkan. tergagap-gagap dia memulakan bacaan. menitis sekali lagi air mata jantannya mengenangkan dirinya yang sudah jauh tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar. tika ini, dia begitu berharap agar Addin Syaqina, permaisuri hatinya yang dulunya dibenci, namun kini paling dirindui muncul di hadapannya, mengajar dia mengaji walau sebaris ayat sekalipun. Ilham Hambali merintih sendiri. namun dia terus mencuba untuk menghabiskan bacaan nya pada malam itu juga. selesai mengaji, Ilham Hambali terlelap di atas tikar sembahyangnya. 

dalam mimpinya itu, Ilham Hambali bermimpi bertemu dengan kekasih hatinya, Addin Syaqinah. puas Ilham mengajak Addin Syaqinah datang mampir kepadanya, namun isterinya itu hanya tersenyum. puas Ilham menjerit menyuruh isterinya datang kembali kepadanya, namun Addin Syaqinah masih juga tersenyum. Ilham Hambali merintih sendiri dalam mimpinya. hinggalah tiba-tiba tangan isterinya muncul di hadapan mata Ilham Hambali. terus disambut tangan isterinya itu lantas Addin Syaqinah mula mengorak langkak membawa Ilham Hambali pergi mengikut arahnya.

puas Mama Ilham Hambali mengetuk pintu bilik anak lelaki tunggalnya itu. namun tiada jawapan mahupun sahutan. hati mama nya mula berfikiran yang bukan bukan. lantas diambilnya kunci pendua yang disimpan di dalam biliknya. pintu bilik dibuka. terlihat Ilham Hambali sedang baring di atas tikar sejadahnya dalam keadaan mengiring ke kanan. mama nya mula mengejut anak nya itu untuk menunaikan solat subuh, namun masih juga tiada jawapan. mama Ilham mula berfikiran tidak enak. dirasanya denyut nadi anaknya itu di pergelangan tangan anaknya itu, namun tidak dirasai. didekatkan pula telinganya ke atas dada bidang anak tunggalnya itu, namun tiada juga kedengaran degup jantung. Innalillahiwainailaihirojiun. pagi itu, kembali lah seorang lagi hamba Allah kepada yang Maha Menciptanya. bersatu lah semula cinta abadi antara kekasih itu di syurga Firdausi 

what do you think about this chapter? leave your comment please :)

Saturday 23 March 2013

smile :D


best shot ever I create ^^

Bismillahirahmanirahim . 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Cuti sekolah penggal pertama 2013 baru saja dibuka tirainya . ayuhh kita semua pelajar sekolah, raikannya dengan daun saderi. wakakaka XD . so? holla guyss . :)

untung nya budak tak amik public exam tahun ni . heaven lah kan cuti sekolah korang . takde kelas tambahan kat sekolah . hw takbanyak . fuyoooo . untung sangattt -.- . budak amik public exam tahun ni, dah mula terasa sheksa . haha . kelas tambahan, hw menimbun kalah bukit soga . cuti seminggu ibarat cuti bersalin lama nya . bhhhhh . sabar je la kan . takpe . adat orang nak berjaya memang macam tu . :D

so? apa plan cuti sekolah tahun ni? penuh dengan aktiviti kerja kahwin ke? bhahaha . IJK . lia mcm biasa . duduk rumah . kemas rumah . basuh baju . hidai baju . basuh pinggan . kemas dapur . isi air dalam botol . masak je takk sebab TAK MINAT . wkakaka . makan je lia minat . ekekeke .  hargai cuti sekolah korang yang panjanggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg gila ni ok? :3

kira bersyukur sangat cuti penggal pertama tahun ni, sekolah buat kelas tambahan 2 hari je . Isnin dan Selasa . ada lah juga masa nak merayapp baki hari yang tinggal tu . terperap je duduk rumahh . pehhhh . tak boleh siak -.- . duduk rumahh kerja makan je . kemain badan naik . kalau tinggi naik takpe jugak . ni berat . wasalam lah jawab nya :3

oh ye . hari ni, 23Mac, genap seminggu break . jyeahhh . hampir pulih sepenuhnya. makan masa jugak nak sembuh sebenarnya. pergi sekolah semua orang perasan lia lain. -.- . nak belajar pun macam kuranggg fokus, jasad dalam makmal, hati, jiwa raga limpa, pancrease hempedu semua terbang jauhh entah p mana :3 . pelajar Cina kelas lia pun perasan lia lain . -.- . masa belajar fizik . lia diamm je time cikgu bagi kerja suruh siapkan . lia tak buat . time tu duduk depan Ker Chin Peh .

him : yanie , kau kenapa? muka macam orang nak mati
me : ye ke? bibir saya pucat ke?
him : ye la . macam nak mati je 
me : -__________-

tu kat sekolah . muka p sekolah tayahh cakap la . haha . dah macam hantu raya je . muka tak cukup tidur . muka baru lepas nangis . muka takde muka yanie yang dulu la senang cakap . semua orang perasan . haishhh . payah jadi pemes ni :3 . wkakaka . tu cerita kat sekolah . kat rumah lagi la -.- . lia jenis anak tak boleh sorok pape dari ibu . lagi lagi benda macam ni . pehhh . rasa nak je duduk jauh jauh dengan ibu taknak ibu tau, ibu perasan anak dia ni tengah dalam kesedihan . last last, maghrib nak solat tu cakap kat ibu .

" ibu . akak dah takde pape dengan Izham . "

as usual . ibu mula berceramah . tapi sepantas kilat lia lari masuk bilik, amik wuduk . solat . then siap siap nak ke kelas addmath . kat kelas addmath baru lah lia gelakk lawan adhwa ku aliff punya lawak . kay baru ikhlas senyum semua . thanks adhwa :D

ibu mula mula je marah . esok nya, ibu dah takmarah dahh . agaknya, ibu taktahan tengok lia macam tu, macam patung, macam mayat hidup. time lia tengah main lappy dalam bilik, ibu datang dari belakang, p kat lia ibu terus peluk lia . ibu nangis . ibu nangis tengok lia . :'( . mesti lah . anak ibu yang sorang ni dah jadi pendiam . pendiam sangat . takbercakap, ketawa pun dibuat buat . ibu mana sanggup tengok macam tu . dan masa tu lah, untuk pertama dan terakhirnya lia nangis sebab IZHAM . jyeahhh . ibu peluk , ibu bacakan doa untuk lia . ibu bisik telinga lia . ibu cakap 

" dahh . jangan diingat kak . orang dah taksayang . takpe kak . akak sabar ea . "

ohhTuhann . makin sedap air mata aku leleh -.- . 

kawan kawan kat sekolah pun sama . tak putus putus beri sokongan moral untuk lia . terima kasih sangat . lia kuat sebab ada dia orang . lia mampu senyum balik sebab ada dia orang . dia orang berusaha buat lia senyum balik . ohhh terharunya U_U . selain kawan, lia ada ibu yang jenis memang sporting . semua benda boleh share dengan ibu . mungkin doa ibu yang minta pulangkan balik anak dia dulu, Allah dah makbulkan . so? ni lah LIA . hahahaha . the most important is . lia ada ALLAH . ALLAH beri lia semangat baru untuk hidup . hidup tanpa bayangan lelaki istimewa :D . lia pernah kena tanya dengan Izham, soalan dia

" antara kawan dengan pakwe, mana lia pilih? "

time tu lia diam . takjawab . lia cuma jawab 

" jawapan yang dikehendaki takde dalam skema jawapan "

macam lawak . tapi tu lah kebenarannya . tapi malam ni, lia jawab semua soalah Izham tu

" antara kawan dengan pakwe, lia pilih kawan . sebab masa lia jatuh , lia down , lia moody kawan yang tolong lia untuk bangun balik , kawan yang tolong lia buat senyum, ketawa balik . pakwe belum tentu nak tolong lia . tu pun kalau ada pakwe . kalau takde? hahaha . "

penutup?

nikmati cuti sekolah tahun ni dengan senikmatnya . jangan lupa hw ea? doa kan lia terus kuat semangat, mampu layari bahtera kehidupan lia yang baru nak start enjin ni dengan sebaiknya . doa korang la yang buat lia kuat sebenarnya .  


SELAMAT BERCUTI SEKOLAH . :D

p/s : okayy tak style shawl silang ni? am I look jojes? ke makin comel? wkakaka XD
woot woot *O*
© Bunga Liar
Maira Gall