Tuesday 29 March 2022

RANDOM THOUGHT ; BERUBAH


Another day another new post. 
Semoga korang tak bosan baca, Walaupun sebenarnya takde yang baca.

Dulu, lia ada hobi lain selain blogging. Which is, dari zaman sekolah Lia memang suka baca novel. Kalau pergi Popular BP Mall tu memang port lia akan ke rak novel. Start lepas UPSR kot. My very 1st novel is Lili Buat Najah.


dan lepas tu banyak lah novel yang Lia kumpul. Zaman sekolah menengah, kat poli is zaman buku fixi. Memang banyak lah membeli buku urban. Fav gila novel Kelabu by Nadia Khan, also novel Gantung. Habis poli tak dan dah nk follow hobi mahal ni hahaha. Dah kerja, tak sempat nak baca.

Lia aktif membaca novel balik macam tahun lepas. Syok betul beli novel online eh? Also, ada satu hari tu, Lia tak sengaja jumpa novel Lili Buat Najah with new cover. Novel Lia yang kat atas ni hilang tau. Sumpah sedih, taktau last sapa yang pinjam. Mujur lah dah jumpa yang baru, terus grab.


Anyway, Lia bukan nak cerita pasal novel kat sini. Nak cakap pasal satu benda yang lia rasa, sampai masa semua orang akan alaminya, which is berubah.

Sama ada berubah fizikal, rupa, keadaan diri, karakter, kehidupan dan benda lain yang boleh berubah.

Lia mendapati diri lia sekarang tengah alami satu perubahan minat yang besar. Dulu suka sangat membaca novel, tapi skrg lia rasa macam dah tak mampu untuk habiskan satu novel. Dia punya rasa muak membaca tu sangat ada ya. Kalau dulu boleh la sikit sikit eh tau tau habis baca, tapi sekarang, tengah baca pun,  boleh terus tutup ehh. Teruk kah perubahannya tu?

Tak sangka, saya akan berubah minat ni.

Terus terfikir, apa lagi eh yang boleh buat manusia berubah? Sedia ke kita untuk berubah tu kalau dari tak elok jadi elok?

Cuma, macam mana pun, tetap tanam dalam diri once bila diri ini mengandung. Lia perlu jadi rajin membaca, supaya banyak input yang baik untuk kandungan nanti. Termasuk lah belajar math dan addmath. Entahlah, takut anak tak bijak math dan dibenci pulak dengan cikg math nanti. Ehhh risauu.

Bukan minat je boleh berubah, manusia pun sangat boleh berubah.

Sigh.



Wednesday 23 March 2022

Random thought ; dewasa.


Lia sangat berazam ya, tahun ni akan banyak luang masa kat sini. Walaupun aktif berblogging takde masuk dalam azam to be achieved untuk tahun 2022, tapi disebabkan ada berlaku turning point so Lia rasa I should put inside my 2022 wish.

Walla!

So, topik ringan berat sikit malam ni ; 26 & tanda dewasa.

Lia tengah skrol Twitter, pastu hot topik untuk minggu ni,

1) Beg Smiggle budak sekolah rendah
2) Posting IG Angkasawan Negara, yang dia macam hint untuk request nak anak lagi but need to ask his wife first
3) Tips perkahwinan yang datang dari sorang warga twitterian (asalnya janda)tapi baru kahwin baru.

dan macam macam lagi.

Hubungan Lia dengan Twitter dah terjalin almost 1 dekad ya. September nanti genap 10 tahun. The longest relationship I ever had. Tapi tu bukan intinya. Intinya dalam karipap nanti. Hm, harap bulan puasa nanti takde orang jual karipap inti oksigen.

Alhamdulillah, umur panjang setakat ini. So banyak menyaksikan hal kehidupan, perubahan status diri sendiri dan kawan kawan yang lain. Dari ada kawan pastu takde also kenal siapa yang ada untuk kita bila kita tengah down to earth sampai takat paling negatif.

Di saat masuk tahun 2022, paling lia rasa ya, 

Fuhh, dah tua. Bukan dewasa tau, rasa tua. Tak tahu tua macam mana, tapi rasa diri sedang menua! 

Call me old skul but this is currently happened to me. Mungkin menyaksikan situasi kenalan di Whatsapp dah mula dukung anak atau hantar anak p sekolah. Atau melihat kenalan yang sedang berada on the top of their achievement.

Tua ke tu?

Paling unexpected gila, di saat usia 26 tahun, mata dan diri menyaksikan manusia berubah. Berubah disebabkan sekeliling, kejadian dan situasi.

Dia macam, eh tak sangkanya dia ni macam ni! Dulu tak macam ni pun! Kenapa sekarang macam ni?

Also perasaan nak deal bila jumpa mereka yang macam ni. 

Jangan bangga tau jadi dewasa! Lia tiba tiba sakit hati ingat time sekolah dulu, waktu PJ je cikgu subjek spm akan masuk kelas, bagi pass year exam. Saya nak main netball cikgu!

Dewasa tu melelahkan. Menakutkan kalau kita tak bercadang untuk dewasa dalam keadaan sedia. Tapi macam mana pun, kita tetap akan terus jadi dewasa. Sampai lah masa dia berhenti bila Tuhan kata, harini adalah tarikh mati kita.




Tuesday 22 March 2022

LOHONG KOSONG


Writing for healing. Masa taip ni, tengah bukak lagu Enchanted by Taylor Swift.

Rasa macam patut menangis time taip dan dengar lagu ni.

Trust me. Memang tengah nangis. Bukan sebab lirik atau story behind of this song but the rhythm.
Rasa memang kena nangis la?

Takpe la. Nangis pepuas k.

The rhythm macam tarikkkkk ya momen hidup yang patut dicapai tapi tak dapat dicapai disebabkan hal hal tertentu yang takpe la I wont share kat sini.

The last time Lia aktif gila blogging zaman belajar.

Rindu nya untuk jadi akfif macam dulu.

Sejak sejak ni kan, Lia banyak rindu benda lama. Benda lama yang sepatutnya tayah la datang jenguk ingatan tapi eh malah mampir terus. Wohaaa the biggest reason to cry I guess.

2018 was the last time Lia aktif, lepas tu 2019, rasa posting sebab update status dah jadi bini orang lepastu 2020 langsung takde update eh busy apa ek sebenarnya? Ok sebab time ni laptop pada adik. She is using for study. 2021 je sekali update, hello saya masih bernyawa. 2022 here I am.

Waaaaaaaa, this is not the good achievement to be proud lah. Apa benda la sibuk sangat hidup time tu? Tinggal benda yang memang pernah jadi sebahagian dari hidup dari dulu. Mujurlah, dah sedar diri maka dengan itu, hujung tahun 2021. Hantar notis resign.

HAHAHAHAHA!

I am looking for the better opportunity also good environment to expand my skill. Wahhh gitu, macam jawab soalan iv ek?

Pernah dengar ayat, kita dah hilang minat dengan sesuatu benda yang dah selalu jadi makanan kita? That was the reason. Also, time tu macam sedar diri n ada perasaan penat kerja ya. Kahkah. Since habis belajar dulu tak lama terus kerja pastu 2022 adalah waktu berehat. Rasa nak dudukkkk rumah je. Takpe lah, suami cakap awak duduk lah rumah dulu. Buat lah benda yang awak suka dan nak buat. Dia pun rasa cukup rezeki nak tanggung bini maka here I am.

Btw, lepas raya dah masuk kerja baru dah pun. Ibu kita bisinglah nanti tua KWSP tak banyak hahahhahahahhaah! Yelah, kerja je lah.

Dah okay dah ni. Feeling better already.



2022 ; THE FIRST POST



2021 went not very well as I planned. The only post yang ku update hanya menyatakan,

LIA MASIH HIDUP.

lepas tu PUFFFFF hilang balik.

Ehh apa eh yang terbaik jadi kat aku untuk 2021?

Untuk bulan Mac, rasa the best thing happened was banyak potong kek kot? Ye lah sebab birthday kan.

Also, 2021 I make a decision to quit my job after two years.

Apa? Shahrul cakap boleh tanggung bini lah haahahahaha


© Bunga Liar
Maira Gall