Friday 6 September 2013

horror movie : ghost time



Bismillahirahmanirahim 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

minggu Trial SPM sudah hampir sampai ke garisan penamat . budak kelas lain dah habis paper . budak Bio dengan Akaun minggu depan baru habis . so minggu ni rest sekejap dengan paper exam . this week is really killing me slowly . haha . soalan addmath yang extream gila ibarat naik roller coaster kat Genting Highland tu . soalan Fizik Paper 2 yang BOMBASTIK sangat . phewwww . Thanks sir :)

melepaskan tekanan disebabkan exam itu perkara biasa sebenarnya . haha . so, lia decide nak update blog . cerita pasal : GHOST STORY . perasan tak . lia memang dah abad lama tak update blog berkisah kan cerita alam yang kita taknampak ni . haha . madah update cerita yang lagha semata mata . cehhh . foyoooo =='

so . lets start it ^^Y

btw . " Hi saya Anabelle . Comel tak saya?"  kata anak patung kat atas tu . Horror gila muka =='

kisah 1

normally . budak hostel kaya dengan cerita horror macam ni . haha . raya tahun ni . berpeluang tambah koleksi cerita horror dari mulut bestie lia . haha . nama dirahsia kan . phewww .

kisah bermula dar pelajar lelaki sekolah SBP daerah Muar . kisah dari senior mereka . duduk hostel mana boleh bawak hp kan . kecuali mereka yang terror bub menyorokkan hp ni . haha . so nak dijadikan cerita . satu malam . senior dia ni nak call orang . masa tu dah light off . you know light off? mean . dah waktu tidur la . tapi dia nak sangat call orang tu . so dia kejut kawan dia yang dah tidur ni mintak teman dia p turun bawah nak call guna public phone . kawan dia bangun dalam keadaan mamai suruh dia turun dulu . nanti dia turun . ok la . dia pun decide turun dulu . p kat public phone . start bual bagai . time dia tengah bual tu, dia nampak la kawan dia turun datang teman dia semua . so dia buat je la biasa, tak takut semua sebab ada orang yang teman dia . kawan dia yang teman ni duduk cangkung tepi longkang sebab public phone tu memang banyak then berderet tepi longkang . habis call, dia ajak kawan dia naik tidur . tapi dia perasaan kawan dia tu semacam je . then dia tanya ahh kawan dia tu

dia : weyh kau okayy tak ni?
kawan dia : ok lah . kenapa?
dia : yeke? cuba kau mengucap
kawan dia : *mula mengucap . Asy-hadualla ila ha illa ........ mulut dia takboleh nak sebut Allah .

then muka kawan dia tu terus berubah . jadi ..... incredible hulk maybe :3 . last last , esok pagi . kawan kawan dia yang lain jumpa dia pengsan kat tingkat bawah . termasuk lah ' kawan ' dia yang kononnya teman dia malam tadi . hahaha . 

PERSOALAN : siapa yang teman dia malam tadi tu? 


kisah 2

kisah dari sepupu lia belah ibu . dia sekarang tengah study kat UiTM Melaka . time ni dia tengah sekolah menengah . form berapa tak ingat . sekolah dia buat camping . kat tengah hutan . malam last kot . nak buat night walk . tapi dalam keadaan mata yang tak bertutup la . haha . kawan sepupu lia yang laki ni ada plan nak prank kawan kawan dia yang lain . so dah tengah malam tu . orang lain tengah busy berkumpul nak get ready untuk aktiviti tu , kawan dia around 3 atau 4 orang gitu decide nak prank kawan kawan dia orang dengan gunakan ... CANDY . haha . nama pemes cik Po .. bukan cik Pon atau cik Lang tau . tapi cik Po . dia orang plan nak gantung candy kat tali flying fox yang dia orang guna siang tadi tu . mean, masa kawan kawan dia yang lain sibuk lalu kat laluan flying fox tu, mereka yang ' nakal ' sikit ni nak lepaskan candy tu . hahaha . dan akhirnya plan dia orang menjadi . time dia orang lepaskan kawan dia orang yang jadi candy tu . secara tak sengaja, ada candy lain yang ikut belakang kawan mereka tu . haha . the real candy ikut belakang candy palsu tu . haha . kawan dia yang nakal ni tergamam ah apa lagi terus tinggalkan terus kawan dia yang jadi candy tu . ending cerita . bila balik dan camping tu dah tamat . salah sorang dari kawan sepupu lia tu, yang jadi nakal tu . meninggal . sebab? unknown reason . Al-Fatihah

pengajaran : tayah sibuk nak sakat kawan bila kita dok tengah hutan . kena sedar diri yang ada orang lain bersama kita 


pernah menyaksikan manusia seperti kita dapat bertutur dengan makhluk halus? haha . ni kisah dari kawan lia . nama dirahsiakan . :)

kisah ni, baru je . bulan puasa yang lepas . haha . masa tu rumah kawan lia ni tengah panas gila dengan benda benda ni semua . mula dari Batu Pahat kena jerebu semua tu . yang 1 batu pahat cuti pasal jerebu tu . ha sejak tu ah . cerita nya, ibu kawan lia tu tengah sibuk nak masak untuk buka puasa . kawan lia ni tengah tidur . then ibu dia perasan ada orang datang rumah dia . then dia p tengok . memang ada pun orang datang . kawan suami dia . kira bestie suami dia la . dah jemput masuk semua . ibu kawan lia ni kejut kawan lia semua . cakap ada orang datang . orang yang datang tu bertiga . anak perempuan dia dengan adik perempuan dia . mereka pun duduk lah berbual sat . nak hidang air tengah puasa kan . haha . so bual je la . tengah bual tiba tiba ibu kawan lia tu senyap tau . senyap senyap senyap then senyap . termenung semua . macam sedang tengok sesuatu . kawan suami dia ni, dengan izin Allah pandai lah jugak tengok kan orang . senang kata, satu keluarga dia Allah beri kelebihan pandai nak tolong orang dengan bantuan Allah :) . adik perempuan dia, kawan lia tu panggil moksu je sebab memang dah dari kawan lia tu kecik memang dah rapat dengan keluarga kawan ayah dia tu . so, nak senang dan bagi korang paham cerita ni. lia gelarkan adik perempuan kawan ayah kawan lia tu dengan nama Moksu . tetiba moksu tu cakap 

benda tu ada dalam badan dia tu . 

dan lepas tu mula lah aktiviti berinteraksi semua dengan benda tu semua . dengan izin Allah, benda tu dapat ditransfer ke badan anak perempuan dia tu untuk menjadi pengantara untuk selesaikan masalah tu .

antara dialog yang kawan lia cerita tu . nak dijadikan cerita . benda yang masuk dalam badan ibu kawan lia tu, nenek kebayan . mai dari Gunung Ledang .

dia : hai nenek . nenek lawa lah . nak jadi bini saya tak?
benda tu : tak ingin aku
dia : kenapa nenek boleh ada kat sini?
benda tu : aku suka keluarga ni . aku dah lama pun  ada kat sini . dari sejak laki dia mati . aku yang bunuh suami dia . HAHAHA 
dia : ouh . macam tu ye . nak senang cerita , saya nak hantar nenek balik tempat asal nenek . tapi nenek kena lah keluar dulu dari badan saudari ni . tak elok duk lama lama dalam badan dia nek . 
benda tu : taknak . buat apa . aku suka rumah ni *suara orang tua
dia : ok . kalau macam tu yang nenek nak . tapi nak taknak saya kena hantar nenek balik jugak . nenak nak saya deal dengan nenek cara baik ke tak?
benda tu : kalau aku taknak keluar kau nak buat apa? *menengking
dia : tak buat apa . cuma saya nak tunjukkan sesuatu lah kat nenek yang mungkin boleh buat nenek nak keluar dari badan saudari ni

maka, dengan izin Allah dan Ilmu yang Allah beri kat saudara lelaki ni , Allah izinkan nenek kebayan tu saksikan sendiri seksanya api neraka . nenek tu meronta ronta . rasa panas sangat . dan mula menangis . saudara ni pun minta kawan lia ni dengan adik dia, bacakan Ayat Kursi, ayat last dalam ayat Kursi tu , yang berbunyi

Walayaifduhuma wahuwal aliyul azim dibaca 7kali setiap sorang dan dihembus kat tapak tangan saudara ni lalu diletakkan tapak tangannya tu kat tengkuk nenek kebayan tu . menggelupur kepanasan nenek tu .

dia : kau nak keluar ke tak?
benda tu : taknak . aku taknak keluar
dia : semua baca zikir Lailahaillallah . minta izin dengan Allah dulu . 

maka bergema lah rumah kawan lia tu dengan alunan zikir Lailahaillallah . makin kepanasan nenek tua .

benda tu : panas panas . panas *jerit
dia : baca lagi . jangan berhenti .
benda tu : berhenti . ye ye . aku keluar . ye aku keluar . tolong berhenti 
dia : ye , kau boleh keluar . tapi dengan satu syarat . kau kena masuk Islam 
benda tu : macam mana aku nak masuk la bodoh kalau aku taktau
dia : saya akan ceritakan kat nenek betapa indahnya menjadi Islam yang luhur

orang tu baru nak bukak mulut nak cerita pasal Islam . nenek tu cakap

aku taknak dengar kau yang cerita . aku nak dengar anak dia yang sulung tu *sambil tunjuk kat kawan lia* yang bercerita kat aku . maka, dengan izin Allah kawan lia ni pun mula lah bercerita kat nenek tu tentang bestnya jadi Islam ni . sebab nenek tu memang kafir pun ==' . nak ngucap pun tak rety :3

" bla bla bla ....... orang yang Taat dengan Allah balasannya syurga . orang yang syirik, sekufukan Allah neraka balasannya . " kata kawan lia tu

kawan ayah dia pun sambung

dia : nenek nampak kan tadi api neraka? panas kan nenek?
benda tu : *angguk kepala
dia : nenek nampak tak ada nenek dalam tu
benda tu : nampak . aku nak masuk Islam . aku takut . aku nak taubat . 
dia : Alhamdulillah . kalau macam tu yang nenek nak . nenek ikut ya saya mengucap . ikut hari macam saya . sambil tunjuk cara macam mana kita mengucap time solat tu

baru nak bukak mulut ajar nenek tu mengucap, nenek tu cakap

benda tu : aku nak mak dia yang ajar aku mengucap

maka ibu kawan lia ni pun ajarlah nenek tu mengucap . dan dengan izin Allah . Islam lah nenek tu .

kawan ayah kawan lia tu tanya nenek tu

dia : nenek dah masuk Islam . nenek nak nama apa? nama Hamidah nak?
benda tu : taknak . tak sedap
dia : *sempat gelak . haha . kalau macam tu Salmah
benda tu : lain . taksuka 
dia : ok . Siti Aisyah? nama isteri Rasulullah
benda tu : hmmmm . ni sedap . aku nak nama ni
dia : baiklah . mulai hari ni nama nenek Siti Aisyah . nenek nak belajar ilmu agama kat mana nek?
benda tu : masjid kat kampung ni 
dia : baiklah . nenek boleh belajar ilmu agama kat situ . tapi dengan syarat, nenek kena utamakan manusia . kalau dia orang langgar nenek, nenek jangan marah . sebab dia orang taknampak nenek . beri laluan kat mereka dulu yang nak belajar agama, dengar ceramah kat sini . ye nek?
benda tu : baik lah . aku paham . 
dia : ok nek . ada pape lagi nak cakap?
benda tu : ada . aku nak minta maaf kat keluarga ni sebab dah susahkan keluarga ni sejak suami dia mati lagi . maafkan aku . maafkan aku ___ *nama ibu kawan lia

ibu kawan lia diam je . maybe still takdapat terima apa yang nenek tu cakap kot . tapi, dengan izin Allah dia maafkan semua salah yang nenek tu buat kat keluarga dia . kawan lia tu pun dengan adik dah maafkan nenek tu . then last, dengan izin Allah nenek tu pun pergi kat masjid kampung kawan lia tu nak p tuntut ilmu agama .

the end . 

seram tak? haha XD . dah lama tak tulis entry macam ni . hanya 3cerita je yang dapat dikongsikan XD 

last word : kita semua ni bukan hidup sendiri dalam dunia ni . ada makhluk lain yang kita taknampak ada sekali dengan kita . takcaya? tengok sebelah korang ada apa sekarang ni . haha XD . jaga diri elok elok . mantapkan iman selagi masih diberi peluang nak mantapkan . ingat . jangan sekali mengsekutukan Allah . neraka balasannya ^^Y

comel tak kak ton? bhahaha XD

Adiossa 

© Bunga Liar
Maira Gall