Saturday 16 August 2014

kehidupan baru ; sejak jadi budak lepasan spm yang dah sambung belajar


Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


So hey guys that have been keep reading this entry ouch Im so touched thanks a lot weyh. cehhh feeling pemes. heh.

ya Allah rindu nak bergerak aktif sebagai blogger tegar macam dulu sebelum jejak bumi Pahang. yes ada yang merindui ku? pftttttt *flip tudung. so macam mana kehidupan kat poli? haha. entah la. undescribing feeling ._.

kelas dah lama bermula sejak pertengahan Jun yang lalu. mehh tayang sikit betapa skema nya  lia kat sini. hari pertama ala biasa lah, sucinya muka masyaAllah -.-


sopan bukan? kahkahkah.

class okay but yahh as a girl im still crying okay bila jauh dengan ibu adik . haha. bukan isu manja k kat sini. isu lia rindu waipai yang kencang kat rumah tu heh. walhal waipai tu kencang time tengah bulan je tapi atleast benda tu mampu lah jugak buat lia haha tarik senyum lebar gila. uuu syok woi layan tonton tengah malam sambil baham kitkat (boikot la gila) em . yes lia rindu tu. haha. tapi tipu lah tak rindu ibu adik. lebih rindu adik sebab adik tu bahan lia bergaduh je. kahkah. bahan untuk ditarik rambutnya. digigit pipinya bila dia tengah tidur. gomol pipi dia puas puas haha hoi rindu lahsia. ibu pun wajiblah kena rindu jugak.

nak tau apa yang sedih bila masuk pms ni? mari lia senaraikan. sebelum tu nak kata tayah lah korang tahan gelak nak gelak gelak kan je la sebab apa yang bakal lia taip pasni memang agak kelaka pun. ayuhh senaraikan -.-

- ampaian depan bilik lia  dekat dengan koridor yang lagi tinggi dari lia huh suck duhh. bilik lia tingkat satu. maka tade lah tinggi mana nak menapak dari ground floor. takkisah pun part tu cuma part nak hidai baju tu pehhh sakit woi badan nak hidai baju kat ampaian paling luar. sakit badan satu. kaki pun sakit sebab kena jinjit hahaha PENDEK la woi mana sampai pftttt.

masalah lain ;

- hari hari lia kena pk nak makan apa bila turun cafe. kalau turun cafe tu lia mesti lepak dulu kat meja pk nak p gerai mana. nak makan apa. kesian kan? tapi serius ni lah masalah terbesar lia kat sini sebab tatauu nak makan apa haha. bila penat pk dan tatau nak makan apa maka lia malas lah nak makan. heh sejak duduk sini perut lia dah makin kecik. amik nasi sesenduk je aku tatau la pasal apa. pftttt. ada satu hari ibu tanya lia

kak makan apa hari ni
roti je bu
akak jimat ke kat poli?
takde ah bu malas nak pk nak makan apa

pfttt lihat kan betapa besarnya masalah lia di sini.


kawan kelas majoriti budak pahang maka masa awal awal dulu pada lia timbul la jugak isu racist ni hahaha sumpah woi budak johor empat orang je pfttttt maka masa awal awal grup ws ditubuhkan tak ramai yang layan lia haha menangis lagi heh kerja menangis je la kat sini masa awal awal masuk dulu .-__- . tapi skrg dah ok dah.

^^y

ouh ye kat sini bila mention nama Lia tak ramai kenal sapa lia. lia guna nama Qiy kat sini. jangan tanya kenapa sebab lia dah penat bagitau sebab nya kenapa pfttt sampai lecturer pun mempertikaikan kenapa guna nama Qiy bukan Ilyia bukan Syazani heh . isu nama pun nak dipertikaikan. nama Yani lagi ahh hahaha sampai lia rasa bole timbul soalan dalam kelas

SAPA YANIE KAT SINI?

kahkah lol punchline taksampai.

lia balik raya hari rabu sebelum raya tu. awal gila. habis kelas pukul 1 balik bilik terus kemas beg lepas zuhur say babai to Poli. dulik apa aku takde keje aku nak habiskan sisa Ramadan terakhir kat poli -.-. haha. pukul 6 dah sampai rumah kencang bukan kahkah. ingat tanak gtwu ibu tau pastu pk balik takpe lah gtwu ibu hihiks ^^y. ouh ye. lia nak cerita pasal suprisse lia buat utk ibu masa lia balik rumah pertama kali sejak masuk poli.

lia beli tiket pagi sabtu. inform kat adik sorang je. pastu pukul 11pg gerak dari muadzam. jejak rumah lima petang. adik amik kat Senggarang. ibu langsung tatau pape. ibu mesej pun lia takbls. setan gila anak beliau *ketawa iblis haha. bila ibu tanya adik akak buat apa adik taram akak tidur bu asal tah tak bangun bangun. haha. sebelum tu pesan kat adik jgn ckp pape kat ibu. suprise kateko kahkah. satu hari tu adik menjauh je dengan ibu sebab dah taktau nak bagi sebab apa bila ibu tanya lia buat apa. haha. lia suh adik mandi awal awal lia sampai je mandi tukar baju terus lenjan p bpmall. sebab lia balik tu semata-mata nak tengok Transformers ; Age of Extinction je pun -.- sebab kat muadzam mana ada mall cinema semua. lia sampai rumah je bukak pintu snyp snyp ibu tengah tengok tv kat bilik terus buat chakk baa kat pintu. 

ibu ........... *sambil buat muka comel gila hahaha lawak duhh ingat balik. ibu terkejut gila kot? kahkah. terus lari kat ibu peluk ibu kuat kuat hoi rindu kot kat mak sendiri. 

patut lah takbls mesej ibu. adik pun lain mcm je hari ni rupanya nak balik *sambil cium pipi lia. hahaha.

yes. menjadi suprise tu sila joget sikit .

mari cerita pasal raya. tahun ni mood raya barai sikit. punya malas nak cari baju raya. malam kedua balik rumah lenjan p expo parit raja. kali ni cari baju kat kedai first terus grab. malas aku nak pk lelama nak pakai baju apa -_-. tahun ni raya banyak lebihkan adik dengan ibu je pun sebab duit ptptn baru masuk HAHAHA nampak kan punchline nya kat situ =3= kahkah.


ke Ekspo parit raja lah kita. lihat belakang lia. nadi kesayangan lia dan adik. kira jari jemari lia dan adik main bar kat situ je lah haha sembang lebat duhh main bar konon sakai -.-

esoknya kemas rumah 




pagi raya dengan adik. baju raya yang takpernah sedondon pun tiap tahun sebab tak suka ._.



welpie bersama ibu adik dengan calculator baru adik jenama samsung core yang bole connect wifi kahkah nganjing adik *trollface 

kira raya tahun ni best kot sebab ibu boleh dipujuk utk bergambar hihi sayang ibu ^6^

raya ketiga rumah kena serang dengan rakan taulan bahagian senior sekolah semua haha 


raya keempat pehh kencang konvoi dengan budak budak senggarang. lia yang jenis banyak pengalaman sebagai ketua create grup kat wc nak bincang pasal isu konvoi raya ni. Alhamdulillah tahun ni punya  konvoi raya menjadi. kalau dulu beraya naik basikal masa zaman form 1 dengan hujan nya. pastu form2 sampai form4 naik motor. tahun ni sejak ramai dah pasang P kat cermin kereta maka tahun ni berkonvoi raya dengan kereta lah kita. berlaku peredaran zaman dan masa di situ kan? tiga kereta dan tiga motor tahun ni punya konvoi . para wanita naik kereta lelaki je yang lenjan pulas minyak motor.


bertiga naik Viva dengan wani dan Fila selaku driver kami pada hari tu.

sebenarnya terlalu banyak gambar yang diambil masa tu sampai penuh kat tab Daus Sawal maka lia tayang part akhir konvoi je lah kahkah. lepak Punggur dengan deru angin yang apak kuat kahkah lia teringat part seksa nya Fila nak tahan wide shawl dia dari ditiup bayu laut yang kencang tu *nganjing Fila.


with Hisyam kimia lia dengan dia memang padu sebab ikatan kimia kami minat benda yang sama . apa dia? extream sport. i do love skating while he loves so much with parkour. 


sakan juga lah selpie tahun ni dengan fish eye lens milik lia haha >< . tengok wanita yang pakai jubah hijau shawl merah tu. adoi senak lia menahan. mari kita lihat part Fila buat iklan sunsilk. sunsilk yang iklan Heliza Helmi tu HAHA siot aku dah macam hape gelak waktu taip ayat ni kahkah. 


tengok Fila. haa sama kan? iklan Sunsilk pati limau purut yang dutanya Heliza Helmi botol syampu warna hijau. apak ah detail siak lia terangkan description syampu tu haha. 

1 Ogos pulang ke poli. malam nak balik poli tu lia duduk diam je. kemas beg pun lambat sangat. last ibu yang kemaskan beg. ah senang kata sejak masuk poli ni tahap kemalasan nak kemas beg tu memuncak gila duhh. dah tiga kali balik tiga kali tu jugaklah ibu yang kemaskan beg lia. kahkah. isu kat sini adalah 

eh aku tak reti lah nak kms beg sebab bila kemas mesti tak muat =='

habis.


hi saya macho dan maskulin =='

khamis lepas kami budak dup buat jamuan raya. maka mari sambut raya dengan budak poli kelas lia woot woot


cause i love the colourful of the balloon. baru selesai set up lokasi kejadian untuk event malam nanti.




malam tu lia touch up la sikit muka. tepek la segala bagai alat mekap tu. part bibir merah menyala tu first time la woi lia buat sejak menginjak ke remaja ni haha. memasing kata

qiy lainnnya muka
comel nya qiy suka bibir qiy

sudah sudah kembang jugak kang aku sat g pfttt

bersama classmate seramai 51 org uuuu


mungkin mereka bakal menjadi antara kesayangan lia mana tau? =='

entry tamat. maaflah kalau panjang gila lebar biasa lah budak busy memang macam ni. nak nak duduk ceruk hutan kan kiri kanan kelapa sawit hahahahaha line takde sangat kan pehh kaw kaww aku ngata muadzam shah ni heh kenyataan pun ==' maka ni lah mendapatnya . cerita dari sejak 18june yang terkumpul.

sebelum tutup entry lia nak promote satu online shop ni. sapa sini yang jenis minat baca buku. buku jenis style sekarang. buku style urban. buku tulisan manusia 2014. yang jenis puisi. yang ada maksud deep gila la siol. korang boleh cari kat sini. sumpah buku buku style mcm ni memang best. memang kena dengan perangai karakter manusia 2014. yang kalau kau baca pastu kau buat then kau terasa heh padan muka sapa suruh baca kan dah terasa kahkah. takpaham? mehh lia tayang sikit contoh ayat yang boleh buat korang terasa 


yang ni tulisan dari Lord Zara dari Terfaktab media. lejen jugak lah beliau. kalau korang jenis puitis paham kot apa beliau nak sampaikan


realiti yang jadi kat kita. kan?

tayah cakap panjang lebar. usha je kat instagram. taip Warongway. ada punya. takde insta tak kata takboleh beli kat FB pun ada jugak cari jugak Warongway. kalau FB nak tutup sebab ada kan isu FB akan ditutup hari tu haha kat Twitter ada @Warongway. lia dah berurus niaga dah dengan beliau. uuuu best weyh. peramah. in case kalian ni beginner kan tatau nak baca buku apa korang boleh mintak pendapat owner tu sebab beliau jugak pembaca tegar buku style urban ni. sapa orang Batu Pahat boleh je COD dengan beliau. COD is amik barang yang kita order direct terus kat penjual. beliau selalu buat car booth sales. area Parking lot BPMall tu.


urusan urus niaga jual beli banyak kat sini. hasil belian lia bersama mereka


RM120 berjaya dileburkan tapi tak terkesan langsung pun RM120 tu sebab puas gila bhaii lepas baca buku ni. sumpah taktipu. buku jenis seram pun ada jual jugak. one of the top horror novel by Fixi is Kacau. weyh nak pesan ni siapa jenis tak kuat semangat tayah lah baca weyh buku seram jenis urban ni karang kencing atas tilam kang ==' . tapi cerita seram style urban aku cakap uuuuu menjadi bhai seram dia. try lah baca. try baca Kacau. kenal kenal la sapa Malika kahkahkah. adik lia repeat order lagi dengan beliau. dia beli lagi novel seram Gantung, Asrama, dan Wanita Kimono Merah. seram ke tak tatau lia belum baca. yes kalau kau beli buku kat sini kan, korang 6buah buku bersamaan rm100 kau dapat beg.  


apa pun mari support barang lokal kahkah. lain weyh baca buku style urban ni. penulisan mereka lagi sempoi. tulisan yang jujur gila. jujur lah aku cakap buku style urban ni jenis open gila penulisan dia. in case korang tengah baca buku tu tetiba nampak perkataan yang aneh pepelik jangan tutup buku sambung je lagi baca sebab buku style urban memang macam tu. ahh korang baca dulu. nanti paham. ok?

sebarang pertanyaan korang ws je owner tu Insyaallah beliau akan balas soalan korang melainkan korang tanya

akak dah makan?
akak pakai baju apa hari ni?

nak kena sepak memang mcm tu perangai nya pfttt

Adiossa
© Bunga Liar
Maira Gall