Wednesday 25 December 2013

chapter luar silibus - aktiviti lepas Es Pee Yem :3


Bismillahirahmanirahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

last entry . 1 Dec . hari ni dah 25 Dec . means dah hampir 24hari lia buat dang dengan blog . bukan sahaja blog, malah twitter dan fb pun sama lia buat endah tak endah -.- . masa banyak dihabiskan dengan menqada waktu tidur . waktu banyak diluangkan bersama katil dan selimut tersayang bermadu asmara bersama mereka . ok enough!

macam biasa . budak lepas SPM . pishang dowhhh . bukan PISANG . but PISHANG . ia perkataan yang sinonim dengan budak BOSAN . biasalah . pengaruh budak twitter kan? -.- . serius talk k . taktipu . bosan gila tahap gaban syntax error lah lia cakap . haishhh =='

nak kerja ibu tak benarkan . kenapa? nanti lia cite :3 . seperti yang lia tak rancang , khamis yang rabu last paper bio budak sains tulen , esoknya hang dengan classmate . hang dengan The Bestarian . macam best . dan macam tak . dan mcm mls nak komen pape .





berboling dengan classmate . with Aisyah . she is the only girl who call me Lia in 5Bestari . haha . janggal k . tapi mcm dah biasa :3


mempersembahkan . ex class monitor 5Bestari bersama pembantunya . haha . sapa ketuanya? of course la saya *angkat tangan. mana Lia nak kalah . mesti lah lia nak menang . nak nak jawatan macam ni *gila kuasa :3 . haha . he is Amirul Syafiq . but The Bestarian prefer to call him Sapik *suara chia ling* .  both of us have been cooperated for 2years . haha . 

terima kasih
tahan sabar dengan aku
tahan kena maki dengan aku
tahan dengar aku bebel 
tahan muka bila kena lempor dengan buku kawalan kelas yang buapak tebal tu
terima kasih .

*ganas jugak aku ni. ek ek ek* =='

next .......


3minggu SPM 3minggu jugak lia tak study kat meja study ni padahal dari zaman sekolah rendah study kat sini . meja ni lah tempat lia bertapa buat hw mlm mlm bersama linangan air mata nak nak buat hw mathmode . opssss *tutup mulut XD . lepas seminggu tamat nya bahang SPM baru lah meja ni ada rupa sikit mcm rupa meja study . tu pun jenuh ibu dok bebel pung pang pung pang suruh kemas bilik . kalau tak . haram lia nak buat . adik adik . jangan tiru perangai ni . doshee *goyang goyang hari tulunjuk XD

dok kemas meja study macam gali balik kenangan jadi budak upper form . pheww . mcm mcm jumpa . 


tak tau apa motip bawak menatang ni balik rumah . mungkin kalau nak keluar rumah , boleh tunjuk kat ibu menatang ni . tiba tiba teringat . situasi dalam kelas* cuba korang bayangkan.  lia tengah buat kerja . dtg budak kls kat meja lia . hulur tangan sambil berkata

dia : yanie nak pas
lia : aku BN lah
dia : -______-

HAHA :3


lukisan kat paper soalan biology . ni namanya stressssssssssss k . sangat :3 . FIZIK is quiet easy than biology.

" dont worry lah . very easy " - Encik Aziz XD


bertarikh 27Dec tepat jam 330 petang . yihaaaaa *slap high five dgn deskmate sebelah*

tamat .

dok rumah dah lah tak kerja lia sakan lepak ulang alik BPMall dah mcm rumah ketiga . rumah kedua kat Parit Raja tu haaa :3 . 

me : ibu nak g BPMall
ibu : bnyk duit kau?
me : *angkat kening . senyum paling manisssssss >,<



ber kbox with adik . HAHA . mcm lawak padahal takde lah lawak mana . saja ketawa . tak boleh eh eh eh?



suprise . WTF? hahahaha . thanks k thanks . lu seksa batin gua derr . 3bulan kat Kem PLKN Gerakhas, Desaru, Kota Tinggi . balik balik KT . lemau siakk ==' . Ahad minggu depan dah gerak p sana . babai :( . ni lah sebab lia tak dibenarkan bekerja k . duk rumah tinggal berapa hari je pun kan =='



*saja nak masukkan gambar ni*

caption gambar :

lukisan ini telah dilukis oleh abang aku yang paling aku TERsayang, Azmi Wahab . berumur 22 tahun tapi tak sangka ada imaginasi yang comel gila bak hang . tengok betul betul lukisan tu . ada matahari . ada awan . ada helikopter . ada kereta kebal . ada sungai . ada askar . ehh sumpah la comel gila . haha . peace abang *buat peace, tayang gigi kapak yang besau ni . ekeke


19 Dec lepas. #Throwback. Alhamdulillah. Adik got PMR result with flying colours. *aku rasa ayat bi aku mcm terabor ah . ==' . She is among one of the straight A's student in SMKS . btw Tahniah budak KAA . korang memang hebat . menggandakan jumlah budak straight A batch 96 kepada 8orang utk batch 98 . Ustazah Zahanifa is definetely proud with you guys .

Hai Fiza . Congrats girl ;)

since dah takde kerja kan . kerja lia membazir minyak motor ulang alik balik rumah ayah angkat lia kat Parit Raja. katanya disuruh belajar memasak bersama Ummi. hewhew. 


aktiviti sampingan selain belajar masak . main PS2 . layan PES2014 . innosa, innosa aki aki bla bla bla *lagu game PES2014 :3 . ala yang si messi dengan neymar nyanyi tu ah . best tau . jap nak promote . lagu dia bertajuk Ai Se Eu Te Pego . p tgk kat youtube . mcm best ahh lagu dia . dah buat ringtone pun . =='

next .....

mahap . entry panjang *baling kuaci .


fly to Tanjung Resang, Mersing . tayah nak fly sangat ahh ==' . naik kereta je pun :3 . jari penat dah berharlem shake atas keyboard . biar gambar mainkan peranannya ^^y





sunrising time ........







gambar yang seterusnya. adik dan suka sakat nya iaitu budak budak yang masih bersekolah . I am out of list k ^^y


selain itu


pink printed bawal with pink plain peplum combine with grey jeans lastly bum sneakers =='


with Walid . ;') . hey budak KVBP . kenal cikgu ni tak? ekeke .


dah gaya nak balik asrama padahal Senggarang- Parit Raja je pun . harok dowhh =='





antara aktiviti bermanfaat 

last but not least . 


*tunjuk peace* . ni bukan tudung ninja . jangan salah paham . 

till then . pen off . night 

Sunday 1 December 2013

Tulisan Hati - Silibus 1


Ffarysa sedang duduk bersendirian di biliknya saat menunggu waktu solat Isyak masuk Di tangannya tak terlepas handphone Samsung Galaxy Note III miliknya. Jarinya sibuk menaip di touch skrin handphonenya. Sibuk bermain WeChat bersama rakan sekerjanya yang sibuk bertanyakan khabar akan dirinya.

" Aryss, jom solat. Isyak dah masuk." panggil ibu lantas terus turun ke ruang tamu rumahnya. Aryss terus menyusul ibunya dan seketika kemudian takbiratul ihram mula kedengaran. Usai solat, seperti biasa ayah mengetuai bacaan doa. Kedengaran suara ahli keluarganya yang lain mengaminkan bacaan doa yang sedang dibacanya.

" Aryss." Ffarysa menoleh ke arahnya suara yang memanggilnya tadi. 

" Ya?"

" Dah siap nanti masuk bilik ayah ya? I have something to talk to you."

Aryss tak menjawab. Dia sekadar mengangguk tanda mengerti akan arahan ayahnya itu. Perlahan dia mengeluh. Bagai sudah mengetahui apa yang bakal diutarakan oleh ayahnya itu.

Syed Anuar Al- Attas sedang membaca buku hasil tulisan Ustaz Kazim Alias, antara penulis buku bukan fiksyen yang agak terkenal di Malaysia yang bertajuk Tuhan sedang Menguji Kita ketika Ffarysa melangkah masuk ke bilik bacaan ayahnya itu.

" Tafaddol ya binti "

Aryss terus duduk di hadapan ayahnya itu. Jantungnya mula berdegup pantas lebih dari kadar biasa. 

" Kaifa haluki ya binti?" soalan pembukaan dari si ayah

" Ana bilkhoir, Alhamdulillah."

" Alhamdulillah. How was your day? Is everthing okay? tanya ayah lagi. Mula membuka gelanggang bicara.

" Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan Aryss hari ni. Wa anta ya walid?" Aryss mula menunjukkan minat untuk turut serta dalam gelanggang bicara yang dikendalikan sendiri oleh ayahnya.

" Ana aidon ya binti. Maksud ayah, hari yang Aryss lalui tanpa Adhwa Fahmi?

Aryss menarik senyum plastik di bibirnya. Syed Anuar Al- Attas perasan akan perubahan wajah anak nya itu. 

" Hambar." jawab Aryss sepatah.

" InnAllah maa' assobirin ya binti." balas Syed Anuar Al- Attas lagi.

Aryss balas dengan sebuah lagi senyuman plastik.

" Ya binti, setiap yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebarangan sebab. Percayalah. Ada hikmah atas ujian yang kau hadapi ni nak" tenang Syed Anuar Al- Attas menutur firman Allah tersebut.

Ffarysa diam tak mengeluarkan sebarang suara. Membantah tidak, mempertahankan pun tidak. Hanya air matanya sahaja yang menitis. "Ya Allah, kelemahanku sedang diperhatikan oleh ayahku sendiri. Dan sungguh aku tak rela!" bisik hati kecil Ffarysa.

Syed Anuar Al- Attas yang duduk di hadapan anaknya itu diam tidak memperdulikkan deraitan air mata yang lahir dari tubir mata anak perempuannya itu. Baginya itu sudah perkara biasa dilihatnya. Itulah yang sering dia saksikan sejak anaknya itu kematian suaminya yang syahid di bumi Palestin. Dihirupnya LA Coffee yang mula sejuk itu. Bibirnya menarik segaris senyuman. Paksa rela.

" Ffarysa, dengar ini anakku. Firman Allah, dalam surah al- Baqarah ayat 286, maksudnya, Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Aryss rasa terbebankah dengan ujian ini? Ya binti, bersyukurlah. Jutaan hamba yang Dia ada, Dia memilihmu untuk menerima ujiannya. Kerana apa? kerana Dia tahu kau kuat nak hadapinya nak. Sabarlah. Allah sedang berkomunikasi denganmu. InsyaAllah ada ganjaran yang bakal kau terima kelak. Ganjaran yang kau sendiri tak sangka. Perihal Adhwa, bila kau teringat dia ringankan lah lidah kau nak sedekahkan al- Fatihah untuk dia. Dia syahid Aryss. Syahid fi sabilillah. Beruntunglah engkau wahai anakku. Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169) .

Ffarysa mula mengesat air mata. Dia lupa suaminya itu syahid di bumi Palestin. Dia lupa syurga menanti suaminya itu. Dia lupa semuanya. Istighfar segera dia lafazkan.

" Kesat air matamu. Semoga ia air mata yang terakhir kau titiskan. Kuatkan semangat anakku. Ayah dengan ibu sentiasa ada di belakang kau. Kami hanya mampu tolong apa yang patut kami tolong, selebihnya adalah urusan kau" nasihat Syed Anuar Al- Attas ikhlas.

Ffarysa buat muka senyum tayang gigi arnabnya dan Syed Anuar mula tergelak besar. "Alhamdulillah. Anakku dah kembali." perlahan hatinya berbicara.

Usai berbual antara dua anak beranak itu, Ffarysa meminta diri untuk masuk ke biliknya. Kakinya segera dihayun ke bilik air. Kepala paip dibuka. Tangan ditadah. Hati mula berniat. Muka segera dibasahkan. Usai itu, tikar solat dibentang. Telekung disarung dan solat sunat mula dikerjakan. Malam itu, Ffarysa tertidur berbantalkan sejadah di biliknya. Matanya basah sekali lagi. Ya, dia rindukan arwah suaminya. Syed Adhwa Fahmi bin Syeikh Muhammad Dzulkarnain. 

- to be continued -

© Bunga Liar
Maira Gall