Tuesday 7 June 2016

Half of year 2016


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Syukur. Masih ada umur sambut Ramadan tahun ni. Situasi masih sama. Sambut Ramadan sorang-sorang.Yang beza tahun ni tak rasa dah dikejut oleh senior Bera macam tahun lepas. Boleh kata tahun ni antara yang sadis lah kot sebab sungguh bersahur sorang-sorang. Kalau sebelum ni awal puasa dengan roomate ada Una, Yaya dengan Nana wehh tahun ni sahur sorang-sorang. Mujur masih sedar bila tiba waktu sahur. Alarm handphone tu tayah cerita lah. Macam-macam masa diset ada

4:30 pagi
4:45 pagi
5:00 pagi

Ibu pun masih kejut thru call macam biasa. Cuma yang takde kejutan call dari senior tu [mengharap]

Semalam buka puasa hari pertama kat office. Dengan bos, staf lain semua. Ohh hilang sikit sedih. Ehh takyah beria la Lia oii. Gaya sedih sangat. Pftttt




Kat office tinggal Lia dengan Kak Bibi [supervisor Lia masa LI dulu] hat yang wanita. Hat lain semua lelaki. Kahh korang pelik tak Lia dah habis praktikal bulan 4 lepas tapi masih setia lagi duduk Kuala Kangsar. Kerja sempena tengah cuti sem. Yelah dengan yuran poli yang naik mahal nokharom nak taknak kena la kerja. Cuma kali ni malas lah kerja Batu Pahat. Hahaha. Boleh kata dah hampir setengah tahun lah jugak dah duduk Kuale. Jalan pun dah makin hafal semua. Tapi tu la nak ke Ipoh pun kadang masih bukak Google Map. -_-

Know what, duduk Kuale ni Lia susah sikit nak homesick banding belajar kat poli. Takde rasa nak balik Johor sangat pun. Mungkin sebab suasana nya dah macam satu family bila kat office ni. Sejak duduk Kuale dari bulan 11 tahun lepas, Lia sekali je balik Johor. Tu pun lepas dah habis praktikal,. Balik sebab nak submit report, presentation kat poli apa bagai semua. Lepas tu, balik Kuale semula sampai lah hari ni. Contact dengan adik, ibu guna whatsaaps je ah. Oh kebalnya beta. Kahkah. 

Travel agensi Lia praktikal ni family business punya. So boleh kata bos-bos semua adalah dari kalangan depa adik-beradik. Orang luar yang lain pun staf biasa. Tapi dah macam satu family. Serius. Antara hal yang tak menyesal Lia buat dalam hidup, praktikal sorang-sorang bawak diri ke Perak. Allah memang atur baik betul plan hidup umur lia yang ke 20 tahun ni. Alhamdulillah. Jumpa orang yang annoying pun kurang kat sini. Yang annoying boleh kira dengan jari. Banyak jumpa yang baik-baik semua.

LAMA NYA TAK UPDATE CERITA DALAM NI

oh ya. Lia dah sampai Bangkok bulan Mei lepas. Finally, I got my own passport. Kihkih. Pergi Bangkok naik train. Hm part cerita Trip ke Bangkok ni memang Lia plan nak update dalam blog, tapi gambar tak banyak yang ada. I didn't bring my baby red sebab baby red dah hantar balik Johor masa balik Johor bulan 4 yang lepas. And yes, menyesal gilaaaaaaaa! Takpe, Lia cuba update jugak cerita tu untuk entry yang akan datang. Will try my best. Tapi sedih la woi gambar tak banyak. Cakap je la yang banyak. Pfttttt. Share sikit je ah gambar kat sini.







Bangkok checked in!

Gonna update more about this story at the upcoming entry. Stay tune gais. -.-'

LAGI NAK CERITA APA NI?

By the way, result LI dah keluar. Lia dapat kepujian. Senang kata gred B. And I don't know how to describe my feelings on that when I received that result. Speechless sikit lah. Sebab effort nak buat report apa semua tu memang terlebih-lebih. Menangis sebab print lain keluar lain lah. Ink printer habis. Belum tak cukup tidur nya. Tapi takpe lah. Positif sikit. Sampai bila nak kat atas je, sesekali rasa sikit duduk bawah. Ala bukan bawah mana. Bawah sikit je dari A. Satu huruf je dari A. Nasib baik result LI ni tak effect pointer wehhh. Kalau tak lagi haru. Bengkak mata agaknya nangis. Alang result sem 3 pun yang subjeknya belajar bagai nak rak, tak dapat A. Ehh hat subjek lain yang Lia sambil lewa dapat A pun da nangis. Lepas check result terus nangis. Ibu ingat sebab takdapat DL la. Alhamdulillah masih DL sem 3 lepas. Tak, Lia cuma ralat part 2 subjek tu je. Kalau tak DL, harhar. Takpe la taknak cerita. Jenis takleh ngalah dengan orang, kalau dah kalah part belajar ingat nak terima dengan riang ria ke? Oh no. Alhamdulillah. Syukur.

2016 dah separuh tahun berlalu pergi. Too much things happened to me. Bertambah sikit pengalaman hidup. Belum pengalaman first time p KLIA. Hahaha serius memang jakun. Lagi nampak kapal terbang depan mata besar bak hang kat Menara Tinjau tu. dengan pengalaman dapat Urus jemaah Umrah. Jumpa customer banyak songeh. Oh makin matang beta. Cuma yang tak best pasal 2016 ni, Lia Masih rasa kehilangan yang amat kat satu manusia tu. Cuma tu lah, dah terjadi. Takleh nak buat apa. Doa yang baik-baik. Menyesal memang sangat. Tapi dah nak jadi kok.

Cuma, part yang Nana kata dia nak bertunang hujung tahun ni dengan calon pilihan mama dia memang Lia leleh jugak lah. Last sekali Nana goreng. She lied to me. Pfttt. Hambar Nana -.-''

U guys really know who is the man that I was talking about :')

Ehh nak cerita apa lagi? Macam dah banyak sangat cakap nya. Bulan puasa kurangkan bercakap! Eleh beria ek kau Lia? -_-

Dan, selamat berpuasa gais. Jom fight khatam Al-Quran? Kihkih

Adioosa!



© Bunga Liar
Maira Gall