Friday 30 August 2013

sekadar menghalau sawang lelabah =='



Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

uuuuu . jari jemari mula keras kejung bila dipaksa untuk buat harlem shake atas keyboard . hahaha . setelah difikir, sekian lama lia tak jengah site ni . sengaja mengabaikan blog ni memandangkan takde benda yang nak diupdate kan . haha . 

heyy there . look at me

ouhhhhh shit . gambar taknak keluar . kurang hajakkkkkkk *lap screen laptop . air liur menyembur

cer try dan test balik .....


selamat hari raya . hahaha . hari ni dah masuk Syawal yang ke ...... ke .... ke ..... kembara .... puas sudah ku mengembara . tenenet tenenet . sudah lettew =='

syawal yang ke 23 kalau tak silap *kes malas bangun nak tengok kalendar -.-

sambutan syawal yang biasa je sebab muka budak nak exam kan . so tayah nak overdose ibarat telan ganja sambut syawal . haha . tahun depan ada lagi . kalau panjang umur la . tbh .... bukan TABAH . but, to be honest . tahun ni tak rasa raya pun . serious talk . konvoi raya pun tak berapa nak meriah memandangkan ramai legend yang takde . nora, aini, abiyy . haha . suram rasa nya beraya takde mereka . *kesar air mata =='

duit raya yang dapat pun . Alhamdulillah . dah selamat dihabiskan kat BPM beberapa minggu lepas . buat beli tiket layan movie The Conjuring dengan tuitionmate budak PJ . serius rasa macam . uuuu mudanya aku . lepak bandar memalam dengan budak yang memang kepalanya pun sama macam lia . merempit weng weng dari bandar batu pahat , turun parit raja semata mata taknak lalu jalan parit karjo yang dikatakan penuh misteri nusantara tambahan malam tu memang malam jumaat . ikutkan hati nak lenjan je lalu Banang Jaya memandangkan yang pergi tu semua dah ada lesen kan . so buat apa nak takut kan . kalau disuruh berhenti pun, berhenti je lah kan . tapi ada sorang kawan ni motor dia, dia modify jadi pelik sikit, ekzos kebaung bak kata budak senggarang plus dekat banang ada JPJ buat roadblock so cancel plan , lalu parit raja je balik . alep depan . lia tengah . ebal belakang . bajet bodyguard je yang depan belakang tu . kehkehkeh *lambai miss universe . btw , seronok pun lepak dengan dia orang . sebab rasa diri ni adik . yla . mereka tu semua tinggi *buat mukaaaa =3=

dah layan The Conjuring? *bajet promoter The Conjuring :3

cerita seterusnya . pasal arepp? ehh . takde takde takde . nama arepp tu .... eh . em . erk? k .

budak Johor tengah demam TRIAL SPM . hahaha . gaban punya tahap susah memang perghh susah gila double triple fiuuuuuu memang susah siak . see? memang susah gila nak describe tahap kesusahan dia tu sampai terkeluar benda merepek yang takde dalam kamus dewan edisi baru . * eh ada ke? :3

selamat meneruskan perjuangan wahai sahabat .

sambutan hari raya kat sekolah tahun ni . fiuuuu . i am the senior of the year . tahun ni sakan melaram . dengan wedges konon nak nampak tinggi last last kaki melecett . urghhh . cantik tu memang best . *cantik ke? ==' . tapi cantik ni jugak lah yang menyeksa perempuan . takcaye? 

- semata nak hidung mancung bak pinokio, sanggup buat pembedahan plastik nak tambahh mancung ke depan hidung tu biar senang detect kat mana cicak mati dalam rumah :3 . tak seksa ke hidung mancung sangat? nak kiss BF kan susah . *pala bana dia ahhh -.-
- semata nak tinggi, perempuan yang kurang rendah macam liya ni sanggup pakai wedges yang ada .... uu lupa nak kira guna pembaris wedges lia tu berapa inci . kesudahannya . kaki melecet . solat pun tak berapa nak sempurna . k . serius menyesal . please ahhh . sedar diri . haha . dah rendah tu . sedar lah rendah tayahh nak bajet jadi budak tinggi . KETOT IS FOREVER KETOT :3
- sebab nak pipi anjal , pipi menegang *menegang? ==' . hahaha . sanggup cucuk botox . hahahha . sian pipi tu . takde sakit kena enjit . dengan benda yang dilarang pulak tu?

ok . contoh cantik yang menyeksa .....

raya kat sekolah tahun ni


bersama peminat Anabelle . patung The Conjuring tuu :3


..........................
...................................

ketandusan idea . idea gersang ibarat keringnya padang pasir .

last word : TRIAL SPM 2013 SUSAH 

nota kaki : terasa jiwa ini . diri ni . jasad ini . serta nyawa ni sudah mula terangsang dengan benda yang namanya SPM . 

Adiosaa

takde ucapan raya . sebab ucapan raya dah ada kat previous entry . 

Wednesday 7 August 2013

Ramadan page 29 of 1434H

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ramadan sedang dalam perjalanan meninggalkan kita . sedih tak? *kesat air mata .  petang semalam usha newsfeed kat FB , terjumpa satu status yang .... agak terkesan di hati . nampak simple , tapi punya maksud yang mendalam . orang ada Iman je biasa nya akan terkesan dengan status ni .
"Aku ada ke, takda ke. Kau bukannya kisah pun kan? Takpelah, aku pun dah nak pergi dah." - Bisik Ramadhan :'(

macam sebuah monolog ... yang dimonolog kan oleh si bulan Ramadan . belajar BM tak? tau monolog tu apa? p bukak kamus dewan :3

oyeahhhh . lets talk about Eid's preparation for this year ....

hahahaha . macam nak gelak . tapi ditahan . sehingga saat entry ni ditaip rumah lia masih tunggang langgang . mood nak berhari raya macam takde dalam rumah ni walhal lagu raya dah dipasang sekuat alam . dari hari tu kemas rumah tapi taksiap siap . apa yang dikemas taktau laa :3 . la ni baru siap mop lantai , lap tingkap semua . bilik masih dalam keadaan .... undescriptions . kehkehkeh . serius talk . tahun ni mood raya memang takde . plus , takbalik kota tinggi tahun ni sebab lia adik beradik sedang berkabung dengan keadaan gelombang EXAM . so ibu mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman kat Kota Tinggi . memang menjadi amalan lia sekeluarga untuk tidak pulang ke kampung halaman belah arwah abah kat Kota kalau ada anak yang amik exam . konon nak suruh study . padahal ..... *bunyi cengkerik ..

baju raya tahun ni ... sepasang je pun . tu pun baru malam tadi beli . setelah penat hari ahad lepas pusing expo parit raja cari baju kurung saiz lia . sumpah susah gilaaaaa nak cari saiz baju lia . baju tu yang besar sangat atau lia yang terlalu kecik? saiz XS pun masih besar untuk di sarung kat badan lia . kesian Arepp . tema tahun ni , ehemmm . sedondon dengan budak Utara naaa . biru tuaa . haha . tak janji pun nak sedondon cuma lia je over excited nak sama baju dengan dia tahun ni . haha . ada peluang kan , tahun lepas lia mana berpeluang nak sama sedondon bagai dengan DZ . hewhew . next, kasut takbeli . sebab awal tahun hari tu ada orang belikan wedges jejak RM60 , haha . baru pakai 2,3 kali . so decide . malas aku nak beli kasut . lagipun bukan pergi mana tahun ni . dok uma je makan ketupat cecah kuah kacang *telan air liur . raya keempat dengan kelima baru keluar rumah join konvoi raya kelas macam tahun lepas pusing satu senggarang . hahahaha . ni je hari raya bagi kami si calon SPM tahun ni :3 . raya is raya . study is study . trial is trial laa . kehkehkeh

kalau ikut plan raya tahun ni . minggu kedua raya Arepp turun Johor . tapi . rancangan tu tak diizinkan Allah . so terpaksa lah dibatalkan . agak kecewa lah jugak sebab dah plan banyak benda nak buat sama sama nanti bila dia ada kat sini . tapi tu lahh . jangan membelakangkan Allah . Allah dah aturkan rancangan lain untul lia dengan Arepp so ikut je . semalam satu hari jugak la Arepp memujuk lia . hahaha *harlem shake . kecewa sebab takjadi datang . last last , kena motivasi dengan ibu . baru lah okayy .. tapi sikit je la okay nya

ada hikmah kak kenapa Arepp takjadi datang , mana tau dia datang sini naik bus, bus nya terbalik ke apa . kau nak jawab apa dengan mak dia? - Ibu

kau percaya je lah dengan janji Allah . kalau Allah kata kau kawan dengan dia sampai bila bila, sampai bila bila lah kau kawan dengan dia - Ibu
jumpa tu takpenting kak . yang penting doa tu . minta kat Allah moga persahabatan korang Allah panjangkan - Ibu
kan dah kena sembur . ==' . haha . yaaaa . semua yang berlaku ada hikmahnya . Allah menduga lia dengan Arepp sekejap . kata Arepp

Allah baru uji kita dengan satu ujian awak . belum dua . tiga . empat . sabar ea? sampai masa , lambat ke cepat saya jumpa awak jugak .

How I really appreciate his presence into my life >< . He is totally like an ice . teach me how to be cool with all problems that come towards us . Thanks Allah for giving me this awesome boyy . 
mari kita tamatkan isu hari raya . naik cuti raya dua minggu . trial SPM budak negeri Johor dah menunggu . K . haha . capslock lagi huruf K tu :3 . siap sedia je lah . ye?
okayy . just a short entry for the end of this Ramadan for this year .
dear Ramadan Karem : 17tahun aku hidup , tahun ni baru aku rasa kedatangan kau dalam hidup aku , dalam keluarga aku benar benar diisi dengan benda yang baik . untuk pertama kali jugak , setelah sekian lama tak pernah solat berjemaah dengan ibu adik , tahun ni Allah beri peluang dan kesempatan kat aku untuk melaksanakannya . terima kasih . semoga Ramadan 1434H bawa NUR paling bermakna dalam hidup aku untuk dijadikan permulaan berubah ke arah yang lebih baik . seperti mana janji seketul daging di dalam rahim si ibu sebelum Allah meniupkan roh ke dalamnya , tanya Allah : apakah janji mu terhadap aku yang menciptakan kau dari setitis air mani menjadi seketul darah dan bertukar menjadi seketul daging dan seterusnya? jawab nya : Aku berjanji untuk terus beribadat kepada-Mu Tuhan yang Menciptakan aku .
yaaa . janji kita sebagai Manusia . untuk apa kita dicipta? beribadat dengan Allah yang pasti . tu lah MAIN OBJEKTIF manusia dicipta
*dah gaya Ustaz Azhar Idrus je gaya nya :3 . let let let :3
untuk awak cik Syawal 1434H : kalau Allah izinkan , esok kita jumpa . kalau Allah izinkan lah . semoga hadirnya awak esok disambut dengan gembira tapi sederhana oleh semua umat Islam . ingat balik . kedatangan awak bukan saja nak diraika tanpa sebarang pengisian . kedatangan awak tu sebenarnya cuma nak diraikan sebagai tanda kemenangan besar umat Islam yang berjaya melawan nafsu syahwat sepanjang sebulan puasa . sambut lah dengan sederhana . to korang . beraya tayahh nak over sangat . pergi beraya jaga adab , tertib orang Islam . adab orang Melayu . pakai baju tutup aurat . ingat pesan Ustazah kat sekolah masa tazkirah Ramadan sepanjang sebulan kita berpuasa . ingat aurat dengan sepupu . mahram mana yang boleh salam , peluk cium muah muah semua . jangan main taram semua ^^Y . pesanan ni lia tampal kan jugak kat diri lia . dijadikan batu peringatan
to Ilyiaddin.blogspot.com's viewers : salam aidilfitri minal aidil walfaizin . mohon ampun dan maaf atas khilaf dan salah yang lia lakukan sama ada yang nampak , taknampak , yang rabun , yang tak rabun . yang sentap atau tak sentap . mohon diampun dari hujung tudung hingga ke hujung stokin . haha . sekiranya diizin Allah dan diberi peluang, sudi lah berkunjung ke rumah Lia . InsyaAllah pintu rumah lia terbuka luas terima kunjungan korang . orang kata , tetamu ni bawa rezeki . haha . semoga Syawal 1434H membawa kegembiraan buat lia, keluarga, kawan kawan dan pembaca entry ni *bajet hot . haha . sapa yang balik kampung time raya . baik baik .. jangan buat bising time ayah bawak kereta . ke laut korang nanti . 
to arepp : ............... esok la saya wish untuk awak . ea? minta maaf semua lepas puas gaduh tadi XD . 
ADIOSAAA ^^Y

© Bunga Liar
Maira Gall