Friday 31 January 2014

Beginning of January 2014


Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

entry blog yang hampir bersawang kini mula dibersihkan setelah ownernya pulang bercuti dari Kem PLKN Desaru Gerakhas, Kota Tinggi.

Hi ^^y . missing me? jyeahh . i miss you more =='

mohon maaf . entry kali ni . panjang gaban . harap dapat tenang dan sabarkan diri . sila bawak bertendang :3

cerita bermula, minggu last Disember 2013. 



lama nya tak menyarung baju kurung. so polite :3 . kerja kahwin kat rumah sebelah sebelahnya . tapi mahap gambar pengantin nya tak amik k.

dan petangnya, walid amik lia kat rumah dan memang Allah takdirkan agaknya, walid cakap Along nak turun Ampang jumpa atok. Dengan takdir yang Allah dah tetapkan Along pun bawak lia p berjalan p rumah atok angkat kat Ampang with Hakim sambil makan angin ronda Ampang dan Cheras smbil belajar mencari ilmu Addin setelah tugas lia selaku pelajar sekolah menengah tamat. tahu apa tu ilmu Addin? mohon bukak buku nama anak anak dalam islam . InsyaAllah jumpa. 

selfie as usual . =='


with Luqman Hakim. 


melawat anak atok kat Hospital Ampang. dan time ni tengah main lift kat Hospital Ampang. pishang punya pasal =='


Hey. Look at here. Ada Justin Bieber


Close Up Ahmad with Along


candid. rumah Ahmad jenis kondo. kat bawah ada swimming pool. ibu Ahmad keje. so Ahmad duduk kat taska tingkat bawah. dalam beg Ahmad sentiasa ada pakaian ni. so cute. sentiasa sedia nak terjun kat kolam sebelah taska tu katanya -.-


melawat Nadia Syuhada kat CUCMS

I do missing this girl badly. serious talk :< . I wish I can meet you Kak Dhiya before Im going back to prison on this Sunday. sob sob :3

almost 4days lia lepak Ampang mencari ilmu addin with Along and Hakim. Too much experience that I got during that days. okay, lets move to another story. lepaking at BPM with my little junior batch 98. haha . tayah nak lepaking sangat ah. actually adik lia ada reunion dgn Cikgu BI sekolah rendah dia. cikgu Wan Hasmiza belanja budak budak yang straight A PMR tahun lepas. haha. Alhamdulillah, rezeki budak batch 98 sekolah Parit Kemang. yang straight A time UPSR dulu Alhamdulillah Allah kekalkan kejayaan time PMR. cuma ada sorang yang slek kat BI tapi takpe InsyaAllah Allah bagi kejayaan yang berganda time SPM nanti, InsyaAllah :')

hahaha. lia sebenarnya menghantar je pun adik p lepak dengan cikgu Wan kat BPM. lia lepak SO dengan kawan beli barang nak p PLKN. p hari jumaat, so memang kejap je ah dalam Aeon Big tu sebab dia nak p solat Jumaat. 30minit lepas tu dah kat BPM balik. alang alang join lah sekali mereka semua tengok wayang layan Paranormal Activity kat MBO tu . yang syok kat wayang tu kami je yang ada so memang syok ah menjerit ==' . dan lepas tu lunch kat Pizza Hut. Uuuu . thanks cikgu Wan sebab sudi belanja saya sekali >,<


for the first time, adik memuji lia time Arina Aslah post gambar ni kat Insta

" kak. cute nya kau " kata si Adik . =='

ok . next .....

hari sabtu nya memang lia lepak rumah je. bangun tidur cuci muka, sarapan dan terus mengemas beg nak berangkat ke PLKN kateko ==' . dari pagi sampai petang kemas beg tak siap siap. harhar . selama ni nak p mana mana memang lia je yang pack sendiri baju tapi masa hari tu setelah puas mengemas beg dan tak muat baju bajunya lepas dah nangis golek golek dari ruang tamu depan ke dapur belakang *gebang* akhirnya ibu yang settlekan . hooray =='



duit syiling dan public phone . conclusion? ...........

hari yang kalau boleh taknak dinantikan pun =='


sayonara bumi Batu Pahat. walid hantar kat Terminal Bas Batu Pahat .

Alhamdulillah . selamat sampai kat Kem PLKN Desaru Gerakhas. entry blog diteruskan dengan gambar sahaja. bak kata Yuna setiap gambar ada ceritanya . nah, sila pahamkan cerita disebalik gambar ni


kompeni Bravo . dorm B 11 . orang ke 18 didaftarkan kat dorm ni . 

next story, minggu pertama kat kem . let me introduce my teamates

Ang Hui Jing . from Ayer Hitam . budak High School Kluang . She is so so so adorable . Oh Allah, I am really love her too much . haha . she is so cute . she can sing malay song . I love to listen her voice. she is alike my playlist at there. my friends and I always asked her to keep singing a song. Bila Cinta by Gio, Masih Mencintaimu by Papika, Disaat Aku Mencintamu by Dadali, Be mine by Tasha Mansahar and lastly, Rindukanlah by Encik Mimpi . she also can dance . dulu dia belajar street dance . tak lama lepas tu dia beralih arah ke tarian balet . haha . lia kat kem dengan kawan lain madah ajar dia cakap bebukan . 
poyo, selekeh lah kau, serabai, lek lu dan banyak lagi . hasilnya, sekarang Ang dah reti cakap mcm budak Melayu cakap . fast learner ni . haha .
Ang Hui Jing is alike my partner . boleh dikatakan , a part of me . kenapa? sebab chemistry lia dengan Ang memang ngam gila ah . hewhew .


budak kompeni . atas Maira dan bawah Hans . Hans ni duduk dengan Lia time dalam bus . cantik kan mereka >,<


selfie :3




dormate . budak B 11


Suri Aliya . budak Seri Gading


1st time sarung pakaian ni . tau apa lia fikir? GEDIK . k GEDIK :3 . dengan kasut kelas nya yang bertumit . phewww . tak macam awkward pulak kan . lia dah lah jenis manusia yang kalau keluar rumah pakai sneakers atau nak vogue sikit sarung flat shoes je . last pakai kasut bertumit pun time sambutan Hari Raya kat sekolah tahun lepas . tu pun bukan heel tapi wedges . sarung sebab rasa macam nak jadi tinggi . tapi kat PLKN . hahahaha ==' . terkedek kedek lia jalan . terpelecot memang dah selalu sangat :3



tau tak pishang tu apa? budak Twitter tau -.-

minggu kedua . kompeni Bravo duty . bertugas tolong JL untuk sesi lawatan keluarga



kawasan riadah . tepi laut . best . angin kuat gila bak hang but unfortunately, kami para pelatih bahkan jurulatih mahupun TKL atau Kem Komandan pun tak dibenarkan mandi kat laut ni. ombak besar gila k



Muhammad Amirul , coming from Teknik Perdagangan JB . partner lia time duty kat bahagian Kastam . kastam ni kerja nya check barang orang je . 

esok nya ada sukan antara kompeni . 


dari kiri, Ayu, Lia, Seri dan Aliesya


the game is begin . Alfa in the court . get ready nak fight dengan kompeni apa ek . mahap terlupa


takraw time . oh ye lupa . Ang dengan Lia sama sama minat main takraw . rare kan? uuuuu =,=


wirawati Bravo vs Wirawati Charlie



Wira Bravo



with Seri Haidah . cantik kan dia . kalau tengok dari jarak yang dekat, bulu mata Seri lentik sangat . sangat cantik . mata dia, Subhanallah . Seri suka panggil lia, beby . hewhew . 

minggu ketiga di kem 

muka terbaru setelah tiga minggu kat PLKN . fresh punya gambar . non edit . haha . ada nampak perbezaan tak? ekeke :p . chopp . kecomelan tetap maintain k . haha . cuma GELAP je kulit . kat sana lia tak pakai sunblock pun . harhar :3 . balik cuti sem ni baru beli sunblock setelah taktahan asik kena bahan je dalam dorm . memang takboleh bukak spec . bukak je spec kan . si Apple dah jerit,

BATMAN, BATMAN -.- .

sebab part kat bahagian mata area yang pakai spec je tak legam ==' 

nak ke taknak kena lah jugak tepek sunblock kat muka ni . perlindungan katanya . tapi sebenarnya lia dah biasa pun muka berbelang bak kuda belang ni . tiap tahun kawad kat sekolah dulu so takde lah frust gila muka berbelang kan . tak PLKN lah kan kalau muka tak belang *ayat nak sedapkan hati :3



sesi latihan persembahan yoyo cina dengan tarian kipas sempena menerima lawatan kunjungan orang atasan dari Jabatan Latihan Khidmat Negara

first time tengok TV secara nyata . selama ni dok jengah je TV kat kafeteria tu . JDT vs T- Team . sakan dowh .

Ale Ale 
Ale Ale 
Ale Ale

tu je lia tau . lagu tak sempat hapal lagi . busy PLKN . bhhhhh =='

29hb lepas Alhamdulillah selamat sampai kat bumi Batu Pahat setelah kami para pelatih PLKN seluruh Malaysia dibenarkan untuk pulang cuti semester sempena Tahun Baru Cina . kenapa cuti sem? hello . dah habis sekolah der . madah nak guna cuti sekolah lagi . untuk adik adik boleh lah :p *ayat nganjing :3

tak berjalan mana lagi . lepak rumah dulu . petang semalam baru jumpa lesbos lia . setelah sekian lama tak jumpa mereka sejak habis SPM . nak p PLKN pun tak sempat sangat nak mereka . last jumpa time lepak kat pantai makan kerang goreng dengan Abiy, Aini, Chah dengan Nora. tu pun tak semua lia dapat jumpa :/








lepak rumah paww . rindu punya pasal kat kawan lama . lepak rumah dia sambil main congkak . main wooden block . dengar paww main keyboard . makan keropok . makan pisang goreng . makan aiskrim . so heaven semalam . even lima orang je yang ada dalam bilik tu dah cukup buat bilik tu arok kejap . belum 13 orang ==' 

cerita tamat . jumpa lagi 18Mac ni. time tu InsyaAllah dah tamat sesi latihan PLKN siri 11 kumpulan 1/ 2014. Ahad ni dah balik kem balik. cuti yang sangat kejap. apa pun bersyukur diberi peluang jugak balik rumah. macam duduk kat pedalaman toqq kat sana. dapat peluang naik bas memang heaven amat. 

ohh ye. nak kongsi dengan korang. Alhamdulillah Lia diberi kepercayaan oleh jurulatih jurulatih kat sana. Hai. saya TOC Kompeni Bravo untuk Wirawati. Apa tu TOC? TOC is Twise Officer Company *aku tak reti nak eja natang T tu ==' or dalam BM nya Timbalan Ketua Kompeni.

mahap . entry kali ni tak sempat nak cerita apa apa yang berkaitan aktiviti kat sana. sebab rasa dah panjang sangat kot entry ni. kesian korang penat. balik tamat latihan ni InsyaAllah lia kongsi lagi dengan korang kat sini. time tu sila sabarkan diri kalian ye. macam tak biasa pulak baca entry panjang panjang ni. bukan lia lah kan kalau jenis buat entry blog pendek gila.

mohon kalian semua yang sudi baca entry blog lia yang panjang gila ni

doakan lia taff kat sana
doakan lia kuat kat sana
doakan lia sihat kat sana
doakan lia selamat kat sana
doakan semua latihan yang bakal lia jalani naik cuti sem ni dipermudahkan segalanya
doakan lia dapat jumpa BF baru kat sana? *EHH? =='

mahap sekali lagi . entry blog yang agak panjang . himpunan cerita bulan Januari. harap korang sabar. lepas nicerita bulan Februari dengan Mac kompem lagi panjang. time tu sila lagi sabarkan diri anda

till then . pen off

© Bunga Liar
Maira Gall