Tuesday 21 August 2012

SYAWAL 1433H



HewHew . I'm backk . yihaaa .:3 . haha . salam syawal . salam aidilfitri . salam lebaran . dan salam lah semua yang kau nak salam lia :3 . haha . kayy . mood : tengah raya . seronokk ke? biasa je . ohh ye . apa cerita raya korang ? best . mesti best kann . hohoho . * mak lampir punya ketawa . erk -__-

LIA SEDANG MENGALAMI TEKANAN JIWA DAN PERASAAN . HARAP BERSABAR . SILA TERUSKAN PEMBACAAN KALIAN . terimakasih 

kayy lia serius . tahun ni . lia raya kota tinggi . rumahh atokk . hari jumaat . balik aping . hewhew .  tengokk ni . muka excited nak balik kampung . maklumlah . tahun lepas tak balik kann . tengah dalam kurungan PMR la katakann


ehh . rumahh lia cat baru lah . haha . * so jakunn . senyapp kau . baling batu nisann nak? -..-

lepas tu gerakk ah balik aping . pukul5 dah sampai dahh . haha . lepas tu jumpa makteh . salam atok nenek semua . lepas tu dah nak buka takde keje . main lah benda bangang dengan budak kecik ni . maka , tercipta lahh benda baru ni



dia comel . dia nakal . dia gedik . tengokk muka budak kecik pakai baju ehsann ni . haha . alolo . ingat comell lettew * mencapub :3 . lepas tu dahh buka puasa semua . lepas atok balik solat maghrib . rembat motor beliau lari p rumah farina . bestie kat sana . hewhew . rindu dia . bualbual semua . pukul 10 baru balikk . orang perempuan . biasa lah kan . lama tak jumpa . haha . macam macam cerita keluar x)

SABTU , 18OGOS

haha . bangun pagi . sahur . sambung tidur . pukul8 bangun . mandi . tolong orang masak kat dapur . ohh . menjadi kerugian lia tahun ni . takdapat berpuasa di akhir ramadan . so , function orang yang diharamkan berpuasa ni , rasa semua menu masakan . haha :D . ada geng apa takbolehh puasa . lepas dah siap masakk semua tidur kepenatan . malam lepas buka puasa , haha . masingmasing keluar . main mercun . tahun ni perang mercun takde la best mana . haha . abang wan lupa nak beli mercun roket . so takberapa nak masyukk . lai balun mercun das dengan padi je . ewahh . seronokk tengok ainn dengan haris main bunga api . omell je ><' . lepas tu . dah puas main . masuk rumahh . tengok tv . makan kuih raya . ohh ye . inbox lia penuh dengan mesej ucapan selamat hari raya . uhukkk . terharu . fariz sudi mesej lia ucap selamat hari raya :') . DANISH je yang lupa diri . lupa daratann . makan kerengga agak nya lupa nak text lia :) * fake smile

pagi raya, 19OGOS

bangun pagi . mandi . sarapan semua :) . lepas tu pakai baju raya . haha . ni yang best . tema tahun ni , hitam dengan kelabu . ala . lia satu family takpernah guna warna seragam . ibu taknakk . nanti ingat abah :'( .  disini lia menampal gambar raya family Haji Masri ;)

gambar lia dulu . haha * evil laugh :3


mengidam nak makan roti high5 kot dia ni? -..-


ni family PakUda lia ;) .


abang arin with kak ika . tengahh tunggu orang baru ;) . baby boyy kata nya :D


family MakTeh lia . haha . kesiann pakteh . lari dari tema . kwang3 :D


da bigg brothers . sebenarnya 4 . tapi ni tinggal 3 * kesat airmata T_T


family MakUsu .

ehh . kenape gambar family lia takde? haha . kamera habis battery . * tipuu je . hoho :3

dah lepas salam salam semua . marhaban blok atok mula . haha . tahun ni ikut marhaban . takhabis pownn . perut  buat hal . sakit betol hati :3 . malam nya . p beraya dengan farina . hewhew . jauh berjalan . ngee . jejak aping timur :3 . haha . p beraya rumahh kawan dia * kawan ke? :3 . haha . ada satu part tu kan . yang lia terharu gila . erk . terharu . ye memang terharu! farina naik motor . lepas tu . dengan tak sengaja . kain dia terselak ke atas . lepas tu . bf dia cepatcepat tolong turunkan kain si farina tu . haha . lia kat belakang farina . haha . -____-

FARIZ . FARIZ . AJAK macam FARIZ . haha :3 . yayaya . AJAK memang macam FARIZ pownn . apa yang sama nya . biar lah lia tahu :D

lepas tu nak balik aping barat . bf farina hantar sampai simpang depan . kayy dia orang memang sweet ><'' . jeles nya . bukan jeles apa . jeles takdapat bf macam Ajakk tu :3 . hoho . kayy setoppp !

lepas tu beraya rumahh epa . nak beraya rumah farina . penuhh gilakk dengan sedara mara dia . so datang amik duit raya je lahh * muka tak malu . salam mak dia . muah sana . muah sini . lepas tu balikk . haha :)

then esok pagi . pukul8 dahh balik BeePee . horayy . home sweet home :D .

kayy habis . entry lia kali ni tak bersemangat lahh . kann? nafsu macam takde je nak menaip . apa punca? erk -__________-

to korang : selamat hari raya . aidilfitri . lia mintak maaf sepanjang lia berkawan dengan korang . ada benda yang lia buat korang tersakit hati . termakan hati . tersentap hati . dan semua benda yang terr la . mohon ampun dan maaf . zahir je . batin takde :p .

to korang yang sent sms raya : thanks sebab penuh kan inbox lia . thanks ingat lia :)

to DZ : cukup sebulan kita tak berhubung . aku dah paham apa maksud kau . thanks a lot sayang . aku hargai relay ni , aku terlebih hargai apa yang kau buat kat aku . sokayy biyy . lepas ni sape kau sape aku lah ye . aku takkenal lagi kau sape . say babai to you :3
assalamualaikum :D

entryy bohsannn . bukan bohsiaa -..-

Friday 10 August 2012

Penghujung Ramadan 1433H



uhukk . semangat nya nak rayaa . haha . gambar raya tahunn lepas . 1st time sambut kat rumah BP . haha . selama ni sambut kat rumahh atok kat kota tinggi . ehhh . korang dengar takk? lagu blog lia pown dahh tukar la . haha -..-' . betul betul nak raya ni . yelahh kan . tahun lepas mana raya sangat . raya dengan buku je kat rumahh . orang pergi beraya lia sibukk berayaa dengan buku  sekolah . buku rujukan . buku latihan semua -.-'

terasa ramadan tahun ni kejapp sangat kan? serius . haha . dulu kita selalu cakap . masa berjalan lambat sangat . sekarang . masa dah tak berjalan . dia dahh berlari pantas macam pelari Jamaica , Husin Bolt tu * dahh sudahh . masuk olimpikk la pulakk :3

hari ni . dahh masuk hari ke 21 kita berpuasa . alhamdulillah . hee . lia dahh ponteng satu hari . ehh . bukan sebab malas tau . tolong sikit ea . sebab . demam . * T_T_T_T_T . satu hari je pown . buka pown sebab taktahan sangat . okayy cerita pasal takpuasa habis :3 . 

persiapan raya dahh siap? baju dah beli? kasut? tudung? ahh . tu kerja orang perempuan -/-'' . haha . orang lelaki bukan tahu apa . dia tahu dahh siap je . kann? :p . lia tahun ni dua pasang je baju . satu buat . satu beli . beli tu pown . harga jejak rm100 sepasang . dengan adik sekali -.-'' . adoii . kasut lagi . ahh -.-'' . malas ahh fikir :3 . 

rumahh dah siap kemas? hahahaha . hampehh . belum gerak apa apa lagi pown . bila tah nak start :3 . ishh . tahun ni nak cat rumahh . haha . tema Purple . tah bila nak cat pown taktahu laa :3 . orang yang nak mengecat tu asik ghaib je . grrrr :3 . cermin belum lap . sawang belum sapu * sampai ke nak sapu sawang yang tinggi kat syiling tu? ahh  . banyakk nya kerja haku kena buatt . langsir belum tukar lagi . sarung kusyen lagi . ya ampunnnn * hantuk kepala kat dinding :3

kuih raya tahun ni plan nak buat . tapi nampak nya taksempat . ala . cakap besar je nak buat . sampai masa . semua malas :3 . kesudahannya . beli je kat kawan ibu :3 . haha . malam tadi . hampir setengah balang kuih raya ibu lia baham . haha . konon nya lapar . padahal -_-'

erkk . panjang nya intro lia? :3 . kann? haha . lia nak post pasal MALAM LAILATUL QADAR sebenar nya ni ;) . tadi kat sekolah . lepas bacaan Yasin . Ustaz Najib buat tazkirah pasal Malam Lailatul Qadar . haaa . tahuu tak apa dia MALAM LAILATUL QADAR tu? mehh baca ni ;)

ehh kejapp . baca Firman Allah ni dulu

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Surah Al-Qadr ni surahh faberet lia . haha . taktahu kenapa . memang suka baca surah ni bila solat  
Menjadi rebutan diwaktu 10 malam terakhir Ramadan ialah lailatul qadar ataupun didalam bahasa ialah malam takdir. Ramai yang menyebut malam lailatul qadar tapi nak diperbetulkan disini lail itu dalam bahasa arab membawa maksud malam jadi memadai dengan menyebut lailatul qadar. Sekejap je kan dah nak masuk fasa akhir Ramadan dan ini memberi petanda bahawa kita akan meninggalkan bulan Ramadan tidak lama lagi. Pantas masa berlalu. Melihat terjemahan Surah Al Qadr jelas menyatakan turunnya Al Quran petunjuk umat Islam di waktu lailatul qadar yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
KENAPA ALLAH CAKAP MALAM LAILATUL QADAR ADALAH MALAM LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN? KENAPA LAILATUL QADAR ITU DIBERIKAN? here the answer ;)
Rasulullah sayang akan umatnya. Lailatul qadar diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W atas sebab kita ini tidak punya masa yang panjang seperti umat terdahulu untuk beribadah sebenarnya. Mesti ramai yang tahu umat Islam terdahulu hidup beratus-ratus tahun berbanding dengan kita sekarang tetapi istimewanya kita diberikan satu malam yang penuh rahmat. 2 imam besar ada menghuraikan dengan ringkas mengapa terjadinya Lailatul Qadar.
Imam Malik,“ Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka “

Imam Al-Qurtubi,Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. “

BILA BERLAKU NYA LAILATUL QADAR DAN KENAPA IA MENJADI RAHSIA? let's check it out ;)

Dari apa yang aku tahu tidak ada waktu yang khusus bila akan berlakunya Lailatul Qadar setiap tahun kerana waktunya berbeza-beza. Waktu sekolah dulu pun bila bercerita tentang Lailatul Qadar cikgu hanya menyatakan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Ya,itu kenyataan umum yang semua orang sedia maklum waktu lailatul qadar. Salah satu dalil kukuh mengenai 10 malam terakhir ialah hadis dari Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
“Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Menurut Imam Nawawi pula giliran malam Lailatul Qadar berubah setiap tahun bermaksud kalau tahun ini jatuh pada malam 29 Ramadan tahun depan berbeza waktunya. Ibn Hazm pula berpendapat Lailatul Qadar jatuh sama ada pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Satu lagi pendapat ulama menyatakan Lailatul Qadar ialah pada malam ke 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab diriwayatkan oleh Tarmizi, hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud,”Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Apa yang pasti malam takdir ini berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan ia dirahsiakan kerana keikhlasan kita. Jika kita tahu bila secara tepatnya waktu Lailatul Qadar ini pasti ada yang akan hanya beribadah pada malam tersebut sahaja dan tidak dimalam-malam lainnya. Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa. Apa pun setiap malam di bulan Ramadan ada rahsia dah barakahnya tersendiri. Kiranya setiap malam itu amat bermakna. :)
Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

  • Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

    so? kemungkinan besar . malam lailatul qadar tahun ni . jatuh pada malam ke 23 . maksud nya . sabtu malam ahad akan datang ni . betul ke takk . tu tak pasti . waallahualam . benda tu semua RAHSIA ALLAH sayang ;)

    MACAM MANA NAK TAHU KEDATANGAN MALAM LAILATUL QADAR NI? . ni . skema jawapannya :D

    Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

    habis ;) . cukup lah tazkirah kita untuk hari ni . semoga kita semua dapat merasa malam lailatul qadar tu . aminnn ;)

    ehh . kejap . tengokk ni

    nota pipi tembam : hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

    entry hari ni panjang sangat . takpe lah . benda baik . elokk dikongsi . kan sayang? ;) 

    akhir kata . selamat meneruskan ibadah berpuasa . dah nak akhir akhir puasa ni makin selalu lahh datang masjid buat terawih . bangun malam . buat tahajud . witir . solat taubat , hajat semua tu . insyaallah . peluang nak merasa Malam Lailatul Qadar tu terbuka luas kalau kita betul betul ikhlas nak cari dia . 

    segala yang baik datang dari ALLAH . yang tak berapa nak BAIK tu , datang nya dari diri lia sendiri . mohon ampun sekiranya entry lia hari ni ada benda yang tersalah fakta . lia amik semua nya dari cik google handsome . lia budak baru belajar . adat lah kalau ada benda yang salah semua tu ;)

    assalamualaikum :D

    TEKAN (Y) KAT BAWAH NI EA? ;)













Sunday 5 August 2012

DOA untuk KEKASIH ♥


      
       DOA KEKASIH

Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi


Ya ALLAH Ya Tuhanku
Seandainya telahKAU takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharakanlah diriku dari kekecewaan


Ya ALLAH Ya Tuhanku
Berikanlah diriku kekuatan
Melontarkan bayangannya kedada langit
Agarku rasa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tidak sama dengan dirinya
Seandainya dia datang menemuiku
Cinta itu adalah cinta sejati dan satu
Seandainya dia tidak datang menemuiku
Anggaplah cinta itu tidak wujud dari awal lagi


Ya ALLAH Ya Tuhanku
Pasrahkan apa yang engkau takdirkan adalah yang terbaik untukku
Kerana ENGKAU maha mengetahui
Bahagia yang terbaik untuk hambamu ini


Ya ALLAH Ya Tuhanku
Cukupkanlah ENGKAU saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan ENGKAU biarkan aku sendirian
Di dunia mahupun akhirat
Menjuruskan kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama² dapat membina kesejahteraan hidup yang ENGKAU redhai
Dan kurnikanlah padaku keturunan yang soleh

Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin ;')

Danish memang suka buat suprise . lagilagi bila hari sabtu -.- . memang hobi dia la tu . setelah seminggu hilang . maghrib semalam dia datang balik . actually . bukan dia yang muncul . tapi sepupu dia . dia just bagi berita pasal danish je . alhamdulillah . hidup lagi budakk gemukk tu . * ayat minta penampar sulung -.-'
dia minta maaf takdapat text semua . biasa lah . lia dah paham apa masalah dia tu . rasa hp dia dahh okayy kot . * senyumm lebar XD . mungkinn lepas ni dahh boleh text dia macam biasa :)

rindu dia takk? tipu lahh kalau cakap lia tak rindu dia . yayaya . minggu pertama taktext . harihari gak la kot menangis . perempuan . biasa lah tu -.-' . masuk minggu kedua . kurang dahh :3

dia pesan : jangan fikir bukanbukan pasal dia 

danishh gemokk . aku memang dah fikir bukan bukan pown pasal kau .  bukan sikit . tapi banyak gila . sorry . aku kan memang macam tu . takkan lah kau takpaham aku lagi -.-'

bila ingat dia minta maaf kat lia . rasa bersalah pulakk . yla bersalah fikir bukanbukan pasal dia. lia ingat dia takingat lia . lupa lia . rupa nya takk . betul la kata ibu . lia kena sabar . yakin . percaya dia semua . sorry sayang . aku memang macam ni .

nak tidur malam tadi . lia baca balik semua wish kita orang time 28hb . yayaya . menangis T_T .  

ngade ngade nya kau lia . -.-'''

mohd danish bin zainuddin : kau tahu aku sayang kau teramat kan . aku minta maaf dah fikir bukanbukan pasal kau . maafkan aku danish :( . lepas ni aku belajar tak fikir bukan bukan pasal kau lagi . :D . aku janji >.< eh kejap . nak bagitahu kau . biology aku lulus . huhu . yang lain gagal , hebatt kan sayang kau biyy? betul betul semangat nak jadi doktor . haha :3 . jaga diri . jaga mata . jaga hati kau baik baik :D

aku berharap kau dapat baca entry aku ni ;)



Wednesday 1 August 2012

SKETSA RUKUN NEGARA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012



holla holla . hai semua * gaya lambai miss world :3 . ehh . selamat berpuasa semua ;) . masuk hari ni . hampir hari yang ke12 kita berpuasa . ada pontengg tak? haa . puasa yangyang yokk ea? pagipagi masuk dapur bukak periuk . ngaduu kat ibu :p . haha . chill la . lia gurau ;)

lia nak tunai janji ni . macam entry yang lepas . lia dah janji nak cerita pasal pertandingan sketsa rukun negara peringkat negeri Johor yang lia join awal bulan Julai hari tu . so . tiba lah masa nya untuk lia bercerita . ;)

enjoyy guyss :D

sebulan sebelum pertandigan - uhhh . setiap petang datang sekolah . berlatih . itu ni itu ini . haishh . penat . kumpulan semarak senggarang dilatih cikgu Hafizah dan cikgu Firdaus . hoho . okayy la . duadua cikgu memang sporting habis . ada je idea yang bernas keluar dari kepala diaorang ;)

9Julai2012 - hari senin . lepas perhimpunan . tak masuk kelas . berlatih dari pagi sampai petang :3 . lepas tu . pukul 11 gitu . ada pegawai penerangan daerah BP datang . nak tengokk kita orang punya persembahan :3 . aishh . seramm nya :3 . masa tengahh buat perfomance tu . pegawai tu langsungg taksenyum :3 . erk? -_____- . takde deria ke orang tu? -.-'' . dah habis . dia komen . pehh . baikbaik jalan cerita tu ada banyakk . dia suruh ringkas kan . jadi satu scene je :3 . huh . pegawai tu balik je . macam lipas kudung buat kerja . berlatih semua . dekat pukul 7malam sampai rumah :3 . nasib ibu takmara -.-

malamnya . takbuat hw . main fb sampai naik juling biji mata . pukul 11 baru kemas baju semua :3 . DZ bebel macam mak nenek . pot pet pot pet . ada je takkena -.-'  . macam macam pesanan dia kirim . macam lah lia nak g seberang laut . padahal . seberang daerahh je pown :3

10Julai2012 - pukul 10setengah pagi . gerakk ke Kulai . budak laki si Aiman dengan Mirul naik van jenazah . haha . tipu je tu . diorang naik van Jabatan Penerangan BP . dengan Encik Sani . haa . cik sani ni pegawai yang eskott kita orang . orang nya . gila sporting . berdekahh je kalau bual dengan dia ;) . pergi Kulai lalu Benut . then masuk highwayy terus . ehh . ni dua hero kumpulan semarak senggarang ;)


si Aiman dan Mirul . duadua anak ikan kesayangan lia . haha . hotakk hang . adik ni . adik kesayangan lia ;) . lia memang payahh nak ngam dengan budak kecik bawah umur . lagilagi yang perempuan . tapi dengan manusia dua orang ni . senang je ngam nya . ada chemical bond kot? haha -.-''

kayy sambung cerita . lepas tu . pukul 1tengah hari .  sampai kulaii . then terus pergi PPD Kulai . goshhh . saringan mula lepas zuhur . lepas makan . solat zuhur then terus tukar baju semua . cikgu firdaus cabut undi . no 5 . okayy la tu :D

bila sampai turn BP . dup dap dup dap . mampus . nak cabut jantung . kayy cool lia cool . kau kan dah biasa . sampai masa . maka kami pown berlepas ;) 

lepas buat persembahan tu . cikgu Firdaus cakap . apa yang kitaorang buat tu . the best from the best . haha . alhamdulillah . lega :D . ada lagi 3 creww nak buat persembahan :D . lia usha cikgu nak pinjamm lappy dia . apa lagi . sign in FB laa . rindu dowhh kat anak aku ni :3

dah habis semua .  masa untuk diumumkan . crew mana yang layak pergi Final . uhhh . sedih nya . crew senggarang takdapat g final . sedihhh * tone suara Jai dalam KL Gangster :3

yang layak masuk final .

KULAI - LEDANG - SEGAMAT - KLUANG - JB 

setelahh dikaji kenapa daerah BP punya crew takdapat masuk final . En.Sani cakap . kita kurang markahh sebab takde penglibatan kaum lain . yang masuk semua budak melayu . so markah untuk perkauman tu dah kurang :3 . kalau ada sorang Cina dengan India . rasa dapat kot masuk final . KOT la :3 . 

dah habis tu . kita orang p check in hotel . waaa . lia kann . haha . sejujurnya ni lah first time tido hotel . to yang excited gila tahap takbole blah tu . haha . bukan crew BP je tido hotel . semua yang terlibat tido hotel >< . haha . best gilakk . triple double best ^_^

tempat penginapan kami . hewhew . dah check in tu . bila dah bagi kunci . cari ahh bilik . haha . lia ingat nombor bilik lia . 1610 . budak laki punya bilik . 1605 . haha . dekat lah jugakk . erk . nak cerita ni . hahaha . time nak bukak pintu tu . taktahu macam mana nak bukak . dia bagi kad . bukan kunci . adoi . lia pown yang masa tu konon nya cerdik amik kad tu . slide lah kat manamana yang patut lia slide . aik . takbukak pown pintu nya? -.-'' . lepas mencuba . mencuba dan mencuba . rupa nya . kad tu fungsi nya . di scan je . bukan di swap kan? entahh , orang kata swap . gasakk kau . berdekah lia depan pintu tu dengan wani semua :3 . ohh . macam tu ke nak bukak pintu? payahh nya . padahal . JAKUN -..- . dah masul bilik . switch on lampu semua . aikk? City Inn Hotel ni takbayar karen ke? apa pasal la tak bukak bukak lampu nya ni? -..- . ni lagi lahh bangang . masa masuk tadi . lia takperasan . sebelahh pintu ada satu apa benda alah tah . yang tempat kita taruk kad tu . bila masuk kan kad . baru lampu bukak . lia amik balikk kad tu . try masuk kan . eh?  bukak lah . lepas tu keluar kan balik kad nya . laa . kenapa mati lampu nya? masuk kan balik . haa . hidup pown . masa tu baru tahu . apa fungsi kad tu yang sebenar nya :3 . sumpa macam rusa masuk bandar :3


sumber dari cik handsome GOOGLE . :)

pukul 7setengahh malam . dinner time . haha . ni lagi bala . orang lain p makan . sarung tshirt je . lia dengan wani sarung baju kurung . erk -____- . sampai kat kantin PPD tu . semua orang tengokk semacam :3 . alahaii . tahu lah lia cantikk . takyahh lah tengok sampai macam tu sekali :3 * baldi!!

ehh . kejap . anak keluar dinner . sempat lagii pose depan cermin . adoii . cermin dah lah bapakk besarr . memang la sakan lia konker cermin tu sorangsorang :3


lepas makan . merayap . haha . hotel lia tidur tu dalam shopping mall , so , malas nak jalan jauhjauh . merayap je la dalam tu . makan aiskrim . wafer . haha . malammalam makan aiskrim . cikgu firdaus LOL . ajak p berjoli . ingat nak main bowling . sekali dalam tu takde tempat main boling . maybe belum siap kott . KOT la . lepas tu balik bilik . solat isyakk semua . tukarr baju tshirt . lari p bilik budak laki . haha . main tenet . tengokk tempat HOT kat kulai . haha . hampehh . takbanyakk tempat pown . last p lepak kedai minumminum je :3 . nak kbox shopping mall yang satu tu dah bankrap . hah . kbox la kau kat tepi jalan :3

pukul 12 balik . masuk bilik . cuci muka . terus membuta . zZZZzZZ

11Julai2012 - pukul 6 sedar . mandi semua . solat . 7setengah pagi check out . dearr room . i'll miss you dear * cakap kat katil :3 . haha . lepas tu p sarapan . kenyang makan roti canai dengan minum nescafe ais . aummmm >< . then . gerakk p SMK Sultan Ibrahimm . tempat final bertanding :3 . haha . banyak banyak sek yang takdapat masuk final , lia tengokk . daerah BP je yang sarung baju smart gilakk . haha . yang lain sarung baju sukan je . KOT? -.- . haha . kami sarung baju koporat .<---- betul ke eja ni? :3 . haha . 

nak tengok?

haha . lepas habis semua crew buat persembahan . penyampaian hadiah . haha . dapat no6 je pownn . tapi . dapat nombor6 je pown . kita orang still dapat hadiah tauu :p



see . medal dia cantikk gila . haha . lagi . kita orang dapat duit . sorang . RM80 . waaa $_$ . haha . then . pukul 2petang . gerakk balik ke bumi batupahat . haha . 4lebih gitu . sampai lah kami di bumi senggarang . alhamdulillah ;)

to crew SEMARAK SENGGARANG : masih taklambat lagi lia nak nak ucapkan tahniah atas kejayaan kita semua . even takmasuk final . tapi alhamdulillah . kita peroleh kemenangan jugakk . kalahh tipis je kan? yeahh . dari pengalaman ni lah lia dapat banyakk tahu banyak benda . macam mana nak check in bilik . hidup kan elektrik semua tu . haha . kalau takjoin benda ni . maybe sampai la ni . lia taktahu semua tu ;D . haha . bak kata cik sani . dapat tahu benda baru . iye dakk? haha :D

to cikgu yang terlibat , yang sentiasa ada idea yang gempak : thanks cikgu sebab sudi bimbing kami semua . kami hargai jasa cikgu tu . cikgu berdua memang gila sporting ;) . haha . 

akhir kata : selamat berbuka puasa ;) . semoga puasa kita hari ni diterima ALLAH . aminn :)



© Bunga Liar
Maira Gall