Friday 28 December 2012

antara entry terakhir tahun 2012



seminggu hilang . hari ni muncul balik . haha . ecehhh . buat muka macam tu , ingat comel lettew? kejap tanya Aiez comel ke idak? haha . GILA kah? -..-''

today is 28th Dec . hm? ada cerita ke? erk . korang ingat dengan tarikh 28hb ni? hahaha . taknak ah lia mention . taknakk taknak takmauuu ><

lia takde isi yang penting pun sebenarnya update blog ni . just entry kosong semata mata . haha . kesian banyak pokok kena tebang . pembaziran alam sungguh :3

hari ni 28hb . erk? dah 2kali lia ulang benda yang sama . kau ni dah kenapa lia? ._____. kejap . nak kira >.< . ohh tidak . dah taksampai seminggu je lagi nak naik sekolah . TIDAKKKK ;3 . adakah ini mimpi yang benar? -.-'' . benar lia benar . sila lah sedarkan diri anda tu . sudahhhhhhhhhhhhhhhhh . jangan mencarut benda pelik pelik . hm . cuti sekolah dah nak habis . sekolah dah nak bukak . so? apa cerita holiday tahun ni? korang pergi mana? story la sama gegirl boboy . *muntah pelangi :3 . haha . lia duk uma je gemukkan badan . main twitter . main fb . tu je lah kerja lia . so? BADAN LIA DAH NAIK GEMUK . kayy itu fakta

persiapan sekolah tahun depan? haha . biasa je . just baju sekolah baru , tudung baru . kain je yang tak baru . guna tahun lepas punya . opss . bukan tahun lepas . guna kain sekolah dari form1 . haha . kesian kan? badan takbesar besar . maintain jeee . pehhh . bila kau nak besar yanie? bak kata shahrul :3 . ok la tu . jimat sikit duit . haha . beg sekolah tak beli . sebab , bulan9 hari tu , dah beli beg baru . so ibu kata " kakak . beg sekolah okayy lagi kan? so takyah beli . pakai je apa ada." and I was like? " trolololololo . takkisah pun bu " ibu senyum . baikk anak solehah gitu . haha . kasut sekolah pun sama . takbeli jugak . sebab Everlast yang tahun ni punya masih cun lagi . takde yang koyak koyak lagi . so? pakai je lah selagi boleh pakai . aiez cakap  " jangan bazir sayang . guna je apa yang ada ." dan aku jawab " tengah tahun nak converse pulak ahh? *kelip mata" aiez balas " lalalalalala *pandang langit*" . menyampah nya .__________. lia cuma beli stationery baru je . pencil case baru . shaker baru . pen baru . semua dalam tu baru . yang penting . semua PINK . ohmyyjambu? bhhhh -.-' . adik lia je yang sakan shopping barang sekolah tahun ni . from top to toe . beg Eclo Life . kasut Everlast . haha . lia gigit jari je lah tahan hati . ekekeke . sokayy la . ngalah la untuk adik . bukan sape pown kan? alololololo . sayang adik -.-''

part yang takbest . huwargggggggg *O* . 3Januari ni Aiez dah p PLKN tu . sobsobsob :( . sedihnya lahaiii -.-'' . haha . bila mention bab ni . jawapan Izham , " ala sayang . 3bulan je laa " . haah . 3bulan je . yang menunggu ni sheksa tau idak? haha . takpe lah . belajar nak berjauhan . taklama . 3bulan JERRRR :3 . 

masuk cerita lain pulak . 

BERITA TERKINI : TAHUN DEPAN MEREKA YANG LAHIR PADAN TAHUN 1996 , AKAN MULA MEMEGANG GELARAN CALON SPM 2013

bananana . suspen takk? hm . tak eh? takpe lahhh *seret teddybear masuk bilik* . kayy gedik . again . again and again . tahun depan dah mula dah perjuangan anak seni . eh bukan . bukan anak seni . anak murid . sekolah menengah panggil pelajar . haha . kay sambung balik ayat tadi . tahun depan dah mula dah perjuangan kami batch 96 untuk melayari bahtera kekejaman , bahtera dilema demam exam besar , dilema hw bnyk , dilema tidur takcukup . kehidupan dan rona rona kehidupan kembali ke titik asal . kembali seperti kehidupan tahun 2011 . haha . paham tak ayat lia ni? putar belit ea? haha . paham kan sendiri laa . hohohoho . yang pasti . IBU lia , Pn.Sutinah akan kembali menjadi ibu yang berdedikasi . haha . *ayat skema siakkkk* . dah mula nak sediakan rotan panjang kalau lia dengan adik takrety nak study . itu sure punya . dah mula nak fikirkan adakah patut talian internet masih diwujudkan dalam rumah ni? O_o . ohhh tidak . jangan dipotong talian internet ku *merangkak mcm suster ngesot :3 . haha . apa apa je lah . yang paling kompem . darah tinggi ibu akan naik kalau lia dengan adik buat perangai tahun depan .yla yang sulung SPM . yang bongsu PMR . mana lah takpening kepala fikir? ibu mana yang tenang hatinya tengok anak dia yg nak amik SPM,PMR masih syok lagi goyang kaki depan lappy main twitter, main fb semua? grrr . so conclusion : JADI ANAK SOLEHAH YANG MENDENGAR KATA IBU SUPAYA DARAH TINGGI IBU TAKNAIK . sayang ibu :*

entry habis , bafakk ah . tergantung . ye lia tahu . taknak cakap panjang lebar lagi . sebab takut takde orang nak baca . yla entry takde isi kan? :(

penutup macam biasa . ehemmmm . hari ni 28dec . dah 3kali lia ulang benda yang sama . birthday akak fara lia . awwww . kenal kat twitter . comel orang nya . sumpa melting . haha . so? ada sikit la ucapan untuk kak fara . hewhew

sok sek sok sek sok sek . kay habis ucapan untuk kak fara . haha . takde lah . lia dah wish malam tadi kat dia . pukul 12:02 malam . haha . nak taip apa yang di wish . dah takingat . haha . lagi pown , kak fara kata . wish lia tu special sikit . so lia taknak ahh tayang kat sini . biar lia dengan kak fara je tau . hahahaha >.<
*alahai ngade :3

untuk batch 96 : hoihoi . bagi yang sekolah senggarang . haha . tahun depan kita satu bangunan lagi . bangunan KBSM tu . haha . special sikit bangunan tu . takyah kongsi dengan kelas lain . kan? so boleh la tinggal buku bawah meja . trololololo . tahun depan . kita semuaaaa ada misi yang satu . misi yang sama . FIGHT FOR SPM . haha . lepas ni kita still bole jadi GILA GILA , TEREJAL SEMUA . tapi berpada . ada benda lain yang kita kena perlu FOKUS . lagi PENTING . SPM 2013 . haha . *aku suka sejarah paper3 . aummmm >< . so? GoodLuck korang . sama sama lah kita berjuang tahun depan . bagi korang yang sekolah lain . haha . ucapan lia pendek je " SELAMAT MAJU JAYA . MOGA 2013 ADA ONGG UNTUK KITA SEMUA "

untuk batch 98 : esp , adik lia . cik memot gemuk . budak KAA batch 98 , anisah , leha , hikmah , adila , haikal adik sayang lia , amar makruf nahi munkar *gurau*, bad , sabiq , lagi . kejap nak tarik nafas . fuhhhh , lia nak sebut semput . senang semua la satu kelas 2KAA tahun ni dengan budak KRK terutama fiza . haha . akak dah lalui PMR . best . seronok . haha . nak dapat A senang . lagilagi subjek yang ada kerja kursus . mcm GEO . KH . SEJ pun ada jugak kerja kursus , tapi mrkh dia tak dibwk ke dalam pemarkahan PMR .  buat sungguh sungguh masa kerja kursus tu . InsyaAllah . result korang A nanti . just believe me okayy . cikgu sej akak cakap " BIAR LAH KORANG SENGSARA GILA TIME NAK EXAM PMR NI . BILA HABIS EXAM , KORANG BOLEH LEPAS SENGSARA TU . BIAR LAH MENANGIS SEBAB PENAT STUDY SKRG , ASAL JANGAN NANGIS , TIME RESULT PMR KELUAR NANTI " pegang lah kata kata tu . NIKMAT tu akan terhasil bila korang tengok slip result korang tu nanti berderet A dari atas ke bawah . masa tu? BANGGA memang tak terkata . akak cakap berdasarkan pengalaman akak .  bukan nak cakap besar . cakap kecik . hohoho

to ADIK gemuk : semalam akak janji . PMR kau 9A , gaji pertama akak kerja lepas SPM nanti , kau nak apa akak beli . PROMISE . dengan syarat . KALAH kan akak . 9A okayy . kau akan jadi cucu atok paling hebat dik kalau dapat 9A sebab cucu atok kita takde yang amik 9subjek selain kita berdua . akak dah buat atok bangga dulu time akak dapat 8A . dah buat atok senyum lebar dengar cucu dia yang takde ayah ni cemerlang PMR . so? zaman kau pulak kena menyerlah . serius akak nak tengok kau dapat 9A . kalahkan cucu atok yang lain lagi lagi . tettttt . tau dik? JANJI . akak janji ajar apa yang kau takpaham , semua subjek . takpaham just asking me . jangan diam . ingat . kita nak berjaya sebab nak tengok ibu senyum lebar . ibu bangga . ibu gembira dengan kita . kesian ibu . banyak habis duit untuk kita .  eh? again . akak sayang kau walau kau memang menjengkel kan gila babi . even kau ada akak lain . jeles gila setannnnn . lagilagi bila kau jumpa dia . :/ . kbye 

untuk IZHAM NAZARUDIN : biyy . minggu depan awak dah nak pergi . saya sedihhh *kesat hingus* . haha . takpe lah . saya paham . awak bukan pergi berendut . berjoli . awak pergi . pergi mana ek? kalau kata pergi belajar bole? haha . whatever . awak cakap , awak tak kan lupa saya kan? saya percaya tu biyy . awak suruh saya tunggu awak kan? baik saya tunggu . 3bulan je pun . awak tunggu saya 7,8tahun sanggup pulak kan? takkan saya tunggu awak 3bulan taksanggup? hohoho . jangan risau . saya kuat even awak takde nanti . pandai lah saya jaga diri . awak tu yang jaga diri . jaga hati . jaga mata dan jaga iman kat sana . kita jumpa balik 3Mac 2013 nanti . saya sayang awak Izham . - LIYA -

entry tamat . 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 . SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH . SELAMAT BERGELAR CALON SPM DAN PMR . SELAMAT MAJU JAYA . SELAMAT HARI RAYA CINA . 
trolololololo

Friday 21 December 2012

Buat IMAMKU

Kehadapan Imam ku 
Buat Kekasih Terakhir 
dan Bakal Bidadara ku di Syurga
Sebelum tulisan saya menjadi lebih panjang . Izinkan saya memanggil awak . ABANG . sebab saya tau . sepanjang saya ada bersama awak . saya tak berpeluang langsung nak memanggil awak dengan gelaran tersebut . maka . izinkan saya memanggil awak dengan gelaran abang dalam surat ini . saya harap abang tak kisah mengenai nya
duhai Imam ku ,
disaat abang baca surat ni . mungkin saya tak lagi bersama abang . dan mungkin juga . saya taklagi ada dalam dunia ni . mesti abang terkejut bila terima call dari pihak Lembaga Tabung Haji pagi tadi . berita mengenai saya . saya taktahu abang menangis atau tak saat menerima berita itu . mungkin abang menangis air mata kegembiraan . mungkin jugak menangis mengeluarkan air mata penyesalan . saya taktahu . yang tahu abang dengan yang SATU tu
Abang ,
kita berkawan lama . berteman lama . bersahabat lama . dan berhubungan juga lama . saya cukup risau jikalau abang enggan mengakhiri hubungan ini dengan pernikahan . Alhamdulillah . Allah tu Maha Mendengar  . DIA mendengar doa saya . akhir nya . terlafaz juga janji ikatan sah untuk kita berdua . Syukur rasa nya abang . Impian saya untuk memiliki lelaki seperti abang menjadi nakhoda impian saya tercapai juga akhirnya . Tapi sayang . Saya sangka kan panas hingga ke petang , tapi hujan di tengah hari . Kebahagiaan tu cuma saya memiliki taksampai dalam masa seminggu . Semua nya berubah tatkala saya mula melangkah masuk ke Sangkar Cinta kita .
Perjalanan nakhoda impian saya awal nya berlayar dengan sempurna . Semua nya sempurna . Layanan abang . Semua A+ abang . Hingga lah suatu hari , tatkala saya mendengar permintaan pertama abang .  
"Rumah ni banyak bilik . Awak boleh pilih bilik mana yang awak nak . Saya nak tidur sorang sorang je ." Agak tergamam saya mendengar nya . Tapi saya fikir positif . Mungkin abang taknak ganggu saya ketika tidur . Itu yang abang minta saya pindah ke bilik lain . Sebab sayang . Hormat abang . Saya pindah ke bilik bawah . Dekat dengan dapur . Senang nak keluar minum malam malam . Abang jangan risau . Saya bersangka baik dengan abang . Saya taksimpan dalam hati dengan perbuatan abang tu . Kalau tersimpan pun . Saya dah lama maaf kan abang 
Abang ,
Ingat lagi tak masa kita berhubungan dulu . Saya pernah bagitahu abang impian saya untuk sentiasa bersolat jemaah dengan suami kalau berkesempatan . Masa awal perkahwinan dulu . Saya sentiasa menunggu abang untuk bersolat bersama-sama . Terutama waktu maghrib . Tapi bila abang pulang lewat . Impian nak berjemaah bersama-sama abang terkubur begitu sahaja . Sekarang , saya dah makin tahu . Impian saya tu memang takkan tercapai . Lagi-lagi sekarang kita dah tidur berlainan bilik . Saya risau abang lupa nak tunaikan kewajipan kepadaNya . Tapi untuk menjadi seorang isteri yang solehah . Saya takboleh berburuk sangka dengan suami . Oleh itu . Saya sentiasa berharap dan berdoa agar abang sentiasa sempat dan ada masa untuk menunaikan kewajipan abang sebagai seorang hamba kepadaNya walau sesibuk mana . 
Abang ,
Sepanjang kita berkahwin ni . Belum pernah lagi kita ber'honeymoon' atau bercuti mahupun melancong ke mana-mana . Saya teringin hendak melancong berdua dengan abang . Dek kerana kepingin sangat . Saya mula bertanya kepada abang mengenainya . Saya ingat lagi jawapan abang . " Abang sibuk . Tak ada masa nak bercuti berhoneymoon bagai . Banyak hal kena urus . Awak nak bercuti . Awak pergi sendiri . Saya izinkan ." Saya tersenyum mendengar jawapan abang itu . Sudah dijangkakan itu yang bakal keluar dari mulut abang . Tak apa abang . Saya tak kisah tak dapat berjalan semua . Asal saya ada dengan abang . Bukan berhoneymoon namanya kalau pergi seorang sendiri . Dalam rumah pun boleh honeymoon . Saya hanya mampu tersenyum masa tu . Saya bersangka baik dalam hati . "Abang sibuk kerja . Nak kumpul duit banyak . Akhir tahun nanti , barulah abang bawa makan angin semua."
Abang ,
Minggu lepas , genap sebulan kita berumah tangga . Saya teruja sangat nak sambut dengan abang . Lepas abang pergi kerja pagi tu . Saya pergi pasar . Beli apa yang abang suka . Saya nak masak sedap-sedap untuk abang dinner nanti . Saya beli bahan nak buat kek . Saya buat sendiri kek tu . Abang suka kek coklat . Saya hias sendiri kek tu . Lepas maghrib . Saya mula hidang makanan atas meja . Saya keluarkan kek dari peti . Saya bancuh air kegemaran abang . Saya nyalan lilin . Nak wujudkan suasana romantik untuk abang . Kemudian , Saya mula berkemas untuk diri . Tepat jam 9 malam . Saya dah tunggu abang di meja makan . Sebelah saya terletak hadiah istimewa untuk abang . Macam-macam lauk ada atas meja untuk abang . Semua nya makanan yang abang suka saya masak . Saya setia menanti di meja makan . Lilin saya dah nyalakan . Cuma lampu je saya belum matikan . Saya masih lagi setia menunggu abang . Jam terus bergerak .Sudah pukul 1 pagi . Abang masih belum balik . Saya terus sabar menunggu abang balik . Saya terjaga bila terdengar suara azan Subuh . Terpinga-pinga sebentar dibuatnya . Saya tersedar dan terus berlari ke tingkap depan .Melihat kereta abang . Alhamdulillah . Abang dah balik . Tapi . Kenapa abang tak kejut saya? Kenapa abang biarkan saya tidur di meja makan? Kenapa abang tak kejut saya nak makan sama-sama apa yang saya masak? Saya lihat lauk pauk masih lagi belum terusik . Kek yang saya buat pun masih lagi sama seperti yang saya buat . Sampai hati abang . Tak ingin nak menjamah apa yang saya masak untuk abang . Saya teringin hendak menangis . Terasa usaha saya semalam . Memang sia-sia . Langsung takdihargai . Paling terkilan , abang langsung tak mengejut saya untuk tidur di dalam bilik . Atau pun , angkat saja lah saya ke dalam bilik . Letakkan di katil . Air mata saya mula menitis . Tapi saya mula terfikir , bersangka baik kepada abang .  " Mungkin abang penat sangat kerja . Dah ngantuk sangat agaknya . Tu yang abang tak perasan saya di meja makan . Takkan lah abang nak biar kan isteri kesayangan abang ni tidur di dapur . Kan? " . Dan , saya tersenyum balik .
Abang .
Kak long abang baru saja melahirkan sepasang baby kembar . Comel sungguh mereka . Geram bila menyentuh pipi gebu mereka . Tiba-tiba , hati terdetik . " Bila saya boleh peroleh peluang begini? Teringin rasa nya merasai nikmat mengandung , morning sickness tiap pagi , pergi medical check up tiap bulan , melihat pergerakan baby bila discan . Bila agaknya peluang tersebut akan datang kepada saya? " . Saya terkesan dengan kata-kata ibu abang . " Kau bila lagi nak timang anak sendiri? Keluarga kita tak ada yang mandul tau." Saya baru hendak bersuara . Abang menjawab " Saya subur mak . Dia ni huh . Tah kenapa agaknya . Susah nak lekat . Pelik saya" . Abang , jatuh maruah saya dihadapan ibu abang . Saya tahu abang tak cakap direct . Tapi saya tau apa yang abang maksudkan . MANDUL . Ya . Itu yang abang maksud kan . Saya tahu abang . " Abang , bagaimana mahu lekat kalau abang sendiri takpernah sentuh saya? Kita takpernah bersentuhan kecuali semasa hari pernikahan kita . Semasa upacara batal air sembahyang . Itu yang pertama dan terakhir abang menyentuh saya . Lepas itu . Tidak ada abang . Hati saya hancur bila abang mengatakan saya sebegitu rupa . Impian saya nak mempunyai zuriat sendiri saya tahu tak akan pernah tercapai . Sama dengan impian hendak bersolat jemaah bersama-sama . Abang jangan khuatir . Saya takmarah abang . Marah itu ada . Tapi cuma sekejap . Saya dah lama maafkan abang .
Abang ,
Maafkan saya kerana tak berterus terang dengan abang . Kepemergian saya ke Mekah bukan sekadar mahu menunaikan Umrah . Tapi ada agenda lain . Abang pasti hairan dengan saya . 6bulan sekali mesti saya akan ke Mekah menunaikan Umrah seorang diri . Abang tak pernah larang . Ya saya hargai itu . Terima kasih abang . Sebenarnya , saya penghidap kanser paru-paru . Sekarang berada di tahap empat . Maafkan saya kerana tak memberitahu abang . Saya bimbang abang risau akan keadaan saya . Saya taknak itu . Doktor menjangkakan hayat saya , tak kurang 3 tahun abang . Sejak disahkan saya penghidap barah tersebut . Saya mula berubah . Saya tahu abang perasan dengan perubahan saya . Tapi abang sengaja diamkan diri . Saya mula berpurdah dan berjubah bila keluar  . Mula bersarung kaki bila keluar rumah dan lengkap juga bersarung tangan . Semuanya serba hitam . Abang perasaan perubahan saya itu . Tapi , abang langsung takbertanyakan kepada saya apa yang menyebabkan saya berubah sedemikian rupa . Saya juga mengambil keputusan untuk turut berdiam diri jugak . Hanya seorang saja yang tau akan penyakit saya ini , iaitu orang yang memberi abang akan surat ini . Maafkan saya kerana telah membelakangkan abang . Ampunkan dosa saya abang . Impian saya hendak bersemadi di bumi Mekah Tanah Haram akhirnya menjadi kenyataan . Saya bersyukur sangat terpilih sebagai tetamu di tanah ini .
Abang ,
Saya bahagia hidup dengan abang . Walau hanya dua tahun setengah kita bersama . Terima kasih untuk segala nya abang . Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai isteri abang . Itu hadiah ternilai buat saya . Memiliki abang sebagai nakhoda kapal impian saya . Abang , kita mungkin terpisah sekarang . In Sha Allah , di sana nanti kita bersama . Saya tunggu abang di Syurga ALLAH . Sesungguhnya keredaan ALLAH terletak ke atas reda suaminya . Saya berharap saya memperoleh reda seorang suami dari abang .
Sampai sini saja . Salam peluk cium buat Imam tersayang , Kekasih terakhir dan bakal bidadara syurga . 
Assalamualaikum . Saya tunggu abang di sana .
 - Isteri yang mengharap reda mu -
menangis tak? :p .

Thursday 13 December 2012

121212 . the last ever wonderful date but the memories is more superb wonderful (:



adakah muka lia mengidam tapak kaki? katakan YA kalau anda rasa lia memang mengidam tapak kaki . bhhhhh *flip tudung . tapikan? lia rasa . macam comel je buat muka macam tu . Aiez pown cakap comel . haha . aiez memang . semua pasal lia dia kata comel . *muntah pelangi :3 . haha . okay okayy . macam biasa . entry kali ni . agak panjang . so? malas gilakkk nak karang intro yang panjang meleweh . so? terus ke isi ^^

oyehhhh . semalam . 121212 . hmm . lawa tarikh kan? kan? haha . nombor genap semua >< . pergi Magnum ke Toto ke KTM ke . agak kalau beli . kena tak ek? Weyhh . haram der . cepat Istighfar . dah sudah mencarut . :3 . okay okay . terus straight to the point je lah . 

semalam . selain tarikh yang cantik . kita orang semua . terutama . budak KAA batch 96 pown sama mencipta satu lagi kenangan yang lia rasa . mungkin . agar sukar untuk lupa kot? *korang takrasa ayat yang lia guna ni terlalu baku ke? kan? macam nak jawab soalan rumusan BM je? O_o 

kita orang hang out satu kelas semalam >< . atoto . best nya ><'' . perjalanan cerita bermulaaa (:

okayy . 9setengah pagi . tunggu kat bustop dekat dengan simpang nak masuk SMK Senggarang tu . janji 930pagi . tapi? huh . hampehh . biasa la . janji melayu kan :p . normal lettew . tunggu Fila . Aini . pehh . lambat nya . last yang sampai . Farzana . haha . rumah dekat . sampainya last . grrr . *gurau gurau :p


sementara menunggu kedatangan bas . pehhh . berjanggut . bermisai siakkk ><' . lia . nora . fila . aini . jia . fazrin . fadli . dan fakry . semua naik bas . biasa lah . dah besar kann . haha . farzana . aida . abiyy dengan cahh naik kereta faz . akak faz hantar . gitu gini gitu gini . 1030pagi baru naik bus nak ke bustand BP . pehh? bila nak sampai seyh? pukul 12 baru sampai BPMall :3


budak KAA konker seat belakang Causeway Link bhaii :3 . wkwkwk . so jakunnn -.-


see . Fadli duduk sebelah sape? haha . berpurdah tuu ><'' . lia tanya dia

lia : best weyh duduk sebelah dia tadi? insaf tak? :p
fadli : panas bhaii . aku betul kan aircond je dari tadi -.-
lia : *ketawa kuat kuat :p


hey . this is my fazrin . jangan amik :p . *mampus aku kalau izham tau . haha . aiez . jangan marah . lia gurau :p


keserabaian muka aku -..-''

sampai je terus pergi Food Junction . lepak situ dulu . lunch semua . budak ni yang dah sampai dulu tunggu kita orang kat situ . siap dah susun semua meja . haha . bagus bagus ><' . sampai . letak beg . p toilet . nak p betulkan tudung yang dah mcm tudung saji je lia rasa :3 . kayy dah comel >< *muntah pelangi . then . p order makanan ^^ . menu utama . nasi ayam ><


yayaya . muka budak cemerlang PMR tahun lepas . ececeh :p . 


sudah cukup cukup sudah . ini saje aksi kami masa makan . masa untuk potong kek ^^

Sannah helwa ya jamil
Sannah helwa ya jamil
Sannah helwa ya Aisyah
Sannah helwa ya jamil 


birthday girl kita . sebenarnya . birthday cahh dah lepas . 3Disember hari tu . haha . lia orang ke3 wish :p . *"bangga kejap :3 . orang pertama : HOTLINK . orang kedua : JIA . orang ketiga : LIA . yaeayyyyyy ><' . so? hang out semalam sambut sekali birthday cahhh . yeayyy . ecahh dah tua :p . 101212 yang lepas . birthday Luqman . so? HappyBornDay Luqmann (: . *kes lupa nak wish kat FB :3


mata nora . bafakkkk bulat . MATA ALMOND ! memang comel siakkkkk ><


a piece of cake . korang tengok , kek nya . memang simple . decorations dia . takde lah lawa mana . tapi rasa dia . wa cakap lu bhaiii . terangkat . serius >< . tanya budak senggarang yang pernah beli cupcake dengan liya tahun lepas . lagi lagi masa habis PMR . macam mana rasa dia . emm . mablesssss weyhh ^^

kayy dah kenyang makan kek . so? dah siap makan semua . get ready nak solat zuhur . hang hang jugak . solat jangan lupa ^^ . cari surau . then solat kejap 

TBC . tettttttttttttttttttttttt ........

kayy dah siap solat . jom berjoli . mari kita berjimba ramba . oyehhhhhh >< . plan nak p main boling je ^^ . RM99 melayang bhai . sorang RM11 . main 2 game . memang harokkkk seyhh :3 . malas nak cerita banyak . tengok gambar je lah ^^





WE US OUR . 
FRIEND NEVER END . 
SUJU GENERATIONS . 

heyy gangs . ingat lagi ayat ni? ayat pemes kita dulu . yayaya . BAL . bajet ar lu . MAL  . mati ar lu :p ? ingatt? :p


 pemenang untuk game yang pertama : CHAK ER . takpe lahh . bagi birthday girl kita menang . hari ni kan . hari bahagia dia . :p
pemenang untuk game yang kedua : FAKRY . dengan mata kemenangan . 100 berapa tahhh . fuyoooo :3

lalala . liya kalah . selalu champion . *bajet nya kau? masa ni . semua yang takpernah main boling . semua main . jia dengan aini je malas nak main . dia duduk tepi . pegang pompom . alololo . comel . haha :3 . yang takbole bla . lia tak pernah pernah terbaling bola ke belakang . semalam terjadi . pehhhh . memang bafakk bengang ahhh . tu lah . selalu ketawakan orang . semalam . kan dah kena kat batang hidung sendiri :3 . bhhhhh *mata tengokkk langit :3 . abiyy dah gian nak main boling . wkwkwk . best kan biyy main boling? ^^

kay dah puas berboling . masa dah time :3 . so? pulang kan kasut . nora ajak main game token . okayy okayy . jom main ^^ .  



nora is driving right now . please don't disturb her (: . cool je muka dia . tengok abiyy kat bawah ni . kelam kabut sungguh ><''


fochusssss (:


tengok aini . kita orang syok driving . dia layan menatang bola ni . berdekah je semalam tengok dia semangat gila main game bola tu . padahal game je pown :3 . alahaiii . tengok gambar yang 1st tu . semangat betul dia main sampai rasa nak masuk je dalam skrin tu . SEMANGAT HARIMAU MALAYA *ehh jangan lupa tengok bola malam ni . MALAYSIA vs THAILAND . jangan lupa tengok tau *promote kejapp . ohhh FARIZAL MARLIYAS . ILapYouuu :* *Aiezzz . jeles tak? :p*

dah puas main . tengok jam . 4setengah petang dah bhaiii :3 . then terus turun . beli coolblog . beli big apple . beli kepci untuk anak singa lia yang tengah mengidam nak makan kepci tetiba ;3 . then . 5petang . masa untuk berpisahh . so sedihhh . salam semua . tapi takde lah adengan cium cium semua tu . muah muah bagai . ehh pelish la . kami GHOCK tauu . takmain muah muah semua tu :3 . then . kuar BPMall . OHH TUHAN . hujann seyh . ahh lenjan je lahh . kalau tunggu entah pukul berapa sampai rumah -.-''

then? naik bus ke bustand . cari bus ke benut . then . babai . i will see you soon ^^

entry tamat . (:

oyehhh . seharian dengan budak KAA . haha . syikkk gilakkk . ketawa sama sama . tengok adengan baling bola boling ke depan . bhhhh . makan kek sama sama . main game token . ahhh *mata aku masuk habuk kejapp :3 . aiezzz . tolong tiup kan mata lia ni ): . haha . seharian semalam tu sebenarnya . taksetanding dengan persahabatan kitaorang yang dah 4tahun kenal . 4tahun kawan ni . banyak sangat suka duka nya . sampai . ahhh . takmampu nak lupa (: . 

so? macam biasa lah . penutup entry lia . harus lah ada penghargaan kepada mereka yang berkaitan . tu tanda nya . kita menghargai mereka . ^^

untuk AISYAHH . CHAK ER . CHAH : heyy laling . aww . sekali lagi . selamat ulang tahun kelahiran yang ke 16 . tahu dah lama birthday kau . tapi still bole wish kan? haha ^^ . aisyahh . lia takde hadiah untuk aisyah tahun ni (: . tapi lia harap . aisyah suka dengan kek yang lia tempah khas untuk aisyah tu (: . nak wish apa lagi? kay takde . sebab hari tu . lia dah wish kat status aisyah . panjang lebar kan lia wish . awww . last but not least . semoga aisyah panjang umur . murah rezeki . peroleh kebahagian hidup . takkisah kat mana pown aisyah tercampak . (: . last! ILapYou Aisyahh . Mehh comolot :* . 

untuk . team KAA batch96 : weyh gila . aku penat berdekah dengan korang semalam . senak dowh perut aku . dah lama tak gelak macam tu . since? hm . sejak budak yang pandai pandai tinggal kan kita org kat senggarang ): . takkisah la . yang penting . semalam . aku happy gila hang dengan korang . yeayyy . dapat jumpa FAZRIN . scandal aku . haha . FAZRIN . jangan curang dengan aku tauu weyh . ^^ . hehe ><'' . lagi dapat jumpa dengan FAKRY . abang besar aku dalam 3KAA lepas SYABIL . haha . lagi lagi dengan FADLI . kau buat kek Aisyahh jatuh terhempas ke tanah . nasib tak penyek weyh . kalau tak . aku tepek je kek tu kat muka kau :p . 

dapat jumpa BUDAK PEREMPUAN 3KAA . YA ALLAH . heaven nya semalam ><'' . kay tak mampu nak taip lagi . sebab . banyak sangat yang aku nak cakap . nak luah . aku takut . internet aku stuck jap lagi . kangg habis semua hilang apa yang aku nak cakap tu. so aku decide nak simpan je apa yang aku nak cakap tu dalam otak aku . biar aku sorang je tau (: . terimakasih sebab dah create kenangan baru lagi untuk KITA SEMUA (:

tahun depan . hm . tahun last sekolah . tahun penentuan kita . yayaya . dah sampai masa kita kena serius . dah kena get ready untuk SPM akan datang ni . so? TAKPAYAH nak so so so sangat laa . BELAJAR la!
BELAJAR UNTUK BERBAKTI . ecewahhhh . kat mana pown kita sekolah . semoga kejayaan yang pernah kita cipta dulu . mampu kita cipta lagi untuk EXAM terbesar akan datang ni . 

semoga persahabatan kita tak mati pengsan koma kat sini . semoga ia terus kekal terjalin , kekal mengalir sebagaimana air sungai di SYURGA terus mengalir (: . FRIENDS TILL JANNAH . In Sha Allah kawan (:

last : NORA . aku rembat gambar dari album kau . masyehhhhh :)

ASSALAMUALAIKUM (:

p/s : hw aku taksiap lagi :D . yeayyyy -.-''

© Bunga Liar
Maira Gall