Friday 30 December 2016

Last entry of 2016 ; azam 2016 tercapai ke?




Today is the second last day before we entering the new year ; 2017. Every year, when we are going to enter the new year everyone will set up the new wish; azam baru. Before we talk about the it how was your last wishes? adakah ia semua berjalan dengan baik? berjaya dicapai? 

Last year, Lia memang takde buat entry post mengenai azam. I am so fucking busy with my internship la weh. Got no enough time to make some entry post. Kah! Alasan semata

Let's flashback to remember either the wishes of 2016 dah tercapai atau belum? Bananana...

1. No sexy dress code when hanging out

Bunyi macam kelakar tau tapi bila usia dah masuk 20 tahun kau keluar pakai baju yang kau rasa tak tepat hukum syarak, does not cover you butt especially kau akan rasa semua orang tengah tengok kau. Senang kata tak selesa. I am proudly to say, azam ni berjaya jugaklah dicapai. Almost one year bergaul dengan orang yang bila kau pakai kurang sopan kau malu sendiri padahal orang tu takde pun tegur cara kau berpakaian ke apa tapi benda tu spontan terbit kat hati maka Alhamdulillah. Masih belajar. At least im not wearing short sleeve bila keluar rumah lagi. Mende nya woi, zaman pakai short sleeve keluar rumah tu masa zaman agas je [form one to three]. Minggu ni kemas almari, bawak keluar baju yang rasa tak boleh pakai. Jumpa balik baju swag swag, sweat shirt gambar galaxy bagai ketawa jahil sikit. Segan noks. No worry, time change so people too :D . Furthermore, sekarang kawan dengan seorang yang peka isu aurat isu pakaian so bila kita pakai yang macam tak kena kat mata dia, automatik dia kata

Rasa macam ketat je baju tu? 

Apa kata pakai anak tudung?

Memula annoying af jugak lah tapi lama lama boleh terima. No, I am not saying I'm good, i was having my transformation. Become bad to good. May Allah ease

2. Fucking need to score A for my account subject for semester 5

Masa semester tiga, lia dapat tau yang sem lima nanti lia kena belajar akaun. Aduh dah risau, dah pening kepala! Mende ni weh, aku masuk tourism taknak hadap pun subjek kira-kira, kenapa still kena belajar? You have no idea why I'm really hate of calculation subject. Everyone especially budak 5 Bestari tau mengapa lia benci math tapi still boleh reda hadap addmath form 5 kahkah. 

Masuk je sem lima, dah set dalam kepala hotak taknak cakap akaun susah taknak cakap takleh buat akaun. Sebab Lia yakin, bila dah set dalam hotak yang kita boleh buat, Insyaallah boleh buat. Disertai usaha jugak lah kan. Cakap boleh buat tapi tak belajar mana nak dapat A? Along the semester, I'm struggling hardly to deny and not saying 

Akaun susah, takleh buat akaun

So glad dapat lecturer yang sangat best ajar akaun. Carrymark untuk akaun pun puas hati. Maka masa jawab exam pun tenang je jawab hatta balun je apa kita belajar letak atas paper jawapan. Masa hari keluar result, bila check result tak tengok pointer keseluruhan dulu tapi mata terus tengok result subjek akaun

A for Tourism Accounting

Menangis dan gigil jugak lah sebab akhirnya sedar diri yang lia ni takde lah bodoh math bebal kira-kira. On that day, lia memang sedar betul, zaman sekolah dulu tak suka math adalah salah satu sebab tenaga pengajar. I got a bad history with my mathematical teacher. Thanks a lot to Miss Shima. Another dream for 2016 has been achieved!

3. Azam nak sarung dan pakai jubah konvo


Lia anak sulung so peluang nak rasa pakai jubah konvo dari adik beradik sendiri tu memang takkan dapat lah selagi Lia tak habis belajar. Thanks to my dearest senior DHP for giving me a chance to wear this magical suit. Konvo dia lah paling Lia tunggu untuk tahun 2016 sebab memang nak rasa gila pakai jubah konvo. Alhamdulillah tercapai. Semester 5 dah berlalu dengan jayanya dan sangat cemerlang hatta HPNM sem lima turun satu point dari hat yang lepas tapi masih bersyukur sebab still DL phewww

4. Overseas Holiday


I am a tourism student but till a few day before went to Bangkok, I still doesn't have my own passport. Luckily bos minta Lia dengan Kak Bibi ke Bangkok atas urusan kerja maka maka tercapai lah impian nak ada passport sendiri. OMG I am going to Bangkok wehhh! My first trip to overseas goes very well as we planned. Bila free, Insyaallah ada lah entry blog pasal Bangkok. Tak pun, hampa tunggu lah entry lain ke Bangkok sebab macam pasang angan angan 2017 punya azam nak bawak adik jalan Bangkok. Tenenet!!

5. Photoshoot session as a reward to myself for taking a good care for myself sepanjang kat negeri orang


I was doing this photo shoot during my last second day stayed at Kuala Kangsar before go back to hometown and sambung belajar balik untuk semester lima. The location was at Victoria Bridge, Kuala Kangsar. Tempat dia jauh ke dalam sikit. First time sampai sini memang dah plan, I am going to having a photo shoot session at here. Ole ole untuk diri sendiri. Guna khidmat photographer lagi tau dia punya beria. Hahaha. Glad to meet Zulhakim Ridza. Bual-bual masa photo shoot, eh dia budak poli jugak cuma lia lupa dia budak poli mana. Orang-orang Kuala Kangsar yang nak guna khidmat dia boleh cari dia kat ig which is ; @jebotlensa (his offical ig) , @zulhazimridza (personal ig) . He is giving a superb service. Btw nak share siikit pengalaman jadi model beg tak rasmi, weh susah kot! Badan kena tegak, takleh bongkok. Muka kena maintain. Phewwww letih. Sekali je la seumur hidup. Merasa jugak :p

Nahh, a few of my wish I can archived a long of this year ; 2016. I just talked about azam yang berjaya dicapai, ada jugak azam yang masih belum mampu dicapai :(

  • Masih belum dapat khatam Al-quran (azam dari tahun 2014)
  • North Malaysia Tour for real including this four state which is Perak, Penang, Kedah, Perlis
  • Azam menabung yang baru seminggu menabung dah korek balik tabung! Nate mung

Moga azam 2017 yang dah dibuat dalam note kat handphone berjaya dilaksanakan. Soon, I am going to share about my wishes for 2017. Come and share about your wishes too kat facebook lia. Mungkin kita ada azam yang sama? Dan mungkin kita boleh fikir cara untuk laksanakan azam tu?

p/s : azam 2017 dah fikir nak simpan duit buat bilik nak kahwin. aci tak? kahkah!

Selamat tahun baru 2017. Weh lia dah 21 tahun weh. Besar dah! Tapi still ada mak cik tanya, tingkatan tiga ke dik? Me is cried. 

Kalau 2016 anda berjalan dengan tak begitu baik, moga 2017 akan berjalan dengan sangat lancar dan dimudahkan.

Happy birthday senior kesayangan Lia yang ke 22 tahun harini. Moga makin kacak dan bergaya. Me still lapchu

Adiosa!





Saturday 3 December 2016

Passion is getting less ; Photography





Masa Lia sem dua, ibu pernah tanya nak hadiah apa sempena birthday bulan 3 nanti? Ibu bagi pilihan sama ada nak handphone baru atau kamera DSLR?

Setelah berfikir dengan dalam, maka sebulat hati setuju nak pilih DSLR. Ibu pun kata,kau cari lah orang jual kamera. Beli yang second je. So misi mencari DSLR pun bermula. Masa tu tengah angau sangat dengan DSLR. Serius. Cari dan cari yeah finally jumpa pun. So sepupu lia tolong settlekan urusan COD semua. Finally I got my own DSLR.

Baby Red Nikon



First tester baby red Lia last year @ Pagar Putih, Muadzam Shah

Tak sangka lepas wujudnya baby red tu, banyak fungsi dia. Maksud Lia, Lia beli tu takde lah saja nak pleasing ke apa. Sebab Lia perasan course Lia masa awal-awal dulu macam banyak buat video lah, kadang ada event kamera jabatan tak cukup so dengan wujudnya baby red ni I can overcome the probs. Tapi tu lah sayangnya kat baby red ni lain macam. Kadang susah nak percaya bila orang pegang dia. Hahaha. Ada je yang minjam tapi still risau. Kah, rosak kat tangan tuan dia takpe. Takut rosak masa kat tangan orang lain. Adoi menangis tak berlagu.

So far, baby red Lia dah berjalan jauh jugak la sepanjang hampir tiga tahun Lia belajar. Pergi Tioman masa sem 2, pergi Batam untuk sem 5, untuk event kelas masa sem 3. Banyak lah jugak bakti dia. Hiks. One of my bucket wish list has been achieved. Yeay!

Tak, tujuan entry ni ditaip bukan nak cerita pasal baby red tu. Nak cerita pasal minat yang makin terkikis. Tak tau lah pasaipa. Sama ada sebab diri dah sibuk gila atau takde sapa nak guide macam dulu (ya semua orang tau partner lia dulu set set budak fotographer) atau rasa malas nak belajar dah.
Baby red still ada dengan Lia. Sem ni pun masih ada dengan Lia. Tapi macam belum nampak lagi gunanya dia untuk sem ni kah!

Sedih jugak bila ingat satu tahun lepas sokmo la duduk tepi tasik poli asah skill dengan senior sorang tu. Lepas dia habis belajar tak jumpa dah kawan seangkatan. Maka makin terkubur lah perasaan nak belajar tu.

Ada satu hal yang Lia ralat berkait dengan baby red Lia. Bulan 5 hari tu, lia jalan Bangkok dengan bos Lia. Too bad I can’t bring my baby red together sebab baby red dah pulang bawak balik Johor. Bos ada jugak bagi pinjam kamera Samsung dia. But too power to handle kahkah.

Oh ya! Entry blog pasal Bangkok belum update lagi kan?! Masih perlu masa untuk update kahkah. One of the reason kenapa lambat nak update entry pasal Bangkok sebab gambar tak banyak ada. Serius sedih. Takleh betul entry blog kosong tiada gambar ni. Hambar betul hidup. Yelah, people say picture explain to you better than a word.

Bila fikir balik, mungkin Lia seperti lalang yang takde akar yang betul berpaksi pada tanah. Senang diagah dengan angin yang datang. Mungkin masa tu zaman tengah hot betul DSLR maka Lia terikut sekali. Tak menyesal pun beli, menyesal sebab baby red banyak duduk diam dalam beg dia dari dieksplorasi kat luar menangkap cerita dunia. Haaa kau ayat kelas!

Dulu Lia rasa fotografi adalah salah satu passion Lia. Sekarang masih rasa passion. But not too serious kot? When we talk about passion, orang tu mestilah expert berkenaan sesuatu hal tu. But me still merangkak lagi dengan benda alah ni. So I am totally out from this league.
Kongsikan kat Lia apa passion korang :D



Sunday 27 November 2016

A short post


Semester 6 is going to start tomorrow. Have a bless everyone. May Allah ease all the things for this semester. Including the FYP. Health and emotion management can be handle with care.



Sunday 23 October 2016

DIP life ; Sem 5 yang dah nak habis


 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani

Lia syak gambar ni masa bulan puasa yang lepas rasa -,-




 
@ Tasik Biru, Bukit Ibam

Kehidupan yang sangat sibuk. Takde masa langsung untuk blog. Selalu bukak sebab skroll atas bawah je. Ada je idea nak update apa. Cerita kat Bangkok pun belum update. Jalan Melaka dengan Affiz pun belum update. Rasa nak update Cuma busy gila kehidupan dikala ini cewahh.

Sem 5 dah nak habis. Kini tengah tunggu masa nak hadap baki dua paper final. Cultural Diversity dengan Principle Management. Jumaat balik Johor. Cuti sem tiga minggu bermula.


Gambar kelas versi formal gila. Dah sem 5 baru ada gambar macam ni. Boleh la frame letak kat bilik nanti. =3=


kelas VIS yang paling best untuk semester ni. Miss Shima yang too polite aishhhh fav lecturer Abang hahaha

Iftar akhir sem. Sem 6 tak jumpa bulan puasa dah. So ketua kelas ajak buka ramai-ramai kat luar.

Baru-baru ni kelas Lia ada trip ke Batam untuk subjek Tourism Expedition. Finally kami ke overseas! Lepas 5 sem dalam course ni akhirnya ada pasport sendiri. Dan dah bercop pun. Wuuuuu



day 1 @ Terminal Feri Stulang Laut, JB. Before departured

Typical mirror selfie is a must thing! :p

@ Lovina Inn Hotel.
Roomate dari semester 2

Day 2


@ Villa Kek Pisang Batam



@ Barelang Bridge

 @ Masjid Muhammad Cheng Ho

Day 3



@ Lembaga Adat Melayu Kota Batam

Touch down Malaysia dalam pukul 5 macam tu. Tiba kat poli jam 11 malam macam gitu.

Report menunggu. dan final jugak. 

All the best DUP5. Jumpa lagi sem depan.

Adiosa!

Tuesday 7 June 2016

Half of year 2016


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Syukur. Masih ada umur sambut Ramadan tahun ni. Situasi masih sama. Sambut Ramadan sorang-sorang.Yang beza tahun ni tak rasa dah dikejut oleh senior Bera macam tahun lepas. Boleh kata tahun ni antara yang sadis lah kot sebab sungguh bersahur sorang-sorang. Kalau sebelum ni awal puasa dengan roomate ada Una, Yaya dengan Nana wehh tahun ni sahur sorang-sorang. Mujur masih sedar bila tiba waktu sahur. Alarm handphone tu tayah cerita lah. Macam-macam masa diset ada

4:30 pagi
4:45 pagi
5:00 pagi

Ibu pun masih kejut thru call macam biasa. Cuma yang takde kejutan call dari senior tu [mengharap]

Semalam buka puasa hari pertama kat office. Dengan bos, staf lain semua. Ohh hilang sikit sedih. Ehh takyah beria la Lia oii. Gaya sedih sangat. Pftttt




Kat office tinggal Lia dengan Kak Bibi [supervisor Lia masa LI dulu] hat yang wanita. Hat lain semua lelaki. Kahh korang pelik tak Lia dah habis praktikal bulan 4 lepas tapi masih setia lagi duduk Kuala Kangsar. Kerja sempena tengah cuti sem. Yelah dengan yuran poli yang naik mahal nokharom nak taknak kena la kerja. Cuma kali ni malas lah kerja Batu Pahat. Hahaha. Boleh kata dah hampir setengah tahun lah jugak dah duduk Kuale. Jalan pun dah makin hafal semua. Tapi tu la nak ke Ipoh pun kadang masih bukak Google Map. -_-

Know what, duduk Kuale ni Lia susah sikit nak homesick banding belajar kat poli. Takde rasa nak balik Johor sangat pun. Mungkin sebab suasana nya dah macam satu family bila kat office ni. Sejak duduk Kuale dari bulan 11 tahun lepas, Lia sekali je balik Johor. Tu pun lepas dah habis praktikal,. Balik sebab nak submit report, presentation kat poli apa bagai semua. Lepas tu, balik Kuale semula sampai lah hari ni. Contact dengan adik, ibu guna whatsaaps je ah. Oh kebalnya beta. Kahkah. 

Travel agensi Lia praktikal ni family business punya. So boleh kata bos-bos semua adalah dari kalangan depa adik-beradik. Orang luar yang lain pun staf biasa. Tapi dah macam satu family. Serius. Antara hal yang tak menyesal Lia buat dalam hidup, praktikal sorang-sorang bawak diri ke Perak. Allah memang atur baik betul plan hidup umur lia yang ke 20 tahun ni. Alhamdulillah. Jumpa orang yang annoying pun kurang kat sini. Yang annoying boleh kira dengan jari. Banyak jumpa yang baik-baik semua.

LAMA NYA TAK UPDATE CERITA DALAM NI

oh ya. Lia dah sampai Bangkok bulan Mei lepas. Finally, I got my own passport. Kihkih. Pergi Bangkok naik train. Hm part cerita Trip ke Bangkok ni memang Lia plan nak update dalam blog, tapi gambar tak banyak yang ada. I didn't bring my baby red sebab baby red dah hantar balik Johor masa balik Johor bulan 4 yang lepas. And yes, menyesal gilaaaaaaaa! Takpe, Lia cuba update jugak cerita tu untuk entry yang akan datang. Will try my best. Tapi sedih la woi gambar tak banyak. Cakap je la yang banyak. Pfttttt. Share sikit je ah gambar kat sini.







Bangkok checked in!

Gonna update more about this story at the upcoming entry. Stay tune gais. -.-'

LAGI NAK CERITA APA NI?

By the way, result LI dah keluar. Lia dapat kepujian. Senang kata gred B. And I don't know how to describe my feelings on that when I received that result. Speechless sikit lah. Sebab effort nak buat report apa semua tu memang terlebih-lebih. Menangis sebab print lain keluar lain lah. Ink printer habis. Belum tak cukup tidur nya. Tapi takpe lah. Positif sikit. Sampai bila nak kat atas je, sesekali rasa sikit duduk bawah. Ala bukan bawah mana. Bawah sikit je dari A. Satu huruf je dari A. Nasib baik result LI ni tak effect pointer wehhh. Kalau tak lagi haru. Bengkak mata agaknya nangis. Alang result sem 3 pun yang subjeknya belajar bagai nak rak, tak dapat A. Ehh hat subjek lain yang Lia sambil lewa dapat A pun da nangis. Lepas check result terus nangis. Ibu ingat sebab takdapat DL la. Alhamdulillah masih DL sem 3 lepas. Tak, Lia cuma ralat part 2 subjek tu je. Kalau tak DL, harhar. Takpe la taknak cerita. Jenis takleh ngalah dengan orang, kalau dah kalah part belajar ingat nak terima dengan riang ria ke? Oh no. Alhamdulillah. Syukur.

2016 dah separuh tahun berlalu pergi. Too much things happened to me. Bertambah sikit pengalaman hidup. Belum pengalaman first time p KLIA. Hahaha serius memang jakun. Lagi nampak kapal terbang depan mata besar bak hang kat Menara Tinjau tu. dengan pengalaman dapat Urus jemaah Umrah. Jumpa customer banyak songeh. Oh makin matang beta. Cuma yang tak best pasal 2016 ni, Lia Masih rasa kehilangan yang amat kat satu manusia tu. Cuma tu lah, dah terjadi. Takleh nak buat apa. Doa yang baik-baik. Menyesal memang sangat. Tapi dah nak jadi kok.

Cuma, part yang Nana kata dia nak bertunang hujung tahun ni dengan calon pilihan mama dia memang Lia leleh jugak lah. Last sekali Nana goreng. She lied to me. Pfttt. Hambar Nana -.-''

U guys really know who is the man that I was talking about :')

Ehh nak cerita apa lagi? Macam dah banyak sangat cakap nya. Bulan puasa kurangkan bercakap! Eleh beria ek kau Lia? -_-

Dan, selamat berpuasa gais. Jom fight khatam Al-Quran? Kihkih

Adioosa!



Sunday 6 March 2016

20 dan Impian.


Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari ni entri tanpa gambar. It is a random post. I will talk a lot about 20 and dreams. I am counting the days to be 20 on this March 10. Perasaan lain sikit. Macam tak sabar sangat.  Tatau lah kenapa. Minta minta masih panjang umur apa semua.  Masih banyak hal yang belum berjaya disettlekan.  Termasuk urus adik dengan ibu. 

So basically lagi 5 minggu nak habis praktikal.  Tak sabar lah jugak nak habis. Hari hari ada yang meroyan kat group ws kelas kata nak balik Poli bagai.  Me too actually but takde la over.  Haha. I just cant wait to meet my classmates sebab seminggu habis praktikal dah kena back to Muadzam Shah.  Sent my final report and need to make a presentation. Haha.  Praktikal so far okay.  Yang tak ok bila kena buat final report tu.  Argh final report lia baru 2 bab selesai.  Ada lagi 4 bab belum sentuh dah tatau bila nak kisah. 

Sekian, cerita pasal praktikal. 

Saban hari, Lia terfikir.  Macam mana lah aku nak buat hidup aku bermanfaat kat orang lain.  I admited, since the earlier month of 2016, I was starting to think about it. I want to create or make or build somethg that can brings a really good benefits to others. But still tatau what should I do to have it. 

I adore too much to Ahmad Ammar, Yasmin Johan and Almarhum TJ. Kematian mereka menghidupkan kita. These 3 gais bring somethg weird feeling to me seriously. Its starting from the death of Yasmin Johan,  continued by Ahmad Ammar and lastly was TJ. I want to be like them. Yang mana bila Lia mati ke apa org ingat Lia, orang kenang Lia. Tak perlu la update kat FB ke apa aku rindukan si yani ni apa. Just sentiasa ingat Lia dalam doa apa semua.  

Tapi, nak jadi yang sentiasa diingati tu mestilah dimulakan dengan sesuatu yang memberi kesan kepada orang sekeliling. Dan inilah masalahnya, apa yang boleh saya buat? 

Cerita sini habis sini lah, lia berangan nak ada group yang sporting.  Tak kisah sapa sapa.  Boleh kolaborasi untuk buat satu kerja amal macam tu.  Mcm beri makan kat gelandangan, tiap minggu ada aktiviti kat rumah anak-anak yatim ke apa.  Atau shoot video depan khalayak ramai. We talked about what Malaysian loves to do or anything. Apa apa yang namanya kebaikan. I am dreaming to do this kind of activity. 

Macam korang tahu, Lia pun dah takde ayah. So Lia tahu susahnya hidup takde ayah. Sunyi sikit lah sebab bila ada ayah ni kita ada someone yg jantinanya lelaki tapi kita boleh peluk, cium dia apa semua. Even lia ada someone yang special tapi still ada batas yang lia kena jaga. Takbole sesuka nak kiss hug bagai.  harom buat waktu ni so perasaan tu lain...  Masih ada ruang kesunyian di situ. So back to the topic, Lia rasa bila Lia buat charity work macam ni libatkan anak anak yatim ke apa mesti diaorg tak rasa sunyi sangat ke apa. They have someone that they can talk, someone that they can hug or whatever. From that way, they will keep remembering us.

Bukan taknak mula sekarang, tapi ada beberapa halangan yang memang takleh nak elak. Serius takleh elak.  Tapi sangat harap habis diploma nanti Lia dah bole mulakan apa yang Lia impikan ni.  Korang doakan lah sekali.  Lia taknak jadi mat jenin jenis yang sekadar berangan tapi takde buat apa.  I want to do that tapi belum diizinkan.  Once habis diploma, Insyaallah boleh lah mula slow slow. Mula dengan sekecil kecil hal sampai lah benda besar Insyaallah.  Niat nak bahagiakan orang je.  Kita dah tahu rasa kurangnya hidup bila ada salah sorg family yang tak lengkap, so mungkin ni lah cara utk Lia lengkapkan mereka apa yang kurang. 

Doakan untuk Lia please. The biggest dream of Syazani Ilyia. Having a great crew who is willing to do a charity work. 

Kenapa nak kena ada orang lain? Taknak buat sorang-sorang je? 

Nak korang sama sama tanam saham untuk akhirat jugak. Biarlah Kita buat sama sama. Insyaallah lagi diberkati. 

Target Insyaallah 2017 dah boleh jalankan. 
Sekian cerita a tiny girl with her biggest dream. Doakan agar Allah permudahkan segala yang dirancang

Adiosa.
© Bunga Liar
Maira Gall