Saturday 3 December 2016

Passion is getting less ; Photography





Masa Lia sem dua, ibu pernah tanya nak hadiah apa sempena birthday bulan 3 nanti? Ibu bagi pilihan sama ada nak handphone baru atau kamera DSLR?

Setelah berfikir dengan dalam, maka sebulat hati setuju nak pilih DSLR. Ibu pun kata,kau cari lah orang jual kamera. Beli yang second je. So misi mencari DSLR pun bermula. Masa tu tengah angau sangat dengan DSLR. Serius. Cari dan cari yeah finally jumpa pun. So sepupu lia tolong settlekan urusan COD semua. Finally I got my own DSLR.

Baby Red Nikon



First tester baby red Lia last year @ Pagar Putih, Muadzam Shah

Tak sangka lepas wujudnya baby red tu, banyak fungsi dia. Maksud Lia, Lia beli tu takde lah saja nak pleasing ke apa. Sebab Lia perasan course Lia masa awal-awal dulu macam banyak buat video lah, kadang ada event kamera jabatan tak cukup so dengan wujudnya baby red ni I can overcome the probs. Tapi tu lah sayangnya kat baby red ni lain macam. Kadang susah nak percaya bila orang pegang dia. Hahaha. Ada je yang minjam tapi still risau. Kah, rosak kat tangan tuan dia takpe. Takut rosak masa kat tangan orang lain. Adoi menangis tak berlagu.

So far, baby red Lia dah berjalan jauh jugak la sepanjang hampir tiga tahun Lia belajar. Pergi Tioman masa sem 2, pergi Batam untuk sem 5, untuk event kelas masa sem 3. Banyak lah jugak bakti dia. Hiks. One of my bucket wish list has been achieved. Yeay!

Tak, tujuan entry ni ditaip bukan nak cerita pasal baby red tu. Nak cerita pasal minat yang makin terkikis. Tak tau lah pasaipa. Sama ada sebab diri dah sibuk gila atau takde sapa nak guide macam dulu (ya semua orang tau partner lia dulu set set budak fotographer) atau rasa malas nak belajar dah.
Baby red still ada dengan Lia. Sem ni pun masih ada dengan Lia. Tapi macam belum nampak lagi gunanya dia untuk sem ni kah!

Sedih jugak bila ingat satu tahun lepas sokmo la duduk tepi tasik poli asah skill dengan senior sorang tu. Lepas dia habis belajar tak jumpa dah kawan seangkatan. Maka makin terkubur lah perasaan nak belajar tu.

Ada satu hal yang Lia ralat berkait dengan baby red Lia. Bulan 5 hari tu, lia jalan Bangkok dengan bos Lia. Too bad I can’t bring my baby red together sebab baby red dah pulang bawak balik Johor. Bos ada jugak bagi pinjam kamera Samsung dia. But too power to handle kahkah.

Oh ya! Entry blog pasal Bangkok belum update lagi kan?! Masih perlu masa untuk update kahkah. One of the reason kenapa lambat nak update entry pasal Bangkok sebab gambar tak banyak ada. Serius sedih. Takleh betul entry blog kosong tiada gambar ni. Hambar betul hidup. Yelah, people say picture explain to you better than a word.

Bila fikir balik, mungkin Lia seperti lalang yang takde akar yang betul berpaksi pada tanah. Senang diagah dengan angin yang datang. Mungkin masa tu zaman tengah hot betul DSLR maka Lia terikut sekali. Tak menyesal pun beli, menyesal sebab baby red banyak duduk diam dalam beg dia dari dieksplorasi kat luar menangkap cerita dunia. Haaa kau ayat kelas!

Dulu Lia rasa fotografi adalah salah satu passion Lia. Sekarang masih rasa passion. But not too serious kot? When we talk about passion, orang tu mestilah expert berkenaan sesuatu hal tu. But me still merangkak lagi dengan benda alah ni. So I am totally out from this league.
Kongsikan kat Lia apa passion korang :D



No comments

© Bunga Liar
Maira Gall