Sunday 27 August 2017

Dedication post; My best boy friend is my boyfriend



You will fall in love with unexpected person in unexpected time.

Just like me and my best friend.

Knowing him since 2009 when I was form one. During that time, he used to be my senior. On that time he was in form 4.  We met during school sport training. I am never thought we will having a close relationship after that; puppy love. No body looks okay after broke up with their partner. Me too. On that time, bila jumpa kat sekolah biasa biasa je rasa. Takde lah rasa macam nak baling dia dengan raja buah. Sapa kau sapa aku lah kan.

Three years later, when I was form 4 tak ingat macam mana boleh contact balik dia. Masa tu dia kat Polimas, Jitra. Bila cuti sem je aku belajar math dengan dia. Sebab dia power kot mathmode. Haha. Masa tu dia ada makwe dah. And I absolutely don't care at all about that. Past is past. Ain't got no time to live for it anymore. Boleh kata memang dia je kawan baik lelaki yang aku ada. On that time. Its keep continuing till I finished my secondary school. Dia dah habis belajar dan tiba tiba hubungan dia dengan partner dia putus. Me is absolutely not the reason why they broke up. I swore.

Further my study in Dip in Tourism Management, 2014 at PMS. He was 21yo on that time. The friendship is still going on. Sampai lah aku berhubungan dengan senior DHP. A few month before I am knowing this senior, aku perasan yang layanan dia kat aku macam lain macam sikit; mengurat balik. Then, the friend zone session occurred. Aku jauhkan diri sekejap. Sebab rasa tak selesa. Eh tapi tak ingat la cane contact balik. Mungkin sebab PTPTN kot. haha. I told you guys, he is a really good friend. Masa aku dengan partner DHP aku tu, time partner aku datang Batu Pahat, dia okay je bagi tumpang tidur kat rumah dia. Bawakkan kitaorg p date kat Tropical Village sama sama. Memang driver kitaorg lah masa tu. Sebab partner aku takde lesen lagi masa tu. He is really good guy :)

Bila aku putus dengan senior DHP tu sebab seseorang, diakui memang dia marah aku. Masa tu aku baru jejak Batu Pahat, he fetch me at bus stand masuk kereta dia terus sembur aku. Dia memang marah betul aku waktu tu. :'))))

The friendship happened till Raya 2017. 

Raya keempat, kami ke Muar. Beraya rumah kawan kembar kami. Kebetulan waktu tu we wore same color of cloth. Blue black! Girlfriend kembar yang baru first time jumpa kami memang ingat kami couple waktu tu. Sedap betul goreng Ain; awek Hussin waktu tu. On that time, aku main ws tau. 

Kak Ain: Eh Yanie, abang dah kat depan mata pun main ws lagi ke?
Everyone laughed on that time.
Shahrul: Kitaorang tak couple pun lah. Abang dia kat Kuala Kangsar sana
Kak Ain: Eh yeke? Ingat couple. Tapi korang nampak sepadan lah weh

krik krik krik

Everything was changing after that. 

It took 8 years for us to realize yang both of us should being together. He is really know everything about me and me also. Everything about him I can memorize as easy as ABC. Bila flashback balik, baru aku ingat hidup aku memang membesar depan mata dia. Sejak dari darjah enam lagi. He can't remember when I told to him about this story but I really did. Lepas tu sambung ke kisah puppy love form one sampai habis sekolah sampai habis belajar kat poli. He was the one who is responsible fetch me every sem bila cuti sem also the person who was in charge to sent me back there bila cuti sem dah habis. 

My mom also know him very well. Raya memang tak lupa datang rumah. Beraya siap bagi duit raya lagi kat mak aku hahahahaha. He looks superb in taking my mom's heart. 💕

We really fall in love in unexpected time
From friend to lover
From boy friend to real boyfriend
From no body to somebody

Everything happened really quick. In one night. The feeling was changing.

Dia pernah cakap kat aku, kalau dia ada awek dia taknak dah keluar dengan aku. Sebab dia nak jaga hati awek dia. Plus dia dah 24 tahun sekarang dan memang kalau boleh nk hubungan yang ending dia nikah. Masa tu aku macam nak nangis jugak ah dan sempat doa dalam hati "harap dia bujang sampai tua biar aku boleh kawan dengan dia sampai bebila." Erti kata lain jeles kalau dia rapat dengan orang lain. Hahaha. Never expect the story will be ended up like this. 💖

May he is the last one forever for me. May He ease all our plan. 💘
p/s: not gonna post his picture at here till the day we engage 😛

Sunday 20 August 2017

Kehidupan lepas habis dip




20 Ogos 2017. 4 bulan lepas habis dip 

Aku sangka kehidupan usai tamat diploma sangat membahagiakan tapi tidak. Rancangan yang dirancang seperti nak sambung bekerja kat tempat praktikal tergendala selain Berita mengejut mengenai kehilangan mak cik sedara usai aku tiba ke rumah tatkala baru menghabiskan paper terakhir sem 6. Puffffff. Semuanya lari dari landasan yang aku rancang.

Dua  bulan aku merehatkan diri tanpa sebarang kerja. Mula puasa aku mula sibuk cari kerja. Macam biasa, tiada lain yang aku tuju selain port biasa; Pacific BP Mall. Barangkali aku terlalu selesa dengan suasana kerja di sana sampaikan aku jadi malas nak berfikir untuk cari kerja lain. Yang aku sematkan dalam kepala, bedal lah. Asal kerja dan dapat duit. Syazani Ilyia yang pemalas dan bacul untuk keluar dari zon selesa.

Bukannya aku tidak dapat tawaran dari bos di KK untuk sambung kerja di sana, tapi tak mengapalah. Mungkin ada berkatnya kerja di Johor dan niat untuk jaga ibu yang kini dah takde sapa nak jaga selain aku. Adik yang dulu setahun jaga ibu sementara tunggu aku habis belajar kini dah pun menyambung pelajaran di UiTM Bertam, Pulau Pinang ; Teknologi Makmal Perubatan. Sudah sampai masa adik untuk pergi menuntut ilmu dan bertukar shift pula dengan aku untuk jaga ibu.

Jangan risau, kerja yang sekarang ni memang sementara. Sampai bila aku nak kerja tanpa gaji basic? Takkan lah tak nak buat simpanan langsung? Dengan gaji yang satu jam RM4.80 tu? 

*SIGH*

p/s: Aku masih pujuk hati untuk reda yang mungkin rezeki aku lambat sampai untuk bekerja dalam bidang yang aku belajar tiga tahun tu

Saturday 6 May 2017

Let's get know me better ; 5 facts about me

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani.

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Hari ke 6 bulan ke 5 tahun 2017. Semoga hari kita untuk harini dilimpahi rahmat Allah SWT. I have nothing to do right now. Kerja pun belum apply. Resume pun tak settle lagi. Hari hari dok ngadap hp contact orang Pulau Perhentian. Lol, sekarang ni Lia kerja part time je kat rumah. Jual pakej. Alhamdulillah, adalah jugak rezeki. 

So today, disebabkan tengah bosan. Plus rasa nak lepas gian untuk blogging Lia rasa lia dah ada tajuk yang nice la kot untuk dibebelkan kat sini.

So, here there are. 5 facts about me. Let's check it out.

1. Seorang yang tak makan sayur

Syazani Ilyia seorang yang tak makan sayur. Dia makan bila rasa nak makan. But still kategori tak makan sayur. Bila sayur masuk dalam tekak dia, yang dia rasa bukan rasa sayur. But, rasa tekak dia tengah kembang sebab terima benda asing. Kahkah over betul dia punya penangan. 

2. Tak makan nasi goreng

Ini benda pelik bagi seorang Syazani Ilyia. Dia memang tak makan nasi goreng. Lagi lagi nasi goreng yang nampak dengan nyata ikan bilis, bawang semua. Kalau ada nasi goreng tu dengan biskut, dia pilih untuk makan biskut. Biar pun tak kenyang sangat. Ibu kalau buat nasi goreng, ibu buat dua jenis nasi goreng. Satu yang nampak ikan bilis semua tu, satu lagi yang tak nampak langsung apa-apa! Kalau ibu nak senang, ibu buat je nasi goreng yang tak nampak apa apa bahan. Sebab ibu tau, kalau ibu buat nasi goreng jenis mcm tu, memang taklah anak dia makan. -,- . Sorry bukan mengada cuma tak geng dengan ikan bilis, bawang bawang tu. Tapi kalau p kedai, dia okay je order nasi goreng ayam, papaya, tomyam sebab dia takde lagi jumpa nasi goreng kat kedai ada seketul ikan bilis yang nyata!

3. Berat tak pernah lebih 50kg!

Sepanjang hidup, berat lia tak pernah jejak 50kg, Taktau lah pasaipa. Genetik badan ringan kot lol tapi adik lia debab je tengok HAHAHAH ya Allah dosanya aku. Eh adik debab comel lah. Tak baik tau tawekan adik kita hahaha. Ada hikmah kot berat tak jejak 50kg, sebab tinggi Lia 145cm je. Bayangkan kalau gemuk sangat, dengan ketinggian macam tu. Tak ke rasa seperti doraemon tengah jalan? Orang tengok mesti geram nak tendang dari belakang. Hahaha

4. Sangat sukakan lelaki dari Utara esp Kedah

Tak tahu lah sejak bila, tapi rasa sejak zaman sekolah kot, Lia rasa lelaki dari utara esp dari Kedah sangat menarik. Lia suka gila dengar loghat Kedah. Hahaha. They have something unique inside them. Eh perasan tak hidung depa ni lawa? Mancung je! Hidung orang jawa kan pesek :( By the way Tak sangka pulak apa yang kita suka tu sekarang jadi kenyataan. Kahkah. Hi Fakhrur. Tersenyum lah tu baca entry post ni. Doalah jodoh Lia kuat dengan orang Kedah eh? 

5. Suka motor besar dari kereta

KSR-10 ni benda paling Lia nak dalam hidup! Benda fakta tentang Lia, umur Lia dah 21 tahun but sampai sekarang takde lagi lesen kereta. Ada lesen motor je. I got trauma with car sumpah. I can drive a little bit but i choose to not drive. Including amik lesen kereta. Last thing kot Lia buat dalam hidup hahaha. Accident dua kali naik motor, effect dia i didnt like to drive. Lia ni jenis manusia kelam kabut. Senang stress bila tengok banyak sangat kereta. So untuk selamatkan nyawa manusia lain. ya saya pilih untuk kekal dengan lesen motor. Orang semua cakap, motor dengan kereta selamat lagi kereta. To me, motor lah paling selamat dengan Lia. At least motor tu tak lah seluas kereta yang ada bonet semua tu. Aku dahlah kecik serius tak yakin nampak jalan bila drive. So kepada sesapa yang boleh pujuk Lia untuk amik lesen kereta, kau memang terror. Ibu pun masih gagal pujuk lia untuk amik lesen drive. Hehe

So, apa 5 fact pasal diri korang? 

Adiosa!

Tuesday 18 April 2017

April 2017 ; Sayonara DIP life


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Pre Graduation Night, DUP6A @ Rocana Hotel, Kuantan.

Entry pertama untuk tahun 2017. Gila betul. Berbulan tinggal blog. Sumpah tak cukup masa urus kehidupan. Hari ni baru sempat nak update blog dengan macam macam cerita untuk empat bulan pertama 2017 ni. Plus, kat rumah dah ada wifi. Kihkih. Lepas puas pujuk ibu akhirnya ibu bagi jugak beli wifi sebab lain keperluan kerja part time Lia jugak yang memerlukan wifi. Surf ni, surf tu. Ok habis. Cerita mende hang nak share ni?

Unofficial graduate.

8 April lepas, hari last pegang title budak poli. Usai menjawab paper HR, Lia relax jap 15 minit macam tu sebelum amik keputusan untuk keluar dewan awal, lepak cafe. Semester ni memang keluar dewan awal sebab tepu betul duduk lama-lama dalam dewan tu. So, sem ni tiga paper untuk final. Alhamdulillah, berjaya habiskan jugak semua paper tu. Bila kata unofficial graduate ni maksudnya belum rasmi lagi habis belajar selagi result final exam belum keluar. Huhu. Kalau semua paper lulus dengan cemerlang makanya habis lah tu zaman belajar. Official graduate tu masa konvo nanti. Ya Allah, moga panjang umur untuk naik pentas masa hari konvo nanti. Hehehe. 

Berpisah dengan kawan-kawan poli

Setiap pertemuan tu, memang akan diakhiri dengan perpisahan. Cuma pisah hidup. Bukan pisah mati. Sebak jugak masa hari last exam. Aizat buat makan-makan sikit kat cafe, potong kek semua, buat ucapan perpisahan semua. Nangis jugak la waktu tu. Sedar yang lepasni semua akan bawak haluan masing-masing. Yang sambung belajar, yang kerja, yang nak kawin ((Hai syira hehehe)). Apa pun kalian buat. I wish you all the best guys. As I told you before, you guys are the one best thing happened to me in my entire life :)

Pre graduation night 




Baru perasan bila nak masukkan gambar gambar Lia dengan kawan lain tak banyak sebab banyak duduk dari berjalan gara-gara pakai heel malam tu. Harey sumpah sakit kaki -.-




Para pensyarah Lia


Classmates

On that night, everything looks superb. Makanan okay, persembahan okay, elemen suprise untuk birthday Syira yang seronok, semua okay. Last event kelas, lepas ni memang takde dah nak buat gini semua. Me is going to miss you guys.

Final Year Project

When we talk about final semester, it will be related with FYP. Hahaha you don't know how disaster my final year with this things. Benda yang paling banyak buat Lia menangis dalam diam, masa solat. Sebab tak kuat ngadap. Yelah, buat proposal berapa kali kena reject. Tidur subuh, Berapa banyak duit habis. Duit print, duit produk semua. But the good thing of FYP ni ajar jugak la kat Lia supaya sentiasa rasa Tuhan memang akan ada dengan kita. Bila mana selalu lepas solat doa pendek pendek je, ada nya benda berat macam FYP ni buat Lia doa lagi panjang dari biasa. Bless to realize this one good things. Dan Alhamdulillah, FYP dah settle in the middle of March. 


Proposal presentation


i-Covex peringkat JPH



VIVA

Untuk project group Lia, kita orang dapat Silver Award dari jabatan. Okay lah. Berbaloi jugak rasa. Tak gold pun takpe cause there is other team deserves to get it.


Anugerah Ketua Jabatan (AKJ)

Tahun ni, jabatan lia sangat meraikan para pelajarnya. Diaorang buat Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang untuk pelajar yang dean list. Alhamdulillah, Lia salah sorang daripada penerima. Berjaya jugak kumpul dekan dari sem dua sampai lima. Hehehe. Dapat tiga kali dekan, so tiga sijil lah saya dapat. Hehe


Yaa, among the good things need to be write at here so I will not forget it.


© Bunga Liar
Maira Gall