Sunday 20 August 2017

Kehidupan lepas habis dip




20 Ogos 2017. 4 bulan lepas habis dip 

Aku sangka kehidupan usai tamat diploma sangat membahagiakan tapi tidak. Rancangan yang dirancang seperti nak sambung bekerja kat tempat praktikal tergendala selain Berita mengejut mengenai kehilangan mak cik sedara usai aku tiba ke rumah tatkala baru menghabiskan paper terakhir sem 6. Puffffff. Semuanya lari dari landasan yang aku rancang.

Dua  bulan aku merehatkan diri tanpa sebarang kerja. Mula puasa aku mula sibuk cari kerja. Macam biasa, tiada lain yang aku tuju selain port biasa; Pacific BP Mall. Barangkali aku terlalu selesa dengan suasana kerja di sana sampaikan aku jadi malas nak berfikir untuk cari kerja lain. Yang aku sematkan dalam kepala, bedal lah. Asal kerja dan dapat duit. Syazani Ilyia yang pemalas dan bacul untuk keluar dari zon selesa.

Bukannya aku tidak dapat tawaran dari bos di KK untuk sambung kerja di sana, tapi tak mengapalah. Mungkin ada berkatnya kerja di Johor dan niat untuk jaga ibu yang kini dah takde sapa nak jaga selain aku. Adik yang dulu setahun jaga ibu sementara tunggu aku habis belajar kini dah pun menyambung pelajaran di UiTM Bertam, Pulau Pinang ; Teknologi Makmal Perubatan. Sudah sampai masa adik untuk pergi menuntut ilmu dan bertukar shift pula dengan aku untuk jaga ibu.

Jangan risau, kerja yang sekarang ni memang sementara. Sampai bila aku nak kerja tanpa gaji basic? Takkan lah tak nak buat simpanan langsung? Dengan gaji yang satu jam RM4.80 tu? 

*SIGH*

p/s: Aku masih pujuk hati untuk reda yang mungkin rezeki aku lambat sampai untuk bekerja dalam bidang yang aku belajar tiga tahun tu

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall