Sunday 4 March 2018

Behind of sedekah RM 50.00


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah 
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Everybody knows how crazy I am towards mini bike. Every body knows how crazy I can be everytime Lia dengar deruman motor besar. Like it was the sexiest sound ever. You don't know how amazed I can be bila tengah berhenti kat trafic light tiba tiba belakang ke kat tepi ada motor besar. JEEZ!

Kecenderungan Lia terhadap motor besar muncul sejak zaman sekolah lagi. During that time memang minat gila Ninja Kawasaki. Yang warna hijau terutamanya. 





Dan tiap kali nampak memang pehh sumpah aku nak aku nak aku nak satu! Masalah ketagihan itu hilang bila waktu sekolah menengah Lia sedar diri aku kecik dan yes tak mampu nk tampung kebesaran motor tu. Dan keinginan tu dilupakan kejap. Tapi passion masih ada. Cuma tak teruk macam dulu. 

Sampailah Lia habis SPM. Tamat PLKN. Waktu tu kerja part time kat Pacific, BP Mall. Time nak parking motor terparking sebelah KSR-10. Jenis mini bike punya. Lagilah melonjak balik keghairahan tu weh. Lepas tu terus aim nak menatang tu sampai habis belajar.


2 tahun weh memendam rasa nak benda alah ni. His looking is so good man. Kecil tapi tu lah satu seat sahaja. Tak boleh naik untuk dua orang. Walaupun begitu, keinginan untuk milikinya tetap ada. Simpan dahulu


Keinginan untuk memiliki KSR-10 berubah tatkala satu petang 7 Januari 2018, lepas gaji saja lah jalan kedai motor cuci mata eh sekali ternampak Benelli. Ya Allah. Aku tahu dah. Memang ni yang aku nak. Body cun weh. Sebiji macam super bike, cuma ia kecil sikit seolah-olah super bike yang disumpah dan jadi mini bike. 

Satu hari selepas hari gaji, lepas belanja dapur apa semua kat Aeon Big lalu lah tepi tong duit. Makanya ibu ada pesan dulu, bila gaji masuklah sikit tabung derma RM50. Niat untuk abah semua. Dan ya waktu tu aku tak fikir apa tarik RM50 terus masukkan dalam tong tu. Sahaja aku derma kerana Allah Taala.

Satu pagi waktu nak iron baju untuk bersiap pergi kerja, ibu tiba tiba tanya Lia

" Kak, kau pergilah kedai motor tu. Pilih warna apa kau nak.
Hujung bulan keluarlah nanti."

Speechless kejap

"Seriously ibu?"

Dan aku tahu ibu serius bila ibu dah start buat kira-kira untuk deposit muka motor. Berurusan lah aku dengan orang kedai. Settle loan semua. Ya zaman Najib sekarang kalau kau bayar cash motor baru mau SPRM cari tengok akaun kau apahal budak ni umur baru 22 tahun dah boleh bayar motor baru cash 8000 ++. 

22 Januari 2018, Red Nelly keluar kedai 💖

Ambil masa jugak lah Lia untuk belajar bawak motor ber klac semua. Serius cuak. Hahaha. At the end reti lah jugak bawak tapi tu lah nak pergi kerja tu ada 7 simpang trafic light yang Lia kena lalu, semua trafic light mati motornya sebab masih belum pandai nak tukar dia semua. Memula marah tau apahal lah motor aku ni takde nombor gear dah jadi satu kerja time bawak motor nak kena ingat ni gear berapa semua. Kahkah, last last okay je sekarang bawak. 

Btw, Lia dah test ride Nelly ke Muar, rumah Abah kat Parit Yusuf. Huuuu kematu siot bontot hahahaha. Ride tak pakai kasut, pakai sandal je. Penat jugak kaki kerja asik nak songkek gear je -.-' but still feel enjoy with this ride sebab baby baru kan!

Also, dah try jugak test ride long distance ke JB last week with partner. Sampai Skudai dah tepuk bahu partner

"Weh, weh berhenti lah kat tol rehat jap kebas ni punggung"


My very official picture with Red Nelly 💓

Lia tak habis fikir, kebaikan mana satu yang Lia buat hingga Tuhan balas dapat sebiji motor yang bertahun Lia idamkan. Syukur sangat rasa. Benelli TNT 135 ni memang bucket list Lia untuk tahun 2018. Tapi sumpah weh tak sangka boleh dapat awal gila menatang ni. Terima kasih ibu 🙈🙈

Maka dengan ini juga, bertambah lah satu lagi komitmen hidup yang mana tiap bulan kena pergi Aeon Credit membayar bulanan motor. Hubungan ikatan dengan motor agak lama jugak lah. But still can't beat my relation with partner. Kahkah! Takpe lah, bila ada komitmen ni baru tahu nak jadi matang dalam hidup. Tahu nak cari duit apa semua nak bayar motor.

Last but not least, which place we should go after this?  Selain Muar, JB, Pontian?

Adioss!



© Bunga Liar
Maira Gall