Thursday 27 March 2014

PLKN is over . The Final contengan


Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam 1 Malaysia, Malaysia Boleh!
Salam Khidmat Negara, Khidmat Negara Yes!

 " ohh tak cukup menggegarkan jiwa saya.
sekali lagi -.- "

bhahaha . k terngiang ngiang suara Cikgu Nurul kat tepi telinga sekarang ni. 

Alhamdulillah. Dengan izin Nya, setelah 3bulan disorokkan kat bumi Desaru. diasingkan dari dunia luar untuk proses pembentukan jati dan sahsiah diri Alhamdulillah seminggu yang lepas PLKN Kumpulan 1 Siri 11/ 2014 telah pun melabuhkan tirainya . harhar >,< . PLKN is over *harlem shake XD

so whats up? gembira . bolehh la . dah balik rumah kan . tapi yang tak berapa nak best still teringat kat sana . agak tak best bila ada suara belakang datang dari kawan kawan lia sendiri cakap lia dah lain . haha . tau campsick? biasa homesick kan . ni campsick . haaa . benda tu masih lagi terjadi kat diri skrg ni .

bayangkan . 3bulan kita duduk dengan kawan . bangun tidur mereka kejut . nak tidur pun muka dia orang yang kita tengok . makan sama sama . tidur kat meja yang ada kat DM tu sama sama . berjemur sama sama . kena denda junjung kerusi sama sama . kena marah dengan JL sama sama . mandi pun sama sama (kat kolah lah) . semua sama sama . mana lah tak macam sasau kejap . hahaha -_-''

3bulan kat sana sebenarnya tak lama . ikut kalendar yang lia tanda kat diary tiap hari tu sebenarnya hari sebenar dalam kem tu 71hari je . 2bulan 11hari je . 2bulan 11hari tu banyak gila kot aktiviti yang kita orang buat . boleh kata jadual packed! hari hari ada aktiviti . pagi petang siang ada je aktiviti . indoor outdoor sama je busynya . petang tu memang takde makna lah berangan nak tidur dalam dorm kalau hari biasa. in your dream. tidur dalam baris ye ah . time amik kekuatan . dalam keadaan berdiri . rare tak? ==' . pernah sekali waktu petang . baris dalam DM . time tu menghadap belakang, means hadap meja JLB . time tu cikgu Halim bertugas . hahaha . TOC kan memang sentiasa duduk belakang . orang paling last kat belakang baris kompeni tu . tah cane dlm keadaan berdiri lia boleh terlelap sekejap . ala tidur dlm keadaan berdiri mana stabil kan kedudukannya . sekali bukak mata cikgu Halim tgh perhatikan lia dan beliau kata

kau tidur eh?

prakkkkkkkkk *sorak wirawati Charlie =='

normal kot . tidur dlm baris dalam keadaan berdiri . haha .

nak cerita pasal PLKN ni terlalu bnyk ahh . haha . sampai entry ni dah seminggu lia simpan buat draft . taktau nak mula mana satu . taktau apa yang nak diceritakan . tapi hati still nak jugak buat entry pasal PLKN . harhar *hantok kepala kat dinding .

mari kita teruskan dengan aktiviti membaca . membaca kan amalan mulia -.-''

here we go . 


wira dan wirawati Bravo 

This company is hot to go B.R.A.V.O o o o Bravo, Bravo, Bravo O o o (2x) Milienium terus mara Milienium terus bangkit Cheers go go go go go (2x) Bravo!  Bravo!!!! Erghh!  B bravo B bravo Tera la tera B bravo B bravo Tera la tera Maju maju maju mara!

sorakan kompeni Bravo . ehh ada satu lagi

C.O.C.O.N.U.T
coconut kelapa
kalau kalah takpe
yang penting kita cuba

ni sorak time nak lawan kawad . hahaha . wira yang buat dengan cikgu Fizi . harhar ^^y




wirawati Bravo . 

mahap lah ye wira Bravo . gambar korang takde . aku nak tampal kat sini tapi dah takde gambar nya . nak buat macam mana . -.-

lets flashback apa benda yang kita dah buat kat PLKN selama 71hari tu . lets check it out ^6^

Throwback

Majlis Ramah mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina



tarian Singa dari wira


persembahan Wushu yang diketuai oleh Uncle Lim >.<


menerima kunjungan dari orang atasan JLKN . 


tarian kipas . hahaha . nampak seseorang di situ? Ehh? -.-


tarian riben . yang paling tinggi tu Ketua Pemerintah kita orang . Penghulu penghulu -.-


persembahan Yoyo Cina . 


fokuskan mata korang dekat budak perempuan tudung merah tu . macam kenal sajak . macam kenal sajak *suara Chak er =='


mereka yang terlibat dengan persembahan ;)

and the rest . keriangan kami 







dahh . habis *suara cikgu Faruk -.-

then lepas tu . balik cuti sem . CUTI SEM k . bukan CUTI SEK :p . hahaha . naik cuti sem . aktiviti diteruskan semula dengan Kembara Berhalangan . untuk part ni . harap mahap . tiada gambar . hehe . tapi takde gambar pun kita still boleh ingat kan apa yang kita buat kat sana semua . main monkey rack . tarzan swing . tembok 5 kaki . tembok 12 kaki . muka tembok? erk . itu tiada . -.- . the rest . uuuu lia dah tak ingat . ingat apa halangan tu . tapi nama elemen nya lupa . takkan lia nak lukis pulak dok? heahea

tbh , kat part kembara halangan ni . paling lia suka sangat ah . sangat >.< . time kat elemen monkey rack . ala yang gayut gayut tu . kat taman banyak . haaa . time tu . untuk pertama kali nya, 18tahun lia hidup . haha . kat PLKN lah lia berjaya habiskan monkey rack tu sendiri . tanpa bantuan orang . haha . selama ni main kat taman baru separuh jalan dah give up . tak give up pun kalau time main kat bawah ada org tolong pegangkan kaki lia . so sadis . maklum lah . ketinggian kurang . tapi akhirnya . lia berjaya pun cabar diri lia untuk cuba elemen ni . yla . dah dipesan oleh JL . siapa tak lepas halangan monkey rack tu merangkak lah kau atas pasir yang ada poop kucing tu . kau nak? ==' . tapi betul ke tak ada natang tu taktau lah pulak . rasa mcm lepas tu, lia terfikir

" aku ni sebenarnya boleh je buat . cuma bila pala hotak dah diset kata tak boleh memang tak boleh lah jadinya . malas je lebih *dlm hati "

time Wirawati buat kembara berhalangan . wira tak ikut . aktiviti nya asing asing . wira duduk kem . main Permainan Kreatif . haha . Alien Delight . Tong Bocor . lagi satu yang bawak air dlm baldi tu . haaaa . tengok video wira time main game tu harok gila toqq =.= . nak kata havoc pun boleh . sangat :3 .

next ....

Malam Citra Puisi . uuuuuu . sapa ingat cikgu Fairuz? Haaa Gitu *gaya tangan dia :3 . cikgu Din? 

Wira?  Baikkk ....
Wirawati? Baik ......
Wira dan Wirawati Kem Desaru Gerakhas? Baik ........

lagu Suriram ingat? haha XD . mehh buat gaya dia =='

Suriram
Suriram ram ram
Suriram yang manis
Aduhai *tangan tu tangan ==' Suriram sayang
Makin dipandang bertambah manis . 

ekekeke >,< .

the moment bila Wira dan wirawati kena buat saling berpandangan . kau tak bengang? yang wirawati dari duduk depan terus ke belakang . ada satu malam time pulang hp tu . cikgu sape ek lupa . main game Hakim, Pemburu dengan Harimau. battle antara Wira dan wirawati. Wirawati kalah. so kena denda buat gaya lagu tu . apakkk ah ==' . lagi bengang wira siap rakam lagi time wirawati buat tu . phewwwww :3

time PPSB ni syok sebenarnya . belajar sastera melayu . puisi moden tradisional bagai . hahaha . cerita panjang sangat lah. maka dipendekkan . BRAVO juara time Malam Citra Puisi. k dah *angkat kening double jerk . haha XD

dan lepas tu? Latihan Senjata Colt M16 . jakun ke? sikit ahh . tengok senapang depan mata kan . dapat pegang peluru hidup . uuu . syok . sorang pelatih main 25butir peluru hidup time kat Lapang Sasar KDSI kat Pengerang . tak rasa syok ke? hahaha . Big Congratz kat OC Charlie si Afiq atau lagi pemes pelatih wira panggil dia Apek dengan lagi sorang lia lupa nama dia . Pointer yang mereka dapat hasil menembak dia orang , 95 ke 97 . hebat kan? Uuuuuuuu -.- . Penembak terbaik budak Charlie . Tapi Kompeni Terbaik untuk latihan Menembak adalah , BRAVO . hahaha . so hot lah jugak BRAVO ni =='

seterusnya . latihan sukan air atau lagi syok kita guna berenang la kan . ahaahahaha . part ni lawak . sumpah lawak . tak tipu . kenapa lawak? sebab ada pelatih ingat latihan sukan air ni p berenang puas puas mcm mereka mandi laut atau wetworld tu . maka dengan itu mereka pun angkut lah beg buapak besar . tu okay lagi ahh . ada bawak luggage tu . yang wira lah .  hihi . kami wirawati pergi pagi . wira duduk kat kem . belajar kawad . uuuuu ==' . ada jugak wirawati bawak luggage besar . sebab taktau pape kan . hahaha . atau mungkin satu dorm satu beg *husnuzon XD . haha . tahun ni punya latihan air buat kat Hotel Lotus kat sebelah je . sebab tempat tahun lepas punya sukan air tengah direnovate maka terpaksa lah beralih tempat kat Lotus . nak cerita apa time ni ek? k . kolam tu agak dalam . dan memang lia asik tertelan je lah air kolam tu . kaki tak sampai sangat nak jejak bawah . -_-'' . 

dah . cerita lain pulak . Latihan Tali Tinggi . main flying fox dan rapelling . wirawati buat dulu . yang wira buat Tali Rendah. apa beza latihan tali tinggi dan tali rendah? Tali tinggi mean dia tinggi . imagine ah flying fox dengan rapelling kan tinggi . means tinggi lettew . then aktiviti Tali rendah mean ketinggian yang dia guna takde lah setinggi tali tinggi tu . tinggi parat pinggang lia je . hahahaha *senyum lebar :3 .

lia lupa elemen yang ada kat tali rendah . sebab ada banyak lah jugak . 4 kot . tak silap lah . tapi malangnya lia lupa . haha ==' . ada ceriita tak best sebalik aktiviti ni . yang tau memang tau . yang taktau buat je lah mcm tau . tak semua tau . yang tertentu je tau . BANYAK nya TAHU?! =='

dah . habis! Pertandingan Kawad Kaki antara kompeni

ringkaskan cerita .

juara untuk Wira :

Juara, Alpha Wira 
Nombor 2, Wira Delta
Nombor 3, Wira Bravo
nombor 4, Wira Charlie

wirawati pulak

Juara, Wirawati Charlie
Nombor 2, Wirawati Bravo
Nombor 3, Wirawati Alpha
Keempat, Wirawati Delta

Skuad Leader terbaik : Wira Bravo . Uuuuuuu ~,~

keseluhuran terbaik ialah Kompeni Alpha . tahniah ^^y

ehem . jangan ingat kita orang kat sini tak bersukan ea . ada k . haha . tapi dua game je ah . takraw dengan volleyball . let make it short . Kompeni Delta juara untuk acara ni . selain main bola atas court . kita orang pun ada main lari lari tau . haha . tapi dah tak guna lah acara 4x100, 4x400 bagai . nama nya Road Relay. haha . acara sama . tapi nama lain . annoying ek? =_='' . sapa juara pun lia dah lupa . masa berlalu sangat pantas waktu ni . haha . 

antara aktiviti last . belum last ea . Khidmat Komuniti untuk modul Kejiranan . kumpulan ni punya siri buat kat Felda Lok Heng Barat . 








senam pagi . senam robik . J- robik . PT pagi takde ke? bhahaha XD . ehem , berdasarkan gambar di atas , pemerhatian yang saya dapat . wira banyak main dan kurang serius bila keadaan serius . *usap dagu . ecewahhh .  HAHA . just kidding bro . ekekeke XD

seterusnya . mari kita biarkan gambar yang berbicara kerana bak kata Yuna setiap gambar ada cerita nya . korang paham kan lah ye apa dia yang gambar tu ceritakan ;)



kumpulan KK 2 . 







antara khidmat komuniti yang kami buat .

time for horray horray . sukaneka bersama penduduk Felda


cari Gula gula dalam tepung


isi air dlm botol


semakin jauh semakin sayang . haha . lia join game ni . berpasangan dengan cikgu Susi >.<


boling kelapa . 


dadu gergasi . 

and the rest . our keriangan










makan dalam dulang . feeling kat kenduri kendara kateko XD

habis!

tamat lah sudah khidmat komuniti untuk modul kejiranan . ada satu lagi khidmat komuniti untuk modul Sosial . yang ni kita orang p PDK Air Tawar 5 dengan mana ek satu lagi Felda . lia lupa . haha . bukan lupa . cuma sebab tak join . masuk wad sebab kurang sihat ==' . pelatih lain kata KK yang ni best . kalau ikut apa yang dia orang cerita time sesi Refleksi rasa memang best pun . hmm :'< . dah rugi satu aktiviti . takdapat join =='

sokay . kita sambung untuk last punya aktiviti . Latihan Wirajaya ^^y

JL kata Latihan Wirajaya ni gabungan latihan yang kita orang dah belajar sepanjang hampir 3bulan kat sana. gabungan latihan PC , Navigasi , Ikhtiar hidup . macam tu lah . Latihan Wirajaya ni buat kat dalam kem jugak . cuma tak tidur dalam dorm . tapi mandi waktu pagi hari kedua still dekat dorm . makan yang berat pun still kat dewan . cuma minum pagi, minum petang tu je bawak kat pangkalan . tidur dlm khemah yg mcm ala tentera tu . first time lah jugak tidur malam dalam keadaan tak bukak kasut . pehhh . memang ah . kejung kot kaki dalam sepatu timur tu -.- . khemah ketua lagi kecik dari khemah anak buah . harhar ._. . belajar masak guna nestin . haha . belajar lah sangat kan . demo je pun dari cikgu cikgu . banyak misi yang kita orang kena selesaikan berpandukan apa yang kita orang dah belajar . means yang korang belajar PC, Navigasi tu semua memang guna sangat ahh dalam latihan ni .

persiapan Wirajaya



maka dengan ini latihan Wirajaya pun bermula . jyeahhh =='





ni kat pengkalan wira . mari kita lihat pengkalan wirawati ^6^



lihat seorang wirawati yang tengah pegang batu bata tu . so kecik . tinggi dia . haishhh . macam sama tinggi je dengan kayu sebelah dia tu -.- . sadis nya lahai ;_________;



apa apa OC akan berkumpul di sini . mendengar arahan selanjutnya dari JL





demo acane nak masak dalam hutan . guna nestin . menu kita hari ni sardin . normal lettew . sardin dan ikhtiar hidup kan memang takdapat dipisahkan -.- . mati mati kita orang semua ingat lunch makan tu . rupanya lunch makan kat DM . oh mcm tu ke =3=

lepas solat zuhur . misi pun bermula . bukan misi kat klinik ataupun medic tu . MISI . mission orang putih ckp . misi pertama . misi kedua . ada 4 ke 5 misi gitu lah . lia pun lupa . yang paling best . misi waktu malam . misi kelapa emas . haha . cikgu Dila memang superb ahh berlakon jadi agen Bravo . haha XD . rata rata budak kompeni lain cakap dia orang tak dapat pun kelapa emas tu . tapi Alhamdulillah , Bravo berjaya mdapatkan kelapa emas tu dari pawang tersebut . harhar . susah weyh nak pujuk pawang tu suruh bagitau kat mana kelapa emas tu ada . haha . cakap pasal pawang tu kan . uuuuu . sosial beliau kuat sangat . minta yang pepelik dari kita orang . nyanyi lagu Papinka la . suruh meniarap atas tanah . nyanyi lagu ikan kekek mak ilai ilai la . suruh wirawati kipaskan dia la . suruh wirawati baca ayat Kursi lepas tiap kali nyanyi . ok tu memang perlu la kot . kang dah habis nyanyi ada suara lain yang sambung . dah lah lokasi pawang tu kat dorm D7 . hah? D7? hahha . k abaikan . berdasarkan cerita dari budak kompeni lain, pada lia ah. apa yang pawang tu minta kat Bravo ok lagi . budak Charlie cerita dia orang kena buat gangnam style . uuuu . nasib bukan lagu Gentleman by PSY tu . bhhhhh :3

hari kedua . lepas sarapan . bersihkan pangkalan . majlis penutup kat dewan . dan selesai . yeahhh . conclusion . BRAVO juara ^^y

ok dah habis . phewww . cerita 71hari punya dihimpunkan jadi satu entry memang berjela ahh . mahap . 

17Mac lepas majlis penutup . sebak nya masa sesi penyerahan bendera kompeni :'/ . dah lah cuaca time tu mendung . dan gerimis . lagu yang dipasang mendayu dayu . sebak tayah cakap ahh . haha . menitis lah jugak air mata . lepas ni dah tak nampak lagi dah bendera Bravo tu . haha :/ . dua kali bendera Bravo tu ghaib atas kecuaian ahli kompeni . haha . nasib lepas kena denda dengan cikgu Faruk suruh tulis ayat

SAYA BERJANJI TIDAK AKAN MENINGGALKAN BENDERA KOMPENI SAYA LAGI 

sebanyak 3helai means 6muka surat then lepas tu bendera tu tak pernah ghaib lagi dah . haha ^^y .

budak Bravo semua ok sebenarnya . ngam gila . wira dan wirawati sama je masuk air . bila suruh buat kerja memang blurr . banyak yang siap last minit . tapi yang last minit tu lah selalunya juara . ehhh? haha . bukan riak . fakta pun . uhuk uhuk . cikgu Bravo pun okay sangat . sporting . ada masa memang garang . ngeri k bila ingat cikgu Fizi marah time baris waktu maghrib tu . phewwww . haha XD . beliau garang sebab kita yang buat beliau nak jadi garang . so sebenarnya salah sendiri .

lia dengan mereka yang berpangkat pun Alhamdulillah sangat baik . hahaha . what can I said is , 5 pangkat tertinggi kat kem kita orang sumpah tak sombong gila . hahaha . friendly gila . semua orang dia orang kawan . sumpah lia salute . nak nak Ajutan . yla orang nya memang boleh tahan lawa . haha XD . 5 pangkat tertinggi tu paling serius rasa RSM . yang selalu kena bahan Ajutan dgn Penghuluwati . Penghuluwati awal awal je kena bahan . lepas kena tegur dengan cikgu terus takde dah . QM . haha . selalu buat muka bila tengah amik baris . -_-'' . nak nak ada cikgu yang suka kira masa . 

masa anda ada lagi 1minit 20saat
masa anda ada lagi 1minit
masa anda ada lagi 50minit
masa anda tamat

Penghulu . yayaya . paling kesian . banyak kali dia  sebut

Wira diam wira
Wira diam wira
Wira! Diam!
wira kawal suara
wira kawal suara
wira! kawal suara

tapi still ada suara . bhahaha . sabar nya beliau ek? ==' . kesian pun ye jugak 

banyak lagi yang lia nak share kat sini pasal PLKN Kem Desaru. too much weyh . tapi rasa patut hadkan kot . takut tak ditapis banyak yang tak patut orang luar tau tertau kang? Ehh . haha . saja je XD .


to be honest . dari Lia

PLKN memang tempat terbaik untuk korang yang nak jadi manusia. mcm mcm yang korang boleh dapat kat sana. dapat ilmu la . dapat GF/ BF tu belum tentu dapat. sebab rata rata budak PLKN ni masuk PLKN dah pegang title bf orang, gf orang . bla bla bla :3 . haha . ilmu yang ada kat PLKN ni takde kot lia rasa kat luar . kat PLKN je dapat . ada ke kat luar belajar kelas Pekerti? kelas PI? kelas KN? rasa mcm takde . haha . 

memang awal awal korang susah nak biasakan diri . boleh dikatakan kat PLKN 360darjah kehidupan korang berubah. bangun pagi 430, 530 baris. 6suku baris untuk PT pagi. 730 sarapan . 8suku baris lagi untuk masuk kelas. 1030 baris lagi untuk minum pagi. then baris lagi nak masuk kelas sambung kelas. 1230 baris lagi. lunch bagai. 110 baris lagi nak solat zuhur. 2suku baris semula. 430 baris minum petang. 450petang baris untuk solat asar. 5suku baris untuk riadah. 630 baris untuk mkn mlm. 7suku baris lagi. 9mlm baris lagi. 1030mlm baris utk minum. haaa . kira lah . dlm sehari berapa kali kau baris? haha . ada budak Charlie pernah kira . satu hari kita orang baris 15kali . Uuuuu . mana kaki yang dulu lembik skrg kompem dah taff :3 . sebenarnya ada sebab kenapa banyak baris. nak pastikan kekuatan pelatih tu sentiasa cukup. tu je . yla yang dlm kem tu semua anak orang . kalau tak cukup satu mcm mana? bayangkan kalau kekuatan penuh pelatih ada 406 orang, tiba tiba melapor ada 405 je . yang 1 je lagi tu kompem buat semua orang panas hati . bakk kata cikgu Fauzi ,

jangan cekik darah member kau .

yla . sebab nak cari yang satu tu buat semua org terpaksa diri lama. diri lama dari biasa. tu je sebabnya .

*panjang aku bebel pasal amik baris, kekuatan bagai  =='

bakal merindui setiap pelosok Kem Desaru tu .:'<


DM DM DM =='


they make my day >.<


Aliesya Syakierah . The most annoying girl ever I met . Jerk jerk dia pun still sayang dia . sebab apa? bila lia nangis rindu ibu dengan adik atau nangis sebab benda lain atau takde sebab pun nangis *mcm pelik je? ==' dia antara orang yang duduk dekat dengan lia . usap bahu lia . suruh lia kuat . ayat favourite dia nak pujuk lia suruh berhenti nangis

lia . kau boleh . kau kuat .

yeahh . kuat sangat . sampai skrg dah tak reti sangat nak nangis . hihi >.< .


lia dengan budak Delta ngam lah jugak . haha . Juju is the cutest . comel gila k . yang atas tu . semua orang kenal dia . sebab apa?

Jujurlah sayang....
Aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda..

haha . pemeskan dia? ekeke XD .

going to miss this situation :'<


suasana kat DM . tidur sama sama . makan sama sama . haishhh . =='


sebelum berlepas balik Batu Pahat . Mereka . antara yang tak sombong dengan lia . :')


here . my best partner ever . Amirul Rosli . partner dari zaman minggu kedua kat PLKN sampai hari ni masih ngam gila . kautim gila . still contact sampai hari ni . hahaha . he is so caring . sangat . >.< . ada sekali lia nangis . rindu ibu kot . ke sebab Tazkirah maghrib kat surau . hahaha . dia nampak lia nangis . dan dia terus text lia

dia : weyh . ok tak? nak aku beli kan pape biar kau berhenti nangis?

haha . sengih kejap lia time tengah nangis tu . kawan yang baik . sangat . kat sana bila lia bosan main hp murah ( kes hp sendiri dah rosak) hp dia lah yang lia pinjam buat main WeChat , instagram bagai. Thanks a lot boy. May our sweetest friendship will be ever and ever with His bless ;)

kawan lia cakap lia dengan sweet . sebab? sorang tinggi sorang rendah . bhhhh . rasa nak tapak muka dia dengan tapak kasut sepatu timur tu ==' . haha . tapi memang pun . tiap kali bual dengan Amir. mesti dia kena tunduk sikit . sebab tak berapa nak dengar apa yang lia cakap. yla org nya kecik =='


bersama mereka yang berpangkat *mcm bajet je dengan natang tu :3 . Ajutan yang paling kiri . Antara yang pemes kat kem . lawa kot? haha XD . semua ni pangkat TOC je . TOC Delta, Charlie dan Bravo. TOC Alpha dah balik sebab budak Melaka . Rindu nak salam style kita tu bila jumpa kat tempat amik makanan :'<



sama sama kawan . sama sama rakan ^^y


They are my angels . sebab? cantik memang cantik . paling penting baik dan tak sombong . phewww . perfect . Bella dengan Yun is alike twin . selalu depan mata lia . sebab bila makan dia orang ni lah duduk depan lia . attitude dia orang pun lia dah boleh hafal . dua dua suka minum soya . suka minum air teh . yun suka buah epal . yun suka makan donat . Bella suka kata lia comel . Yun suka panggil lia adik sebab Yun kata lia mcm adik dia . k enough . tulis caption gambar korang buat aku nak nangis je . lia manja sikit dengan Bella . kadang kadang salah panggil nama dia orang . nak panggil Yun terpanggil Bella . selalu . Yun suka buat muka garang bila lia usik dia . ada sekali lia nangis depan dia orang tak henti henti last last dua dua ikut sama nangis . ahh sawitnya kami . nasib baik dua dua budak BP . senang nak jumpa, lepak bagai .

Bella, Yun . aku sayang korang. Sangat . besar sangat ah sayang aku kat kau :') *flying kiss :*

last but not least


antara gambar yang lia paling suka . tahh ek . rasa deep gila kot makna gambar ni . sangat . kita datang dari lain tempat . lain daerah . bahkan lain negeri pun ada . tapi dalam masa 3bulan kita boleh ngam gila . haha . boleh kata budak Alpha kenal budak Bravo . Bravo kenal Charlie. Charlie kenal Delta. semua saling mengenali . senang kata kita semua takde jurang . takde gap . kecuali bila dlm pertandingan . tu je lah . tapi bila game dah habis . pertandingan dah selesai . kita bersatu balik jadi keluarga yang apak besar dan ramai gila .

semoga korang tak lupa Desaru Gerakhas
tak lupa ilmu yang kita dapat kat Desaru Gerakhas
tak lupa ukhwah dan persahabatan yang kita bina ni
semoga Allah sentiasa lindungi korang kat mana korang berada
semoga Allah permudahkan setiap urusan yang korang buat

sayang Desaru Gerakhas ;')
sayang korang ;)

pen off 

nota kaki : big thanks to My Bebyboo Melanie sebab kesudiannya nak open semula album gambar yg ada dlm entry setelah diprivatekan . maaf susahkan you beby >.< . hihi . takde gambar kompem entry ni bosan -.-
© Bunga Liar
Maira Gall