Wednesday 11 November 2015

Serious discussion ; Kawin awal, kawin muda, trend sekarang eh?


6 hari dah berkampung kat rumah. Tersangat lah bosan sebab takde benda nak dibuat. Haih melagha je banyak. Tu yang payah bila cuti sem kejap jeni kengkangan nak cari keje tak mampu buat sebab masa yang ada sangat pendek. Masa pendek = gaji sikit. Hipotesis diterima .
Perasan tak Lia dah lama tak buat serius discussion dalam blog lia macam dulu? Haha. Maksud lia, entry yang beri something kat orang lah kiranya. Mungkin sebab busy dan ketandusan idea tu yang langsung karam rasa nak menulis benda yang macam tu. Tapi bila dah tersangat lah free macam situasi sekarang ni maka macam macam idea tersembur keluar. Yang boleh digoreng, ditaip dan dibawak untuk open table. Bole jadi benda ni bermanfaat untuk orang lain, maka adalah pulangannya kat Lia. Pada yang bertentang pendapat dengan Lia maaf la ye. Ini pendapat dan penulisan saya. Terpulang saya lah nak kata apa. Semua orang ada pendapat yang berbeza. Tajuk topik pun is quite tough and heavy. So, here hal yang paling dah lama gila Lia nak open table kan is ;
REMAJA KAHWIN AWAL, TREND ATAU IKUT SUNNAH?

Satu situasi di mana tiba tiba
Bu rasa nak kawin lah, boleh tak?
Miang merenyam, masak tak reti ada hati nak jadi bini orang. Kau nak bagi laki kau makan apa?
Pernah kena? Atau situasi lain
Haihh, lamanya nak besar. Bila boleh jadi bini awak? (padahal umur dah 19)
Sabarlah, cukup 4 misi utama tambahan misi sampingan lain saya datang lah minang awak.
Kahkah, situasi pertama tu Lia tak kena lagi lah. Ngeri sikit nak cakap kat Ibu. But the second situation is pernah. Serius la kau 'kawan' dengan dia takkan kau taknak buat dia jadi laki atau bini kau kan? Takkan la dalam kau ber ws dengan dia korang tak pernah plan atau bahasa kasarnya berangan merancang nak kahwin dengan dia. Ju** la kalau tak pernah. Fila pun dah merancang dgn kawan dia wehh. Kahkah *Sori Fila :p
kat atas tu intro pertama. Intro kedua, Allah kata dalam 
surah An-Nuur 24; Ayat 32 
وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ ﴿٣٢
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Intro ketiga, kalau korang main Twitter, pernah nampak tak tweet macam ni
Kalau kita nak kawin awal, syaitan menangis
kalau kita cakap kat mak kita yg kita nak kawin, mak kita yang menangis
atau Tweet lain
Mak nak mainan
Tak boleh, kau dah besar
Mak nak kawin
Eh mana boleh, kau kecik lagi
Adohh stress aku kalau macam tu.
Benda ni memang selalu Lia fikir apatah lagi bila partner Lia dah habis dip, dah memang serius jauh tak depan mata macam selalu. So terfikir kan best kahwin awal. Dia ada je depan mata kita. But bila kita lontarkan ayat macam tu kat dia, jawapan dia memang bertentang pun dengan kita. Here is some of my serious discussion dengan dia bila kitaorang cakap isu ni. Dah selalu cakap pun tapi rasa yang ni paling serius dan okay aku dah paham kenapa kenapa jawapan dia masih sama macam yang dia pernah cakap kat aku. Eh takde niat pun nak menunjuk. Hanya mengambil contoh. Dah contoh paling dekat ada kenapa nak amik contoh lain :3
L: Lets say, awak dah dapat kerja tetap kira dah lama jugak lah awak kerja at least awak dah mampu      beli kereta , means umur awak nak ke 23 tahun n i am 21 y/o on that time, awak rasa dalam tempoh    tu awak akan ikat saya dengan istilah yang lagi serius ke? ke awak tunggu awak memang dah stabil    gilaaaaaa baru nk ada istilah something yg ke arah tu n thats means benda tu memang lama lagi          untuk dicapai?
D: Ya kot? kalau awak mampu bersabar lah dengan saya. Sebab buat masa ni saya memang takde apa apa. Luar dalam saya masih kosong.
L : Kosong apa dol?
D : Ye lah, ilmu agama masih negatif, duit masih kosong, rumah tapak pun belum ada, kereta em           lesen pun belum ambil guano?
L : Okay faham, maksudnya mempersiapkan diri dengan apa yang patut lah eh?
D : Yelah. Habis nak bagi awak makan apa nanti? Awak tu dah lah setiap satu jam nak makan. 
L : Maksud persiapan diri tu termasuk ilmu agama jugak eh?
D : Iya. Ilmu tu memang lah kena ada jugak. Kalau tak macam mana nak jadi suami. Saya kena               pastikan diri saya lepas dulu baru boleh nak buat awak jadi isteri. Kalau tak lepas macam nak             check betul ke tak bini tu amik wuduk sedangkan benda tu pun dah memang masuk tanggungjawab     suami. Teruk la kalau ilmu agama pun tak tau.
L : Oh, kira awak memang akan berusaha lah eh untuk semua benda tu?
D : Will trying hard. Awak pun sama lah jugak
L : Mendenya? Eh mengaji saya dah lepas lah awak
D : MEMASAK
L : Ok. ngantok :3*aku memang alergik bila suruh belajar memasak -.-'
Rasa korang nampak kenapa payahnya dia dan certain orang laki bila bercakap pasal benda macam ni kah! Tapi kalau kita melihat ke depan sikit, ada je certain manusia lain berkahwin awal sebab melalui pandangan Lia dia dah layak kot untuk berkahwin. Macam Irine Nadia, macam Aiman Banna ( he is 19y/o, pendakwah) Ini antara set set yang dah kawin awal dan dah ada anak dan bakal ada anak. Bila Lia perhati mereka, kenal mereka thru social network memang layak dah pun mereka kawin. Irine Nadia punya hasben kira dah stabil dua belah bahagian which is financial, ilmu keakhiratannya pun nampak so mereka memang layak lah untuk berkahwin. 
Persoalannya sekarang, isu ini adalah trend atau sunnah?
Kalau perasaan, memang dalam tahun ni dalam pertengahan 2015 memang tengah trend gila kawin muda. serius. Benda ni kalau korang kaki skrol insta dengan twitter berlambak gila. tapi lately dah berkurang. sampai ada orang bertanya, kawin awal just sebab nak post sweet nya eh dapat kawin awal? kalau korang perasan, Amran Fans memang ada utarakan isu ni pun. Tapi biasalah Amran Fans punya ayat kan penuh bangang so people endah tak endah je but honestly memang Lia sokong pun ayat Amran Fans tu. this kind of certain people yang suka post gambar mereka yang sweet gilos tahap diabetis ni boleh efek kat orang lain sebenarnya. RELATIONSHIP GOAL bersepah kat twitter. Efek dia hentam kat orang muda yang belum mampu nk kawin tapi nak kawin. efek lain, kahwin masa waktu tu bukan dah jadi satu tanggungjawab pun, pasangan A dgn B serta Y dan Z berlumba nk jadi sapa yang lagi sweet nak mati tahap potong kaki :3. korang boleh fahamkan benda ni? Ia seolah lebih kepada trend. Lagi kalau dapat partner yang dah kawin tu hahahhahaha lawa hahaha kaya hahhaa hangsem hahaha lagilah. selok aok ya post gambar macam tu kah aku dah cakap dialek negeri pahang haha :3. Sini relationship goal sana iship weh stress doh orang yang nak kawin tapi masih belum mampu. sebab Keinginan dia tu. Dia nak tapi tak mampu. tapi memang akan stress ah kalau partner utk org muda tu mendesak dia. jom la kawin you ................... *penampar
Aiman Banna tu sebaya dengan Lia but he is married already. And he said something about sebuah perkahwinan tu.
Weh kawin awal kan sunnah weh. Syaiton nangis tauuuuuu kata si Jemah kepada Rapeah
Ya. Memang nangis. Seronok weh. Kalau si lelaki tu berilmu ada ilmu nak mendidik isteri semua. Tapi kalau kawin usia muda ilmu diri tak cukup macam mana nk didik yang sorang lagi? Bangun subuh pun liat duk snooze je alarm hp macam mana kau nak kejut pasangan kau suruh solat subuh berjemaah dengan kau? belum lagi suruh ajar ngaji lepas maghrib. atau paling tidak solat berjemaah kat masjid. Itu hal pasal akhirat. Kalau pasal duniawi, macam financial. jenis yang Hujung bulan je makan biskut cecah milo. Hujung bulan je makan maggi. belum bayar bil api, bil wifi, bil astro. (OK AKU TENGAH TAIP NI MEMANG TERFIKIR BENDA NI SUSAH UTK ADAPT) memang lah Kawin awal bukan setakat buat syaitan nangis, dalam situasi kat atas yang lia dok sibuk bebel ni ia juga buat mak ayah engko sama sama nangis atau naik darah tingginya sebab tiap bulan kena hulur sikit kat korang yg belum cukup kemampuannya ni. huhuhuh. benda betul wehh. kahkah. Kawin awal potensi nak ada anak awal pun memang ada kalau korang tak deal apa apa lah. lain lah kalau bila bersama okay you pakai protection eh kita muda lagi nk ada anak itu lain la cerita. Habis kalau terr wujud nya benda tu macam mana? dah tambah satu lagi bebanan. lagi beban korang kawin masa tengah sama sama stadi huhuhuhu time buat saimen anak nangis anak berak hokeiiiiiiiiii tak mampu cakap lebih.  Tapi serius lah hal ini tidak berlaku kepada orang yang mendalami betul isu ni. yang ada target begitu begini dan dia berusaha betul tu memang tahniah la weh kau hebat. serius talk
Dan untuk lia sendiri,
Betul lah. Kalau tak yeye boleh lingkup kot kehidupan. free dapat title janda muda kalau tak cukup semua benda sebelum jadi bini orang [ ERK, SERIUSNYA]. Benda yang dimaksudkan tu sama lah yang macam Affiz cakap kat atas tu, ilmu agama, ilmu rumah tangga, kewangan semua. Tapi perasaan ni takboleh elak, ada masa memang huwaaaaaaaaa kenapa dia jauh sangat dah lah dia asik busy je haih kan best kalau ........ geli dol nak sambung ayat seterusnya nampak sangat aku sangap nak jadi bini orang lol. dah ada perasaan mcm tu memang terus kkkkkk terus ingat aku kecik lagi takleh takleh pk. bnyk benda kena buat awal lagi nak jadi bini orang plus aku kena tolong ibu adik aku sulung ada tanggungjawab lain kena buat selain hal tu. Positif balik padahal dalam hati merintih :3
So, kawin muda trend atau sunnah?

Kalian yang tentukan sebenarnya. Sunnah kalau apa yang Nabi cakap, Nabi buat semua kau apply dlm perkahwinan kau tu. Plus kau dah memang terhindar benda ni dari kemaksiatan. yelah rasa feeling nak manja ada bini kat sebelah just grab her je lah kan hahaha. Haihh sejak dah 19 tahun ni ayat 18 ke atas betul kahkah.
Semoga ada sedikit yang bermanfaat untuk korang. Penulisan ini hanya melahirkan pendapat Lia. Yang baik sila lah amik. Yang korang boleh terima bole guna. Kalau ada yang buruk, korang takleh terima, Maaf. Semua org ada pendapatnya. Ini pendapat Lia. 
Kau ingat kahwin ni is all about outdoor photo shoot tu je ke? bahagia senyum sweet gelak depan kamera tu je ke? padahal kau taktau kehidupan dewasa kau dengan dia akan bermula lepas semua orang rewang, semua sedara kau balik dan tinggal kau dgn dia je berdua dalam bilik. Nahh, the game is begin. 
Adiosa


Monday 9 November 2015

Semester 3 ; Done



Heyyo. Good morning earthlings. Have a bless Monday gais. Hari ni dah masuk hari ke 5 kat rumah. Hal ini kerana Lia baru sahaja selesai menamatkan semster 3 lia. kemain ayat skema gila geli lewls :3. Pengisian masa lapang untuk sem ni entah mungkin takde sebab time is too short for me to try get some work. Sebab cuti sem ni kejap je. Mana ada majikan yang nak amik keje untuk 2 minggu je haih. So duduk rumah je lah pepuas sebelum hujung bulan ni bertukar status jadi orang Perak ye dok?

I have something nice to be shared with you gais. Ibu dah sihat. Alhamdulilah. Balik untuk cuti seminggu sebab ada gap paper final tu sampai rumah tengok ibu dah sihat macam dulu. She can cook, she can talk for non stop haihh how I really miss her voice. Nangis jugak la sampai rumah tu tengok ibu dah sihat sebab hampir sebulan lebih tak berhubung, ber ws dengan ibu dan akhirnya Alhamdulillah. She back to normal


Hampir sebulan tak jumpa budak hitam ni. Tambahan dia dah mula kerja sambilan sementara tunggu kerja tetap so masa untuk bersama tu sangat lah kurang. Masih boleh bersabar lagi kot Insyaallah :p


© Bunga Liar
Maira Gall