Sunday 12 August 2018

21 July, First Solo ride ; Mini Ride & TTS Official Owner Southern Tiger Region


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani



Azam 2018 sangat tercapai bila mana impian nak ada TNT 135 tercapai. Lepastu boleh pulak join group whatsapp TNT Malaysia dengan yang Johor punya. WOW! Memang tiada satu pun nikmat Tuhan yang aku dustakan untuk 2018. Dari awal diinvite dalam group sampai boleh lah kacik dengan set set abang motor phewwwwwwww memang out of imagine gila! Serius tau dari kecik kau bayang benda ni sekali bila Tuhan bagi izin jadi kau memang rasa nak guling guling bahagia sambil turun gunung dengan pakai telekung. Punya nak bagitau yang memang tengah bersyukur dan bahagia. Cuma tak faham motif nak golek turun gunung pakai telekung. Pffft

Apa ek nak cakap pasal mereka ni?

Mengenali, dan berbual dengan mereka dalam group aku boleh rasa tak wujud diskriminasi antara si lelaki dan perempuan. Si lejen otai dengan yang nubis. Bila bertanya hal motor, jarang tak dijawab. Sapa tau Insyaallah akan tolong jawab. Setakat ni masih belum rasa wujud manusia yang selalu wujud dalam certain kroni tapi moga moga tiada lah orang mcm gitu. Keterbukaan mereka menerima saya selaku rider wanita, ahli group yang kenit memang kadang kadang buat rasa terharu. 

21 Julai yang lepas, satu mini ride telah diadakan.
Meet point ; Tambak Laut, Pontian

Hahaha! sejak jadi set gini pandai dah ek cakap guna bahasa gini? Choi!

21 Julai tu tamat tugas jam 7 malam. Tepat je 7 malam terus gerak dari BP ke Pontian. Mujur dah siap tukar baju kat tempat kerja maka tak perlu lah berhenti kat mana mana untuk tukar baju. Satu jom ride sorang boleh bayang tak bertapa bosan atas tu? Hahaha. Dia puya rasa bosan, sampai rasa nak nangis

Bila doh nak sampai Pontian ni -.-

Gentle Lia ckp, sampai Tambak Laut tangan gigil hahahahaha kebas pun ya sebab takde berhenti pun. Punya nak sampai sana on time. Maghrib set yang dari JB dah tiba. Lagi lah gelupo aku atas motor. Bila nak sampai, bila nak sampai -.-


Set JB dah sampai Tambak Laut!


Alhamdulillah. Saya selamat tiba. Blurr tak hilang tau, gigih cari diorang rupanya mereka kat tepi laut betul. Mereka nampak saya tiba kat tepi jalan tu menjerit memanggil nama saya. HAHAHA. Weh comel! Berlalu lah saya kepada mereka dengan malu malu kucing. Pulak tu kena parking motor masuk bontot dulu. Haduhh terkial lagi -.-.

Sampai je situ, diperkenalkan oleh si Kucak kepada ahli yang lain. Ada sapa ek? Zaf, Irfan, Iman, Zul KSR, Man Piang KSR, Wan KSR, MR Seng. Kechik. ok yang lain tak ingat. Hampun!

Kak Siti so nais, datang terus approach Lia. Hhahahahahaa. Mungkin tahu kita malu? Ehhh


Guess what, aku memang salute Kak Siti ni. Dia dari SG bhai. Sorang. & berani!

Lepas Isyak, dah tenang sikit hilangkan gigil kat tangan. Kucak (Takleh lah panggil dia Kucak, nama dia Hazli. Tapi dia tak puas hati aku panggil dia Cik Li! Hahahah!) tengok tengok sikit motor. Hahahah ramai ramai pelik apehal fork aku rendah.

Habang semua, saya ni tak beso mana. Kaki pun pendek hhahahaha

Settle tu, ayuh ke Mandella!



Itu Iman, lepas tu sebelah tu Mr Seng.


Ok. Aku ingat semua yang dalam ni kecuali dua depan ni. Zul dengan apa ek? Hahahahaaa

Dari depan ; Lia. Kak Siti, Kechik, Iman, Hazli, Irfan, Iwan (kot), Man Piang, Zaf yang selalu seme seme hahahaha, Mr Seng dan dua orang itu serius lupa nama.

Mandella was nice. Potion makanan puas hati. Banyak dan sedap! Tapi, kau perlu sabar! Dia punya lama, kami sempat ke Kukup kejap! Dah balik pun yang diorder masih belum sampai! Hahahaa! Iman sampai bangkit tuju dapur kau tau! Punya mental hadap situasi ni. Lapar lagi. Lama pulak tu

Disebabkan Lia sorang dari Batu Pahat, maka lepas makan mereka yang lain berbesar hati tolong hantar sampai Senggarang dan mereka ke Minyak Beku, BP lepas tu baru gerak balik JB!


Ia adalah masa luaskan bulatan diri
Cari kehendak diri
Apa yang dicintai
Selain tambah ilmu dalam diri

Sebab Nursyazani sangat sifar mengenail ilmu motor. Maka dia perlu berkawan dengan mereka yang seperti ini supaya kalau lah tiba tiba Nelly mati tepi jalan dia pilih untuk cari punca masalah dan settlekan masalah motor tu instead of nangis tepi jalan dan baru fikir apa benda masalah motor ini.

Boleh nampak yang mereka dlm RJ sangat tak lokek kongsi tips apa benda kena buat kalau motor da masalah. Roger  kat mana jual tayar murah tapi kualiti baik selain kadang kadang ada tazkirah pagi dan peringatan dari Tuan Presient. Hei Mr President TNT 135 bukan calang calang orang ok? 

Untuk mereka yang tahu mereka kroni RJ/TNT 135 M ;

Terima kasih banyak banyak.  Sebab korang menerima sangat si Ilya ni dengan tangan terbuka, Yang wanita even belum ada jumpa lagi tapi peramahnya sangat ok. Yang lelaki apetah lagi. Dapat point membahan phewwww -.-

Benda yang salah satu memang takkan nyesal buat ;

Beli motor dan kenal korang semua!

Entri ini ditaip dengan perasaan rindu yang tebal terhadap Red Nelly sebab dah kali kedua masuk centre! Apa benda lah kerja nak rosak je. Tukar lain kang?!



Adiosa!

14 July ; Tied the knot [ Syz4ni & Sh4hrul ]


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani


Entri ditaip dua hari sebelum genap satu bulan menjadi tunangan orang.

Alhamdulillah. Syukur nikmat. Tuhan izin apa yang dirancang berjalan dengan baik dari awal sampai akhir. Syukur sangat. Lima dulang untuk pihak lelaki tiba tiba jadi 10 dulang dek saudara mara yang datang berbesar hati nak bagi sekali. Mujur memang ada dulang lebih. Yang pasti aku memang bengkek jugak hati pihak lelaki banyak nya lah dapat makanan, jajan, kek, coklat, bronis lagi! Untung lah.
Sapa eh cipta adat pihak lelaki kena dapat lebih? Aku dari haritu buat isi ni isu besar! Kah


Mekap untuk majlis tunang. Request nude look. Tak nak pink pink kat muka 

Summary majlis ;

14 Julai, 2.30 petang pihak lelaki sampai rumah. Adalah dalam 3/4 buah kereta. Campur kereta family lia yang dari Klang, JB, Kota Tinggi, Gemas fuhh penuh jugak lah laman rumah. Mujur sewa khemah, kalau tak payah jugak tetamu nak makan. Makanan yang ditempah Alhamdulillah habis. Semua puji sedap. Tak campur lagi pencuci mulut. Kuih lah. Aduh lapar bila ingat -.-
Mereka sampai. Sesi perbincangan berlaku Ikat berapa lama semua. Time nikah nanti nak bawak dulang lagi ke bla bla. Lia tau pun sebab kekawan Lia yang datang duduk tepi pintu bilik nak dengar apa yang patut. Mereka kat luar sibuk bincang, aku dalam bilik. Gelupo lapar. Last makan 10.30 pagi, sarapan nasi lemak. Lepas tu mandi, mekap je dah dua jam. Sempat bhaii tertidur -.-
Sampai ke saat dah duduk kat kerusi untuk acara sarung cincin aku masih tenang, tangan tak sejuk. Masih rasa ; ehhhhhhhh nk bertunang dah ke? Hahaha. Dua cincin dah selamat tersarung kat jari. Cincin risik, cincin tunang. Officially kena ikat. 

EX CON HAS BEEN TIED!

Lepas majlis tu, cik tunang (bwekkkkkk ; janggal nya) terus cari panggil kita kat pintu rumah nak tengok kita. Hahahaa MALU SIAL! 

Tempoh ikat ; 1 tahun hidup
Jangkaan majlis ; Yang pasti time budak U cuti sem

Status dah berubah.
Dulu bercinta, sekarang bertunang.

Lia masih lagi nak adapt dengan bawak status diri yang sekarang ni. Satu minggu lepas majlis, dia datang makan kat rumah. Janggal sangat weh. Lagi time hidang makanan tu. Sebelum ni hidang makanan saat dia sebagai seorang kekasih. Sekarang hidang makanan kepada dia yang dah jadi tunang. Hahaha. Aku rasa nak sorok je bawah meja makan tu. Segan tahap gaban kahkah!

Satu yang lia perasan, dah jadi tunang ni kepala hotak memang kena jadi matang gila! Bila gaduh mulut dah kena jaga. Jaga apa tau, kalau dulu time bercinta gaduh sikit haaaa mula la ayat minta ditinggalkan walau pun tau manusia tu memang takde nya nak layan tinggal kita. Sekarang bila gaduh cuma perlu tarik muka, buat muka atau diamkan diri. Sebab dah takleh keluar ayat tutttt. Hubungan yang sekarang libatkan dua keluarga. Syazani perlu jadi matang. Macam mana pun aku yakin selagi Tuhan izin, tiada sebab yang tak logik untuk aku tinggal dia, dia tinggal aku. Kalau tiba tiba time bertunang ni dia buat perangai yang dia tak pernah buat time bercinta aku kena check dia dah kena calit dengan minyak apa! Sebab Mohd Shahrul memang sayang betul kat Nursyazani.

Setahun tu kejap. Sekarang dua orang tengah mental kumpul duit.

Doakan yang terbaik ya untuk kami? Jika diuji pun moga ujian itu hikmahnya menguatkan kami berdua bukan melemahkan. Tuhan tau mcm mana perlunya Nursyazani akan Mohd Shahrul

Kepada yang banyak tolong ; anda tahu siapa diri anda.

atok sedara, pakcik sedara, abg sedara yang tolong masak soto ayam, kroni bistro yang tolong buat pelamin

Terima kasih banyak banyak. 

Adiosa!

Thursday 12 July 2018

Post sebelum tukar status ; tunangan orang


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani

Entri ringkas. Sebelum bertukar status. Semua status. Status hubungan. Status pada diri. Dan lain-lain yang berkait.

Sehingga entri ini ditaip aku masih belum rasa debaran yang ramai cakap,

"Nanti dah dekat susah nak tidur, Debo aje."

Mungkin seorang Syazani terlalu penat bekerja dan settlekan apa yang patut sampai tak sempat nak rasa debaran tu. Kecuali tengah ride. Baru sempat nak fikir dan rasa apa yang patut. 

So far, persiapan Alhamdulillah okay. Hampir settle. Jamuan untuk orang makan settle. Hantaran settle. Baju untuk majlis settle. Kek pun hampir settle. Entri ini ditaip ketika aku sedang bertugas di kaunter. Maka, ini bermaksud sehingga hari ni aku masih bekerja. Cuti aku start esok. Maka berperanglah aku menyiapkan apa yang patut bermula malam ni. Banyak lagi belum settle untuk hal kemasan rumah, pelamin dll. 

Perasaan excited tu ada lah jugak. Sebabnya, hahahahaha aku belajar Pahang, praktikal kat Perak semua tempat tu ada je satu manusia kesayangan dan semua orang tahu aku sayang orang tu lastly, hahaha aku bertunang dengan budak satu sekolah aku. Bekas kekasih cinta monyet. Aku masih nak brain lagi situasi ni.

Yang dah bertunang dah mula berpesan pada Lia,

"Ujian bertunang ni real. Jaga baik baik. Settle elok-elok" - Ady Syazani
"Ye qiy. Bila dah bertunang ni ujian dia lagi lah. Follow je lah flow." - Husna Syakirah

Aku rasa Insyaallah akan okay sebab mengenali Shahrul Anuar sejak 9 tahun yang lepas dia sangat penyabar. Bukan tiada adengan bertegang urat. Ada tapi kebanyakkan suara aku yang paling tinggi dari dia. Dan dia, bila aku dah tarik muka, duduk hadap cermin time dalam kereta, dia tau untuk senyap. Dan sepanjang perjalanan tu lah aku akan dengar dia banyak kali istighfar mintak tenangkan diri.

Sebab, Nursyazani yang ramai kenal sangat keras kepala. Sangat degil. Susah untuk mengalah dengan orang kecuali bila perlu. 

Aku tak pasti yang dia dah kenal betul ke aku tapi aku yakin, untuk satu tahun ke hadapan dia akan hadap banyak lagi perangai baru Nursyazani. Apa yang aku minta, sabar lah. Sebab Nursyazani memang wanita yang keras hati, degil dan rebel. 

Doakan aku nampak cantik waktu majlis nanti ya? Kah! Taklah. Doakan majlis aku nanti berjalan dengan lancar sampai habis!

P/S : TAK SABAR NAK TT DGN GENG BENELLI

Monday 25 June 2018

Next phase ; pre engagement



3rd Eid @ Sri Andalas, Klang

Yang official tunggu bulan depan ya?

Doa yang baik baik. Semoga urusan kami dimudahkan.

Aku dah tak cukup kaki bersilat. 24 jam fikir majlis

Adiosa!

Saturday 2 June 2018

After a year ; Next Phase of serious relationship


Bismillah
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Mengasihani


A short entry post since it's been a long time I didn't post any entry.

Too busy,
Btw, doakan plan merisik raya keempat tahun ni berjalan dengan lancar ya?

Tahun lepas ter ber cinta
tahun ni, moga Tuhan izin Lia diikat dengan seorang kawan baik tu
dan harap raya tahun depan dah jadi bini dia.

Eh?


Adiosa!








Sunday 4 March 2018

Behind of sedekah RM 50.00


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah 
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Everybody knows how crazy I am towards mini bike. Every body knows how crazy I can be everytime Lia dengar deruman motor besar. Like it was the sexiest sound ever. You don't know how amazed I can be bila tengah berhenti kat trafic light tiba tiba belakang ke kat tepi ada motor besar. JEEZ!

Kecenderungan Lia terhadap motor besar muncul sejak zaman sekolah lagi. During that time memang minat gila Ninja Kawasaki. Yang warna hijau terutamanya. 





Dan tiap kali nampak memang pehh sumpah aku nak aku nak aku nak satu! Masalah ketagihan itu hilang bila waktu sekolah menengah Lia sedar diri aku kecik dan yes tak mampu nk tampung kebesaran motor tu. Dan keinginan tu dilupakan kejap. Tapi passion masih ada. Cuma tak teruk macam dulu. 

Sampailah Lia habis SPM. Tamat PLKN. Waktu tu kerja part time kat Pacific, BP Mall. Time nak parking motor terparking sebelah KSR-10. Jenis mini bike punya. Lagilah melonjak balik keghairahan tu weh. Lepas tu terus aim nak menatang tu sampai habis belajar.


2 tahun weh memendam rasa nak benda alah ni. His looking is so good man. Kecil tapi tu lah satu seat sahaja. Tak boleh naik untuk dua orang. Walaupun begitu, keinginan untuk milikinya tetap ada. Simpan dahulu


Keinginan untuk memiliki KSR-10 berubah tatkala satu petang 7 Januari 2018, lepas gaji saja lah jalan kedai motor cuci mata eh sekali ternampak Benelli. Ya Allah. Aku tahu dah. Memang ni yang aku nak. Body cun weh. Sebiji macam super bike, cuma ia kecil sikit seolah-olah super bike yang disumpah dan jadi mini bike. 

Satu hari selepas hari gaji, lepas belanja dapur apa semua kat Aeon Big lalu lah tepi tong duit. Makanya ibu ada pesan dulu, bila gaji masuklah sikit tabung derma RM50. Niat untuk abah semua. Dan ya waktu tu aku tak fikir apa tarik RM50 terus masukkan dalam tong tu. Sahaja aku derma kerana Allah Taala.

Satu pagi waktu nak iron baju untuk bersiap pergi kerja, ibu tiba tiba tanya Lia

" Kak, kau pergilah kedai motor tu. Pilih warna apa kau nak.
Hujung bulan keluarlah nanti."

Speechless kejap

"Seriously ibu?"

Dan aku tahu ibu serius bila ibu dah start buat kira-kira untuk deposit muka motor. Berurusan lah aku dengan orang kedai. Settle loan semua. Ya zaman Najib sekarang kalau kau bayar cash motor baru mau SPRM cari tengok akaun kau apahal budak ni umur baru 22 tahun dah boleh bayar motor baru cash 8000 ++. 

22 Januari 2018, Red Nelly keluar kedai 💖

Ambil masa jugak lah Lia untuk belajar bawak motor ber klac semua. Serius cuak. Hahaha. At the end reti lah jugak bawak tapi tu lah nak pergi kerja tu ada 7 simpang trafic light yang Lia kena lalu, semua trafic light mati motornya sebab masih belum pandai nak tukar dia semua. Memula marah tau apahal lah motor aku ni takde nombor gear dah jadi satu kerja time bawak motor nak kena ingat ni gear berapa semua. Kahkah, last last okay je sekarang bawak. 

Btw, Lia dah test ride Nelly ke Muar, rumah Abah kat Parit Yusuf. Huuuu kematu siot bontot hahahaha. Ride tak pakai kasut, pakai sandal je. Penat jugak kaki kerja asik nak songkek gear je -.-' but still feel enjoy with this ride sebab baby baru kan!

Also, dah try jugak test ride long distance ke JB last week with partner. Sampai Skudai dah tepuk bahu partner

"Weh, weh berhenti lah kat tol rehat jap kebas ni punggung"


My very official picture with Red Nelly 💓

Lia tak habis fikir, kebaikan mana satu yang Lia buat hingga Tuhan balas dapat sebiji motor yang bertahun Lia idamkan. Syukur sangat rasa. Benelli TNT 135 ni memang bucket list Lia untuk tahun 2018. Tapi sumpah weh tak sangka boleh dapat awal gila menatang ni. Terima kasih ibu 🙈🙈

Maka dengan ini juga, bertambah lah satu lagi komitmen hidup yang mana tiap bulan kena pergi Aeon Credit membayar bulanan motor. Hubungan ikatan dengan motor agak lama jugak lah. But still can't beat my relation with partner. Kahkah! Takpe lah, bila ada komitmen ni baru tahu nak jadi matang dalam hidup. Tahu nak cari duit apa semua nak bayar motor.

Last but not least, which place we should go after this?  Selain Muar, JB, Pontian?

Adioss!



Saturday 13 January 2018

2k17's wrap & introduction of 2000 18



Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Syukur dah boleh log in semula blog.

Setelah menangis bagai nak rak, sampai rak patah akhirnya daku dapat balik log in blog ni. Sumpah lah bersyukur gila. Ya Allah. Banyak sangat kot kenangan dalam ni. Dari zaman sekolah menengah sambung ke poli sampai dah habis belajar semua. Rasa umur blog ni dah 7 tahun rasa cause I was starting blogging when I was 15 y/o. Suka duka seksa putus cinta semua bukti ada di dalam ni (tanpa pengetahuan Bubu) mau tak meroyan bila kau nak log in untuk update blog sekali tak boleh.

Intro 2018

13 hari dah Januari 2018 berlalu dan ini adalah entri pertama daku untuk 2018. Too bad tiada entri penutup 2017 seperti tahun lepas di mana entri terakhir adalah berkenaan azam 2017. Azam 2018 ya. Tak sempat fikir pun sebab dah 17 hari aku kerja 12 jam tanpa cuti. Celaka nya lah kawan kerja aku ni tapi the good side lebih lah jugak OT aku kerja untuk akhir tahun 2017.

Alhamdulillah, setelah 5 bulan kerja tanpa ada gaji basic, hanya gaji jam sahaja sebab part time kan so ditemukan lah rezeki lain. Masih dalam bahagian customer service cuma beza aku tak perlu lipat baju. Rasa sakit hati tengok orang kemboh baju then tak beli dan yang paling best kerja sekarang got no problem to main hp, sebab kerja aku memang kena dekat dengan hp. Environment kerja pun okay lah setakat ni sejak kawan kerja tu berhenti kerja yelah kalau tak aku susah hati duit cukup ke tak deposit cukup ke tak pebenda semua. RIP FO ...... Yes. Saya seorang receptionist sekarang :) . I am working at front desk department also sometime being HK also maintenance worker kadang check stok makanan dan minuman. So far okay! Jangan risau. Hatta kerja biashe biashe je tapi hujung bulan ni mini bike aku nak keluar dah. (NADA RIAK GILA)

2k17's summary

Cerita 2017 aku nampak sangat nais gila sehingga 8 April 2017 di mana hari aku tamat belajar secara tak rasmi sebab 8 April last day aku hadap paper exam makanya 9 April adalah hari aku balik terus Batu Pahat tanpa perlu fikir lagi Muadzam Shah sehingga bulan 7 atau 8 2018 (ya aku kena ke PMS semula untuk berkonvo dan berjubah yeay!) Too bad, 9 April hari paling menduka citakan aku yang mana sampai mati pun aku ingat moment aku terima berita makcik sedara aku meninggal sebab kemalangan time nak lintas jalan raya. Ya aku takkan lupa. Dan moment aku terpaksa lepaskan rasa I-CANT-GO-TO-KUALA KANGSAR- untuk kerja di sana seperti yang dijanjikan aku dengan bos sebelum aku masuk sem 5. Nak redha tu weh. Tak senang :)

Also, momen aku tiba tiba bercinta dengan kawan baik aku, bekas kekasih zaman tingkatan satu dan senior also cikgu math aku masa form 4 dan form 5. Ye jangan risau. Tak tukar pakwe lain dah. Penat lah flirting. Ingat senang? No lah this one I hope being the last one terus sebab dia ni ramai dah berkenan nak buat menantu so sebelum dia dimenantukan oleh sapa sapa baik aku ikat baik baik terus atau aku yang bakal kerugian nanti. (haha yang follow ig je tau sapa mangkuk ni ; sorry dude. Im not gonna post your face inside here till the day you bring your family to ikat me hahaha ; raya 2018 ;p )

And momen aku check in kat adik aku kat UiTM Bertam. Preparation last minit gila but Alhamdulillah sangat dimudahkan also terima kasih kepada driver dari Kuala Kangsar sanggup membantu daku waktu tu. Dan ya, adik baru je habis paper untuk 1st semester harap 1st sem dia dah boleh kumpul DL with 1st honour lah. Try to beat me with 5x DL sisthur. Kahkah (aku bakar Nursyamimi ni)

Anything else?

Pakej pelancongan

As yang korang tau, aku memang jual pakej pelancongan. Mana mana pun aku jual kecuali ke neraka je la aku tak buat sebab tu kau boleh buat sendiri maka sekaligus kau dah menempah pun tiket ke sana cuma perlu tunggu masa. Sebab dah busy kerja yang mana on duty jam 7 pagi balik 7 malam pung pang gini apa semua sampai rumah dekat jam 8 malam maka aku tak sempat fikir nak update mana pakej tuu sebab dalam benak, yang aku nampak ialah makan mandi solat dan tidur. Eh date pun tak sempat sangat k (bwekkkkkkk) So kalau korang nak berjalan tapi takde arah tujuan dan perlukan bantuan aku boleh tolong mana yang boleh. WS je la aku. Aku bantu. Ya bantu. Tapi tidak dari segi duit. Harap maklum

Kemalangan semula lepas 7 tahun

It's happened again. Kali ni tak hentam apa apa tapi memang nyata salah yang nak lintas jalan time hujan tak toleh kiri kanan hingga menyebabkan aku terpaksa tekan brek sampai bergego tayar belakang. Ending dia motor dah jatuh aku fly ke depan. Phewww baik dia punya landing. Dalam hujan. Atas jalan raya. Disaksikan oleh orang yang hampir nak hentam aku tengah jalan. Usai jatuh aku terus duduk tepi jalan benda pertama aku fikir. BABI MOTOR AKU SIAL. Tak fikir dah luka di tangan, sakit kat bontot sebab terhentak tapi aku fikir motor dulu hingga aku tanya kat budak tu

dik motor akak tu sapa nak bayar?

walhal motor tu takde la teruk mana. Eh pakwe aku kot? Nombor dua lagi. Gila tak fikir pasal keadaan dia terlebih dahulu?

Ya kak, salah saya. Minta maaf. Akak nak saya bayar berapa?
Minta lesen.
Sori kak. Takde lesen
Oh faknya dalam otak aku waktu tu. Minta IC
Tak bawak ic kak.

ALA BEBAL LA BUDAK NI. DALAM HUJAN MENYUSAHKAN AKU

ending dia, dia bayar lah aku rm30 tapi yang gampangnya pergi klinik check semua kena bayar rm45. Oh harey nya lepas tu contact balik budak tu minta claim lagi dia tukar nombor. Report kang kat mak ayah baru tau!

ending 2k17

Tak tahu lah belajar apa untuk 2017 ni tapi aku cubalah untuk kenang balik manusia manusia yang baik perangainya dengan aku. Yang mana kalau minta tolong mana aku boleh tolong aku tolong. Yang tak dapat tolong aku tolong jugak tapi yang aku mampu je. Selain tu, untuk orang orang yang kerja asik nak susahkan aku. Punn aku ingat jugak tak lupa cuma nama korang dah kena black list untuk aku buat kebaikan pada korang. Terutama manusia manusia yang jenis datang rumah ke apa asik la cakap besar nak beli vios kat mak aku tapi dah bertahun kesan tayar vios pun takde kat rumah dia. aku yang tiba tiba nak ada kenderaan lain (bakar lagi bakar lagi) . Sori dah 22 tahun ni kepala batu aku makin menjadi jadi. Kuat dendam pun ya.

Kita akhiri entri pertama 2000 18 ni dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr

ADIOSA


© Bunga Liar
Maira Gall