Sunday 12 August 2018

21 July, First Solo ride ; Mini Ride & TTS Official Owner Southern Tiger Region


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani



Azam 2018 sangat tercapai bila mana impian nak ada TNT 135 tercapai. Lepastu boleh pulak join group whatsapp TNT Malaysia dengan yang Johor punya. WOW! Memang tiada satu pun nikmat Tuhan yang aku dustakan untuk 2018. Dari awal diinvite dalam group sampai boleh lah kacik dengan set set abang motor phewwwwwwww memang out of imagine gila! Serius tau dari kecik kau bayang benda ni sekali bila Tuhan bagi izin jadi kau memang rasa nak guling guling bahagia sambil turun gunung dengan pakai telekung. Punya nak bagitau yang memang tengah bersyukur dan bahagia. Cuma tak faham motif nak golek turun gunung pakai telekung. Pffft

Apa ek nak cakap pasal mereka ni?

Mengenali, dan berbual dengan mereka dalam group aku boleh rasa tak wujud diskriminasi antara si lelaki dan perempuan. Si lejen otai dengan yang nubis. Bila bertanya hal motor, jarang tak dijawab. Sapa tau Insyaallah akan tolong jawab. Setakat ni masih belum rasa wujud manusia yang selalu wujud dalam certain kroni tapi moga moga tiada lah orang mcm gitu. Keterbukaan mereka menerima saya selaku rider wanita, ahli group yang kenit memang kadang kadang buat rasa terharu. 

21 Julai yang lepas, satu mini ride telah diadakan.
Meet point ; Tambak Laut, Pontian

Hahaha! sejak jadi set gini pandai dah ek cakap guna bahasa gini? Choi!

21 Julai tu tamat tugas jam 7 malam. Tepat je 7 malam terus gerak dari BP ke Pontian. Mujur dah siap tukar baju kat tempat kerja maka tak perlu lah berhenti kat mana mana untuk tukar baju. Satu jom ride sorang boleh bayang tak bertapa bosan atas tu? Hahaha. Dia puya rasa bosan, sampai rasa nak nangis

Bila doh nak sampai Pontian ni -.-

Gentle Lia ckp, sampai Tambak Laut tangan gigil hahahahaha kebas pun ya sebab takde berhenti pun. Punya nak sampai sana on time. Maghrib set yang dari JB dah tiba. Lagi lah gelupo aku atas motor. Bila nak sampai, bila nak sampai -.-


Set JB dah sampai Tambak Laut!


Alhamdulillah. Saya selamat tiba. Blurr tak hilang tau, gigih cari diorang rupanya mereka kat tepi laut betul. Mereka nampak saya tiba kat tepi jalan tu menjerit memanggil nama saya. HAHAHA. Weh comel! Berlalu lah saya kepada mereka dengan malu malu kucing. Pulak tu kena parking motor masuk bontot dulu. Haduhh terkial lagi -.-.

Sampai je situ, diperkenalkan oleh si Kucak kepada ahli yang lain. Ada sapa ek? Zaf, Irfan, Iman, Zul KSR, Man Piang KSR, Wan KSR, MR Seng. Kechik. ok yang lain tak ingat. Hampun!

Kak Siti so nais, datang terus approach Lia. Hhahahahahaa. Mungkin tahu kita malu? Ehhh


Guess what, aku memang salute Kak Siti ni. Dia dari SG bhai. Sorang. & berani!

Lepas Isyak, dah tenang sikit hilangkan gigil kat tangan. Kucak (Takleh lah panggil dia Kucak, nama dia Hazli. Tapi dia tak puas hati aku panggil dia Cik Li! Hahahah!) tengok tengok sikit motor. Hahahah ramai ramai pelik apehal fork aku rendah.

Habang semua, saya ni tak beso mana. Kaki pun pendek hhahahaha

Settle tu, ayuh ke Mandella!



Itu Iman, lepas tu sebelah tu Mr Seng.


Ok. Aku ingat semua yang dalam ni kecuali dua depan ni. Zul dengan apa ek? Hahahahaaa

Dari depan ; Lia. Kak Siti, Kechik, Iman, Hazli, Irfan, Iwan (kot), Man Piang, Zaf yang selalu seme seme hahahaha, Mr Seng dan dua orang itu serius lupa nama.

Mandella was nice. Potion makanan puas hati. Banyak dan sedap! Tapi, kau perlu sabar! Dia punya lama, kami sempat ke Kukup kejap! Dah balik pun yang diorder masih belum sampai! Hahahaa! Iman sampai bangkit tuju dapur kau tau! Punya mental hadap situasi ni. Lapar lagi. Lama pulak tu

Disebabkan Lia sorang dari Batu Pahat, maka lepas makan mereka yang lain berbesar hati tolong hantar sampai Senggarang dan mereka ke Minyak Beku, BP lepas tu baru gerak balik JB!


Ia adalah masa luaskan bulatan diri
Cari kehendak diri
Apa yang dicintai
Selain tambah ilmu dalam diri

Sebab Nursyazani sangat sifar mengenail ilmu motor. Maka dia perlu berkawan dengan mereka yang seperti ini supaya kalau lah tiba tiba Nelly mati tepi jalan dia pilih untuk cari punca masalah dan settlekan masalah motor tu instead of nangis tepi jalan dan baru fikir apa benda masalah motor ini.

Boleh nampak yang mereka dlm RJ sangat tak lokek kongsi tips apa benda kena buat kalau motor da masalah. Roger  kat mana jual tayar murah tapi kualiti baik selain kadang kadang ada tazkirah pagi dan peringatan dari Tuan Presient. Hei Mr President TNT 135 bukan calang calang orang ok? 

Untuk mereka yang tahu mereka kroni RJ/TNT 135 M ;

Terima kasih banyak banyak.  Sebab korang menerima sangat si Ilya ni dengan tangan terbuka, Yang wanita even belum ada jumpa lagi tapi peramahnya sangat ok. Yang lelaki apetah lagi. Dapat point membahan phewwww -.-

Benda yang salah satu memang takkan nyesal buat ;

Beli motor dan kenal korang semua!

Entri ini ditaip dengan perasaan rindu yang tebal terhadap Red Nelly sebab dah kali kedua masuk centre! Apa benda lah kerja nak rosak je. Tukar lain kang?!



Adiosa!

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall