Tuesday 27 November 2012

L stands for LELAKI



gian nak berupdate blog datang . serius taktipu . rindu much much kat blog . tengok orang update blog . haha . pehh . idea melimpah ruahh . haha . mohon kongsi bersama . lia dari petang tadi nak update blog . tapi takde bahan nak goreng . bukan kata bahan . tajuk besar the main idea pown takde . pehhhh *fliphair :3 . takpernah kering macam ni -.-'' . so lepas maghrib tadi . dah siap mandi semua . dah wangi . heee . selongkar almari . bukak majalah apa yang ada . cari idea nak goreng . nak masak malam ni . haha . kelihatan lia sangat lega bila dah jumpa tajuk apa yang lia rasa nak goreng malam ni . hewww
ehh . sebelum tu . ehemmmm . lia kan . dah lulus test komputer . haha . bangga kejap . :3 . tahniah kat kawan  kawan lia . atyqa azman . abiyy . pecha dan bieba . haha . rabu ni p dengar ceramah untuk kelas yang kedua . then minggu depan dah boleh buat lesen L . lepas tu pegang 3bulan lesen L. haha . yeayyy . dah boleh merayap . nak pergi mcD Parit Raja ke . KFC Rengit ke . CoolBlog kat Rengit tu ke? haha :D mohon jeles :3 . tapi yang takbest . kena pasang ke plat L kat motor tu? malu la . jatuh saham rider terhebat . puihhhh :3 . kayy stop cerita pasal lesen L tu . kau batak ke? kayy lia senyapp -_-''

panjang pulakk intro lia malam ni . kayy nak masuk ISI entry . haha . sekian lama *ayat baku* lia takupdate blog dengan entry berlabel : tips . cara cara or anything else lah . malam ni terbukak pulak hati nak buat entry macam ni . haha ^^ .honestly entry yang lia buat ni khas untuk orang LELAKI . diulangi untuk LELAKI . tapi takbermakna yang gegirl takboleh baca kan? *angkat kening ^^ . kita semua boleh baca . yeayyyy . kau dah kenapa? sawan? -..-'' . 
jom mula baca ! :D
lelaki . ohhh . perlukah lia taip guna huruf besar? kayy takpe . lia taip guna huruf besar . one by one . 
L E L A K I 

tahukah anda . setiap huruf yang ada kat perkataan lelaki tu mempunyai maksud maksud yang tersendiri? erk . taktau? takpe . mehh lia bagi tauu . hewww . lets check it out ^^ . starting it using by the capital

L . huruf permulaan bagi perkataan LELAKI . apakah makna nya?

LAGAK . Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya . mudahnya , lelaki suka menonjolkan diri nya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalu nya lebih low profile . kalau takcaye . tengok kawan laki sekeliling kita . lelaki sejati sememang nya action lebih :p

huraian : haha . betul lah tu . bahasa formal : LAGAK . bahasa pasar : BAJET . BELANJAWAN . haha . just saying -.-

next ...


E . huruf kedua lepas huruf L dalam perkataan LELAKI . LOL tu pown nak cakap ke? -.-'' . ertinya?

EGO : lelaki merupakan kaum yang EGO . dah puas dengan LAGAK yang kat atas tu . kita cerita pulak dengan bab yang memang taksilap lagi milik lelaki . keegoan yang tinggi datang dalam jiwa lelaki kerana tu memang dah sifat dia . semula jadi dah macam tu kerana dia ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza . yang perempuan takyah marah kalau lelaki ego kerana realitinya . tu lah lelaki sebenarnya ;)

huraian : haha . bukan laki nama nya kalau takde EGO ni . EGO dan LELAKI . tu lah sahabat sejati dia . hewww . lia teringat soalan cikgu BI lia . cikgu Hikam . soalan dia : benda apa yang orang lelaki ada . sangat tinggi . nama dia macam motor . pemes ni . haha . kita orang satu kelas pk . mende lah jawapan soalan cikgu Hikam ni . haha . malas nak fikir . cikgu Hikam bagi jawapan : EGO lahhh . haah lah . EGO . haha . boleh takterfikir tu jawapan dia kan? -.-'' . macam mana nak rendah kan sikit EGO orang laki ? haha . kasi potong  EGO nya biar rendah? wak luuu -.-'' . hee . tak jumpa lagi jawapan tu . wkwkwk :3 . 

huruf seterusnya ^^


L untuk LEMAH . erk? kenapa lemah? sila sambung baca ^^ 

Lelaki nampak macam hebat tapi LEMAH pada kaum Hawa . ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan . sebab tu lah insan yang berrrrr pasangan memang risau bila si laki mula rambang mata dengan si jelita yang ada kat sekeliling . ATTENTION PLEASE . kaum HAWA bukan setakat mampu memporak perandakan dunia lelaki . tetapi lelaki pown boleh diperhambakan kaum Hawa jika keadaan memaksa ^^

komen lia : hahaha . LEMAH jugak kan orang LELAKI ni . see? betapa KUAT nya orang PEREMPUAN hingga mampu buat lelaki menjadi LEMAH . untung kayy jadi perempuan *angkat kening dua dia* . so? kesimpulan nya takde lah KUAT mana  orang lelaki ni :p . wkwkwkwk *statement minta penampar :3

selanjutnya


A for AZAM . azam? haha . azam nama orang tu ke? LOL . main main ea kauu lia :3 . 

Lelaki adalah kaum yang penuh dengan AZAM dalam kehidupan . takkisah dari segi apa tapi laki memang penuh dengan keazaman . tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan azam dan impian . boleh dikatakan semua laki mempunyai impian menginginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai . sifat ini wujud kerana lelaki dah memang mempunyai LAGAK dan EGO yang tinggi . takmain lah dapat awek yang kurengggg dari yang lain . 

kata lia : lia amik sudut positif . haha . statement A for AZAM ni lia setuju . sebab? 1 . laki je ada nama AZAM . perempuan takde . wkwkwk . *lawakk nya aku rasa T_T . 2 . yang lia perasan la . lelaki kalau nak satu benda tu . dia usaha gila gila . usaha betul betul . sungguh sungguh semua sampai apa yang dia nak tu tercapai . selagi tak dapat . selagi tu dia usaha . ni yang bagus . tak mudah putus asa orang kata . haha . tabik hormat kejap kat kaum LELAKI ^^

selain itu ...


K untuk KASAR . penerangan?

Lelaki secara asas . basic nya adalah seorang yang KASAR . memang betul pun . kalau dah nama nya lelaki . mesti lah lagi kasar dari perempuan . sebab tu bila ada orang perempuan yang lebih kasar dari laki . laki rasa geli geleman . dia orang dah set kat kepala otak dia orang . perempuan mesti lah sopan . santun . ayu semua . ni kalau dah perempuan over kasar dari laki . erk . ngeri beb . takde kelas dapat awek yang kaki gangster . kak yong sana . kak yong sini . yang berotot kental semua tu . buat salah je . naya seyh . so pada dia orang KASAR ni hanya sesuai untuk laki je . ^^

pendapat lia : erk . TAK GENTLE lah kalau lelaki ni lembut . yang jenis stok kiokkkkk semua tu . minat pink semua tu . haha . suka pink takpe . ni kalau dah obses dengan pink . bilik pown warna pink . cadar katil . almari semua warna merah jambu . apa kata p tukar ic sana . ganti jantina kat IC tu . saya PEREMPUAN . tak sesuai beb laki ni lembut . TAK ROCK lahh . hilang MACHO . so? SORRY SORRY *lagu sorry sorry by super junior . banganggg nya kau ni lia T_T

akhir sekali 


I huruf akhir dalam perkataan LELAKI . membawa makna : ILTIZAM . descriptions?

Lelaki adalah kaum yang punyai ILTIZAM dalam kehidupan . erk? takpaham? lia pown takpaham . tapi lia cuba paham kan korang walaupun lia sendiri takpaham apa maksud iltizam ni . haha . seng sengal . maksudnya lelaki ada tekad yang hebat dalam mencapai impian . ini sedikit berbeza dan berlainan dengan AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi . ramai lelaki mencorakkan kehidupan mereka dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaian yang mampu digapai berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri . takpercaya? korang duduk sorang sorang . lihat sekeliling dan mula berfikir . then korang akan paham dengan sendiri maksud nya :D

akhir kata lia untuk akhir perkataan ini : yayaya . setuju much much dengan huraian I untuk ILTIZAM ni . bukti korang sendiri boleh nampak . boleh fikir . amik contoh mudah lah . laki nak usha sorang perempuan ni . mesti lah dia ada melakukan TINDAKAN untuk buat perempuan tu terrrrr jatuh hati kat dia . dia usaha dan melakukan tindakan . dan akhir nya? dia berjaya memiliki perempuan tersebut . contoh senang kan? ^^

dan akhir nya . TAMAT . yayaya . LELAKI . satu perkataan . ada 3 suku kata . kan? takcaye? cuba sebut . le . la . ki . kan 3 tu? haha :3 . ada 6huruf . tapi setiap huruf tu di belakang nya ada makna . maksud dan erti yang tersendiri . ^^ caya lahhh beb . salute kaum LELAKI *hormat kanann . hormat ^^

tujuan lia karang entry ni bukan nak memperkecil kan orang laki . kondem korang ke . apa apa ke . saje lia share ilmu apa yang lia dapat dari aktiviti selongkar menyelongkar tadi . unik apa kan ilmu apa yang lia share ni? hee . so? sorry sorry blablabla . tak habis dengan kpop . eyuuuu . lia bukan AYUNI kayyy . sakaii much . hahaha . kay serius laa . memain je kau ni lia :3 . so? hee . SORRY kalau ada huraian lia kat atas tuu buat korang terasa . tersentap . ampun maaf dipinta . itu hanya lah pendapat lia semata mata okayy . heyy . kita duduk Malaysia . bukan planet MATOKI . so semua orang ada hak nak bebaskan pendapat masing masing . kan kita mengamalkan sistem BERDEMOKRASI . *belajar sivik :3 . again . sorry kat korang TERUTAMA korang yang BERJANTINA LELAKI membaca entry ni :D . diulangi . itu hanya lah pendapat semata mata . :D

hipotesis : LELAKI PERLU PEREMPUAN . DAN PEREMPUAN PERLU LELAKI . 

hipotesis diterima . LULUS!

korang rasa entry lia berfaedah? LIKE yang kat bawah ni . tak berfaedah . ahhh . LIKE jugakk . hewww . suka hati korang lah . semoga ilmu yang lia kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua . yeayyy!!

last

IZHAM . ILAPYOU . PLEASE MOPP ME BACK . hahahaha . memang memang dan memang terejal . tettttt . talian terputus :3

sumber rujukan diperolehi : Majalah Yezz keluaran Julai 2009 

Friday 23 November 2012

Bukit Soga . Tasik Y . dan BPMall


patut nya dah update dari hari rabu lepas . tapi takde mood . so simpan buat perkasam dulu dalam draf . hari ni takde kerja nak buat . sebenarnya banyak keje nak buat . tapi malas . so lia buat lah kerja ni ^^ hehe .

okayy okayy . sebelum tu . huahuahua . nak tanya .  sape ANAK JATI BATU PAHAT? tekann like kat bawah tu nanti ea ;) . haha . saje tanya :D . hehe . cuti sekolah tahun ni . hm . boleh tahan la best . berjalan je keje nya . hewhew ^^ . keje habis kan duit . uhhhhh T___T . haha .  gambar kat atas tu kat mana? ehh? haha . mehh sambung baca kalau nak tau ^^

Rabu . 20Nov2012 . 

lia ajak akak angkat lia dengan adik lia naik Bukit Soga kat BatuPahat tu . haha . dah lama sebenarnya nak naik situ . cuma takpe peluang je nak naik . takde sape nak hantar . minta Nizam hantar . ahh manjang ada je alasan . busy keje lah . tu lah ni lah . kay takpe . ajak Fariz minta hantar . boleh dia tanya : Lia nak buat apa kat sana tu? LOL . aku nak pergi bertapa atas bukit tu beb . seng sengal ;3 . soalan macam tu pown nak tanya ke? -.-' . ajak AbgDaus . jawapan dia kelakar : kakak . kat situ banyak monyet lahh . malas ahh nak pergi . bhhhhh . last last . ada kak nurul . boleh lah minta dia tolong hantar kan p sana . hewwwww ><

perjalanan bermula 8pagi . kak nurul dengan kak ida datang rumah . amik lia dengan mimi . then gerak naik p BukitSoga . dah sampai . then . pose dulu depan papan tanda tu . haaa . gambar kat atas tu lah . haha . then mulakan perjalanan . takmo banyak cerita . mehh tengok gambar ^


yang sarung baju jersi malaysia tu kak nurul . yang pakai baju ala muslimah tu kak ida . yang pakai baju putih macam malaikat maut tu . haha . adik lia , :3


LOL . besarnya ulat gonggok ni . goreng sedap ni . hahaha . seng sengal . kau nak makan ke? *taknak taknak . geleng kepala :3


view sebelum sampai ke puncak BukitSoga ^^ . cantikkan . nampak semua ceruk bandar BatuPahat :D


hoorayyy . dah sampai puncak BukitSoga . huahuahua . lia nak gelak . sumpah taktipu . perjalanan setengah jam . haha . langsung takpenat . peluh kat badan tah berapa je yang keluar :3 . haha . boleh tahan lah best ^^ . kat atas tu takde macam kat puncak Gunung Ledang tu . dia ada pondok je ^^ . so let situ kejap setengah jam . nak rehat . amik gambar semua ^^


macam comel kan? kan . cepat ngaku! *parang kat leher korang :p


lia pown rasa mimi nampak comel pose macam ni . rasa kaki tangan ringan nak terbang kat muka dia . pangggg :3 . 

dah puas let . nak gerak turun bawah balik . haha . mimi menang . dia sampai bawah dulu . yla . takheran pown . bukan dapat award kan? :p . haha . then ajak kak nurul p Tasik Y pulakkk . hm . nasib permintaan di layan ^^ . hm . kejap nak kira berapa tahun lia tak pernah jejak kaki kat Tasik Y . 

*countingggggg

hahhh . 6tahun kot? JAKUN kan . pehhhhh MALU SIAKKKKK :3 . jadi orang BATUPAHAT . tapi takpernah jejak kat kat TASIK Y lepas 6TAHUN? pehhh . *tutup muka kejap . adoii lemas . keluarkan kepala balik . AHHH . legaaa ^^


muka ceria seceria kanak kanak ribena kelas kau jahhh :3 . haha . syok main kat situ sampai lupa nak amik gambar . nasib sebelum balik sempat snap . klik klik ^^ .

* kenapa aku rasa macam gemukk gula kat dalam gambar tu?

then lepas tu . gerak p BPMALL . kak nurul nak tukar kasut yang dia beli . sebab kasut tu belum pakai lagi tapak dah nak tanggal . haha kesian T_T . pergi BPM dengan ber sport shoes nya . dengan berseluar track suit nya . haha -.-'' . masuk BPM tayang muka taiko . hahaha . macam COOL seyhh pergi BPM sarung sport shoes je  ^^ . nasib ada sweater kuda belang paklong belikan kat Klang . haha . boleh cover line jugak . takde lah malu sangat . tapi still rasa comel apa? *bluekkkkkk -.- . baldi mana? :3 . bawak duit berapa je . hm . beli coolblog . dengan fast food kat Mr.Magic depan Food Junction tu . kenyang lah jugak kan ^^ . still rasa syukur . ALHAMDULILLAH :D

then gerak balik rumahh . yeayyy TAMAT .

entry kali ni . pendek nya? okayy la tu . ada jugak entry kan ^^ . sebelum berpisah . saksikan sedutan akan datang . kepala hotakkk kau :3


haha . photoshoot kat BukitSoga . hanya menggunakan SamsungChamp keluaran pertama milik adik :3 . thanks biyy :*

\

dah macam malaikat maut lia rasa dia pakai baju warna putih ni . nasih inner dia tu warna hitam . kalau tak . sheraammmm nya kita :3

ayat last? macam biasa ^^

untuk kak nurul : thanks bawak yanie dengan mimi jalan hiking naik bukit soga . jalan jalan pusing kat tasik Y . hehe . thanks a lot sis ^^

untuk adik si Syamermot *nama manja ibu lia bagi kat dia : haha . thanks sebab sudi penuhkan memory kad kau dengan gambar akak . haha . maklumlah . kamera dah jahanam la katakan . sori dik . gambar kau takbanyak . sebab tangan akak kalau amik gambar memang parkinson . dari azali agaknya macam tu . bergegar je habis :/ . hehe . so sorry ^^

untuk korang TERUTAMANYA budak BATUPAHAT : lia sarankan korang naik lah BukitSoga ni . dapat pengalaman baru . *yeke? :3 . korang akan dapat tengok view yang cantik dari puncak Bukit Soga ni .  serius . lia beria ria nak naik BukitSoga ni sebab saje nak cabar diri . haha . nak tengok stamina lia masih kuat lagi ke tak . yelahh . puncak GunungLedang dah sampai beb . takkan BukitSoga yang sekangkang kera ni pown takmampu nak naik kan? haha . dan ternyata stamina lia masih kuat lagi . even dah lama taksenam . even berat badan dah naik berkilo :3 . 

to be continueee . babai :*

best ke? tekan (Y) . takbest? . ahh kena jugak tekan (Y) tuu . yeayy . sayang korang :D

Tuesday 20 November 2012

entry tanpa ayat . tanpa backspace ^^



Monday 12 November 2012

SELANGKAH KE UNIVERSITI via UiTM Segamat


hewhew . kembali update blog setelah seminggu hilang . seminggu ke? oyehhh . cerita best ni . tengok title post . huyehhhh ;) . malas karang intro panjang . sebab cerita lia kali ni . ohsemmmm gila :D . superb best! ;)

dimulakan dengan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM 

tarikh : 10Nov 2012
lokasi : UiTM Segamat Cawangan Johor

flashback beberapa minggu sebelum :

cikgu Jamaton panggil lia . tanya nak join p Program kat UiTM tak? gila nak tolak? mesti lah nak! haha . so? cikgu pilih Fila . Epot . Bibah . Nadia . Soofiyah . Baha . Fitri . Lutfi dan Syabil . abang besar lia ikut ^^ 

kembali ke masa hadapan

pukul 8pagi . dah terpacak depan sekolah tunggu bus . semua dah ada . yang takde bus je . mana lah cik bus ni .  budak laki sempat p pasa beli makanan tunggu bus sampai . Puan Finas merangkap orang kanan Parlimen BatuPahat cakap cik bus p amik budak Ton Sardon dulu . ohh . gitu ea? beli jajan . coklat semua . buat bekalan dalam bus . di tunggu . akhirnya . sampai jugak bus nya . ohh . sekolah Ton Sardon hantar budak laki je . senggarang hanta campo . then cikgu cakap Convent BatuPahat pown join sama . so cukup lah korem ye ^^ . dah amik budak Convent terus gerak ke Segamat . dalam bus bosan . so takde kerja ni lah jadi nya :3

caption wajib :3 . pembuka kalam . -.-''

then . pukul 12 gitu kot . sampai kat UiTM Segamat . Kayy jakun satt -.-'' . 1st time mehh jejak situ . so takkisah lah kan kalau lia jakun kejap? ^^ . lepas daftar nama . akak fasi bagi kunci bilik . ehh kat sana tak panggil bilik . tapi panggil kolej . kayy paham . ni bukan asrama SBP bagai -.-'' . dia bagi baju . wooo . merah . peberet tuu >< . amik kunci . amik bantal dengan sarung bantal berserta cadar . then . check in bilik . nombor bilik : 216B . then dah pasang semua apa yang patut dipasang . tukar baju yang dibagi . get ready nak p lunchh . hah baguih la . perut pown dahh lapar ni -.-'' . sebelum tu

harus lah bergambar dulu ^^

okayy . lunch time . makan apa ekk? takingat . yang penting sedap . hewhew . then solat zuhur kat masjid AsSyakirin . hendaklak korang tahu ye . perjalanan ke tempat makan atau lebih dikenali dengan panggilan Medan Siswa dari kolej kediaman sangat jauh . hoho . satu minggu duduk sana berat badan lia boleh turun rasanya . dah selesai solat . kumpul kat depan Medan Siswa . lepas tu gerak ke DST a.k.a Dewan Sri Temenggong . duduk ikut parlimen . ada 7parlimen . yang penting parlimen KotaTinggi dengan Kulai takde kayy . baru berangan nak jumpa mira ke . nina ke . zulafiq budak tun habab ke . tapi takde pulokk . kecewa satt :3 . 

sesi icebreaking . sebelum tu akak akak dan abang abang fasi memperkenalkan diri dia orang dulu ^^

say hai to :

kak mira . kak roha . bro hisyam . bro afiq a.k.a abang kpop * dua abang ni geli kena panggil abang . so nak  pemes sikit . gelar lah bro ;) . tak lupa jugak kat abang syarani . uhhh . handsome nye >< . muka macam KFC . oii . bukan KENTUCKY FRIED CHICKEN okayy . tapi KHAIRUL FAHMY CHE MAT :3 . sebiji -.-'' . ni je antara nama yang diingati . maklum lah . dah lanjut usia . -.-'

kak mira selaku ketua fasi :D . then kak mira suruh kita orang beratur ikut parlimen . jadahh . lia beratur depan sekali dari parlimen batupahat . ahh dah biasa dah *angkat kening ziana zain . then . dia orang pilih ikut nombor giliran . so? lia kumpulan 1 . untung beratur depan sekali . kuikuikuih -.-

dah cukup 20orang ahli . jom mula kan sesi pecah ais batu . sedap tu buat ABC :3 . dahh sudah melalut -.-''
here we showed . members of group1

kenapa ohsem? shhhh :p

say hai to :

lelaki :
masao . zafri . mail . syukri .  ipin . fareza . lutfi . khairul . fazli . iwan . lagi sorang budak laki takingat nama . taksempat usha okayy :3

perempuan :
risha . ernie . wei tian . aisyah . jaykala . huda . Qeha . aikka . yanie .

macam takcukup sorang? sape ekk? -_-'

mulamula malu . elehhh menyampah -.-'' lepas tu . hamikk kau .  kecoh nak mampuih :3. ehh kejap . sape akak dan abang fasi kumpulan 1?

kak mira . dengan bro hisyam serta kak roha ^^ . 1st impression tentang dia orang semua :D

kak mira : nampak garang dan tegas . normal lah . ketua fasi beb . takgarang , tegas semua takjalan kerja ^^ . paling penting . lia jatuh hati dengan mata dia . awww . sepet nya . dan muka dia kan . macam Rafidah Abdullah . host 3R dulu tu . serius wa cakap lu

kak roha : kecik molek orang nya . orang JayBee . tapi kampung kat Senggarang . hewhew . dekat dengan kampung bibah . dan bibah kenal family kak roha . kak roha tak garang ><' . cakap lembut je . shuke nya ite . hee . 

bro hisyam : sempoi gila beb abang fasi group lia ni . dengan kitaorang guna aku kau je . fuhhh . garang tak? hee . taktau taktau *angkat bahu :p

sebelum tu . kak mira minta kita orang pass hp kat dia . dia tolong pegangkan . malam nak tidur baru dia pulangkan . haha . macam tau je lia nak buat dajal time dengar ceramah . pasang earphone dalam tudung . haha . nasib takjadi . hee :D . tulis nama . lekat kan kat hp . then pass hp kat kak mira . bye aiez :*

dah habis sesi ice breaking . lawatan ke kampus . huyehh . jalan time ;) . lawatan ke Perpustakaan Tun Dr.Ismail . UiTM Segamat ada dua library . baru dan lama . kumpulan 1 jalan ke library baru dulu . hewhew . kayy jauh . skru lutut longgar . tolong ketatkan -.-''

kami berada di library baru di UiTM Segamat ^^

lepas tu . tukar tempat pulak . p library lama . hew . maaf . takde gambar -.-'' . lupa nak amik sebab dah epnat berjalan . ni je yang sempat di snap :D


then solat asar . lepas tu minum petang . makan mee siam . kayy kenyang . erkkkkk -_-'' . lepas tu? yeahhh . riadah . main futsal . tukar baju dulu . simpan baju yang dibagi . gantung elok elok dalam bilik . kasi hilang bau peluh . sarung baju lestari . kumpul kat bawah kolej . gerak ke sektor B . yaAllah . jauh sungguh . sempat peluh dulu sebelum smapai kat gelanggang futsal . haha . main futsal ye . sory ahh . kaki bangku :3 . takrety beb . kalau takraw . hew . InsyaAllah rety *angkat kening :3 . parlimen BP hantar wakil budak convet . main lah korang puas puas dalam gelanggang . lia jenis main kalau seluar takkoyak tak sah . so decide duduk tepi je lahh . ni lahh jadi nya bila kebosanan menguasai diri :3


main sampai maghrib . penyudah nya parlimen BP dapat nombor2 . parlimen Segamat dapat nombor1 . kayy tahniah . yang laki taktahu cerita :3 . lepas tu terus ke masjid . solat maghrib berjemaah . lepas tu dinner time . makan nasi . lauk? heee . takingat -.-'' . *asal aku lupa ah semua lauk yang aku makan kat sana? -.-''
then balik kolej . mandi . ambil baju semua . serbu bilik air . kayy cun bilik air banyak kosong . mandi puas puas . pakai wangi wangi -.-' . then get ready p dengar ceramah kat Dewan Kuliah 1 . sebelum keluar bilik :D
puas dah bergambar? -.-''

then gerak p masjid . get ready untuk solat isyak . then selesai solat isyakk . kumpul kat bawah . gerak p Dewan Kuliah 1

gambar cik penceramah lupa nak amik -.-'' . tapi ceramah dia memang best ahh . tak ngantuk mehh . duduk depan sekali . acane lia nak tido? -.-''

hew . ni lah bro kpop . bro afiq . kecik je kan orang dia . kita orang main game siput siput . haha . dengan game banana .  bukan bananana yang kat tv3 tu tau . ni game lain ;p . haha . kayy sporting .

 tapi kan . takbest sebab kita orang kena . kena . hmm . kena tegur dengan dia dengan kak mira . sebab . sebab kami semua ada buat salahh . sentap sikit ahh :/ . kayy habis :D . lepas tu supper . minum kopi . makan pengat pisang . roti . woooo . ni bagi kopi taknak bagi orang taktidur malam ke? haha . ubat ni kak ^^ . haha . masa berhimpun abang fasi pesan . tidur malam kalau laki kalau panas bukak ah tingkap . kalau takberani . tutup je lah . yang perempuan kalau panas . bukak tingkap . tapi langsir . tutop . uhhh . kalau dah nama nya perempuan . bajet berani je nak bukak tingkap malam buta kan -.-'' . part paling takbest . abang fasi pesan :

" nak pergi toilet kalau dah lepas pukul 12malam makesure pergi berteman . jangan berani p sorang . sebab kolej korang tu bangunan baru . kalau p sorang . sure lah jumpa " 

lia ingatt okayy dialog dia . -.-'' *bulu roma aku meremang bhaiii taip dialog dia tu :3 . kayy mula cuak :3 . jalan balik p kolej . sampai bilik tukar baju . kak mira dah pulang hp . call aiez . haha . nak nangis cakap dengan dia jangan tidur selagi lia belum tidur . haha . kayy dia sayang lia . dia tidur duapagi tunggu lia tidur . hee . ite sayang awak pendekk :p . haha . part paling lawak . punya lah takut punya pasal . epot ke bibah . nak tertencing . dia tahan je . takut punya pasal kan :3 . lia cuak sangat sampai tidur satu katil dengan fila . sanggup okayy tidur share katil dengan dia. haha . otak memang dah fikir yang menakutkan . menyeramkan je lah . mesej ibu cakap takut . ibu suhh baca selawat dengan ayat kursi banyak banyak sampai terlelap . lia tidur dengar Beats . dan akhirnya . terlelap jugak . tidur dengan lampu bukak 1 . gelap sangat kalau tutup semua . seramm weyh :3


11 Nov 2012 , 445 Pagi

kayy dah pagi . morning . ^^ . soofiyah bangun then call kejut lia . haha . bangun pagi . amik baju semua . serbu bilik air . ingat taknak mandi tau . sebab sejuk . tapi tengok bilik air banyak kosong . then badan macam semacam je . lekit lekit . mandi lahh . hew . takde ah sejuk mana . pakai baju . mekap semua . get ready nak turun . solat subuh . dah lawa kan? so?


then . gerak p masjid . solat subuh jemaah . kay melting dengar suara tok imam yang jadi imam pagi tu >< . done solat subuh . kuliah subuh . masa untuk kerohanian ^^

fokus itu penting ^^

habis kuliah subuh . abang fasi bagi masa rehat sekejap sampai 645 . lia lelap mata 15minit . then?


next . senaman pagi . ingat buat gangnam style . rupa nya j-robik . silambam zapin semua keluar >< . kayy group 1 jadi pemes sekejap :3 . haha . zafri a.k.a artis yee dipanggil ke depan . joget tarian apa tahh . yang penting? dia nampak comel kat depan sana . ;) . dah puas senam pagi . sarapan pagi . makan apa ekk? kayy lupa lagi :3 . lepas tu . LDK dua : pengurusan masa . then . pukul 10pagi . minum pagi .  hewww . makan lagi . tambahh chubby lia ;3 . sempat snap dengan Qeha ;)

sibukk je mail kat belakang yang buat peace tu -.-''

lepas tu . sambung lagi LDK 3 . haha . ingat TITANIC tak? haha :D


habis LDK 3 . lunch time . makan apa . jangan lah tanya . lia takingat .__.' . dah makan . solat zuhur jemaah . solat terakhir secara berjemaah dengan dia orang semua . tapi lia . heeee . cuti kan . so? duduk luar . dan ni lah jadi nya bila 3kepala bergabung ^^


lepas solat . kumpul depan Medan Siswa . get ready untuk majlis penutupan . haha . masuk DST . waa . meja dah siap susun . ada high tea ^^ . jakunn kejap . dah duduk . tunggu majlis mula . amik gamba kejap :D


perasmi majlis penutupan :YB Dr.Hj Puad Zarkashi .
 dengar dia bagi ucapan . lia terlelap kejapp . TAK SENGAJA okayy . penat kot . tu yang terlelap . kayy alasan :3 . dah rasmi majlis . minum petang . kayy lia ingat lia makan apa . air anggur dengan kuih lapis warna hijau . pink dengan lagi satu warna . hee . takingat :D . dengar kuih tepung pelita . kenyang lah jugakk . fila suap lia makan mee siam dengan ayam goreng . manja lah konon nye tu :3

ehh nak tau . lia jumpa budak tasek utara tauu *angkat kening . haha . dia tegur lia dulu . masa nak p library . nasib lia teka nama dia betul . haha . dia comel ><

azahiratul nasuha . :*

then . dah puas makan . dah kenyang semua . masa untuk bergambarr :D . takmo cerita banyakk . tengok je lah apa yang ada kat bawah ni ;)

ramai kan? merahh nya ><

ni lah kak mira . CUN kan? CANTIK kan . tengok lah akak fasi group mana kan ^^

majlis habis 4setengah . then balik bilik . kemas barang . bukak cadar katil semua . check out bilik . bagi kunci kat akak fasi kat bawah . pulang balik barang barang yang dipinjam . then? salam cium laga pipi semua dengan akak fasi . abang fasi takbolehh . haramm . haha . naik bus . gerak balik batupahat . kayy nak nangis T_T . bye UiTM Segamat . UiTM Sentiasa Di Hatiku . ewaahh . sampai SMK Senggarang . 8setengah . hooo . lama idak? panas bontot doh dalam bus . haha . dalam bus . duduk sengan abee syabil . amik kau . sesi luahan perasaan antara abang dan adik . rupanya . lia dengan dia sedang mengalami perasaan yana sama . mesti lah . kami abang adik yang berbeza bin dan binti . berlainan darah . tapi mempunyai banyak persamaan dan equation yang sama . awww ><'' . tapi bila gaduh . wohaaaaa . teghukk :3

penutup kalam macam biasa :D

untuk abang fasi kumpulan1 : akak mira . akak roha . bro hisyam . thanks guide kami semua . thanks jadi garang dengan kami . terimakasih atas nasihat yang diberi . InsyaAllah . kami akan berusaha jadi yang terbaik . kita orang pown nak jadi macam akak dengan abang jugak . belajar sampai U . sambung degree semua . kak mira . sambung lah master . tunggu lah kami InsyaAllah kalau diizinikan Allah . akhir kata : terimkasih untuk segalanya . sayang sikit mehhh :* . haha

untuk ahli kumpulan 1 : tahu maksud sporting? haa . tu lah korang . tahu maksud gila? bukan gila yang taksiuman tu . tapi yang gila gila . haa . tu lah korang . ehemmmm . 

MAIL : mulut kau becokk sangat . kau laki 1st tegur aku kat sana . kayy kau taksombong . ;) . kuat gurau . nakal . boleh lah tahan muka . kalau jual laku :p

MASO ke MASOA : kau dengan aku takbanyak cakap . boleh lahh . yang penting taksombong :D
ZAFRI : artis ni . minta sign boleh? haha . kau ni nakal . banyak mulut pown ye . aku suka tengok kau buat flip dekat rambut kau tuu . ada gayaa :p . haha 
SYUKRI : haha . kau tulis apa kat kertas tu? " boleh tahan nampak peramah " . awww ><''
IPIN : huyehhh . kau dengan mail dengan zafri boleh ngam . haha . tengok korang bertiga . enjoyy lahh . tak kering gusi ^^
FAREZA : the most good looking dalam group1 . masa belum kenal . aku berteka teki dengan diri sendiri : melayu ke cina . sekali bagitahu nama : fareza . ohh melayu . haha .
yang lain : semua baik . sporting ;)

perempuan pulakk :

RISHA : ohh . kawan perempuan 1st aku tegur . heee . baik . taksombong ;)

ERNIE : the most good looking dalam group1 . untuk yang perempuan lah. cantik . lawa . cun . lagi? haha . yang penting . gilagila . taksombong . peramah . friendly . sayang kau erni :*
QEHA : goshhh . aku sayang kau mehhh . haha . serius ni . >< . taksombong . kita ada minat yang sama . BLOGGING , oyehhh!
yang lain? : Alhamdulillah . semua taksombong ;)

to afiqah humaira : thanks bagi pinjam kamera kau yang lawa tu . heee . sayang kau piqot . gambar dari kamera kau lengkapkan entry aku hari ni :* 


to budak parlimen BP : sorry kalau ada salah dalam bus . kbyee ^^

akhir kalam :

perjalanan ke UiTM memang ohsemm . perjalanan mencari ilmu . cerita baru . cerita budak U .  semoga apa yang diperolehi kat sana kat sini kita taklupa nak praktikkan . dan harap ilmu yang dibagi ada manfaatnya . doakan kami agar dapat ikut jejak akak akak dan abang abang sekalian :D

kejap . mohon perhatian :

doakan semoga abang lia . shahrunizam zainuddin dan kawan dia . faizal ithnin cepat sembuh dari kecederaan yang dialami . gigil weyhh eg bagitahu lia nizam accident malam semalam . haishh . semoga cepat sembuh harapnya . jasa kalian ALLAH yang mampu balas ;)

macam biasa . undi lah lia untuk idola kecik musim kelima ye? kayy sengal :3 . best tekan lah (Y) . kalau takbest pown . harap sudi lah cuit sikit (Y) kat bawah tu . haha .

gtg . bye . selamat malam . salam satu UiTM ;)
© Bunga Liar
Maira Gall