Saturday 13 January 2018

2k17's wrap & introduction of 2000 18



Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Syukur dah boleh log in semula blog.

Setelah menangis bagai nak rak, sampai rak patah akhirnya daku dapat balik log in blog ni. Sumpah lah bersyukur gila. Ya Allah. Banyak sangat kot kenangan dalam ni. Dari zaman sekolah menengah sambung ke poli sampai dah habis belajar semua. Rasa umur blog ni dah 7 tahun rasa cause I was starting blogging when I was 15 y/o. Suka duka seksa putus cinta semua bukti ada di dalam ni (tanpa pengetahuan Bubu) mau tak meroyan bila kau nak log in untuk update blog sekali tak boleh.

Intro 2018

13 hari dah Januari 2018 berlalu dan ini adalah entri pertama daku untuk 2018. Too bad tiada entri penutup 2017 seperti tahun lepas di mana entri terakhir adalah berkenaan azam 2017. Azam 2018 ya. Tak sempat fikir pun sebab dah 17 hari aku kerja 12 jam tanpa cuti. Celaka nya lah kawan kerja aku ni tapi the good side lebih lah jugak OT aku kerja untuk akhir tahun 2017.

Alhamdulillah, setelah 5 bulan kerja tanpa ada gaji basic, hanya gaji jam sahaja sebab part time kan so ditemukan lah rezeki lain. Masih dalam bahagian customer service cuma beza aku tak perlu lipat baju. Rasa sakit hati tengok orang kemboh baju then tak beli dan yang paling best kerja sekarang got no problem to main hp, sebab kerja aku memang kena dekat dengan hp. Environment kerja pun okay lah setakat ni sejak kawan kerja tu berhenti kerja yelah kalau tak aku susah hati duit cukup ke tak deposit cukup ke tak pebenda semua. RIP FO ...... Yes. Saya seorang receptionist sekarang :) . I am working at front desk department also sometime being HK also maintenance worker kadang check stok makanan dan minuman. So far okay! Jangan risau. Hatta kerja biashe biashe je tapi hujung bulan ni mini bike aku nak keluar dah. (NADA RIAK GILA)

2k17's summary

Cerita 2017 aku nampak sangat nais gila sehingga 8 April 2017 di mana hari aku tamat belajar secara tak rasmi sebab 8 April last day aku hadap paper exam makanya 9 April adalah hari aku balik terus Batu Pahat tanpa perlu fikir lagi Muadzam Shah sehingga bulan 7 atau 8 2018 (ya aku kena ke PMS semula untuk berkonvo dan berjubah yeay!) Too bad, 9 April hari paling menduka citakan aku yang mana sampai mati pun aku ingat moment aku terima berita makcik sedara aku meninggal sebab kemalangan time nak lintas jalan raya. Ya aku takkan lupa. Dan moment aku terpaksa lepaskan rasa I-CANT-GO-TO-KUALA KANGSAR- untuk kerja di sana seperti yang dijanjikan aku dengan bos sebelum aku masuk sem 5. Nak redha tu weh. Tak senang :)

Also, momen aku tiba tiba bercinta dengan kawan baik aku, bekas kekasih zaman tingkatan satu dan senior also cikgu math aku masa form 4 dan form 5. Ye jangan risau. Tak tukar pakwe lain dah. Penat lah flirting. Ingat senang? No lah this one I hope being the last one terus sebab dia ni ramai dah berkenan nak buat menantu so sebelum dia dimenantukan oleh sapa sapa baik aku ikat baik baik terus atau aku yang bakal kerugian nanti. (haha yang follow ig je tau sapa mangkuk ni ; sorry dude. Im not gonna post your face inside here till the day you bring your family to ikat me hahaha ; raya 2018 ;p )

And momen aku check in kat adik aku kat UiTM Bertam. Preparation last minit gila but Alhamdulillah sangat dimudahkan also terima kasih kepada driver dari Kuala Kangsar sanggup membantu daku waktu tu. Dan ya, adik baru je habis paper untuk 1st semester harap 1st sem dia dah boleh kumpul DL with 1st honour lah. Try to beat me with 5x DL sisthur. Kahkah (aku bakar Nursyamimi ni)

Anything else?

Pakej pelancongan

As yang korang tau, aku memang jual pakej pelancongan. Mana mana pun aku jual kecuali ke neraka je la aku tak buat sebab tu kau boleh buat sendiri maka sekaligus kau dah menempah pun tiket ke sana cuma perlu tunggu masa. Sebab dah busy kerja yang mana on duty jam 7 pagi balik 7 malam pung pang gini apa semua sampai rumah dekat jam 8 malam maka aku tak sempat fikir nak update mana pakej tuu sebab dalam benak, yang aku nampak ialah makan mandi solat dan tidur. Eh date pun tak sempat sangat k (bwekkkkkkk) So kalau korang nak berjalan tapi takde arah tujuan dan perlukan bantuan aku boleh tolong mana yang boleh. WS je la aku. Aku bantu. Ya bantu. Tapi tidak dari segi duit. Harap maklum

Kemalangan semula lepas 7 tahun

It's happened again. Kali ni tak hentam apa apa tapi memang nyata salah yang nak lintas jalan time hujan tak toleh kiri kanan hingga menyebabkan aku terpaksa tekan brek sampai bergego tayar belakang. Ending dia motor dah jatuh aku fly ke depan. Phewww baik dia punya landing. Dalam hujan. Atas jalan raya. Disaksikan oleh orang yang hampir nak hentam aku tengah jalan. Usai jatuh aku terus duduk tepi jalan benda pertama aku fikir. BABI MOTOR AKU SIAL. Tak fikir dah luka di tangan, sakit kat bontot sebab terhentak tapi aku fikir motor dulu hingga aku tanya kat budak tu

dik motor akak tu sapa nak bayar?

walhal motor tu takde la teruk mana. Eh pakwe aku kot? Nombor dua lagi. Gila tak fikir pasal keadaan dia terlebih dahulu?

Ya kak, salah saya. Minta maaf. Akak nak saya bayar berapa?
Minta lesen.
Sori kak. Takde lesen
Oh faknya dalam otak aku waktu tu. Minta IC
Tak bawak ic kak.

ALA BEBAL LA BUDAK NI. DALAM HUJAN MENYUSAHKAN AKU

ending dia, dia bayar lah aku rm30 tapi yang gampangnya pergi klinik check semua kena bayar rm45. Oh harey nya lepas tu contact balik budak tu minta claim lagi dia tukar nombor. Report kang kat mak ayah baru tau!

ending 2k17

Tak tahu lah belajar apa untuk 2017 ni tapi aku cubalah untuk kenang balik manusia manusia yang baik perangainya dengan aku. Yang mana kalau minta tolong mana aku boleh tolong aku tolong. Yang tak dapat tolong aku tolong jugak tapi yang aku mampu je. Selain tu, untuk orang orang yang kerja asik nak susahkan aku. Punn aku ingat jugak tak lupa cuma nama korang dah kena black list untuk aku buat kebaikan pada korang. Terutama manusia manusia yang jenis datang rumah ke apa asik la cakap besar nak beli vios kat mak aku tapi dah bertahun kesan tayar vios pun takde kat rumah dia. aku yang tiba tiba nak ada kenderaan lain (bakar lagi bakar lagi) . Sori dah 22 tahun ni kepala batu aku makin menjadi jadi. Kuat dendam pun ya.

Kita akhiri entri pertama 2000 18 ni dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr

ADIOSA


© Bunga Liar
Maira Gall