Sunday 12 August 2018

21 July, First Solo ride ; Mini Ride & TTS Official Owner Southern Tiger Region


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani



Azam 2018 sangat tercapai bila mana impian nak ada TNT 135 tercapai. Lepastu boleh pulak join group whatsapp TNT Malaysia dengan yang Johor punya. WOW! Memang tiada satu pun nikmat Tuhan yang aku dustakan untuk 2018. Dari awal diinvite dalam group sampai boleh lah kacik dengan set set abang motor phewwwwwwww memang out of imagine gila! Serius tau dari kecik kau bayang benda ni sekali bila Tuhan bagi izin jadi kau memang rasa nak guling guling bahagia sambil turun gunung dengan pakai telekung. Punya nak bagitau yang memang tengah bersyukur dan bahagia. Cuma tak faham motif nak golek turun gunung pakai telekung. Pffft

Apa ek nak cakap pasal mereka ni?

Mengenali, dan berbual dengan mereka dalam group aku boleh rasa tak wujud diskriminasi antara si lelaki dan perempuan. Si lejen otai dengan yang nubis. Bila bertanya hal motor, jarang tak dijawab. Sapa tau Insyaallah akan tolong jawab. Setakat ni masih belum rasa wujud manusia yang selalu wujud dalam certain kroni tapi moga moga tiada lah orang mcm gitu. Keterbukaan mereka menerima saya selaku rider wanita, ahli group yang kenit memang kadang kadang buat rasa terharu. 

21 Julai yang lepas, satu mini ride telah diadakan.
Meet point ; Tambak Laut, Pontian

Hahaha! sejak jadi set gini pandai dah ek cakap guna bahasa gini? Choi!

21 Julai tu tamat tugas jam 7 malam. Tepat je 7 malam terus gerak dari BP ke Pontian. Mujur dah siap tukar baju kat tempat kerja maka tak perlu lah berhenti kat mana mana untuk tukar baju. Satu jom ride sorang boleh bayang tak bertapa bosan atas tu? Hahaha. Dia puya rasa bosan, sampai rasa nak nangis

Bila doh nak sampai Pontian ni -.-

Gentle Lia ckp, sampai Tambak Laut tangan gigil hahahahaha kebas pun ya sebab takde berhenti pun. Punya nak sampai sana on time. Maghrib set yang dari JB dah tiba. Lagi lah gelupo aku atas motor. Bila nak sampai, bila nak sampai -.-


Set JB dah sampai Tambak Laut!


Alhamdulillah. Saya selamat tiba. Blurr tak hilang tau, gigih cari diorang rupanya mereka kat tepi laut betul. Mereka nampak saya tiba kat tepi jalan tu menjerit memanggil nama saya. HAHAHA. Weh comel! Berlalu lah saya kepada mereka dengan malu malu kucing. Pulak tu kena parking motor masuk bontot dulu. Haduhh terkial lagi -.-.

Sampai je situ, diperkenalkan oleh si Kucak kepada ahli yang lain. Ada sapa ek? Zaf, Irfan, Iman, Zul KSR, Man Piang KSR, Wan KSR, MR Seng. Kechik. ok yang lain tak ingat. Hampun!

Kak Siti so nais, datang terus approach Lia. Hhahahahahaa. Mungkin tahu kita malu? Ehhh


Guess what, aku memang salute Kak Siti ni. Dia dari SG bhai. Sorang. & berani!

Lepas Isyak, dah tenang sikit hilangkan gigil kat tangan. Kucak (Takleh lah panggil dia Kucak, nama dia Hazli. Tapi dia tak puas hati aku panggil dia Cik Li! Hahahah!) tengok tengok sikit motor. Hahahah ramai ramai pelik apehal fork aku rendah.

Habang semua, saya ni tak beso mana. Kaki pun pendek hhahahaha

Settle tu, ayuh ke Mandella!



Itu Iman, lepas tu sebelah tu Mr Seng.


Ok. Aku ingat semua yang dalam ni kecuali dua depan ni. Zul dengan apa ek? Hahahahaaa

Dari depan ; Lia. Kak Siti, Kechik, Iman, Hazli, Irfan, Iwan (kot), Man Piang, Zaf yang selalu seme seme hahahaha, Mr Seng dan dua orang itu serius lupa nama.

Mandella was nice. Potion makanan puas hati. Banyak dan sedap! Tapi, kau perlu sabar! Dia punya lama, kami sempat ke Kukup kejap! Dah balik pun yang diorder masih belum sampai! Hahahaa! Iman sampai bangkit tuju dapur kau tau! Punya mental hadap situasi ni. Lapar lagi. Lama pulak tu

Disebabkan Lia sorang dari Batu Pahat, maka lepas makan mereka yang lain berbesar hati tolong hantar sampai Senggarang dan mereka ke Minyak Beku, BP lepas tu baru gerak balik JB!


Ia adalah masa luaskan bulatan diri
Cari kehendak diri
Apa yang dicintai
Selain tambah ilmu dalam diri

Sebab Nursyazani sangat sifar mengenail ilmu motor. Maka dia perlu berkawan dengan mereka yang seperti ini supaya kalau lah tiba tiba Nelly mati tepi jalan dia pilih untuk cari punca masalah dan settlekan masalah motor tu instead of nangis tepi jalan dan baru fikir apa benda masalah motor ini.

Boleh nampak yang mereka dlm RJ sangat tak lokek kongsi tips apa benda kena buat kalau motor da masalah. Roger  kat mana jual tayar murah tapi kualiti baik selain kadang kadang ada tazkirah pagi dan peringatan dari Tuan Presient. Hei Mr President TNT 135 bukan calang calang orang ok? 

Untuk mereka yang tahu mereka kroni RJ/TNT 135 M ;

Terima kasih banyak banyak.  Sebab korang menerima sangat si Ilya ni dengan tangan terbuka, Yang wanita even belum ada jumpa lagi tapi peramahnya sangat ok. Yang lelaki apetah lagi. Dapat point membahan phewwww -.-

Benda yang salah satu memang takkan nyesal buat ;

Beli motor dan kenal korang semua!

Entri ini ditaip dengan perasaan rindu yang tebal terhadap Red Nelly sebab dah kali kedua masuk centre! Apa benda lah kerja nak rosak je. Tukar lain kang?!



Adiosa!

14 July ; Tied the knot [ Syz4ni & Sh4hrul ]


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani


Entri ditaip dua hari sebelum genap satu bulan menjadi tunangan orang.

Alhamdulillah. Syukur nikmat. Tuhan izin apa yang dirancang berjalan dengan baik dari awal sampai akhir. Syukur sangat. Lima dulang untuk pihak lelaki tiba tiba jadi 10 dulang dek saudara mara yang datang berbesar hati nak bagi sekali. Mujur memang ada dulang lebih. Yang pasti aku memang bengkek jugak hati pihak lelaki banyak nya lah dapat makanan, jajan, kek, coklat, bronis lagi! Untung lah.
Sapa eh cipta adat pihak lelaki kena dapat lebih? Aku dari haritu buat isi ni isu besar! Kah


Mekap untuk majlis tunang. Request nude look. Tak nak pink pink kat muka 

Summary majlis ;

14 Julai, 2.30 petang pihak lelaki sampai rumah. Adalah dalam 3/4 buah kereta. Campur kereta family lia yang dari Klang, JB, Kota Tinggi, Gemas fuhh penuh jugak lah laman rumah. Mujur sewa khemah, kalau tak payah jugak tetamu nak makan. Makanan yang ditempah Alhamdulillah habis. Semua puji sedap. Tak campur lagi pencuci mulut. Kuih lah. Aduh lapar bila ingat -.-
Mereka sampai. Sesi perbincangan berlaku Ikat berapa lama semua. Time nikah nanti nak bawak dulang lagi ke bla bla. Lia tau pun sebab kekawan Lia yang datang duduk tepi pintu bilik nak dengar apa yang patut. Mereka kat luar sibuk bincang, aku dalam bilik. Gelupo lapar. Last makan 10.30 pagi, sarapan nasi lemak. Lepas tu mandi, mekap je dah dua jam. Sempat bhaii tertidur -.-
Sampai ke saat dah duduk kat kerusi untuk acara sarung cincin aku masih tenang, tangan tak sejuk. Masih rasa ; ehhhhhhhh nk bertunang dah ke? Hahaha. Dua cincin dah selamat tersarung kat jari. Cincin risik, cincin tunang. Officially kena ikat. 

EX CON HAS BEEN TIED!

Lepas majlis tu, cik tunang (bwekkkkkk ; janggal nya) terus cari panggil kita kat pintu rumah nak tengok kita. Hahahaa MALU SIAL! 

Tempoh ikat ; 1 tahun hidup
Jangkaan majlis ; Yang pasti time budak U cuti sem

Status dah berubah.
Dulu bercinta, sekarang bertunang.

Lia masih lagi nak adapt dengan bawak status diri yang sekarang ni. Satu minggu lepas majlis, dia datang makan kat rumah. Janggal sangat weh. Lagi time hidang makanan tu. Sebelum ni hidang makanan saat dia sebagai seorang kekasih. Sekarang hidang makanan kepada dia yang dah jadi tunang. Hahaha. Aku rasa nak sorok je bawah meja makan tu. Segan tahap gaban kahkah!

Satu yang lia perasan, dah jadi tunang ni kepala hotak memang kena jadi matang gila! Bila gaduh mulut dah kena jaga. Jaga apa tau, kalau dulu time bercinta gaduh sikit haaaa mula la ayat minta ditinggalkan walau pun tau manusia tu memang takde nya nak layan tinggal kita. Sekarang bila gaduh cuma perlu tarik muka, buat muka atau diamkan diri. Sebab dah takleh keluar ayat tutttt. Hubungan yang sekarang libatkan dua keluarga. Syazani perlu jadi matang. Macam mana pun aku yakin selagi Tuhan izin, tiada sebab yang tak logik untuk aku tinggal dia, dia tinggal aku. Kalau tiba tiba time bertunang ni dia buat perangai yang dia tak pernah buat time bercinta aku kena check dia dah kena calit dengan minyak apa! Sebab Mohd Shahrul memang sayang betul kat Nursyazani.

Setahun tu kejap. Sekarang dua orang tengah mental kumpul duit.

Doakan yang terbaik ya untuk kami? Jika diuji pun moga ujian itu hikmahnya menguatkan kami berdua bukan melemahkan. Tuhan tau mcm mana perlunya Nursyazani akan Mohd Shahrul

Kepada yang banyak tolong ; anda tahu siapa diri anda.

atok sedara, pakcik sedara, abg sedara yang tolong masak soto ayam, kroni bistro yang tolong buat pelamin

Terima kasih banyak banyak. 

Adiosa!
© Bunga Liar
Maira Gall