Tuesday 27 November 2012

L stands for LELAKI



gian nak berupdate blog datang . serius taktipu . rindu much much kat blog . tengok orang update blog . haha . pehh . idea melimpah ruahh . haha . mohon kongsi bersama . lia dari petang tadi nak update blog . tapi takde bahan nak goreng . bukan kata bahan . tajuk besar the main idea pown takde . pehhhh *fliphair :3 . takpernah kering macam ni -.-'' . so lepas maghrib tadi . dah siap mandi semua . dah wangi . heee . selongkar almari . bukak majalah apa yang ada . cari idea nak goreng . nak masak malam ni . haha . kelihatan lia sangat lega bila dah jumpa tajuk apa yang lia rasa nak goreng malam ni . hewww
ehh . sebelum tu . ehemmmm . lia kan . dah lulus test komputer . haha . bangga kejap . :3 . tahniah kat kawan  kawan lia . atyqa azman . abiyy . pecha dan bieba . haha . rabu ni p dengar ceramah untuk kelas yang kedua . then minggu depan dah boleh buat lesen L . lepas tu pegang 3bulan lesen L. haha . yeayyy . dah boleh merayap . nak pergi mcD Parit Raja ke . KFC Rengit ke . CoolBlog kat Rengit tu ke? haha :D mohon jeles :3 . tapi yang takbest . kena pasang ke plat L kat motor tu? malu la . jatuh saham rider terhebat . puihhhh :3 . kayy stop cerita pasal lesen L tu . kau batak ke? kayy lia senyapp -_-''

panjang pulakk intro lia malam ni . kayy nak masuk ISI entry . haha . sekian lama *ayat baku* lia takupdate blog dengan entry berlabel : tips . cara cara or anything else lah . malam ni terbukak pulak hati nak buat entry macam ni . haha ^^ .honestly entry yang lia buat ni khas untuk orang LELAKI . diulangi untuk LELAKI . tapi takbermakna yang gegirl takboleh baca kan? *angkat kening ^^ . kita semua boleh baca . yeayyyy . kau dah kenapa? sawan? -..-'' . 
jom mula baca ! :D
lelaki . ohhh . perlukah lia taip guna huruf besar? kayy takpe . lia taip guna huruf besar . one by one . 
L E L A K I 

tahukah anda . setiap huruf yang ada kat perkataan lelaki tu mempunyai maksud maksud yang tersendiri? erk . taktau? takpe . mehh lia bagi tauu . hewww . lets check it out ^^ . starting it using by the capital

L . huruf permulaan bagi perkataan LELAKI . apakah makna nya?

LAGAK . Lelaki adalah kaum yang dilahirkan dengan LAGAK dan penuh gaya . mudahnya , lelaki suka menonjolkan diri nya di khalayak sebagai seorang yang hebat dan istimewa berbanding kaum hawa yang selalu nya lebih low profile . kalau takcaye . tengok kawan laki sekeliling kita . lelaki sejati sememang nya action lebih :p

huraian : haha . betul lah tu . bahasa formal : LAGAK . bahasa pasar : BAJET . BELANJAWAN . haha . just saying -.-

next ...


E . huruf kedua lepas huruf L dalam perkataan LELAKI . LOL tu pown nak cakap ke? -.-'' . ertinya?

EGO : lelaki merupakan kaum yang EGO . dah puas dengan LAGAK yang kat atas tu . kita cerita pulak dengan bab yang memang taksilap lagi milik lelaki . keegoan yang tinggi datang dalam jiwa lelaki kerana tu memang dah sifat dia . semula jadi dah macam tu kerana dia ingin dilihat sebagai hebat dan berbeza . yang perempuan takyah marah kalau lelaki ego kerana realitinya . tu lah lelaki sebenarnya ;)

huraian : haha . bukan laki nama nya kalau takde EGO ni . EGO dan LELAKI . tu lah sahabat sejati dia . hewww . lia teringat soalan cikgu BI lia . cikgu Hikam . soalan dia : benda apa yang orang lelaki ada . sangat tinggi . nama dia macam motor . pemes ni . haha . kita orang satu kelas pk . mende lah jawapan soalan cikgu Hikam ni . haha . malas nak fikir . cikgu Hikam bagi jawapan : EGO lahhh . haah lah . EGO . haha . boleh takterfikir tu jawapan dia kan? -.-'' . macam mana nak rendah kan sikit EGO orang laki ? haha . kasi potong  EGO nya biar rendah? wak luuu -.-'' . hee . tak jumpa lagi jawapan tu . wkwkwk :3 . 

huruf seterusnya ^^


L untuk LEMAH . erk? kenapa lemah? sila sambung baca ^^ 

Lelaki nampak macam hebat tapi LEMAH pada kaum Hawa . ini dah memang jadi fakta dalam diari kehidupan . sebab tu lah insan yang berrrrr pasangan memang risau bila si laki mula rambang mata dengan si jelita yang ada kat sekeliling . ATTENTION PLEASE . kaum HAWA bukan setakat mampu memporak perandakan dunia lelaki . tetapi lelaki pown boleh diperhambakan kaum Hawa jika keadaan memaksa ^^

komen lia : hahaha . LEMAH jugak kan orang LELAKI ni . see? betapa KUAT nya orang PEREMPUAN hingga mampu buat lelaki menjadi LEMAH . untung kayy jadi perempuan *angkat kening dua dia* . so? kesimpulan nya takde lah KUAT mana  orang lelaki ni :p . wkwkwkwk *statement minta penampar :3

selanjutnya


A for AZAM . azam? haha . azam nama orang tu ke? LOL . main main ea kauu lia :3 . 

Lelaki adalah kaum yang penuh dengan AZAM dalam kehidupan . takkisah dari segi apa tapi laki memang penuh dengan keazaman . tiap awal tahun diari tahunan dah penuh dengan azam dan impian . boleh dikatakan semua laki mempunyai impian menginginkan pasangan yang tercantik dan terhebat di mata ramai . sifat ini wujud kerana lelaki dah memang mempunyai LAGAK dan EGO yang tinggi . takmain lah dapat awek yang kurengggg dari yang lain . 

kata lia : lia amik sudut positif . haha . statement A for AZAM ni lia setuju . sebab? 1 . laki je ada nama AZAM . perempuan takde . wkwkwk . *lawakk nya aku rasa T_T . 2 . yang lia perasan la . lelaki kalau nak satu benda tu . dia usaha gila gila . usaha betul betul . sungguh sungguh semua sampai apa yang dia nak tu tercapai . selagi tak dapat . selagi tu dia usaha . ni yang bagus . tak mudah putus asa orang kata . haha . tabik hormat kejap kat kaum LELAKI ^^

selain itu ...


K untuk KASAR . penerangan?

Lelaki secara asas . basic nya adalah seorang yang KASAR . memang betul pun . kalau dah nama nya lelaki . mesti lah lagi kasar dari perempuan . sebab tu bila ada orang perempuan yang lebih kasar dari laki . laki rasa geli geleman . dia orang dah set kat kepala otak dia orang . perempuan mesti lah sopan . santun . ayu semua . ni kalau dah perempuan over kasar dari laki . erk . ngeri beb . takde kelas dapat awek yang kaki gangster . kak yong sana . kak yong sini . yang berotot kental semua tu . buat salah je . naya seyh . so pada dia orang KASAR ni hanya sesuai untuk laki je . ^^

pendapat lia : erk . TAK GENTLE lah kalau lelaki ni lembut . yang jenis stok kiokkkkk semua tu . minat pink semua tu . haha . suka pink takpe . ni kalau dah obses dengan pink . bilik pown warna pink . cadar katil . almari semua warna merah jambu . apa kata p tukar ic sana . ganti jantina kat IC tu . saya PEREMPUAN . tak sesuai beb laki ni lembut . TAK ROCK lahh . hilang MACHO . so? SORRY SORRY *lagu sorry sorry by super junior . banganggg nya kau ni lia T_T

akhir sekali 


I huruf akhir dalam perkataan LELAKI . membawa makna : ILTIZAM . descriptions?

Lelaki adalah kaum yang punyai ILTIZAM dalam kehidupan . erk? takpaham? lia pown takpaham . tapi lia cuba paham kan korang walaupun lia sendiri takpaham apa maksud iltizam ni . haha . seng sengal . maksudnya lelaki ada tekad yang hebat dalam mencapai impian . ini sedikit berbeza dan berlainan dengan AZAM kerana ILTIZAM disertai dengan tindakan dengan tekad yang tinggi . ramai lelaki mencorakkan kehidupan mereka dengan ILTIZAM yang terhebat agar pencapaian yang mampu digapai berbaloi untuk dibanggakan bagi memenuhi LAGAK dan EGO diri . takpercaya? korang duduk sorang sorang . lihat sekeliling dan mula berfikir . then korang akan paham dengan sendiri maksud nya :D

akhir kata lia untuk akhir perkataan ini : yayaya . setuju much much dengan huraian I untuk ILTIZAM ni . bukti korang sendiri boleh nampak . boleh fikir . amik contoh mudah lah . laki nak usha sorang perempuan ni . mesti lah dia ada melakukan TINDAKAN untuk buat perempuan tu terrrrr jatuh hati kat dia . dia usaha dan melakukan tindakan . dan akhir nya? dia berjaya memiliki perempuan tersebut . contoh senang kan? ^^

dan akhir nya . TAMAT . yayaya . LELAKI . satu perkataan . ada 3 suku kata . kan? takcaye? cuba sebut . le . la . ki . kan 3 tu? haha :3 . ada 6huruf . tapi setiap huruf tu di belakang nya ada makna . maksud dan erti yang tersendiri . ^^ caya lahhh beb . salute kaum LELAKI *hormat kanann . hormat ^^

tujuan lia karang entry ni bukan nak memperkecil kan orang laki . kondem korang ke . apa apa ke . saje lia share ilmu apa yang lia dapat dari aktiviti selongkar menyelongkar tadi . unik apa kan ilmu apa yang lia share ni? hee . so? sorry sorry blablabla . tak habis dengan kpop . eyuuuu . lia bukan AYUNI kayyy . sakaii much . hahaha . kay serius laa . memain je kau ni lia :3 . so? hee . SORRY kalau ada huraian lia kat atas tuu buat korang terasa . tersentap . ampun maaf dipinta . itu hanya lah pendapat lia semata mata okayy . heyy . kita duduk Malaysia . bukan planet MATOKI . so semua orang ada hak nak bebaskan pendapat masing masing . kan kita mengamalkan sistem BERDEMOKRASI . *belajar sivik :3 . again . sorry kat korang TERUTAMA korang yang BERJANTINA LELAKI membaca entry ni :D . diulangi . itu hanya lah pendapat semata mata . :D

hipotesis : LELAKI PERLU PEREMPUAN . DAN PEREMPUAN PERLU LELAKI . 

hipotesis diterima . LULUS!

korang rasa entry lia berfaedah? LIKE yang kat bawah ni . tak berfaedah . ahhh . LIKE jugakk . hewww . suka hati korang lah . semoga ilmu yang lia kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua . yeayyy!!

last

IZHAM . ILAPYOU . PLEASE MOPP ME BACK . hahahaha . memang memang dan memang terejal . tettttt . talian terputus :3

sumber rujukan diperolehi : Majalah Yezz keluaran Julai 2009 

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall