Monday 5 November 2012

cerita kat PUSAT KOKU JB satu tahun lepas 8-11/11/11


hoi . taksekolah ea kau hari ni lia? oo ponteng . ngadu kat cikgu :p . wekwek wek . tak takut tak takut :3 . haha . kayy dah la tu bergurauu -.-''

so apa kes tak sekolah hari ni? haha . malas la nak cakap . ramai kot taksekolah hari ni geng lia . pakat ramai ramai tanknak datang . lia . nena . abiyy . bibah . ahh bagus . tahun depan kalau kena mention kat perhimpunan time 2Januari 2013 , naik pentas ramai ramai . so what? kami senior beb tahun depan . nak takut apa lagi . kan? * angkat kening . haha . tapi ada jugak geng lia yang baik anak pelajar solehah sekolah . fila aina dengan aisyahh sekolah hari ni . bagus anak anak ku . :3

uhh . cuaca sekarang hujan je . kan? batupahat kat parit sulong dah banjir . haha . semoga bpmall takbanjir hendaknya . takut takde tempat nak hang nanti :p . haha . ahh sudahh . dahh gaya pembaca berita yang bahagian kaji cuaca je rasanya sekarang ni . apfttt :3

kay intro habis . *menahan sakit pelot :3

dah ujan ujan ni lia rasa taktahu nak buat apa . dah ujan ni takkan nak keluar date pulakk . ehh lupa . pakwe tengah spm . kayy gedik . sape sape? tengok relay lia . haha . puihh :3 . nak makan . stok makanan kat dapur bulan ni belum isi . so ikat perut . so kesian . nak tidur . tak ngantuk . ditambah sakit perut yang . yang . ahh . yang sakit amat . memang taklena lah lia nak tido . haha . so decide nak update blog . sejak blog lia makin comel *aku nak baldi sekarang . makin rajin pulak nak update . haha . puihh la :3 . sakai seyhh . kay lah . malas cakap panjang . so . jom sambung baca :D

START

tahun lepas . habis pmr . waa . sekolah lia . sekolah kebangaan . *ayat kau takpayah nak over sangat boleh? :3 . haha . buat macam macam aktiviti . agak ohsem ahh . egg tower . telur terapung . treasure hunt .  ahh macam macam . yang kompem . budak pmr tahun ni takrasa sangat aktiviti kita orang batch 96 lepas habis pmr . woot woot . jeles takk? :p

satu pagi yang hening . haha . wani panggil lia . dia cakap cikgu mustafa cari budak nak join kem . dia cakap peringkat negeri . walaweyh . lia dengan aini . dengan epot pecut gerak bilik kaunseling . konon nak join . sekali dapat . *buat gangnam style . budak laki . yang ikut . mirul kecik . nasir . zaim dengan sape tah lagi sorang . serius lia lupa . haha . so? isi borang semua . dan dan minggu depan gerak . huyehhh :3

kira ni 1st time lia join kem peringkat negeri . haha . so memang lah agak jakun gila sangat vavi . nahh kau . semua keluar . memang jakun lah tu :3

tarikh penyertaan : 8-11 November 2011
tempat : Pusat Kokurikulum Negeri Johor , JB . Kem Tasek Utara

HARI PERTAMA

lepas rehat . team senggarang gerak . sampai johor pukul . entahh tak ingat . yang penting petang . sampai je terus daftar nama . haha . lia guna nama


masih tersimpan kukuh dalam almari medal lia . haha ^^ . apa jadah kau tayang Beats kau lia? ahh suka hati aku :p

hm . then letak beg kat kantin. masuk dewan . dengar taklimat. jurulatih pertama lia kenal: tuan akmal. peh . garang gila. tapi satu yang lia suka pasal dia: pandai melawak. yeah.


tuan akmal . ohh so jojes ><''

 lepas tu sesi melantik penghulu dengan penghuluwati . haha . masa ni . lia pilih je mana berkenan . tapi lia tengok kriteria . ahh . Mohd Kahsmir jadi pilihan . haha . ni orang nya

tokk . minta maaf . saya songlap gambar tok . btw . tok handsome ^^


penghuluwati pulak? budak bp mehh . syed esa mari . chinese student :D . dia yang takpakai tudung tu . haa . dia penghuluwati . haha . jumpa dia masa kat kem RIMUP kat kem Tanjung Labuh dua bulan lepas ^^

then minum petang. ok. masa minum petang kan, lepas semua orang da hadap makanan masingmasing kita orang kena tunggu semua peserta lain. mean sampai semua ada. then baca doa makan. lepas tu cakap: JEMPUT MAKAN TUAN, JEMPUT MAKAN PUAN, JEMPUT MAKAN KAWAN2, JEMPUT MAKAN SEMUA. haha. lia mengekek je ketawa time dengar tuan akmal cakap macam tu. kalau kat rumah cakap macam tu rasa lia tak yah makan pown tak pe la kot. kenyang makan pinggan. hihi. lepas tu baru makan. then solat asar. lepas tu: dirikan khemah. satu khemah 4 orang. ahliahli khemah lia: alisya, tasha, gee. semua cantik esp alisya. then makan malam. lepas tu mandi. seksa la sea time nak mandi. grr. haha. tandas banyak tapi air ciput la sea. haha. then solat maghrib, bacaan yasin dan tahlil. lepas tu solat isyak. next: ice breaking.  paham maksud dia apa? makna nya sesi nak bagibagi kumpulan. kumpulan lia: kumpulan kuda. haha. ahli 15 orang. antara yang lia ingat: fifie, wa'ie. saiful, adli, wan, lee. tu je la nama2 yang aku ingat. hihi. sadis. dah kenalkenal semua lepas tu: supper. then tido la. penat la wea.

HARI KEDUA
 bangun 4pagi. jia gegar lia macam nak tercabut nyawa la sea. ada p gegar kaki lia? mau lia tak tersentap? haha. then mandi. masyuk sea bila tengok toilet banyak gila kosong. oh ye. malam tadi lia jaga sentri. 1st time jaga. hihi. jakun jap. sampai pukul 2pagi . lia tolong tuan kat sana . ahh takingat nama tuan tu tuan apa . yang penting tu laki orangnya . tanda kertas soalan PJK . tapi takingat tingkatan berapa . then lepas tu siap siap solat subuh. lepas tu kuliah subuh. agak best tajuk kuliah subuh lia hari tu. khusyuk jugak lia dengar . dapat ilmu baru wea. ilmu baru macam mana cara ambil wuduk yang betull. untung la kan? haha. then perhimpunan pagi dengan malaysia cergas. mean senam pagi la -.-' . lepas tu: sarapan pagi. then sambung lagi aktiviti pertama dengan bantu mula. ala yang macam ala ala pbsm tu. kenal kain anduh la. entah apa benda kejadah lagi harta karun yang ada dalam first aid kid tu. lagi ikat kain anduh. entah apa punya nama tah ikatan tu. buka sila? tah lah. yang penting bukan buku lima. haha. lepas tu sambung lagi  aktiviti dengan orientering *kes tak ingat nak eja menatang ni dalam bahasa omputih. putus urat kentut lia lari keliling pusat koko tu. ke hulur ke hilir cari klu. benda baru lia belajar: cara nak baca kompas. haha. dulu bodo tak reti nak baca kompas. sekarang mungkin da reti. kot la. haha. lepas tu: lunch. then solat zuhur. next: rapelling. sumpa seram gila vavi menatang ni. tahu tak apa benda kejadah rapelling ni? ni la
sumber google :3

rappelling ni macam wall climbing . wall climbing dari bawah ke atas . tapi rappelling ni . dari atas ke bawah . superb ohsem ><

agak puaka time tuan akmal nak suruh lia turun ke bawah. huh! dia macam nak bagi lia mati je. tolak lia ke bawah. nasib ada tali keselamatan yang warna merah tu. pehh . denagn perasaan cuak . lia berjaya sampai ke bawah ><'' . yeah ! lepas tu minum petang. then solat asar. then kumpul kat dewan. get ready untuk persembahan malam kebudayaan. lia kumpulan 1st wat persembahan. siot. atas pentas hentam main taram semua. lepas tu makan malam. next solat maghrib. then kuliah maghrib.

then solat isyak jemaah. lepas tu: malam kebudayaan. dah habis buat psembahan punggung baru nak jejak kerusi tuan jurulatih panggil lia. amik nama untuk MC *stands for master of ceremony. tak silap lia la. mean : lia jadi pengacara majlis untuk acara penutupan perasmian malam esok. grr -.-' . dah habis tu aktiviti malam kebudayaan . then supper . lepas tu tido . light off!

HARI KETIGA

bangun 445 pagi. tak mandi sebab malam tadi pukul 11 da mandi. sejuk nya titew . lia cuma tukar baju je. then get ready untuk solat subuh . lepas tu perhimpunan pagi dengan malaysia cergas. then sarapan pagi. aktiviti hari tu: ikhtiar hidup . masuk hutan semua . yeayy . ni lia suka . haha . masak macam macam ><'' . roti lilit . bakar ubi . rebus telur . ahh . banyak nya ><' .  then lunch . ohh ye . lunch kat sini makan ayam je . so kenyang lah lia ^^ . hari hari ayam . haha . lepas makan . solat zuhur.  lepas tu: aktiviti kayak. masyukk. sebelum tu buat water confident. ngehngehngeh. berendam dalam air. hihi. suka je lia. memang hobi lia la kalau bab main air ni. then minum petang. solat asar. lepas tu: persediaan malam persembahan untuk group yang belum buat persembahan lagi. lepas tu solat maghrib. then raptai malam penutupan rasmi. berlatih sekejap je . then terus yang real . korang bayangkan? suara lia masa tu . masyaAllah . serak . garau . semua ada :3 . haish . takut sampai rasa nak tertanggal kepala lutut lia. menggigil weyh pertama kali jadi pengacara majlis. hihi. tapi alhamdulillah. semua berjalan lancar. oh ye. lia nak beritahu. rezeki lia datang lagi. lia terpilih sebagai peserta perempuan terbaik wea. peringkat ngeri lagi. hihi. bukti?

alhamdulillah . syukur nikmat >.< . terima kasih . ohh ye . Tok Penghulu pown dapat anugerah peserta lelaki terbaik . haha . tahniah tok dari saya sekeluarga . *ahh kau dah kenapa? -.-''
lepas tu? sambung aktiviti malam kebudayaan . pesta sampai 1pagi . haha . best best . :3 . habis tu . supper time . cuci muka . ohhh . masa untuk tidur . light off :p
HARI KEEMPAT
 bangun pagi. 4setengah. mandi. solat subuh. perhimpunan pagi. malaysia cergas. sarapan pagi. lepas tu kemas khemah. berita baik: kami didenda. kena berdiri dengan sebelah kamu selama 40minit. ala kejap je. *waklu :3 . best sangat. salah sape lah kan . haha . kesian yang kena bediri atas pentas tu >< . hihi . then gotong royong. bersihkan tandas. lepas tu lipat khemah. dan bsuka ria dalam dewan.
oke done! haha . habis !
apa macam? best? eh gila tak best? haha . lia suka part kayak dengan water confident tu >< . hehe . main air . ikhtiar hidup pown best :3 . haha . ahh senang kata semua lia suka ^^

penutup karangan kertas 1 : heyy gang tasek utara sekalian . 8november ni . genap setahun kita kenal . haha . kejap je kan rasa? rasa macam kita dah terlepas peluang nak kenal rapat masa kat kem . haha . sokay sokay . dah balik kem pown kita masih bersahabat :) . sungguh . lia senang bergurau dengan kalian kat group kita . senang berkawan . senang nak luah cerita . *kat certain budak je lah . haha . yang penting . dah banyak kem lia pergi . korang lah yang terbaik pernah lia kenal . korang lah yang paling best lia kawan . serius ni . taktipu :D . haha :p
AMIRA . ASIKIN . ADLI . LIANA . FIKRY . INTAN . ZUL . FARIS . EPUL . TOK KETUA KAMPUNG . NASIR . AQILAH . MYRA EYRAS . 
ahh . nak cakap semua nama memang lia takingat . haha . kita kawan kan? sampai bila bila ? *kesat air mata . haha :3
entry tamat . last dari saya Syazani Ilyia khusus untuk budak kem Tasek Utara sesi 2011 . sempena menyambut 1st anniversarry perkenalan . persahabatan kita . ada hadiahh sikit ;)

habis :3
best? tekan lah (y) . takbest . takyah tekan pape :p
gtg . boii . 

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall