dle
Let's get know me better ; 5 facts about me
Saturday, 6 May 2017 | 09:59 | 0comments
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani.

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Hari ke 6 bulan ke 5 tahun 2017. Semoga hari kita untuk harini dilimpahi rahmat Allah SWT. I have nothing to do right now. Kerja pun belum apply. Resume pun tak settle lagi. Hari hari dok ngadap hp contact orang Pulau Perhentian. Lol, sekarang ni Lia kerja part time je kat rumah. Jual pakej. Alhamdulillah, adalah jugak rezeki. 

So today, disebabkan tengah bosan. Plus rasa nak lepas gian untuk blogging Lia rasa lia dah ada tajuk yang nice la kot untuk dibebelkan kat sini.

So, here there are. 5 facts about me. Let's check it out.

1. Seorang yang tak makan sayur

Syazani Ilyia seorang yang tak makan sayur. Dia makan bila rasa nak makan. But still kategori tak makan sayur. Bila sayur masuk dalam tekak dia, yang dia rasa bukan rasa sayur. But, rasa tekak dia tengah kembang sebab terima benda asing. Kahkah over betul dia punya penangan. 

2. Tak makan nasi goreng

Ini benda pelik bagi seorang Syazani Ilyia. Dia memang tak makan nasi goreng. Lagi lagi nasi goreng yang nampak dengan nyata ikan bilis, bawang semua. Kalau ada nasi goreng tu dengan biskut, dia pilih untuk makan biskut. Biar pun tak kenyang sangat. Ibu kalau buat nasi goreng, ibu buat dua jenis nasi goreng. Satu yang nampak ikan bilis semua tu, satu lagi yang tak nampak langsung apa-apa! Kalau ibu nak senang, ibu buat je nasi goreng yang tak nampak apa apa bahan. Sebab ibu tau, kalau ibu buat nasi goreng jenis mcm tu, memang taklah anak dia makan. -,- . Sorry bukan mengada cuma tak geng dengan ikan bilis, bawang bawang tu. Tapi kalau p kedai, dia okay je order nasi goreng ayam, papaya, tomyam sebab dia takde lagi jumpa nasi goreng kat kedai ada seketul ikan bilis yang nyata!

3. Berat tak pernah lebih 50kg!

Sepanjang hidup, berat lia tak pernah jejak 50kg, Taktau lah pasaipa. Genetik badan ringan kot lol tapi adik lia debab je tengok HAHAHAH ya Allah dosanya aku. Eh adik debab comel lah. Tak baik tau tawekan adik kita hahaha. Ada hikmah kot berat tak jejak 50kg, sebab tinggi Lia 145cm je. Bayangkan kalau gemuk sangat, dengan ketinggian macam tu. Tak ke rasa seperti doraemon tengah jalan? Orang tengok mesti geram nak tendang dari belakang. Hahaha

4. Sangat sukakan lelaki dari Utara esp Kedah

Tak tahu lah sejak bila, tapi rasa sejak zaman sekolah kot, Lia rasa lelaki dari utara esp dari Kedah sangat menarik. Lia suka gila dengar loghat Kedah. Hahaha. They have something unique inside them. Eh perasan tak hidung depa ni lawa? Mancung je! Hidung orang jawa kan pesek :( By the way Tak sangka pulak apa yang kita suka tu sekarang jadi kenyataan. Kahkah. Hi Fakhrur. Tersenyum lah tu baca entry post ni. Doalah jodoh Lia kuat dengan orang Kedah eh? 

5. Suka motor besar dari kereta

KSR-10 ni benda paling Lia nak dalam hidup! Benda fakta tentang Lia, umur Lia dah 21 tahun but sampai sekarang takde lagi lesen kereta. Ada lesen motor je. I got trauma with car sumpah. I can drive a little bit but i choose to not drive. Including amik lesen kereta. Last thing kot Lia buat dalam hidup hahaha. Accident dua kali naik motor, effect dia i didnt like to drive. Lia ni jenis manusia kelam kabut. Senang stress bila tengok banyak sangat kereta. So untuk selamatkan nyawa manusia lain. ya saya pilih untuk kekal dengan lesen motor. Orang semua cakap, motor dengan kereta selamat lagi kereta. To me, motor lah paling selamat dengan Lia. At least motor tu tak lah seluas kereta yang ada bonet semua tu. Aku dahlah kecik serius tak yakin nampak jalan bila drive. So kepada sesapa yang boleh pujuk Lia untuk amik lesen kereta, kau memang terror. Ibu pun masih gagal pujuk lia untuk amik lesen drive. Hehe

So, apa 5 fact pasal diri korang? 

Adiosa!


Older Post | Newer Post

Wild Dandellion
Desire, sympathy & affection returned

Dle
Qiy & 21

Socialize
 Add Me Follow Me Follow Me