Friday 10 August 2012

Penghujung Ramadan 1433H



uhukk . semangat nya nak rayaa . haha . gambar raya tahunn lepas . 1st time sambut kat rumah BP . haha . selama ni sambut kat rumahh atok kat kota tinggi . ehhh . korang dengar takk? lagu blog lia pown dahh tukar la . haha -..-' . betul betul nak raya ni . yelahh kan . tahun lepas mana raya sangat . raya dengan buku je kat rumahh . orang pergi beraya lia sibukk berayaa dengan buku  sekolah . buku rujukan . buku latihan semua -.-'

terasa ramadan tahun ni kejapp sangat kan? serius . haha . dulu kita selalu cakap . masa berjalan lambat sangat . sekarang . masa dah tak berjalan . dia dahh berlari pantas macam pelari Jamaica , Husin Bolt tu * dahh sudahh . masuk olimpikk la pulakk :3

hari ni . dahh masuk hari ke 21 kita berpuasa . alhamdulillah . hee . lia dahh ponteng satu hari . ehh . bukan sebab malas tau . tolong sikit ea . sebab . demam . * T_T_T_T_T . satu hari je pown . buka pown sebab taktahan sangat . okayy cerita pasal takpuasa habis :3 . 

persiapan raya dahh siap? baju dah beli? kasut? tudung? ahh . tu kerja orang perempuan -/-'' . haha . orang lelaki bukan tahu apa . dia tahu dahh siap je . kann? :p . lia tahun ni dua pasang je baju . satu buat . satu beli . beli tu pown . harga jejak rm100 sepasang . dengan adik sekali -.-'' . adoii . kasut lagi . ahh -.-'' . malas ahh fikir :3 . 

rumahh dah siap kemas? hahahaha . hampehh . belum gerak apa apa lagi pown . bila tah nak start :3 . ishh . tahun ni nak cat rumahh . haha . tema Purple . tah bila nak cat pown taktahu laa :3 . orang yang nak mengecat tu asik ghaib je . grrrr :3 . cermin belum lap . sawang belum sapu * sampai ke nak sapu sawang yang tinggi kat syiling tu? ahh  . banyakk nya kerja haku kena buatt . langsir belum tukar lagi . sarung kusyen lagi . ya ampunnnn * hantuk kepala kat dinding :3

kuih raya tahun ni plan nak buat . tapi nampak nya taksempat . ala . cakap besar je nak buat . sampai masa . semua malas :3 . kesudahannya . beli je kat kawan ibu :3 . haha . malam tadi . hampir setengah balang kuih raya ibu lia baham . haha . konon nya lapar . padahal -_-'

erkk . panjang nya intro lia? :3 . kann? haha . lia nak post pasal MALAM LAILATUL QADAR sebenar nya ni ;) . tadi kat sekolah . lepas bacaan Yasin . Ustaz Najib buat tazkirah pasal Malam Lailatul Qadar . haaa . tahuu tak apa dia MALAM LAILATUL QADAR tu? mehh baca ni ;)

ehh kejapp . baca Firman Allah ni dulu

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Surah Al-Qadr ni surahh faberet lia . haha . taktahu kenapa . memang suka baca surah ni bila solat  
Menjadi rebutan diwaktu 10 malam terakhir Ramadan ialah lailatul qadar ataupun didalam bahasa ialah malam takdir. Ramai yang menyebut malam lailatul qadar tapi nak diperbetulkan disini lail itu dalam bahasa arab membawa maksud malam jadi memadai dengan menyebut lailatul qadar. Sekejap je kan dah nak masuk fasa akhir Ramadan dan ini memberi petanda bahawa kita akan meninggalkan bulan Ramadan tidak lama lagi. Pantas masa berlalu. Melihat terjemahan Surah Al Qadr jelas menyatakan turunnya Al Quran petunjuk umat Islam di waktu lailatul qadar yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.
KENAPA ALLAH CAKAP MALAM LAILATUL QADAR ADALAH MALAM LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN? KENAPA LAILATUL QADAR ITU DIBERIKAN? here the answer ;)
Rasulullah sayang akan umatnya. Lailatul qadar diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W atas sebab kita ini tidak punya masa yang panjang seperti umat terdahulu untuk beribadah sebenarnya. Mesti ramai yang tahu umat Islam terdahulu hidup beratus-ratus tahun berbanding dengan kita sekarang tetapi istimewanya kita diberikan satu malam yang penuh rahmat. 2 imam besar ada menghuraikan dengan ringkas mengapa terjadinya Lailatul Qadar.
Imam Malik,“ Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka “

Imam Al-Qurtubi,Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w. “

BILA BERLAKU NYA LAILATUL QADAR DAN KENAPA IA MENJADI RAHSIA? let's check it out ;)

Dari apa yang aku tahu tidak ada waktu yang khusus bila akan berlakunya Lailatul Qadar setiap tahun kerana waktunya berbeza-beza. Waktu sekolah dulu pun bila bercerita tentang Lailatul Qadar cikgu hanya menyatakan ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Ya,itu kenyataan umum yang semua orang sedia maklum waktu lailatul qadar. Salah satu dalil kukuh mengenai 10 malam terakhir ialah hadis dari Aisyah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,
“Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Menurut Imam Nawawi pula giliran malam Lailatul Qadar berubah setiap tahun bermaksud kalau tahun ini jatuh pada malam 29 Ramadan tahun depan berbeza waktunya. Ibn Hazm pula berpendapat Lailatul Qadar jatuh sama ada pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan. Satu lagi pendapat ulama menyatakan Lailatul Qadar ialah pada malam ke 27 Ramadan berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab diriwayatkan oleh Tarmizi, hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud,”Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Apa yang pasti malam takdir ini berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan dan ia dirahsiakan kerana keikhlasan kita. Jika kita tahu bila secara tepatnya waktu Lailatul Qadar ini pasti ada yang akan hanya beribadah pada malam tersebut sahaja dan tidak dimalam-malam lainnya. Keikhlasan dalam mencari rahmat itu penting supaya tidak hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kadangkala masyarakat tersilap tafsir dengan menanti tanda-tanda pelik waktu Lailatul Qadar barulah mula hendak berdoa. Apa pun setiap malam di bulan Ramadan ada rahsia dah barakahnya tersendiri. Kiranya setiap malam itu amat bermakna. :)
Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

  • Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

    so? kemungkinan besar . malam lailatul qadar tahun ni . jatuh pada malam ke 23 . maksud nya . sabtu malam ahad akan datang ni . betul ke takk . tu tak pasti . waallahualam . benda tu semua RAHSIA ALLAH sayang ;)

    MACAM MANA NAK TAHU KEDATANGAN MALAM LAILATUL QADAR NI? . ni . skema jawapannya :D

    Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

    habis ;) . cukup lah tazkirah kita untuk hari ni . semoga kita semua dapat merasa malam lailatul qadar tu . aminnn ;)

    ehh . kejap . tengokk ni

    nota pipi tembam : hanya Allah SWT yang maha mengetahui bila berlakunya lailatul qadar. Jangan hanya mencari lailatul qadar pada satu malam sahaja. Cari lah keberkatan dan kebaikan pada setiap malam. InsyaAllah , Allah akan kurniakan Lailatul Qadar kepada mereka .    semoga Ramadhan kali ni membawa lebih kebaikan dan keberkatan dari sebelum sebelumnya . Aminnnn!!

    entry hari ni panjang sangat . takpe lah . benda baik . elokk dikongsi . kan sayang? ;) 

    akhir kata . selamat meneruskan ibadah berpuasa . dah nak akhir akhir puasa ni makin selalu lahh datang masjid buat terawih . bangun malam . buat tahajud . witir . solat taubat , hajat semua tu . insyaallah . peluang nak merasa Malam Lailatul Qadar tu terbuka luas kalau kita betul betul ikhlas nak cari dia . 

    segala yang baik datang dari ALLAH . yang tak berapa nak BAIK tu , datang nya dari diri lia sendiri . mohon ampun sekiranya entry lia hari ni ada benda yang tersalah fakta . lia amik semua nya dari cik google handsome . lia budak baru belajar . adat lah kalau ada benda yang salah semua tu ;)

    assalamualaikum :D

    TEKAN (Y) KAT BAWAH NI EA? ;)













No comments

© Bunga Liar
Maira Gall