Wednesday 7 August 2013

Ramadan page 29 of 1434H

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Ramadan sedang dalam perjalanan meninggalkan kita . sedih tak? *kesat air mata .  petang semalam usha newsfeed kat FB , terjumpa satu status yang .... agak terkesan di hati . nampak simple , tapi punya maksud yang mendalam . orang ada Iman je biasa nya akan terkesan dengan status ni .
"Aku ada ke, takda ke. Kau bukannya kisah pun kan? Takpelah, aku pun dah nak pergi dah." - Bisik Ramadhan :'(

macam sebuah monolog ... yang dimonolog kan oleh si bulan Ramadan . belajar BM tak? tau monolog tu apa? p bukak kamus dewan :3

oyeahhhh . lets talk about Eid's preparation for this year ....

hahahaha . macam nak gelak . tapi ditahan . sehingga saat entry ni ditaip rumah lia masih tunggang langgang . mood nak berhari raya macam takde dalam rumah ni walhal lagu raya dah dipasang sekuat alam . dari hari tu kemas rumah tapi taksiap siap . apa yang dikemas taktau laa :3 . la ni baru siap mop lantai , lap tingkap semua . bilik masih dalam keadaan .... undescriptions . kehkehkeh . serius talk . tahun ni mood raya memang takde . plus , takbalik kota tinggi tahun ni sebab lia adik beradik sedang berkabung dengan keadaan gelombang EXAM . so ibu mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman kat Kota Tinggi . memang menjadi amalan lia sekeluarga untuk tidak pulang ke kampung halaman belah arwah abah kat Kota kalau ada anak yang amik exam . konon nak suruh study . padahal ..... *bunyi cengkerik ..

baju raya tahun ni ... sepasang je pun . tu pun baru malam tadi beli . setelah penat hari ahad lepas pusing expo parit raja cari baju kurung saiz lia . sumpah susah gilaaaaa nak cari saiz baju lia . baju tu yang besar sangat atau lia yang terlalu kecik? saiz XS pun masih besar untuk di sarung kat badan lia . kesian Arepp . tema tahun ni , ehemmm . sedondon dengan budak Utara naaa . biru tuaa . haha . tak janji pun nak sedondon cuma lia je over excited nak sama baju dengan dia tahun ni . haha . ada peluang kan , tahun lepas lia mana berpeluang nak sama sedondon bagai dengan DZ . hewhew . next, kasut takbeli . sebab awal tahun hari tu ada orang belikan wedges jejak RM60 , haha . baru pakai 2,3 kali . so decide . malas aku nak beli kasut . lagipun bukan pergi mana tahun ni . dok uma je makan ketupat cecah kuah kacang *telan air liur . raya keempat dengan kelima baru keluar rumah join konvoi raya kelas macam tahun lepas pusing satu senggarang . hahahaha . ni je hari raya bagi kami si calon SPM tahun ni :3 . raya is raya . study is study . trial is trial laa . kehkehkeh

kalau ikut plan raya tahun ni . minggu kedua raya Arepp turun Johor . tapi . rancangan tu tak diizinkan Allah . so terpaksa lah dibatalkan . agak kecewa lah jugak sebab dah plan banyak benda nak buat sama sama nanti bila dia ada kat sini . tapi tu lahh . jangan membelakangkan Allah . Allah dah aturkan rancangan lain untul lia dengan Arepp so ikut je . semalam satu hari jugak la Arepp memujuk lia . hahaha *harlem shake . kecewa sebab takjadi datang . last last , kena motivasi dengan ibu . baru lah okayy .. tapi sikit je la okay nya

ada hikmah kak kenapa Arepp takjadi datang , mana tau dia datang sini naik bus, bus nya terbalik ke apa . kau nak jawab apa dengan mak dia? - Ibu

kau percaya je lah dengan janji Allah . kalau Allah kata kau kawan dengan dia sampai bila bila, sampai bila bila lah kau kawan dengan dia - Ibu
jumpa tu takpenting kak . yang penting doa tu . minta kat Allah moga persahabatan korang Allah panjangkan - Ibu
kan dah kena sembur . ==' . haha . yaaaa . semua yang berlaku ada hikmahnya . Allah menduga lia dengan Arepp sekejap . kata Arepp

Allah baru uji kita dengan satu ujian awak . belum dua . tiga . empat . sabar ea? sampai masa , lambat ke cepat saya jumpa awak jugak .

How I really appreciate his presence into my life >< . He is totally like an ice . teach me how to be cool with all problems that come towards us . Thanks Allah for giving me this awesome boyy . 
mari kita tamatkan isu hari raya . naik cuti raya dua minggu . trial SPM budak negeri Johor dah menunggu . K . haha . capslock lagi huruf K tu :3 . siap sedia je lah . ye?
okayy . just a short entry for the end of this Ramadan for this year .
dear Ramadan Karem : 17tahun aku hidup , tahun ni baru aku rasa kedatangan kau dalam hidup aku , dalam keluarga aku benar benar diisi dengan benda yang baik . untuk pertama kali jugak , setelah sekian lama tak pernah solat berjemaah dengan ibu adik , tahun ni Allah beri peluang dan kesempatan kat aku untuk melaksanakannya . terima kasih . semoga Ramadan 1434H bawa NUR paling bermakna dalam hidup aku untuk dijadikan permulaan berubah ke arah yang lebih baik . seperti mana janji seketul daging di dalam rahim si ibu sebelum Allah meniupkan roh ke dalamnya , tanya Allah : apakah janji mu terhadap aku yang menciptakan kau dari setitis air mani menjadi seketul darah dan bertukar menjadi seketul daging dan seterusnya? jawab nya : Aku berjanji untuk terus beribadat kepada-Mu Tuhan yang Menciptakan aku .
yaaa . janji kita sebagai Manusia . untuk apa kita dicipta? beribadat dengan Allah yang pasti . tu lah MAIN OBJEKTIF manusia dicipta
*dah gaya Ustaz Azhar Idrus je gaya nya :3 . let let let :3
untuk awak cik Syawal 1434H : kalau Allah izinkan , esok kita jumpa . kalau Allah izinkan lah . semoga hadirnya awak esok disambut dengan gembira tapi sederhana oleh semua umat Islam . ingat balik . kedatangan awak bukan saja nak diraika tanpa sebarang pengisian . kedatangan awak tu sebenarnya cuma nak diraikan sebagai tanda kemenangan besar umat Islam yang berjaya melawan nafsu syahwat sepanjang sebulan puasa . sambut lah dengan sederhana . to korang . beraya tayahh nak over sangat . pergi beraya jaga adab , tertib orang Islam . adab orang Melayu . pakai baju tutup aurat . ingat pesan Ustazah kat sekolah masa tazkirah Ramadan sepanjang sebulan kita berpuasa . ingat aurat dengan sepupu . mahram mana yang boleh salam , peluk cium muah muah semua . jangan main taram semua ^^Y . pesanan ni lia tampal kan jugak kat diri lia . dijadikan batu peringatan
to Ilyiaddin.blogspot.com's viewers : salam aidilfitri minal aidil walfaizin . mohon ampun dan maaf atas khilaf dan salah yang lia lakukan sama ada yang nampak , taknampak , yang rabun , yang tak rabun . yang sentap atau tak sentap . mohon diampun dari hujung tudung hingga ke hujung stokin . haha . sekiranya diizin Allah dan diberi peluang, sudi lah berkunjung ke rumah Lia . InsyaAllah pintu rumah lia terbuka luas terima kunjungan korang . orang kata , tetamu ni bawa rezeki . haha . semoga Syawal 1434H membawa kegembiraan buat lia, keluarga, kawan kawan dan pembaca entry ni *bajet hot . haha . sapa yang balik kampung time raya . baik baik .. jangan buat bising time ayah bawak kereta . ke laut korang nanti . 
to arepp : ............... esok la saya wish untuk awak . ea? minta maaf semua lepas puas gaduh tadi XD . 
ADIOSAAA ^^Y

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall