Sunday 1 December 2013

Tulisan Hati - Silibus 1


Ffarysa sedang duduk bersendirian di biliknya saat menunggu waktu solat Isyak masuk Di tangannya tak terlepas handphone Samsung Galaxy Note III miliknya. Jarinya sibuk menaip di touch skrin handphonenya. Sibuk bermain WeChat bersama rakan sekerjanya yang sibuk bertanyakan khabar akan dirinya.

" Aryss, jom solat. Isyak dah masuk." panggil ibu lantas terus turun ke ruang tamu rumahnya. Aryss terus menyusul ibunya dan seketika kemudian takbiratul ihram mula kedengaran. Usai solat, seperti biasa ayah mengetuai bacaan doa. Kedengaran suara ahli keluarganya yang lain mengaminkan bacaan doa yang sedang dibacanya.

" Aryss." Ffarysa menoleh ke arahnya suara yang memanggilnya tadi. 

" Ya?"

" Dah siap nanti masuk bilik ayah ya? I have something to talk to you."

Aryss tak menjawab. Dia sekadar mengangguk tanda mengerti akan arahan ayahnya itu. Perlahan dia mengeluh. Bagai sudah mengetahui apa yang bakal diutarakan oleh ayahnya itu.

Syed Anuar Al- Attas sedang membaca buku hasil tulisan Ustaz Kazim Alias, antara penulis buku bukan fiksyen yang agak terkenal di Malaysia yang bertajuk Tuhan sedang Menguji Kita ketika Ffarysa melangkah masuk ke bilik bacaan ayahnya itu.

" Tafaddol ya binti "

Aryss terus duduk di hadapan ayahnya itu. Jantungnya mula berdegup pantas lebih dari kadar biasa. 

" Kaifa haluki ya binti?" soalan pembukaan dari si ayah

" Ana bilkhoir, Alhamdulillah."

" Alhamdulillah. How was your day? Is everthing okay? tanya ayah lagi. Mula membuka gelanggang bicara.

" Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan Aryss hari ni. Wa anta ya walid?" Aryss mula menunjukkan minat untuk turut serta dalam gelanggang bicara yang dikendalikan sendiri oleh ayahnya.

" Ana aidon ya binti. Maksud ayah, hari yang Aryss lalui tanpa Adhwa Fahmi?

Aryss menarik senyum plastik di bibirnya. Syed Anuar Al- Attas perasan akan perubahan wajah anak nya itu. 

" Hambar." jawab Aryss sepatah.

" InnAllah maa' assobirin ya binti." balas Syed Anuar Al- Attas lagi.

Aryss balas dengan sebuah lagi senyuman plastik.

" Ya binti, setiap yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah tak menjadikan sesuatu tanpa sebarangan sebab. Percayalah. Ada hikmah atas ujian yang kau hadapi ni nak" tenang Syed Anuar Al- Attas menutur firman Allah tersebut.

Ffarysa diam tak mengeluarkan sebarang suara. Membantah tidak, mempertahankan pun tidak. Hanya air matanya sahaja yang menitis. "Ya Allah, kelemahanku sedang diperhatikan oleh ayahku sendiri. Dan sungguh aku tak rela!" bisik hati kecil Ffarysa.

Syed Anuar Al- Attas yang duduk di hadapan anaknya itu diam tidak memperdulikkan deraitan air mata yang lahir dari tubir mata anak perempuannya itu. Baginya itu sudah perkara biasa dilihatnya. Itulah yang sering dia saksikan sejak anaknya itu kematian suaminya yang syahid di bumi Palestin. Dihirupnya LA Coffee yang mula sejuk itu. Bibirnya menarik segaris senyuman. Paksa rela.

" Ffarysa, dengar ini anakku. Firman Allah, dalam surah al- Baqarah ayat 286, maksudnya, Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Aryss rasa terbebankah dengan ujian ini? Ya binti, bersyukurlah. Jutaan hamba yang Dia ada, Dia memilihmu untuk menerima ujiannya. Kerana apa? kerana Dia tahu kau kuat nak hadapinya nak. Sabarlah. Allah sedang berkomunikasi denganmu. InsyaAllah ada ganjaran yang bakal kau terima kelak. Ganjaran yang kau sendiri tak sangka. Perihal Adhwa, bila kau teringat dia ringankan lah lidah kau nak sedekahkan al- Fatihah untuk dia. Dia syahid Aryss. Syahid fi sabilillah. Beruntunglah engkau wahai anakku. Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169) .

Ffarysa mula mengesat air mata. Dia lupa suaminya itu syahid di bumi Palestin. Dia lupa syurga menanti suaminya itu. Dia lupa semuanya. Istighfar segera dia lafazkan.

" Kesat air matamu. Semoga ia air mata yang terakhir kau titiskan. Kuatkan semangat anakku. Ayah dengan ibu sentiasa ada di belakang kau. Kami hanya mampu tolong apa yang patut kami tolong, selebihnya adalah urusan kau" nasihat Syed Anuar Al- Attas ikhlas.

Ffarysa buat muka senyum tayang gigi arnabnya dan Syed Anuar mula tergelak besar. "Alhamdulillah. Anakku dah kembali." perlahan hatinya berbicara.

Usai berbual antara dua anak beranak itu, Ffarysa meminta diri untuk masuk ke biliknya. Kakinya segera dihayun ke bilik air. Kepala paip dibuka. Tangan ditadah. Hati mula berniat. Muka segera dibasahkan. Usai itu, tikar solat dibentang. Telekung disarung dan solat sunat mula dikerjakan. Malam itu, Ffarysa tertidur berbantalkan sejadah di biliknya. Matanya basah sekali lagi. Ya, dia rindukan arwah suaminya. Syed Adhwa Fahmi bin Syeikh Muhammad Dzulkarnain. 

- to be continued -

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall