Wednesday 23 March 2022

Random thought ; dewasa.


Lia sangat berazam ya, tahun ni akan banyak luang masa kat sini. Walaupun aktif berblogging takde masuk dalam azam to be achieved untuk tahun 2022, tapi disebabkan ada berlaku turning point so Lia rasa I should put inside my 2022 wish.

Walla!

So, topik ringan berat sikit malam ni ; 26 & tanda dewasa.

Lia tengah skrol Twitter, pastu hot topik untuk minggu ni,

1) Beg Smiggle budak sekolah rendah
2) Posting IG Angkasawan Negara, yang dia macam hint untuk request nak anak lagi but need to ask his wife first
3) Tips perkahwinan yang datang dari sorang warga twitterian (asalnya janda)tapi baru kahwin baru.

dan macam macam lagi.

Hubungan Lia dengan Twitter dah terjalin almost 1 dekad ya. September nanti genap 10 tahun. The longest relationship I ever had. Tapi tu bukan intinya. Intinya dalam karipap nanti. Hm, harap bulan puasa nanti takde orang jual karipap inti oksigen.

Alhamdulillah, umur panjang setakat ini. So banyak menyaksikan hal kehidupan, perubahan status diri sendiri dan kawan kawan yang lain. Dari ada kawan pastu takde also kenal siapa yang ada untuk kita bila kita tengah down to earth sampai takat paling negatif.

Di saat masuk tahun 2022, paling lia rasa ya, 

Fuhh, dah tua. Bukan dewasa tau, rasa tua. Tak tahu tua macam mana, tapi rasa diri sedang menua! 

Call me old skul but this is currently happened to me. Mungkin menyaksikan situasi kenalan di Whatsapp dah mula dukung anak atau hantar anak p sekolah. Atau melihat kenalan yang sedang berada on the top of their achievement.

Tua ke tu?

Paling unexpected gila, di saat usia 26 tahun, mata dan diri menyaksikan manusia berubah. Berubah disebabkan sekeliling, kejadian dan situasi.

Dia macam, eh tak sangkanya dia ni macam ni! Dulu tak macam ni pun! Kenapa sekarang macam ni?

Also perasaan nak deal bila jumpa mereka yang macam ni. 

Jangan bangga tau jadi dewasa! Lia tiba tiba sakit hati ingat time sekolah dulu, waktu PJ je cikgu subjek spm akan masuk kelas, bagi pass year exam. Saya nak main netball cikgu!

Dewasa tu melelahkan. Menakutkan kalau kita tak bercadang untuk dewasa dalam keadaan sedia. Tapi macam mana pun, kita tetap akan terus jadi dewasa. Sampai lah masa dia berhenti bila Tuhan kata, harini adalah tarikh mati kita.




No comments

© Bunga Liar
Maira Gall