Wednesday 30 January 2013

#1


asalnya dulu kita tak sekepala . 
dulunya langsung kita taksebulu .
sering bertelagah bertegang urat .
benda sekecil pun mahu digemparkan 

terpisah kita untuk sekian lama
mengambil masa untuk bersahabat semula
makan masa berusaha menambat hati
dan akhirnya usaha membuahkan hasil

bila saat munculnya bahagia
ada yang datang cuba meragut
tiga bulan terpisah jasad
hanya hati menjadi pengikat

bersatu kita berhubungan jarak jauh
tiada siapa mampu mengawal 
hanya kesetiaan dan kejujuran
mampu menjadi penguat hubungan

tiada yang mampu dibuat
melainkan berdoa ke Ilahi
agar kau terus setia 
pada ku yang satu 

ingin aku ungkapkan kepada kau
memang bukan kau yang pertama
menjadi separuh jiwa raga
tapi kini ku berharap
semoga kau yang terakhir .


Semoga Kita akan terus bersama menjadi KITA . 

terima kasih atas rasa ini :')

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall