Thursday 22 May 2014

18 dan masa depan

Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

im feeling macho yaww . cehhh

urghhh . stuck siak since dah jarang gila apak ah tak update blog . haha . dah bulan lima dan baru  ada 3 entry dalam ni . nampak kan kesibukannya tu?

idea banyak takde plus sibuk . yaa . mungkin jawapan ni boleh diterima oleh skema jawapan .

so mcm mana kehidupan lepasan spm?

hahahahahahahhahambar .

lia rasa ada kesalahan kat situ. it should be

macam mana kehidupan lepas PLKN?

jawapan skema :

masih lagi terbawak bawak lagi kenangan 72hari kat sana. masih lagi rasa nak lari balik sana semula. masih lagi terdengar kebisingan dewan makan dengan suara wira dan wirawati. masih lagi terdengar suara Penghulu jerit suruh si wira wira diam. masih lagi terdengar bunyi siren yg membingitkan telinga tu. masih lagi terdengar suara riuh budak dorm B11. masih lagi terbayang aksi mandi kolah berpuak puak dengan budak dorm. masih lagi terasa nikmatnya dpt makan aiskrim yg sebulan sekali je dpt rasa tu. dan masih, masih masih masih dan masih. 

*sigh .....

lepas seminggu balik dr PLKN nekad nak cari kerja. takbole jadi. dengan badan yg semakin meningkat pembesarannya maka lia perlukan lakukan sesuatu. jyeahh. bersama kawan satu kelas CB, Pekerti, kawan satu grup kecik si Syafiq Alpha (bukan Syafiq Sulaiman) yang selalu p medic tu *hihihiks p lah berjalan cari rezeki. Dan akhirnya rezeki kami di Pacific BPMall.


hari ketiga bekerja. saturday work. pftttt

dan hingga hari ni saat entry ni ditaip lia masih bekerja kat sana.

sesi promosi :

budak Batu Pahat.
siapa gilakan seluar jeans ke tshirt ke blouse ke mehh singgah fair brand lia kat aras satu dkt bahagian tengah BPM depan living cabin, cartino sonea, butik skiva. cari Lia di brand Ladylike. seluar jeans 70% dr RM119 jadi RM 35.70. tak tipu. betul ni. haha XD. tamat






kami bermula kawan dari kelas cb
dan menjadi teamate
dan kawan sampai tamat kem
akhirnya menjadi kawan satu tempat kerja

friendship yang padu. 

haha. Lia dan Syafiq lahir bulan yang sama beza Syafiq lahir 01Mac dan Lia lahir 10Mac. hahaha. bila ada budak kat tempat kerja tanya sapa lia dengan syafiq

he will say : adik aku. hahaha. memang. kot? adik- abg. padu




akak akak brand Be Girl, Cheetah Ladies. haha. mereka part time je. semua nya budak U. and i masih lagi kanak kanak di situ *hantuk kepala -.-

dan 28April yang lepas is birthday ibu lia. hihiks. makin besa dah ibu. HAHA XD.  11Mei mothers day. tapi sambutnya 21May ^^y

macam tahun lepas. suprises yang memang ibu tak jangka. dan ibu nangis lagi macam tahun lepas. *sigh. kebetulan baru gaji dan memang hari ni plan nak keluar dengan tuitionmate tahun lepas so terus beli Dominos dan kek serta sejambak bunga untuk ibu dan ibu nangis lagi. Allah -.-



kata ibu :

3 jambak tu ibu akak dengan adik
3 jambak tu untuk i love you
3 jambak tu untuk akak syg ibu
3 jambak tu untuk adik syg ibu

kata ibu lagi :

ibu tanak kek. ibu tanak dominos. ibu nak duit gaji akak je *keshing keshing* KETAWA. haha.

pesan ibu sambil usap kepala :

akak jadi anak yang baik ea. Dengar cakap ibu. Jangan asyik nak mantol je bila ibu cakap. Kurangkan degil dengan kepala batu tu. Jaga diri kat Pahang tu nanti

uuuuuu T_T syahdu nya. gaya minta maaf di pagi raya -.-

dah 9 minggu balik memang selalu merayap kot dengan kawan kawan since mereka semua dah ada P untuk kereta. hahahahahahahahaha. kejap KFC Rengit. kejap BPMall. kejap SO. Summit je tak pena jejak lagi ._.








ahh lesbos terbaik yg stok takde tikam belakang muka plastik sambah perangai sambal. cari ahh ceruk mana kawan mcm mereka takde yg mampu ganti and I swear it!

mari kita ckp pasal masa depan ._.

lia tak dapat matrik dan dan dapat form six. k. jadi budak sekolah balik -.-


tapi masa daftar je lah last pakai baju sekolah. lepas tu hari hari p sekolah pakai baju kurung je sejak sistem tingkatan 6 dah dibenarkan para pelajarnya berpakaian smart casual orang putih cakap -.- . 3minggu jugak lah jadi budak sekolah. pfttt. hari biasa sekolah. hujung minggu buat part time kat Pacific. saja tambah duit poket sejak rasa dah matang sikit dan mampu berdikari ni. pftttt ._.

UPU lia takdapat jugak. takpe takde rezeki dan lia memang tak harap pun kat U tu. kawan lia pun ramai dapat matrikulasi. dan ada jugak yang dapat 5A tapi tak dapat UPU. so tayah lah sedih sampai nak terjun katil ye dak? -.-. so lia teruskan pengajian kat form6 dalam jurusan kemanusiaan. lia amik subjek Pengajian Am as a subjek yang wajib, BM, Pengajian Perniagaan dan Sejarah.

totally BM susah. sejarah untuk orang yang banyak gunakan otak belah kanan gaya stok lia ni mungkin rasa sejarah form6 banyak study balik apa yang korang dah belajar time sek menengah dari form1 sampai form5cuma lebih detail sikit. dan mungkin lia bloeh skor kat paper Sejarah. tapi bila masuk subjek Pengajian Perniagaan pehhh terbukti lia memang takde skill nak meniaga. menguap saja ._. dan mula lah rasa form6 ni mcm gaya bebetul susah je dan mula lah rasa

IBU. boring ahh -.-

dan Alhamdulillah. untuk pengambilan pelajar politeknik Konvesional lia dapat tawaran. Alhamdulillah ^^y




Alhamdulillah. as I wish. memang lia nak sangat Poli Muadzam Shah, Pahang sebab akak brand lia yang Kak Maza tu budak tourist part4 kat situ. hihi. at least ada lah orang yg lebih dewasa boleh lia rujuk. hihi 

dan alkisah ramai jugak lah budak Senggarang berkampung balik kat PMS. so balik Senggarang boleh sama sama kan. dan tuitionmate lia pun sama dapat sana. uhhh lagi selamat. hahah XD

dan serius lia cakap. umur 18 adalah permulaan dunia kehidupan yang sebenar. dan masa tulah kepala korang sakit gila fikir masa depan.

aku nak amik apa ek?
aku nak jadi apa ek?
aku  nak belajar apa ek?

woi kusut weyh. dan ini serius. kau nak tidur pun tak senang gara gara fikir masa depan kau yang gaya kelam dan suram sebab masih tak nampak lampu lampu yang nak tolong suluhkan laluan masa depan kau tu.

 bak kata Akim Azlin, kulit negro tu pun lebih cerah dari masa depan aku. DEEP okay ayat dia -.-

maka Lia rasa ni lah masa depan lia. course yang lia amik ni lah antara jambatan yang lia perlu lalu nak sampai ke seberang sana. 3tahun tu mcm lama. tapi lia rasa tak kot. dan rata rata ramai cakap sekejap terutama senior lia yang sekarang dah habis diploma batch 94.

banyak pro dan kontra yang kau kena fikir ibarat kau seorang PM sebuah negara. serius taktipu. bila Lia p sekolah hantar surat tawaran kat GPK Form6 semalam,  cikgu cikgu kat bilik tu gaya macam yakin lia mampu bawak course ni. HARAP NYA LAH CIKGU. AMIN.

paling terharu, cikgu Sejarah lia ah which is cikgu favourite lia dengan penuh keyakinan beliau berkata : 

ala kau boleh bawak Yanie. kau ni campak mana mana boleh hidup. mampu je survive

ouh terharunya. terima kasih cikgu :)))

selamat malam. maaf entry agak hambar. nampak kan lia dah makin tatau nak taip apa dalam ni sebab dah banyak sangat fikir natang ni semua.

ouh ye. selamat maju jaya untuk para sahabat lia terutama : 

Nora yang akan ke KM Changlun, Kedah
Aisyah dan Maira yang akan ke KM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Fila yang akan ke UniKL Royal Collage Medical Perak
Paww anak cikgu Sejarah lia mungkin ke PALAM (budak straight A tau PALAM apa)
Akim Azlin ke Politeknik Merlimau, Melaka
Aisam ke Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Humairah OC Bravo Lia akan fly p UniSZA, Terengganu
Nur Syabil dan gayboy nya *HAHAHA* Fazrin Anwar ke UiTM Segamat
Abiyy ke UiTM Seri Iskandar, Perak
Atyqa Azman yang akan jadi budak KM Kuala Pilah Negeri Sembilan


dan mereka yang sama umur dengan lia. 

semoga Allah permudahkan urusan pendaftaran kita semua nanti. dimulai dengan budak Matrikulasi bermula 24hb, diikuti budak UiTM pada 1Jun ni, budak Poli 16Jun dan  budak UniKL 21hb Jun. 

no more nametag
no more lempar buku luar kelas
no more rotan
no more buku kawalan kelas
no more kupon kehadiran
betulkan niat belajar k. semua nya kerana Allah.

selamat maju jaya dan Adiosa 

No comments

© Bunga Liar
Maira Gall