Friday 23 May 2014

chapter wajib silibus : 18 dan masa depan, Persediaan ke Menara Gading (lepasan SPM/ STPM)


Bismillahirahmanirahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


mungkin mood rajin dah sampai . atau idea melimpah ruah . maka Lia muncul balik kat site ni. niat hari ni nak kongsi sesuatu yang sangat berfaedah Insyaallah. semoga kita semua dapat manfaat dari nya.

musim world cup dah nak sampai
musim budak lepasan SPM nak masuk tempat belajar baru pun kelihatan dah hampir tiba
paling penting musim Umat Islam nak puasa tinggal lagi 38hari something like that la lia perasaan kat twitter pagi tadi.

tapi entry hari ni lia nak open table sambil layan suria pehh masyuk lagi lagi tengah hujan ni. berangan je la kau weyh ._. nak cakap pasal :

okay. persediaan bla bla bla . korang boleh lihat tajuk entry blog lia.

lia dapat tips ni thru grup Whatsapp lesbos lia. kredit to Nowaa atas kesudian beliau nak share tips ni kat ws. maka mari kita teruskan agenda kita pagi ni.

sebelum tu. mahap kalau entry ni membosankan sebab gaya entry ni mcm kurang bergambar disebabkan lia tiada gambar yang bersesuaian. haha. tapi lia bet entry ni berguna untuk budak sebaya lia yang tak lama lagi nak lanjutkan pelajaran. so mari kita teruskan bual bicara kita hari ni.

4 persediaan PENTING sebelum :

1. dokumen



segala dokumen yg diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. buat medical check up di klinik swasta atau hospital kerajaan. info kat sini, harga buat medical check up kat klinik swasta atau hospital kerajaan lebih kurang sama je. yg beza klinik swasta bole dpt keputusan medical check up dalam satu hari dan hospital kerajaan mungkin makan masa yg agak lama. tapi semalam lia jumpa kawan lia buat medical check up kat hospital kerajaan sekejap je dah dapat result. mungkin sebab tak ramai org barangkali. dokumen lain mcm salinan ic, sijil- sijil, gambar dan borang perlu disediakan dan satukan semua nya dlm satu fail. reasonnya senang je. senang cari natang tu bila nak diperlukan. at least takde lah nampak kelam kabut kat depan meja pendaftaran nanti. 

" eh mana salinan ic aku? "
" ibu ibu letak tak gmbr akak tadi? "
" ala bu mana surat tawaran akak ni? "

pftttt ._.

2. pakaian


IPTA or IPTS or Matrik bukan tmpt nak melaram. Senior lia banyak cakap ingatkan lia yang penampilan kat U sangat penting sebab utk setiap student ada markah penampilannya. Siapa yang zaman sekolah tu sakai dan serabai macam lia HAHA gaya tak suka lipat tudung, lipat bahagian atas tudung bawal tu mohon buang tabiat tu. 

bawak pakaian formal sperti yang dah ditetapkan. mcm kemeja, tie, seluar slack, kasut hitam tu wajib utk minggu pertama bagi yang lelaki. untuk yg wanita anggun macam kita ni HAHA baju kurung, tudung dan sebagainya sangat diperlukan. bergantung pada tempt korang belajar, biasa kod etika pakaian dah disertakan dlm surat tawaran.  ikut peraturan tmpt belajar korang. nak diingatkan kat sini. U or Poli or Matrik or kolej swasta jauh beza dengan sekolah. yang kalau dulu zaman sekolah pakai baju kurung sekolah tapi mcm pinjam baju adik sekolah rendah cikgu tegur dulu. dah berkali tegur tapi kita buat dang baru dapat surat amaran. tapi kat IPTA/ IPTS benda tu dah takde. pak guard rasa mcm tak puas hati dengan etika pakaian kita haha dia jumpa kita dan berkata,

" nah dik. surat saman untuk awak." kata pak guard sambil berlalu pergi meninggalkan kita yg tgh blurr.

selaian pakaian formal. jgn lupa bawak sekali pakaian riadah atau bersukan. track suit, tshirt dan longsleeve la seeloknya bagi perempuan Islam serta sport shoes. 

3. peralatan


haha. kat IPTA guna lagi ke pensil warna ni? ihiks XD

zaman abad 21 skrg ni belajar dah guna lappy. assignment  nak kena buat guna komputer. ada baiknya bawak lappy yg kecik dan senang dibawak. tapi untuk kursus multimedia atau sains tayah pening kepala fikir sebab course korang telah myediakan peralatan yg ckup untuk tu. kegunaan laptop just nak tulis assignment dan buat presentation je.

amboi ingat dah masuk U takguna alat tulis ke? haha. alatan tulis masih diperlukan ye :)). tips yg lia dapat ni dia ada TULIS :

saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu sem punya subjek.  letak dlm satu buku yg dibahagikan mengikut subjek. bila nak exam senang nak baca. kat situ kita catat nota, kat situ jugak kita buat latihan. so takde lah kita menghadapi masalah hilang nota time tgh semangat nak study. biasa nota boleh hilang kalau kita tulis dlm kertas shelai- sehelai.

selain tiga benda utama yang lia dah kongsi kat atas ni, benda lain kena ready is sediakan diri dengan ilmu komunikasi. myb ia dapat bantu kita dlm mdapatkan ilmu. kat U tempat kita mdapatkan segala kpeluan hidup dlm masa akan dtg. btindak aktif dan proaktif dlm semua hal. no more suap suap gaya zaman sekolah. semua kena cari sendiri. *sigh

4. mental

set kat mental jangan mudah terpengaruh dengan budaya baru yang kita nmpk kat tmpt belajar. mungkin korang paham mksd culture shock. naa tu yg lia mksdkan. senang kata : pandai bawak diri. bijak pilih kawan.

5. independent, bm nya org panggil berdikari . bukan beli kari. k k

mksd kat sini pandai uruskan diri. alam IPTA dan IPTS is totally different dengan alam sekolah. yg kalau zaman sekolah tu kita ada mak ayah yg boleh kawal dengan sapa kita kawan. boleh ingatkan kita bila nak study buat revision, boleh kawal duit perbelanjaan harian kita. tapi once kita dah melangkah kat alam lagi mencabar which is alam ni lah kan HAHA takkan alam barzakh pulak hihiks semua tu dah takde. takkan lah kita nak angkut parent duduk dengan kita kat kolej kediaman kan? takkan kita masih nak tanya ibu pasal duit belanja. takkan kita masih nak harap kat parent suruh ingatkan kita rajin buat revision bagai?

" ibu. hari ni nak guna duit berapa bu? "
" bubu, hari ni tu.... '
" bubu . hari ni ...... "

stop it. belajar buat sendiri. ok. budak hostel mungkin dah biasa. budak PLKN mungkin dah bole handle sebab tiga bulan rasa dah boleh la ajar sikit diri tu agar berdikari. yang tak pena jauh dengan parent, semua parent handle habis baca entry ni dah boleh buat praktis. haha

dan. paling penting. jaga SOLAT dan IMAN kita kat sana. peringatan untuk lia jugak sebenarnya. :'<

7. kawan or  housemate atau roomate

dah 18 so dah boleh reti fikir mana yang elok mana yang tak . dah reti pilih nak kawan dengan org baik atau jahat atau sederhana baik atau sederhana jahat atau jahat tahap iblis atau baik ibarat seorg malaikat . pilihan kat tangan kita. part ni mak ayah yang duduk jauh dah takbole nak buat apa dah sebab mereka tak nmpk dengan sapa kita kawan. mereka hanya boleh pesan :

" kak. jaga diri. baik baik pilih kawan. "
" kak. jaga diri. nak kawan tu tgk org nya dulu. "
" kak. nak kawan dengan budak yg kurang baik tu bole, tapi tayah lah ikut apa yang tak baiknya kat budak tu "

kak here, kak there ......

kalau dapat kawan atau roomate atau housemate yg stok surau tu mungkin besar rahmat untuk kita. sebab ada je peringatan dari mereka :

" weyh, dah solat? "
" weh, qiam jom mlm ni? "
" weh, dah ganti puasa? "

kalau dpt kwn dengan budak skema nerd jenis pakai spec tebal atau 24jam peluk buku pun nice jugak kot? HAHA XD

ada tweet kat Twitter yg lia jumpa berbunyi :

kawan yg paling susah nak cari kat tempat belajar nanti ialah kawan yang boleh kejutkan kita utk solat dan ajak solat di awal waktu. semoga berjaya dlm pencarian

phewww. deep k tweet dia

dan pasal hostel atau rumah sewa bagi yang dah lepas part 1 sebab normally budak part 1 memang wajib duduk hostel dan ada jugak ipta yg boleh je budak part 2,3 sampai habis sem duduk dalam dengan syarat rajin libatkan diri dengan aktiviti kolej. info dr budak UiTM. mana yang duduk luar nanti pepandai lah jaga hati manusia yang duduk satu rumah dengan korang. bkerjasama kemas rumah ke . jangan time housemate yg lain sibuk kemas rumah kau sakan duk belajar dlm bilik come on weyh dah matang kann. tayah nak selfish sangat. kau pun duduk bawah bumbung yg sama dengan dia org. k k

8. study/ nota dan kuliah serta lecturer

tips kat sini time belajar dlm kuliah tayah sakan nak berborak dengan kawan baru yg datang dari tempat lain. habis kelas boleh sambung borak. FOCUS org kata dengan apa yang lecturer sampaikan kat depan. tak salah atau tak dosa pun jadi student rajin bertanya kalau takpaham. dah org melayu cakap, malu bertanya sesat jalan. sesat jalan takpe, ada GPS. sesat masa depan? haha XD . lecturer tak marah pun kalau kita ketuk pintu bilik beliau nak tanya dia mana yang kita kurang paham. kalau masih blurr boleh buat rujukan kat library. tanya kawan yang lain. tanya kawan yg focus laa time dlm kuliah. bukan tanya kawan yang sama borak dengan korang. makin sesat lah korang nanti. haha. ahaaa. plus kalau kita rajin bertanya, lecturer senang nak ingat kita. kan best tu? paling penting is. jangan ponteng kuliah. sapa stok kaki ponteng mcm Lia? ehh HAHA . ponteng bila ada math je wekkk mohon lah ubah diri. untuk lia jugak . bad habit ni. bhhhh. lecturer tak suka student dia ponteng. dpt apa? weyh ipta bukan mcm sek yg boleh buat kita kejung bontot duduk berejam atas kerusi kayu mahupun plastik tu. kelas dua jam je pun. kan sayang? bazir duit pun ye jugak.

9. kelengkapan dan peralatan serta pakaian

laptop dan hp penting! laptop nak siapkan assigment. manakala guna nya hp tu boleh jadi medan komunikasi kita dengan budak kelas. kan best dapat tau awal yg tetiba kelas cancel takde lah sakit hati dan sakit kaki berjalan menuju ke dewan kuliah last last dpt tau kelas takde. dah maju kan? paket data pun data. Ws dan Wc pun bolehh.

kelas cancel - Puan ABC

hooray. sambung tidur -,-

selain tu, iron jgn lupa bawak. takkan nak pakai baju yg berkedut seribu yedakk? dan ckp pasal pakain ni. rerajin la bawak baju yang semart . bukan apa, boleh naik kan self confident kita bila buat presentation. kan org ckp, penampilan benda pertama org tgk kat kita sebelum kita bercakap. naa sebab tu kalau p interview kita kena pakai smart smart biar yg temu duga kita tu rasa

waaa. budak ni boleh tahan.

kan syok?

10. duit perbelanjaan dan sara hidup


kawal duit anda. haha. reti reti lah berjimat kat sana. untuk org yg kuat mkn mcm lia dah boleh plann nak diet. -_-''

check list persediaan ke menara gading

pakaian :

- baju kurung (wanita)
- baju kemeja (lelaki)
- tshirt
- seluar jeans? (yg ni tatau lah bole bawak ke tak, ada yg kata takbole)
- seluar slack
- baju dan seluar sukan
- kain basahan
- kain sarung/ batik
- cardigan/ sweater
- telekung/ songkok
- sejadah
- stoking
- tudung/ shawl
- baju sukan warna putih (UiTM sahaja)

alat perjagaan peribadi

-sabun mandi
- berus gigi
- deodorant
- sikat
- pencuci mulut
- syampu
- pengetip kuku
- baldi
- shower basket
- tuala mandi
- pencuci muka
- bedak
-baldi

dan lain lain yang korang perlukan :)) . mekap? hahahahaha . tidak kot bagi lia -_-

kelengkapan pelajaran

- 1 set alat tulis 
- test pad saiz A4
- kalkulator
- buku nota yg cute

kelengkapan bilik 

- cadar dan sarung bantal
- bantal (ada IPTA yg dah  sediakan bantal, so tayah bawak pun bole. bantal busuk tatau la boleh bawak ke tak)
- selimut
- mug
- sudu dan garfu
- pinggan dan mangkuk
- hangers
- penyepit baju
- jam loceng (ala kan dah ada alarm hp)
- iron
- botol air
- Al-Quran dan Yasin

entry done. harap korang dpt manfaatkan nya k. lia just kongsi apa yang lia dpt. tapi lia sure entry ni berguna utk korang  yg nak sambung belajar ni. selamat berjuang dan maju jaya. 


Adiosa

1 comment

El Luxamuraixihra said...

Thankss....sbb bg peringatan...Huhu..

© Bunga Liar
Maira Gall