Monday, 16 September 2024

2023 ; Lia & Mak Yong.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kali terakhir menulis di sini, status Lia masih seorang isteri, belum lagi seorang ibu.

Harini ini, selepas 2 tahun 7 bulan menyepi, sepi yang teramat entah apa yang dirajukkan, disibukkan akhirnya back to this si amor.

Meronta jiwa raga, tangan semua lah minta untuk kembali lagi ke sini.

Haih, rindu. Wahai blog, tuan kau masih hidup ya. 

So nak mula dari mana ya?

Intro sikit la eh?


Selepas 3 tahun lebih berdua, akhirnya kami berani untuk ke next phase which is being a parent.

Syukur sepanjang tempoh berdua, Shahrul Anuar sangat bertoleransi menjadi suami yang tak pernah sekali pun memaksa untuk ada anak. Bersyukur sebab hujung nya Lia sendiri yang kata, jom lah ada anak, dah mula boring berdua. Dah mula rasa curious cane eh rupa anak sendiri? Dah mula suka tengok gambar baby. Dah ada rasa kesian nya laki aku dah umur 30 member lom ada anak. Kawan lain semua dah berdukung anak.


This picture hit me so bad. Looking back this photo rasa macam, ok Shahrul dah boleh jadi Bapak.
Were taken on 9 Oct 2022.

Ada orang tanya, korang TTC ke?
Tbh, tak pun. I am too scare to have another nyawa dalam dunia.

Shahrul pulak dia sentiasa nak isteri dia dalam keadaan sedia untuk jadi ibu. Haih, syurga untuk awak sayang sebab sangat faham saya. Terima kasih.

Fast forward on January 2023.

Kenduri Doa Selamat Pak Long Ali & Mak Long Ita nak gi Umrah.

This time, memang kirim doa pada Pak Long untuk ada anak.

Guess what, lepas kenduri macam perasan dah lama tak datang bulan. Pastu saja la mentel beli UPT.

4 March 2023. 

Adik memang manusia pertama yang tahu. Maksud Lia orang jauh yang tahu. Ibu peluk, Shahrul pun peluk. Nangis terharu? Huh sori tak! 

10 Mac 2023 was my birthday. I shared this to my Dian Kasim.

        

So untuk konfirmasi, moh la ke klinik ya untuk buat scan.

      

Alahan takde la teruk mana. Tapi paling perasan yang lia takleh bau makanan yang dibungkus dalam plastik. Mual gila bau wap dia. Oso, bersyukur sepanjang ngandung tak diuji takleh bau Shahrul ke apa. Everything was going so smoooooooooth! Oso mengidam pun takde ngidam benda yang susah.

Eh ada! Ngidam nak makan rempeyek kacang tanah ibu buat. The last time ibu buat masa arwah abah ada which is 21 years ago. Sebab taknak cucu ngencis yes she make it for me! Puas weh makan rempeyek yang penuh dengan kacang tanah. So far time ngandung pun Lia takde guna sangat pun istilah ngidam. Semua lia ckp, lia ingin nak makan ni. Dapat ke tak nombor dua. Tapi bersyukur, semua yang nak dimakan dapat makan. Macam ingin makan buah sukun. Pun dapat. Hihihi.

    a week after test UPT. Syera Poli kata dia dah agak Qiy ngandung sebab perut ada buncit. #ytjt

@ Klinik Hanani. Confirm, 7 minggu dah :)  

At the same time, dah scan baru bagitau keluarga mentua. Paling terharu bila ibu tengok gambar scan baby, ibu kata

"Alhamdulillah, siang malam berdoa Allah makbulkan juga doa ibu."

3 April 2023 - Bukak buku pink. Argh lega sangat para misi KK Senggarang semula elok & baik belaka. Nurse Baizura sangat best ya! 

The only update yang Lia share kat ws stori dengan caption

Last raya ber .. pastu pufff salam hormat la cerita dia lia dah kurang bersosial di mana mana. Sebab ku malas nak bersiap. The only waktu yang paling cantik lia bersiap is waktu nak ke KK. Memang dah set dalam otak, time ngandung memang nak lawa sebab nak sangat anak yang cantik elok ya! hiks

Seingat Lia sepanjang ngandung, lia takde muntah yang beria kecuali a day before sepupu lia kahwin kat Senggarang. Demam pakej muntah lunyai longlai. Makan apa semua keluar. 

Pukul 3 pagi kejut Shahrul nak makan roti kat 7e. Lapar sangat. Rasa tu je la yang beria kot muntahnya.


12 Mei 2023 - Pengantin sepupu Lia yang ku takleh nak hadiri majlisnya sebab demam & takleh nak tengok makanan berhidang dalam buffet dengan bau masakan semua T_T

Melepasi 1st trimester buat lia lega gila. Dah boleh makan tanpa rasa berdosa. Tapi sumpah perut masuk angin tu memang boleh buat bergaduh. Haha. At the same time, Pregnant memang buat lia sangat selera makan. Setiap kali balik check up KK wajib singgah mamak senggarang minum nes ais & roti cheese. Para mamak sampai dah hafal. Even tengah malam datang pun diorang tau dah makan apa. Tbh, waktu mengandung paling seronok.

I feel pretty, I am being a better Muslim. 

Manusia manusia yang Lia tak kenan memang awal awal lia mute/hide sebab taknak terkenan pada anak. HAHAHA. punya real menjaga ya. Hei, saya anak yang tawaduk ya! Memang dengar kata orang tua! Durian tu lepas 292 hari sejak dapat tahu ngandung baru lia makan semula which is tahun 2024 - musim durian yang lepas.

Ibu nak makan durian. 
Haa mkn mkn, baby panas baru tau.

Ibuuuu, nak rasa sikit air gas boleh? 
Tak boleh! Masih awal lagi tu perutnya - MIL

Lia adalah manusia yang suka gila makan benda masam. Tapi time ngandung i avoid to eat sour things. Sebab takut jadi baby boy. Oh lupa cakap, anak first lia memang nak anak perempuan. Alhamdulillah, bila scan, jeng jeng kelihatan burger sign di situ.

5 Julai 2023 - Time ngandung ni kieda crepe memang selalu betul lalu kat fyp tiktok. Ya Allah, brsyukur ya dapat juga rasa semua yang dia jual tu. Rezeki la kot amik adik kat Penang terus singgah beli!

  


Wong Solo kegemaranku! Tapi tiap kali makan sini mesti dialog Shahrul

"Wong Solo dah tak sedap macam dulu lah sayang."

Haih ...


5 bulan kot time ni? Semua cakap besar jugak ya yani perut nya...

-.-'


32 weeks.

Rasa kena cirit birit. Dehydrated. 33-34 weeks i guess?

  
The last thing I craving for. Rasa time ni memang dah 9 bulan gituuu. 

17 Okt 2023 - 37 weeks.

5 Nov 2023 - 4 days before delivery.

End of pregnancy journey.

TBC

adiosa!




































Tuesday, 29 March 2022

RANDOM THOUGHT ; BERUBAH


Another day another new post. 
Semoga korang tak bosan baca, Walaupun sebenarnya takde yang baca.

Dulu, lia ada hobi lain selain blogging. Which is, dari zaman sekolah Lia memang suka baca novel. Kalau pergi Popular BP Mall tu memang port lia akan ke rak novel. Start lepas UPSR kot. My very 1st novel is Lili Buat Najah.


dan lepas tu banyak lah novel yang Lia kumpul. Zaman sekolah menengah, kat poli is zaman buku fixi. Memang banyak lah membeli buku urban. Fav gila novel Kelabu by Nadia Khan, also novel Gantung. Habis poli tak dan dah nk follow hobi mahal ni hahaha. Dah kerja, tak sempat nak baca.

Lia aktif membaca novel balik macam tahun lepas. Syok betul beli novel online eh? Also, ada satu hari tu, Lia tak sengaja jumpa novel Lili Buat Najah with new cover. Novel Lia yang kat atas ni hilang tau. Sumpah sedih, taktau last sapa yang pinjam. Mujur lah dah jumpa yang baru, terus grab.


Anyway, Lia bukan nak cerita pasal novel kat sini. Nak cakap pasal satu benda yang lia rasa, sampai masa semua orang akan alaminya, which is berubah.

Sama ada berubah fizikal, rupa, keadaan diri, karakter, kehidupan dan benda lain yang boleh berubah.

Lia mendapati diri lia sekarang tengah alami satu perubahan minat yang besar. Dulu suka sangat membaca novel, tapi skrg lia rasa macam dah tak mampu untuk habiskan satu novel. Dia punya rasa muak membaca tu sangat ada ya. Kalau dulu boleh la sikit sikit eh tau tau habis baca, tapi sekarang, tengah baca pun,  boleh terus tutup ehh. Teruk kah perubahannya tu?

Tak sangka, saya akan berubah minat ni.

Terus terfikir, apa lagi eh yang boleh buat manusia berubah? Sedia ke kita untuk berubah tu kalau dari tak elok jadi elok?

Cuma, macam mana pun, tetap tanam dalam diri once bila diri ini mengandung. Lia perlu jadi rajin membaca, supaya banyak input yang baik untuk kandungan nanti. Termasuk lah belajar math dan addmath. Entahlah, takut anak tak bijak math dan dibenci pulak dengan cikg math nanti. Ehhh risauu.

Bukan minat je boleh berubah, manusia pun sangat boleh berubah.

Sigh.



Wednesday, 23 March 2022

Random thought ; dewasa.


Lia sangat berazam ya, tahun ni akan banyak luang masa kat sini. Walaupun aktif berblogging takde masuk dalam azam to be achieved untuk tahun 2022, tapi disebabkan ada berlaku turning point so Lia rasa I should put inside my 2022 wish.

Walla!

So, topik ringan berat sikit malam ni ; 26 & tanda dewasa.

Lia tengah skrol Twitter, pastu hot topik untuk minggu ni,

1) Beg Smiggle budak sekolah rendah
2) Posting IG Angkasawan Negara, yang dia macam hint untuk request nak anak lagi but need to ask his wife first
3) Tips perkahwinan yang datang dari sorang warga twitterian (asalnya janda)tapi baru kahwin baru.

dan macam macam lagi.

Hubungan Lia dengan Twitter dah terjalin almost 1 dekad ya. September nanti genap 10 tahun. The longest relationship I ever had. Tapi tu bukan intinya. Intinya dalam karipap nanti. Hm, harap bulan puasa nanti takde orang jual karipap inti oksigen.

Alhamdulillah, umur panjang setakat ini. So banyak menyaksikan hal kehidupan, perubahan status diri sendiri dan kawan kawan yang lain. Dari ada kawan pastu takde also kenal siapa yang ada untuk kita bila kita tengah down to earth sampai takat paling negatif.

Di saat masuk tahun 2022, paling lia rasa ya, 

Fuhh, dah tua. Bukan dewasa tau, rasa tua. Tak tahu tua macam mana, tapi rasa diri sedang menua! 

Call me old skul but this is currently happened to me. Mungkin menyaksikan situasi kenalan di Whatsapp dah mula dukung anak atau hantar anak p sekolah. Atau melihat kenalan yang sedang berada on the top of their achievement.

Tua ke tu?

Paling unexpected gila, di saat usia 26 tahun, mata dan diri menyaksikan manusia berubah. Berubah disebabkan sekeliling, kejadian dan situasi.

Dia macam, eh tak sangkanya dia ni macam ni! Dulu tak macam ni pun! Kenapa sekarang macam ni?

Also perasaan nak deal bila jumpa mereka yang macam ni. 

Jangan bangga tau jadi dewasa! Lia tiba tiba sakit hati ingat time sekolah dulu, waktu PJ je cikgu subjek spm akan masuk kelas, bagi pass year exam. Saya nak main netball cikgu!

Dewasa tu melelahkan. Menakutkan kalau kita tak bercadang untuk dewasa dalam keadaan sedia. Tapi macam mana pun, kita tetap akan terus jadi dewasa. Sampai lah masa dia berhenti bila Tuhan kata, harini adalah tarikh mati kita.




Tuesday, 22 March 2022

LOHONG KOSONG


Writing for healing. Masa taip ni, tengah bukak lagu Enchanted by Taylor Swift.

Rasa macam patut menangis time taip dan dengar lagu ni.

Trust me. Memang tengah nangis. Bukan sebab lirik atau story behind of this song but the rhythm.
Rasa memang kena nangis la?

Takpe la. Nangis pepuas k.

The rhythm macam tarikkkkk ya momen hidup yang patut dicapai tapi tak dapat dicapai disebabkan hal hal tertentu yang takpe la I wont share kat sini.

The last time Lia aktif gila blogging zaman belajar.

Rindu nya untuk jadi akfif macam dulu.

Sejak sejak ni kan, Lia banyak rindu benda lama. Benda lama yang sepatutnya tayah la datang jenguk ingatan tapi eh malah mampir terus. Wohaaa the biggest reason to cry I guess.

2018 was the last time Lia aktif, lepas tu 2019, rasa posting sebab update status dah jadi bini orang lepastu 2020 langsung takde update eh busy apa ek sebenarnya? Ok sebab time ni laptop pada adik. She is using for study. 2021 je sekali update, hello saya masih bernyawa. 2022 here I am.

Waaaaaaaa, this is not the good achievement to be proud lah. Apa benda la sibuk sangat hidup time tu? Tinggal benda yang memang pernah jadi sebahagian dari hidup dari dulu. Mujurlah, dah sedar diri maka dengan itu, hujung tahun 2021. Hantar notis resign.

HAHAHAHAHA!

I am looking for the better opportunity also good environment to expand my skill. Wahhh gitu, macam jawab soalan iv ek?

Pernah dengar ayat, kita dah hilang minat dengan sesuatu benda yang dah selalu jadi makanan kita? That was the reason. Also, time tu macam sedar diri n ada perasaan penat kerja ya. Kahkah. Since habis belajar dulu tak lama terus kerja pastu 2022 adalah waktu berehat. Rasa nak dudukkkk rumah je. Takpe lah, suami cakap awak duduk lah rumah dulu. Buat lah benda yang awak suka dan nak buat. Dia pun rasa cukup rezeki nak tanggung bini maka here I am.

Btw, lepas raya dah masuk kerja baru dah pun. Ibu kita bisinglah nanti tua KWSP tak banyak hahahhahahahhaah! Yelah, kerja je lah.

Dah okay dah ni. Feeling better already.



2022 ; THE FIRST POST



2021 went not very well as I planned. The only post yang ku update hanya menyatakan,

LIA MASIH HIDUP.

lepas tu PUFFFFF hilang balik.

Ehh apa eh yang terbaik jadi kat aku untuk 2021?

Untuk bulan Mac, rasa the best thing happened was banyak potong kek kot? Ye lah sebab birthday kan.

Also, 2021 I make a decision to quit my job after two years.

Apa? Shahrul cakap boleh tanggung bini lah haahahahaha


Monday, 28 June 2021

2021 ; TAHUN KEBANGKITAN

Bismillah

1.12 pagi. Kali pertama untuk tahun 2021. Setelah tulisan terakhir, Oktober 2019. Tu pun update sebab nak bagitahu, 

Hello, Lia masih hidup, cuma tinggal nyawa nyawa ikan je dalam dunia blogging. Selain update, momen dah jadi bini orang.

Sungguh, meninggalkan benda yang dah jadi sebahagian dari hidup tu susah. Hari pertama, kedua. Kita jangka akan okay. Tapi tak sebenarnya.

Termasuk lah berniat meninggalkan dunia yang dah sebati dalam hidup sejak umur 13 tahun. 

TAKKAN BOLEH UNTUK TINGGAL APATAH LAGI LUPA.

APASAL EK ENTRY SEDIH SANGAT?

HELLO semua orang.

Saya dengan ini mengumumkan, kita dah boleh rentas negeri.

Ngeh! Tipu je :p

Gais. saya dah balik. Pulang tempat asal. Dunia azali saya.

Adiosa!




Saturday, 19 October 2019

Balik pada fitrah asal ; seorang penulis maya.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani

Sekiranya kalian mengenali Lia dari zaman sekolah, umur 14 atau 15 mesti korang tahu yang Lia sangat sukakan blogging. Every week Lia akan blogging kupas isu. Whether ia manfaat atau tak, Lia tetap blogging.

Ia berlarutan sampai Lia masuk poli, bila dah busy belajar hobi Lia ni jadi slow. Hanya blogging bila ada cerita wajib nak disampaikan. Sampailah last entry Lia 2018. Trust me 1st entry 2019 Lia bertajuk ; Aku Bini Orang yang mana Lia update entry tu minggu lepas. Lia dah jadi bini orang 4 bulan tapi baru last week update. So pity of me.

Kenapa ya bila sibuk kerja Lia lupakan benda yang Lia rasa ni lah hidup Lia masa dulu? Yang mana Lia rasa waktu tu I really cant live without laptop and internet. Blogging is my life. Edit blog is my drug. 

SMH.

Dah seminggu jadi jobless. Suprising me when I didnt feel sad ke apa. Mungkin sebab tau my current job is not telling who i am actually. My current job didnt defined who am i actually. So i left my job. 24 hour noticed.

Tak mengapa. Rezeki Allah ada di mana mana.

Lia di dalam fasa mencari gali apa yang bernilai dalam diri manusia nama Nursyazani Ilyia sebenarnya, Mencari apa yang boleh dijual untuk sara hidup. Mencari juga apa yang bermanfaat dalam hidup untuk diberi pada orang lain. 23 tahun hidup takkan lah takde impian?

Doakan semuanya dimudahkan. Sebab sepanjang tahun 2019 ni takde benda menarik berlaku kat Lia selain kahwin dengan orang yang Lia sayang. My 2019 looks so bad. Lia takde hati nak bercerita pasal nya.

Semoga hidup Lia bermanfaat dan orang lain pun peroleh manfaat dari Nya.

Adiosa.

Thursday, 10 October 2019

2019 : 1st entry, status bini orang


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
lagi Maha Mengasihani


15 Jun 2019 ; Dah jadi bini orang




  






4 Sept 2018 ; Alhamdulillah, dapat pakai jubah konvo!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah ,
lagi Maha Mengasihani

Entri ini sepatutnya ditaip bulan bulan yang lepas. Nak lagi fresh lepas konvo je terus update. Dah 8 bulan berlalu baru sempat update. Kena faham, busy.

Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah. Dia panjangkan umur Lia untuk izin lia rasa moment naik pentas untuk konvokesyen lia. Entah bila lagi dapat naik pentas memandangkan sekarang komitmen lain lagi tinggi dari sambung study. Atau bagi je la peluang adik yang naik pentas konvo untuk Degree holder.

Sebenarnya punca lain jarang update adalah ketandusan idea untuk menulis. Maka, biarlah gambar sahaja yang berbicara. Lagipun sejak akhir akhir ni lia jadi takut untuk bercakap banyak sangat. Kurang yakin dengan orang?


Alhamdulillah


Sunday, 12 August 2018

21 July, First Solo ride ; Mini Ride & TTS Official Owner Southern Tiger Region


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Mengasihani



Azam 2018 sangat tercapai bila mana impian nak ada TNT 135 tercapai. Lepastu boleh pulak join group whatsapp TNT Malaysia dengan yang Johor punya. WOW! Memang tiada satu pun nikmat Tuhan yang aku dustakan untuk 2018. Dari awal diinvite dalam group sampai boleh lah kacik dengan set set abang motor phewwwwwwww memang out of imagine gila! Serius tau dari kecik kau bayang benda ni sekali bila Tuhan bagi izin jadi kau memang rasa nak guling guling bahagia sambil turun gunung dengan pakai telekung. Punya nak bagitau yang memang tengah bersyukur dan bahagia. Cuma tak faham motif nak golek turun gunung pakai telekung. Pffft

Apa ek nak cakap pasal mereka ni?

Mengenali, dan berbual dengan mereka dalam group aku boleh rasa tak wujud diskriminasi antara si lelaki dan perempuan. Si lejen otai dengan yang nubis. Bila bertanya hal motor, jarang tak dijawab. Sapa tau Insyaallah akan tolong jawab. Setakat ni masih belum rasa wujud manusia yang selalu wujud dalam certain kroni tapi moga moga tiada lah orang mcm gitu. Keterbukaan mereka menerima saya selaku rider wanita, ahli group yang kenit memang kadang kadang buat rasa terharu. 

21 Julai yang lepas, satu mini ride telah diadakan.
Meet point ; Tambak Laut, Pontian

Hahaha! sejak jadi set gini pandai dah ek cakap guna bahasa gini? Choi!

21 Julai tu tamat tugas jam 7 malam. Tepat je 7 malam terus gerak dari BP ke Pontian. Mujur dah siap tukar baju kat tempat kerja maka tak perlu lah berhenti kat mana mana untuk tukar baju. Satu jom ride sorang boleh bayang tak bertapa bosan atas tu? Hahaha. Dia puya rasa bosan, sampai rasa nak nangis

Bila doh nak sampai Pontian ni -.-

Gentle Lia ckp, sampai Tambak Laut tangan gigil hahahahaha kebas pun ya sebab takde berhenti pun. Punya nak sampai sana on time. Maghrib set yang dari JB dah tiba. Lagi lah gelupo aku atas motor. Bila nak sampai, bila nak sampai -.-


Set JB dah sampai Tambak Laut!


Alhamdulillah. Saya selamat tiba. Blurr tak hilang tau, gigih cari diorang rupanya mereka kat tepi laut betul. Mereka nampak saya tiba kat tepi jalan tu menjerit memanggil nama saya. HAHAHA. Weh comel! Berlalu lah saya kepada mereka dengan malu malu kucing. Pulak tu kena parking motor masuk bontot dulu. Haduhh terkial lagi -.-.

Sampai je situ, diperkenalkan oleh si Kucak kepada ahli yang lain. Ada sapa ek? Zaf, Irfan, Iman, Zul KSR, Man Piang KSR, Wan KSR, MR Seng. Kechik. ok yang lain tak ingat. Hampun!

Kak Siti so nais, datang terus approach Lia. Hhahahahahaa. Mungkin tahu kita malu? Ehhh


Guess what, aku memang salute Kak Siti ni. Dia dari SG bhai. Sorang. & berani!

Lepas Isyak, dah tenang sikit hilangkan gigil kat tangan. Kucak (Takleh lah panggil dia Kucak, nama dia Hazli. Tapi dia tak puas hati aku panggil dia Cik Li! Hahahah!) tengok tengok sikit motor. Hahahah ramai ramai pelik apehal fork aku rendah.

Habang semua, saya ni tak beso mana. Kaki pun pendek hhahahaha

Settle tu, ayuh ke Mandella!



Itu Iman, lepas tu sebelah tu Mr Seng.


Ok. Aku ingat semua yang dalam ni kecuali dua depan ni. Zul dengan apa ek? Hahahahaaa

Dari depan ; Lia. Kak Siti, Kechik, Iman, Hazli, Irfan, Iwan (kot), Man Piang, Zaf yang selalu seme seme hahahaha, Mr Seng dan dua orang itu serius lupa nama.

Mandella was nice. Potion makanan puas hati. Banyak dan sedap! Tapi, kau perlu sabar! Dia punya lama, kami sempat ke Kukup kejap! Dah balik pun yang diorder masih belum sampai! Hahahaa! Iman sampai bangkit tuju dapur kau tau! Punya mental hadap situasi ni. Lapar lagi. Lama pulak tu

Disebabkan Lia sorang dari Batu Pahat, maka lepas makan mereka yang lain berbesar hati tolong hantar sampai Senggarang dan mereka ke Minyak Beku, BP lepas tu baru gerak balik JB!


Ia adalah masa luaskan bulatan diri
Cari kehendak diri
Apa yang dicintai
Selain tambah ilmu dalam diri

Sebab Nursyazani sangat sifar mengenail ilmu motor. Maka dia perlu berkawan dengan mereka yang seperti ini supaya kalau lah tiba tiba Nelly mati tepi jalan dia pilih untuk cari punca masalah dan settlekan masalah motor tu instead of nangis tepi jalan dan baru fikir apa benda masalah motor ini.

Boleh nampak yang mereka dlm RJ sangat tak lokek kongsi tips apa benda kena buat kalau motor da masalah. Roger  kat mana jual tayar murah tapi kualiti baik selain kadang kadang ada tazkirah pagi dan peringatan dari Tuan Presient. Hei Mr President TNT 135 bukan calang calang orang ok? 

Untuk mereka yang tahu mereka kroni RJ/TNT 135 M ;

Terima kasih banyak banyak.  Sebab korang menerima sangat si Ilya ni dengan tangan terbuka, Yang wanita even belum ada jumpa lagi tapi peramahnya sangat ok. Yang lelaki apetah lagi. Dapat point membahan phewwww -.-

Benda yang salah satu memang takkan nyesal buat ;

Beli motor dan kenal korang semua!

Entri ini ditaip dengan perasaan rindu yang tebal terhadap Red Nelly sebab dah kali kedua masuk centre! Apa benda lah kerja nak rosak je. Tukar lain kang?!



Adiosa!

© Bunga Liar
Maira Gall